Thursday, February 25, 2010

KEMALANGAN DI LEBUHRAYA

Aku kurang menulis kebelakangan ini kerana terpaksa belajar semula penulisan bahasa yang baik. Aku tidak suka menulis hanya untuk merapu dan mengeluarkan satu rasa geram atau dendam yang tidak memberikan faedah kepada mereka yang membaca blog aku, seingatan aku, aku akan menyelitkan sesuatu mesej dalam setiap yang aku coretkan dan pasti sekali aku mengambil penuh tanggungjawab atas semua komen yang di berikan.
Aku terpanggil untuk memberikan sedikit komen atau pandangan berkaitan dengan kejadian kemalangan yang sering berlaku di sepanjang lebuhraya di negara kita. Apa yang menghairankan dan menimbulkan tanda tanya kepada aku berkaitan dengan kemalangan-kemalangan ini ialah pembabitan kereta-kereta "mewah dan berjenama" seperti BMW dan Perdana.
Aku tidak akan membicarakan kisah kecuaian manusia dalam kemalangan yang berlaku, kerana semua yang berlaku di jalan raya adalah berasaskan pengendalian manusia yang sepatutnya telah terlatih dan mempunyai daya kekuatan sendiri untuk membuat sesuatu keputusan terutama semasa mengendalikan sesebuah kereta.
Aku ingin mengambil contoh kejadian di KM 259 Senawang - Simpang Empat di mana 6 sekeluarga telah terbunuh apabila kereta yang di naiki telah melanggar sebuah treler rosak yang di letakan di lorong kecemasan. Apa yang menarik perhatian aku ialah kereta yang terlibat adalah dari jenis BMW satu-satu nya jenama kereta yang berpristej dan menjadi impian ramai peminat kereta mewah. Persoalanya ialah "bagimanakah enjin sebuah kereta BMW boleh tercabut keluar dari chasis nya?", sedangkan dari maklumat yang aku baca kereta BMW mampu menerima impak hentakan hingga 260km/j dan kemungkinan enjin tercabut hampir mustahil, dan kereta jenama ini sememangnya mempunyai sistem komputer dan menggunakan chip untuk memberikan sesuatu amaran awal jika ada sesuatu yang tidak berkerja dengan baik.
Jadi kepada pemilik kereta yang berjenama dan berpristej hendaklah lebih peka dengan kereta mereka dan awasi di mana anda menghantar kereta anda untuk di selenggarakan, bukan hendak kempen selenggara kereta tapi hantarlah di tempat yang mencatatkan semua butie semasa di selenggara dan pihak forensik penyiasatan perlulah mengambil kira perkara-perkara teknikal dalam siasatan kemalangan kerana hasil siasatan yang detil dan mendalam mungkin akan dapat memberikan sebab sesuatu kemalangan itu terjadi bukan hanya mengatakan kecuaian manusia.
Mungkinkah perlu di panggil pakar dari BMW sendiri untuk menyiasat kejadi enjin tercabut dari chasis.
Fikirkan, terlalu banyak andaian yang boleh aku coretkan bukan untuk mencabar sesiapa tetapi untuk membuka mata semua yang mungkin berpotensi akan terlibat dalam kejadian seperti yang di paparkan dan bahagian sisatan forensik perlu mencari lebih banyak andaian dalam menjalankan siasatan mereka.
Patah sayap aku terbang jua.