Saturday, November 23, 2013

PERJALANAN YANG PANJANG BUAT ORANG MELAYU

Setelah sekian lama aku berdiam diri tidak mencoretkan apa-apa pun untuk diajukan kepada sahabat-sahabat diluar sana, tiba-tiba aku terpanggil untuk membuat beberapa coretan bagi tatapan mereka yang mengikut blog ini.

Ianya bermula bila ada kawan-kawan yang menalifon aku dan bertanyakan pendapat berkenaan dengan arah tuju orang Melayu dalam bidang perniagaan dan industri. Mereka meminta aku memberikan pandangan kepada apa yang telah dirangkakan oleh Perdana Menteri dalam memperkasakan ekonomi orang Melayu dan lain-lain minoriti Bumiputra.

Rancangan yang direncanakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu orang-orang Melayu maju dalam bidang perniagaan sememangnya nampak positif. sepertimana yang pernah direncanakan selepas DEB yang lalu, tetapi ketirisan yang berlaku telah menyebabkan objektif rancangan itu tidak tercapai.

Dimana berlakunya ketirisan ini?  

Ketirisan semuanya bermula sebaik sahaja peruntukan dan projek-projek yang dirancang diserahkan kepada Kementerian/Jabatan yang diberi kepercayaan. Bukan salah Kementerian/Jabatan yang terlibat ....... tetapi dari mereka yang mengendalikan peruntukan dan projek yang dirancang oleh Kerajaan. Apakah Kerajaan tidak memantau...... pantau, tetapi yang membuat lapuran pemantauan itu juga perlu diperiksa kejujuran mereka.

Bagimana ketirisan boleh berlaku?

Sebaik program yang dirancang sampai ke Kementerian/Jabatan maka maklumat berkenaan projek itu akan berterbangan dari satu fail ke fail yang lain, maka bermulalah satu operasi sulit dalaman dengan digalakan oleh satu elemen luaran yang mempunyai pengaruh......... pengaruh samada dalam bentuk kedudukan atau pun kewangan....... kewangan pun tidak semestinya berupa wang ringgit...... ia boleh menyerupai...sukan, terutama golf, merupakan tajaan sukan jabatan/kementerian...... mungkin merupakan ....wanita yang menjalankan usahaniaga ditempat-tempat yang sulit....... dan yang lebih dari itu....perbincangan didalam tempat solt/surau/mussalah............

Siapakah yang merancangkan ketirisan tersebut?

Mereka yang merancang ketirisan tersebut boleh jadi dari pembawa fail hingga ke ketua sesebuah jabatan yang terlibat........ bagimana "budak pejabat" boleh melakukan perkara ini... sekarang budak pejabat pun dah pakai kereta....... ada yang pakai Honda Civic...... apakah ini secara kebetulan atau ??????? Bila ditanya semuanya ada alasan dan jawapan yang semacam sudah dituliskan dailognya............. jalan cerita semuanya hampir serupa.... malam berniaga "pasar malam", jual insuran...... multi level,     produk kecantikan dan lain lain.......

Aku juga pernah menjadi pegawai kerajaan....... mungkin dulu tak semacam sekarang....... dulu semua pegawai dan angguta perlu memahami apa itu Perintah Am Kerajaan, apa itu Akta Rahsia Resmi dan semua peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan...... dulu juga tak ada internet atau hubungan maya............ jadi tak lah secanggih sekarang......

Persoalan nya..... Apakah dengan kecanggihan yang ada....... maka semua maklumat boleh disebarkan dengan begitu senang dan bebas??????

Atau ......... SATU SISTEM PENGAWASAN MAKLUMAT KERAJAAN SEBENARNYA TAK SECANGGIH YANG DIKATAKAN................. bagi membuktikan perkara ini aku telah membawa sekumpulan anak-anak muda berlegar-legar dikawasan masjid Putra Jaya..... SUBHANALLAH......... dalam masa tak sampai 10 minit kami telah dapat mengesan perbualan telifon yang jelas dan nyata................ aku bimbang .....apakah FIREWALL yang dihasilkan oleh syarikat yang diberi amanah itu berfungsi atau tidak???????????

Jika perkara-perkara seperti ini tidak diatasi maka berkemungkinan perjalanan orang Melayu dalam mendapatkan hak kesamarataan dalam bidang perniagaan akan terus dinafikan secara halus.............

Ambil contoh................ nak import simen dari luar Negara ......... tak boleh...... kecuali kena membayar levi kepada syarikat tertentu....................... siapakah tuan syarikat ini, nak import steel billet dari luar  ............ tak boleh ........ kena juga bayar levi tertentu...... jadi, bila kah orang Melayu nak dapat hak kesamarataan???????????????

Maka aku tidak hairan melihat orang Melayu mencari modal dengan bermacam cara yang haram..................... ambil rasuah, ............. jual Mykad palsu................ jual permit palsu...... benarkan orang asing masuk dengan hamya sedikit keuntungan peribadi????????????? jangan tanya pasal orang Melayu menjadi pelacur/GRO kerana nak hidup di bumi sendiri/// siapakah yang menjadi tauke mereka ini???????????

Maka itulah sebabnya bank-bank di Negara kita, pun kita serah kepada orang asing jaga....... bila berlaku sesuatu semua pihak menuding jari........ cari kambing hitam

Kerja-kerja maintenance............ di KLIA semuanya dibuat oleh orang asing........ jadi tak heranlah mereka bebas menjalankan aktiviti yang boleh mengancam Negara kita nanti....... jangan ingat semua Bangla dan Pakistan yang  datang bekerja disini tak pandai........ lihat berapa banyak sindikit yang telah mereka ujudkan dan berapa banyak penipuan yang telah dilakukan oleh Negero-negero dari Afrika........... berapa banyak dadah yang telah diseludupkan oleh orang dari Iran, India dan bermacam lagi............ tak tertulis dek aku......

PUNCA SEMUA INI, IALAH SIFAT JATIDIRI DAN MENGENALI DIRI...... tidak dititikberatkan dari rumah lagi............SALAHKAN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM KITA MENYALAHKAN ORANG LAIN.

fikirkan dan sama-sama kita mencari jalan penyelesaian dan kesedaran agama dan bangsa kita...............

Patah sayap..... aku terbang jua


Tuesday, November 19, 2013

KEJUJURAN, KEIKHLASAN & KEPURA-PURAAN

Lama aku tidak menulis atas beberapa sebab-sebab yang tidak menggalakan aku melakukan hobi yang aku minati ini.

Namun setelah aku bermuassabah diri dan melakukan beberapa kajian berkenaan dengan corak penghidupan semasa, maka aku ingin kongsikan pandangan dan pendapat aku dalam menganalisa kehidupan harian kita rakyat Malaysia.

Pada masa ini rakyat Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti berikut:-

1.      Kelompok ELITE : Ini adalah kumpulan masyarakat yang tinggal dikawasan kota metropolitan yang sentiasa sibuk sepanjang hari tanpa mengira malam dan siang. Kelompok ini biasanya terdiri dari mereka yang terpelajar dan sophiscated dalam semua bidang penghidupan.

Kelompok ini mempunyai pendedahan yang banyak kepada semua fasilitas penghidupan morden dari sistem hubungan tanpa wire hingga ke masjid dan surau yang terkini bentuk pembinaan nya.

Apabila aku mendapat peluang untuk berjemaah di masjid-masjid yang besar tersergam indah, aku lihat lain dari solat Jumaat, pengunjungnya tidak begitu menggalakan. Sebagai contoh disebuah masjid yang lengkap dengan hawa dingin syaf pertama pun tidak lengkap dipenuhi. Aku tertanya-tanya apakah penduduk Islam setempat hanya memanfaatkan masjid yang indah itu hanya pada hari Jumaat sahaja?

Atau apakah pada hari Jumaat itu terdapat ramai pekerja yang hadir dan diantara pekerja yang hadir terdapat sekumpulan besar pendatang dan pekerja asing...... persoalan yang aku kemukakan ialah apakah kumpulan Elite ini sebenarnya jujur dalam mengerjakan solah dan mengimarahkan masjid yang indah-indah itu?

2.    Kelompok Kawasan Perumahan Kelas Menengah, ini adalah kumpulan yang mendiami kawasan-kawasan taman perumahan serdahana. Kebiasaan nya aku lihat disetiap fasa akan terdapat surau atau madarasah yang didirikan. Berbagai bentuk dan keadaan surau yang aku temui, anehnya ada diantara surau yang langsung macam tiada yang mengunjunginya. Keadaan yang berselerak dan tidak teratur, maka aku tertanya-tanya "mengapa diminta surau" jika tidak dimanfaatkan atau mengapa diminta surau jika 500 meter bersebelahan sudah terdapat surau......... persoalanya "apakah ikhlas mereka yang menubuhkan surau tersebut " atau sebagai satu showpiece sahaja!

Fikirkan, nanti aku sambung lagi,

Patah sayap aku terbang jua


Friday, February 1, 2013

MAT SABU TAK BERTANDING???????

Kenyataan Mat Sabu El Khalwati yang dia tak akan bertanding pada PRU 13, satu yang buat aku terkejut.....kerana seorang yang telah berjaya menumbangkan Nasaruddin Mat Isa dan orang yang selalu membuat FAKTUA sendiri, kini membuat pengakuan yang dia tak bertanding...........persoalan aku????

Apakah Mat Sabu EK.....sebenarnya digunakan oleh puak Anuar Ibrahin AJ.....supaya menumbangkan gulungan alim Ulamak dalam Pas dan digantikan dengan kumpulan AL MUNAFIKUN..... sama dengan AIAJ..........hingga kini aku perhatikan yang HADI AWANG pun sudah tergulung dalam apa yang di katakan  didalam AiQuran............"orang yang mempamerkan kealiman tetapi sebenarnya bersikap MUNAFIKUN"

Sebenarnya didalam Pas ramai orang alim dan bertaraf Ulamak tetapi.........mulut mereka telah digam oleh parti itu sendiri. Satu masa dulu Al Fathil Datuk Haron Din.........menjelajah keseluruh Negaran dengan mengatakan yang beliau telah di gam oleh RTM......tahun 90han.........Ustaz jangan tak mengaku pulak, tetapi hari ini..........mengapakah ustaz tak bercakap yang terang dan jelas seperti yang telah dilakukan dulu....apakah sebenarnya Ustaz sudah digam atau.......aku harap tidak bersekongkol....dengan mereka-mereka yang mempergunakan Agama untuk objektif politik...........begitu juga dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man..................apa sudah jadi????????????

Mat Sabu memang tak layak nak buat FATWA.........sebab itu aku katakan apa yang Mat SabuEK kata sebagai FAKTUA..........tunggulah Mat Sabu disaat kamu dipanggil menghadap Rabbul Jalil....... dimanakah kamu akan sembunyikan apa yang telah kamu lakukan...........fikirkan semasa Matahari masih terbit dari Barat!!!!!!!!!!!

Aku juga menyeru kepada semua mereka yang faham ajaran Agama....dan masih bersekongkol dengan orang-orang yang memusnahkan Agama Islam.........termasuk Ustaz Haron Din, Tuan Ibrahim Tuan Man dan lain-lain.........supaya berfikir dan carilah jalan yang benar, kerana dihari yang dipanggila YAUMUL HISAB .....nanti ramai orang yang akan menuntut..........setiap kita aan diadili dan dibacakan sepenuhnya amalan kita.............fikirkan!!!!!!!!!!

Patah sayap aku terbang jua

Wednesday, January 30, 2013

LIHATLAH APA YANG SEDANG BERLAKU DI ASIA BARAT

Hari ini ingin aku bawakan pengajaran dari apa yang berlaku di Asia Barat.

Bermula dengan so-called Perubahan/reformasi/transformasi.......di Algeria, dituruti oleh Libya, Mesir, Syria dan kini melarat ke negara Afrika Barat...........Mali. Negara manakah agaknya selepas ini?

Diawal tahun sudah, aku berada di Afrika Barat, dapat melihat sendiri gaya kehidupan disana......kemiskinan, taraf perkhidmatan kerajaan yang lemah dalam semua bidang .......... dari rupa bentuk jalan yang kotor dan tidak diselenggara hingga ke hospital yang jauh lebih daif dari Klinik Kesihatan Desa kita, jangan ditanyakan bentuk sekolah dan program pembangunan............. mereka sebenarnya masih berada diera ahir 50han.... masih dikurun ke 20 lagi.

Negara-negara ini ramai mengeluarkan bijak pandai.......... tetapi hampir 95% dari bijak pandai mereka memileh untuk tinggal semagai MIGRAN di Negara barat. Persoalannya ......... mengapa bijak pandai mereka tidak mahu kembali dan memajukan negara sendiri.............. satu jawapan pasti dari aku........ MINDA MEREKA TELAH DIJAJAH, dalam istilah lain.........ramai cerdik pandai mereka telah di INDOKTRINASIKAN dengan corak pemikiran dan budaya yang lain dari budaya mereka.

Ini lah yang dikatakan sebagai penjajahan minda...............di Negara kita pihak penjajah tidak begitu berjaya dalam tindakan IDOKTRINASI dan SUBVERSIF, kerana..........kebijakan terutama  RAJA-RAJA MELAYU dalam memikirkan budaya kemajuan PENDIDIKAN............ contoh.........lihatlah siapakan yang bertanggungjawab dalalm memastikan...........terbinanya........MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR, KOLEJ TUNKU KURSIAH, SEKOLAH TUN FATIMAH........... fikirkan jasa-jasa yag telah disumbangkan oleh RAJA-RAJA MELAYU kepada kemajuan pendidikan  anak bangsa kita.

Selepas kita mencapai KEMERDEKAAN, siapakah yang bertanggungjawab memperjuangkan penubuhan SEKOLAH-SEKOLAH BERASRAMA PENUH, MAKTAB-MAKTAB RENDAH SAINS MARA DAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA......DI NEGARA TERCINTA INI?

Di tahun 60-70han, jika kita kepantai di Melaka dan Port Dickson...........orang Melayu senang berpakai BIKINI..........TETAPI ..........lihatlah hasil pendidikan dan penerapan nilai-nilai agama ISLAM...... kini 95% orang ISLAM terutam remaja dan gulong Muda .......... bertudung........... tdak kah ini hasil dari kesedaran pendidikan yang dibuat oleh KERAJAAN........... persoalan aku kenapa mereka yang telah diberikan segalanya dan dididek dengan penuh kasih sayang, kini ada yang bangun menentang KERAJAAN...... FIKIRKAN

Mesej aku ialah..........APAKAH KITA INGIN MENJADI SEPERTI NEGARA ASIA BARAT?????????

Patah sayap aku terbang jua!!!!!!!!!!

Monday, January 28, 2013

NASIB SEORANG YANG IKHLAS DALAM PERJUANGAN

Kelmarin telah aku coretkan satu pendapat mengenai isu KALIMAH ALLAH, itu adalah pandangan aku sendiri bukn ada pengaruh dari mana-mana.

Semalam sebaik aku menatap sebuah akhbar harian, aku terkedu sebentar apabila membaca kisah NASARUDDIN MAT ISA, anak kelahiran Negeri Sembilan yang begitu getir perjuangannya dari menjadi seorang pensyarah hingga menjadi seorang ahli politik.

Diawal penglibatannya, Nasaruddin begitu disanjung oleh parti politik yang diikutinya......pendekan cerita PAS........hingga dalam tempuh singkat Nasaruddin telah diangkat ketahap Timbalan Presiden.....kira-kira sebagai orang no.3 didalam PAS.........wow! seorang yang datang dari Negeri Sembilan diberi penghormatan bertanding di kawasan parlimen Bachuk........di negeri Cik Siti Wan Kembang, mungkinkah hasil dari strategi ini membolehkan PAS bertapak di Paroi....Negeri Sembilan, sebagai reciprocate orang Negeri terhadap kemurahan PAS memberikan laluan kepada Nasaruddin di Kelantan?

Sebaik pemilihan PAS yang lalu, ramai mereka yang ikhlas telah disisihkan dan digantikan oleh mereka yang lebih opportunis dalam era POLITIK..........sememangnya aku perhatikan Nasaruddin adalah poejuang yang ikhlas dalam menegakan agama Islam.........sanggup menghadapi Benggali Tua yang sememangnya memusuhi Islam.........Ini tidak disenangi, maka Nasaruddin di sisihkan.

Tidak cukup dengan penyisihan POLITIK.............beliau kini di nyahkan dari MAJLIS SURA PAS......ai! begitulah taat dan setianya Nasaruddin kepada kepimpinan PAS.............Tok Guru Nik Aziz boleh bersetujuu dengan penyingkiran Nasaruddin..............PERSOALANNYA..........APAKAH NIK AZIZ MASIH MENGUASAI PAS...........ATAU ADA TANGAN-TANGAN GHARIB YANG LEBIH BERKUASA?????????????

Pada pendapat aku..........begitulalh apabila orang ALIM............so-called.....ULAMAK........telah meninggalkan tuntutan Agama ......hanya kerana NAFSU POLITIK...........fikirkan

Tepuk dada tanya selera

Patah sayap aku terbang jua!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, January 27, 2013

Salam bahagia kepada semua mereka yang pernah membaca blog ini, semuga kalian semua mendapat rahmat dan perlindungan dari Yang Maha Esa.

Setelah lebih setahun aku tidak menambah coretan di blog ini atas sebab-sebab yang tidak dapat nak dikisahkan, kini aku akan cuba kembali menulis dengan penuh keikhlasan tanpa mempunyai sebarang inclination kepada mana-mana pihak. Objektif aku ialah untuk berkongsi maklumat dan sedikit ilmu yang diberikan Allah demi untuk semua.

Buat kali ini aku akan menyentuh beberapa perkara yang akau fikirkan perlu disebarkan.

   ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

       Isu ini adalah satu sebab yang menguatkan aku untuk kembali menulis. Penggunaan kalimah ini dengan sewenang nya adalah salah dan semua orang ISLAM perlulah bersatu dalam mempertahankan kesucian KALIMAH ALLAH ini. Tidak kira sama ahli akedemik atau ahli politik mau apa sekali pun kita sebagai UMAT ISLAM adalah wajib mempertahankan dari ianya disalahlguna.

MENGAPA PIHAK TERTENTU SENGAJA MENYENTUH SENSITIVITI AGAMA ISLAM

Mereka sengaja memperlekehkan perkara ini dengan beberapa tujuan.

a.   Untuk memecahbelahka perpaduan persaudaraan ISLAM yang amat mesra terjalin di Negara kita. Kita tahun dengan memecahbelahkan Umat Islam, maka kumpulan bukan Islam akan bermaharaja lela dari semua sudut. Perlu diingat yang pada masa ini kita lemah dari segi EKONOMI, tetapi masih padu dari segi POLITIK, jadi dengan pecahbelah kita juga akan menjadi lemah dari segi POLITIK.

b.   Sebagimana yang diketahui dunia bahawa MALAYSIA adalah sebuah negara ISLAM contoh yang sentiasa dipertontonkan sebagai yang boleh diterima tanpa terjebak kepada mana-mana pihak, Malaysia mampu bersahabat dengan semua negara kecuali negara Yahudi. Kita juga perlu mengetahui yang pihak BUKAN ISLAM terutama Yahudi dan Nasrani akan sentiasa ingin menjatuhkan mana-mana Negara Islam yang kukuh. Lihat sahaja apa yang berlaku di Timor Tengah sebagai contoh di Mesir.......siapakah ketua puak pembangkang........ALBERADI.......siapakah beliau?    Bekas ketua IAEA yang emberikan lapuran berkenaan Iraq yang kononnya mempunyai senjata NUKELIAR......persoalan aku dari semua kajian yang telah aku kaji...........apakah ALBERADI ini seorang ejen CIA aatau MOSSAD atau Shien Beth.....fikirkan!

c.   Kejatuhan ekonomi Barat ( Amerika & Europh) dan pengukuihan Ekonomi Malaysia, lebih-lebih lagi dengan semua ETP yang dilaksanakan.......menyebabkan ejen-ejen ekonomi barat akan mencuba menjatuhkan kita. Mereka telah cuba pada tahun 1997, tetapi kita telah berjaya mengarasinya.......jadi apakah kemungkinan untuk menjatuhkan ekonomi kita mereka juga akan merobekkan perpaduan UMMAH di negara kita?...........fikirkan.

d.   Apakah kedatangan ramai pekerja asing terutama dari INDONESIA yang membawa bible dalam bahasa Indonesia telah digunakan oleh pihak tertentu untuk mengembangkan Kristianiti dikalangan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam?

Dari apa yang telah aku catatkan, pada pendapat aku........pihak berwajib dinegara ini perlu mengambil tindakan tegas dalam mempertahankan kesucian KALIMAH ALLAH...........bagitu juga semua UMAT ISLAM........perlu besatu hingga ketitisan yang terakhir dalam mempertahankan kesucian AGAMA ISLAM .......Wallah hu alam!!!!!!!!!!