Saturday, July 4, 2015

MANUSIA EXTROVERT

Berlanjutan dari artikel kelmarin, hari ini aku sambung sedikit blog ilmu ini bagi sesiapa yang mengikuti blog aku ini dapat menambah sedikit ilmu dan jika aku melakukan kekhilafan dalam coretan ku, aku harap ada mereka yang memperbaiki kelemahan aku insan kerdil ini.

Manusia EXTROVERT ini juga mempunyai tendensi untuk besifat ego yang tinggi dan tidak akan berasa takut atau segan untuk melakukan sesuatu mengikut keputusan akal mereka sendiri tanpa membuat rujukan kepada mana-mana  pautan atau dalam bahasa Inggeris dikatakan "shooting from the hip".

Mungkin ada yang berfikiran negatif atau marah bila aku mengambil TM sebagai contoh dalam memberikan penjelasan berkenaan EXTROVERT ini, berdasarkan perkara-perkara berikut, maka aku mengambil beliau sebagai sampeling:-

1.    Semasa pentadbiran beliau, banyak keputusan yang dianggap sebagai "arahan authorotatif " telah dilaksanakan tanpa banyak dipersoalkan, antaranya:-

        a.    Keseragaman waktu Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.
        b.    Arahan penggunaan tanda nama.
        c.    Pembinaan komplek KLCC
        d.    Polisi Pandang ke Timor
        e.    Polisi "Buy British Last"
        f.    Pembelian jet pejuang MiG 29

2.    Semasa pentadbiran beliau juga UMNO telah diharamkan berikutan perbalahan beliau dengan Tengku Razalieh Hamzah, dengan sikap "autorotatif" beliau menjalankan tindakan menghidupkan semula dengan keseluruhan kuasa pentadbiran berada ditangan beliau.

3.     Semasa beliau berada dipejabat Perdana Menteri, perhatikan berapa orang Timbalan beliau yang di"sidelineKan" secara calculative authorotative. Rata-rata mereka diketepikan hanya kerana mereka tidak bersetuju dengan sesuatu yang beliau cadangkan.

4.      Semasa pentadbiran beliau, beliau telah menubuhkan syarikat yang dikenali sebagai Hatibudi Sdn Bhd dengan objektif bagi melatih orang Melayu dalam bidang pengurusan perniagaan, tapi lihat apa yang terjadi orang-orang pilihan beliau hanya memperkayakan diri mereka sendiri dan kroni mereka, namun TM tidak pernah membelasah mereka. Malah rata-rata mereka menjadi kaya raya dan bongkak.

Pasti aku sambung lagi............patah sayap aku terbang jua!

KAJIAN SIFAT KELAKUAN MANUSIA PERLU DIADAKAN DIMALAYSIA

Dalam kemelut pembangunan manusia sejagat diakhir-akhir ini, nyata sekali terdapat ramai manusia yang menjadi celaru. Ini adalah disebabkan pendedahan mereka kepada terlalu banyak sumber maklumat yang mudah didapati.

Pada amnya ramai orang yang hanya merujuk kepada laman sesawang dialam maya dan mengambil keputusan yang mereka agak sudah betul. Disebabkan keputusan yang kurang bijak ramai orang yang menghadapi masalah sendiri. Terkadang orang yang terpelajardan terkenal juga membuat keputusan yang salah.

Mungkin tidak ketelanjuran jika aku mengambil contoh TUN DR MAHATHIR.... ramai orang yang mengenali beliau melalu publiciti media. Tapi cuba lihat berapa ramai orang yang membuat komen dari sudut SIFAT KELAKUAN MANUSIA terhadap Tun M.

Biarlah aku cuba bentangkan karekter TM dari sudut KAJIAN SIFAT MANUSIA.

1.   TM adalah tergulong dalan kategori manusia EXSTROVERT
      APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN EXSTROVERT

      Extrovert adalah pada dasarnya merupakan orang yang sangat suka kepada POPULARITI atau bersosial. Biasanya orang EXTROVERT ini akan menjadi gelisah apabila dia merasakan populariti dirinya menurun atau kian terhakis.

       Selalunya manusia EXTROVERT ini adalah dalalm sikap bermuka-muka dan sombong. Mereka tidak akan berasa malu berbuat apa-apa kesalahan, namun mereka akan mencari helah bagi menutup sebaraang kesalahan atau kelemahan mereka sendiri.

       Mereka juga tidak akan merasaa malu atau segan dengan apa pun yang mereka lakukan.

       Mereka amat suka mencari perhatian terutama yang boleh membuatkan mereka dikenali ramai seperti dikelilingi pemberita atau orang ramai.

         Dalam memastikan mereka mendapat perhatian ramai dan popular, selalunya mereka lupa dan tidak mengambilkira siapa berada disekeliling mereka. Hingga mereka tidak akan membezakan yang mana betul atau salah, asalkan dapat melonjakan populariti mereka.

Nanti aku sambung lagi.....PATAH SAYAP AKU TERBANG JUA!

Friday, July 3, 2015

MENGAPLIKASIKAN ALQURAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Kembali dari solat subuh dan mengikuti tazkirah subuh yang amat menarik diberikan oleh Ustaz jemputan. Empat perkara utama yang dikatakan oleh Ustaz ia itu :-

1.     Al Quran adalah SYUFA'AT DIAKHIRAT
2.     Al Quran adalah jalan bagi kita mendekat diri dengan ALLAH MAHA PENCIPTA
3.     Al Quran adalah CAHAYA yang akan menerangi kita didunia dan akhirat
4.     Al Quran adalah PENUNJUK JALAN bagi penghidupan didunia  dan akhirat.

Walaupun kuliah tadi hanya memakan masa 30 minit tapi pengajaran yang perlu diambil adalah amat besar sekali.

Jika kita memahami yang setiap penghidupan akan menuju kesatu destinasi yang MESTI iaitu KEMATIAN, maka kita perlu mempersiapkan segala bekalan yang perlu dibawa bersama bila kita bertemu Allah. Perlu aku mengikatkan diri ini dan juga sesiapa yang mengikuti blog aku ini, mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakan dan keberadaan kita di ALAM BARZAH nanti berapa lama kita tidak tahu. Oleh itu, aku yang kerdil ini mengajak seluruh kawan supaya berbuat baik dengan berpandukan Al Quran dan Hadis Rasullullah yang kita anuti iaitu AHLISUNAH WALJAMAH.

Aku juga lambat mempelajari Al Quran, ini kerana kejahilan aku yang lebih mengutamakan ilmu ORIENTALIS dari mempelajari ilmu AGAMA. Walau bagimana pun aku tidak menyalahkan kedua orang tua ku yang menggalakan aku lebih menumpukan kepada bidang DUNIAWI, atas melihat akan cabaran dimasa hadapan.

Apabila aku lihat kini, telah begitu banyak dipersiapkan pusat-pusat pendidikan AGAMA ISLAM di Negara ini, aku berkeyakinan yang masa depan generasi yang akan datang akan lebih terarah, baik dari segi duniawi maupun ukhrawi.

Namun begitu, perlu diingatkan yang cabaran dimasa sekarang dan yang mendatang akan lebih besar dan penuh dengan tipu daya.

Untuk itu awasilah keluarga kita dari berbagai cabaran yang mendatang. Akan aku sambung lagi nanti.

Patah sayap aku terbang jua!



    

Thursday, July 2, 2015

SETELAH BERJAUHAN KIAN LAMA KINI AKU KEMBALI MENCORET

Hampir dua tahun aku menyepikan diri dari menulis, enggan aku memberikan sebab, kerana lumrah manusia akan selalu memberi alasan....atau penyebab!

Walau apa pun keadaan dan cabaran yang dihadapi...hidup perlu diteruskan. Cabaran dan ujian terutama dari Yang Maha Esa, pasti dihadapi dengan tenang dan sabar. Kita perlu melihat semua ujian hidup ini sebagai satu yang norm, kerana tanpa sebarang ujian hidup akan menjadi dull dan boring.

Apabila menghadapi cabaran dan ujian kita perlu peka....ianya ujian, maka perlulah aku memikirkan dimana punca permasalahan atau ujian itu, dari mengenalpasti itu aku akan mencari jalan penyelesaian.

Mengenalpasti masalah adalah perkara yang paling ramai manusia gagal. Rata-rata manusia lebih suka menentang atau melawan masalah yang mereka ada dan yang lebih teruk lagi apabila masalah itu hanya dibiarkan berlalu. Percayalah, jika kita hanya membiarkan masalah itu untuk berlalu sendiri, ia akan pasti kenbali atau datang kembali.

Bottomline....do not fight the problems....find the soulation...pasti ada penyelesaian!!!