Sunday, May 8, 2011

BOLEHKAH PAS DAN UMNO DIDAMAIKAN

Beberapa minggu sudah kedengaran PM membuat seruan kepada semua parti politik di Negara kita supaya berwaspada dengan tindak tanduk DAP dan beliau juga menyeru PAS supaya meninggalkan pakatan pembangkang dan tidak semestinya bergabung dengan UMNO.

Aku melihat seruan itu sebagai satu ingatan kepada semua parti supaya melihat dengan lebih jauh akan pegerakan yang dibuat oleh DAP.

Pengelaman dari pilihan raya Sarawak menampakan kita akan corak dan konsep kempen perkauman yang aku kira sebagai keterlaluan yang telah dimainkan oleh DAP. Mereka berjaya dengan bergaya dan meninggalkan lain-lain kumpulan pakatan mereka, tetapi apakah implikasi yang akan berlaku jika DAP terus menerus berkempen dengan corak yang sama dimasa depan? Inilah persoalan yang bermain dikepala ku, aku bimbang di Negara ini dimana semua rakyat dapat hidup dengan harmoni dan berkerjasama akan menjadi kecoh jika tindak tanduk DAP terus dibiarkan dan didendangkan oleh orang muda kaum Cina.

Persoalan yang aku bawakan ialah , apakah boleh PAS dan UMNO didamaikan? Bagi aku jawapanya, BOLEH!, perkara ini boleh dilakukan oleh gulongan muda dalam kedua parti Melayu ini. Jika dilahat dari sudut kepimpinan kedua parti ini, jelas menunjukan bahawa transformasi kepimpinan dalam UMNO telah berlaku sepenuhnya, dimana pemimpin UMNO pada masa kini terdiri dari apa yang kita katakan sebagai lapisan ketiga, sedangkan kepimpinan dalam PAS masih lagi dari lapisan pertama.

Dari sudut paras kepimpinan jelas menunjukan yang kepimpinan PAS sebenarnya masih berada dalam kumpulan "ULTRA ORTHODOX", ini bererti yang corak kepimpinan mereka masih berada dalam kepongpong lama yang tidak akan mahu terbang. Keponogpong lama yang aku maksudkan ialah pemikiran kepimpinan yang jumud dan beku.

Dalam PAS sebenarnya terdapat gulongan muda yang lebih proaktif dan terpelajar, tetapi pergerakan mereka adalah ditapis dengan sebegitu rapi oleh penyokong gulongan ULTRA ORTHODOX, yang bimbang jika ORANG LAMA dan pasif itu digantikan dengan gulongan muda dan terpelajar, maka kepentingan mereka yang selama ini dinikmati akan beransur dikurangkan demi memberikan hak kepada gulongan muda.

UMNO dan PAS boleh didamaikan jika gulongan muda dari generasi ketiga dan keempat mula diberi peluang untuk memimpin kedua parti Melayu ini.

Pada pendapat aku sudah tiba masanya gulongan muda dalam PAS memikirkan perjuangan mereka untuk memegang teraju kepimpinan dalam parti itu dan memulakan gerakan mengambilalih tampuk kepimpinan pada muktamar yang akan datang ini.

Tetapi ingat, cabaran yang terbesar untuk gulongan muda PAS adalah campurtangan dari "so-call" rakan PAKATAN RAKYAT, yang sebenarnya tidak akan menyokong perubahan kuasa kepimpinan kepada gulongan muda ini. Ini pasti akan dilakukan oleh rakan "so-call" ini kerana mereka bimbang yang gulongan muda nanti tidak dapat mereka kotak-katik kan.

Fikirkan,
Patah sayap, aku terbang jua



Sunday, May 1, 2011

KENYATAAN CHUA SOI LEK SATU CABARAN KEPADA PENGUNDI CINA

Keciwa dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya Sarawak atau mungkin juga dengan pilihan raya kecil DUN Tenang, dimana kawasan peti undi lubok Presiden MCA sendiri kecundang, aku kira telah mendorong Chua Soi Lek (CSL) mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu amaran kepada pengundi Cina........... akan apakah kesannya pada masa depan kaum Cina dalam perkongsian kuasa di peringkat Pusat. Pada hemat aku mungkin kenyataan itu amat pahit sekali yang pernah dikatakan atau dikeluarkan oleh seorang pemimpin kaum Cina.

Dari sudut "leadership managment" CSL sememangnya mempunyai satu kualiti yang tersendiri, dari kes penyingkiran beliau hinggalah kembali semula ke puncak pimpinan dalam MCA, jelas menunjukan keupayaan CSL dalam"political manouverity" yang matang dan memegang tampuk kepimpinan sebauh parti yang besar dengan bermacam ragam dan gaya terutama gulongan muda dan agenda tersendiri bukanlah satu yang mudah. Di awal kepimpinan nya CSL menunjukan kepada kaum Cina bagimana beliau berjaya mendapatkan pelajar-pelajar lepasan sekolah Cina diberi pengiktirafan oleh Kerajaan, tetapi kejayaan ini telah diperkecilkan oleh DAP dalam banyak kempen mereka.

Untuk memperkecilkan kepimpinan CSL, DAP telah menggunakan konsep kempen perkauman yang keterlaluan.................... yang lebih parah ialah taktik DAP dapat diterima oleh sebilangan besar kaum Cina. Ini dapat dilihat dengan meningkatnya undian kepada DAP atau komponen pembangkang.............seperti di PRK Tenang, kawasan yang majority kaum Cina telah memberi undi kepada PAS. Ini adalah satu tamparan yang paling hebat buat CSL secara peribadi, kerana adakah itu sebagai tanda protes terhadap beliau sendiri atau terhadap Kerajaan?

Wajar bagi CSL membuat cabaran dan ingatan kepada kaum Cina supaya terus bersatu didalam MCA dan BN, demi untuk menentukan kesinambungan kerjasama erat yang telah dijalinkan sejak 1955 lagi. Masalahnya ialah kumpulan generasi pengundi sekarang bukanlah mereka yang memahami akan sejarah perjuangan asal oleh nenek moyang mereka, tetapi generasi sekarang yang lebih dikenali sebagai "generasi Y" lebih merupakan satu generasi yang suka membuat eksprimen sendiri tanpa mahu bertanya kepada gulungan "Vatren" atau orang lama. Maka itu mereka kurang mendengar nasihat dari orang lama.

Ingatan CSL kepada pengundi Cina sebenarnya tidak boleh dipandang ringan, implikasinya amat besar terutama pada PRU 13 yang bakal dihadapi tidak lama lagi, dan pemimpin MCA yang lain perlu bekerja dengan lebih gigih lagi demi untuk memikirkan kejayaan mereka. UMNO pula perlu melihat dari sudut sentimen pengundi, bagi kawasan yang majoritynya pengundi Melayu melebihi 55%, adalah kawasan yang baik untuk calon Melayu, maka satu kompromi pembahagian kerusi dalam BN terutama dengan MCA hendaklah dibuat secara baik.

Mengambil contoh, kawasan Parlimen Kuantan, dimana pada pilihan raya yang lalu dimenangi oleh PKR, dalam kajian aku ini hanyalah kerana calon PKR itu MELAYU, jadi contoh yang begini perlu diambil perhatian. Kompromi yang boleh dibuat ialah MCA menawarkan kerusi itu kepada UMNO yang mana mempunyai peluang lebih baik untuk menang, dan UMNO nanti menawarkan kerusi Senator kepada MCA...................... fikirkan.

Patah sayap, aku terbang jua

KEMPEN PERKAUMAN DAP MENJADI

Merenung kembali pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lalu, aku terfikir untuk mencatatkan sesuatu pendapat berkaitan dengan corak dan teknik kempen yang digunakan oleh DAP sepanjamg tempoh berkempen.

Paling ketara ialah konsep kempen DAP yang 100% nmenampakan permainan sentimen perkauman. Isu perkauman yang dibawa DAP telah membolehkan parti itu memenangi lebih banyak kerusi dari SUPP. Isu perkauman ini hanya berjaya dimana kedapatan ramai pengundi dari keturunan Cina. Perkara ini sewajarnya diteliti supaya perkara perkauman tidak dijadikan satu isu kempen kerana impaknya nanti adalah sangat buruk.

DAP sengaja memainkan isu perkauman disebalik segala langkah yang dibuat oleh Kerajaan dalam menerapkan konsep 1Malaysia, secara sulitnya aku diberi maklum yang sejak DAP memerintah Pualu Pinang, parti itu sering mendapat kunjungan dari ahli-ahli politik dari sebuah negara jiran yang didominasi oleh orang Cina, perkara ini sewajarnya diperhatikan dengan serious oleh pihak tertentu sebelum sesuatu implikasi yang lebih besar berlaku.

Apabila ada orang Melayu bercakap berkenaan nasib bangsa Melayu dan hak-hak orang Melayu, maka akan kedengaranlah perkataan rasist, tetapi apabila DAP terang-terangan menggunakan isu perkauman mengapa tiada orang yang membangkitkan perkataan rasist. Apakah kita kini mengamalkan double standard system dalam isu ini?

Apakah akan berlaku jika isu perkauman ini dibiarkan berleluasa? Apakah DAP mengharapkan yang jika berlaku kekecohan perkauman di Negara kita, maka angkatan tentera negara jiran akan turut serta? Apakah DAP mengharapkan apabila berlaku kekecohan dengan menggunakan masses rally, maka pasukan Amerika Syarikat akan menjadikan Negara kita serupa dengan Libya? Kalau inilah yang bermain diminda DAP, maka aku katakan yang segelintir pemimpin DAP sedang menyalakan api kebencian di bumi tercinta ini. Untuk itu aku menyarankan supaya pihak berwajib menjalankan penyiasatan terperinci terhadap tindak tanduk pemimpin DAP.

Dari satu sudut menampakan kempen yang menggunakan sentimen perkauman yang digunakan oleh DAP sebagai satu kejayaan politik mereka, tetapi sebenarnya dalan analisa aku DAP telah membawa kembali Negara kita ke era 1969 dimana kebencian perkauman telah diperkotak katik kan.

Aku percaya orang Melayu telah mula sedar dengan taktik perkauman yang ditiupkan semula oleh pemimpin DAP, maka wajarlah pemimpin Melayu memulakan sesuatu sebagai tindakbalas dari apa yang dimulakan oleh DAP. Aku harap pemimpin PAS akan mula sedar bahawa perpaduan Melayu dan Islam adalah lebih penting dai kejayaan politik mereka.

Biar apapun sekali, dalam pandangan aku PAS tidak akan dapat membentuk kerajaan Pusat, kerana PAS hanya bertanding sebanyak 67 kerusi parlimen dari lebih 200 kerusi, seandainya PAS memenangi semua 67 kerusi mereka masih belum mampu untuk menjadi satu "force of simple majority" bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan dan yang lebih pastinya DAP tidak akan membenarkan PAS mengambil "leading role" didalam kerajaan bayangan mereka.

Untuk itu aku menyeru kepada kepimpinan PAS supaya muassabah diri dan memikirkan tawaran yang dibuat oleh Najib untuk keluar dari pakatan pembangkang dan sebaiknya bergabung dengan UMNO dalam satu konsep kerajaan perpaduan MELAYU.

Fikirkan..................

Patah sayap, aku terbang jua