Wednesday, September 22, 2010

BUDAYA FITNAH DALAM PENGHIDUPAN MALAYSIA

Malaysia sebuah Negara majmuk yang di diami oleh berbilang kaum dan etenik pasti tidak dapat lari dari rasa "keetenikan" atau "kekauman" dan ini ditambah buruk lagi dengan terdapatnya "ahli-ahli politik" murahan dan tidak bertamaddun yang tidak peka dengan konsep masyarakat majmuk.

Hasil dari kebodohan "ahli politik tidak bertamaddun" ini maka lahirlah rasa kurang senang dan curiga yang sengaja di perbesarkan dan dijadikan "modal" kempen untuk memenangi kumpulan tertentu. Maka tertubuhlah berbagai kumpulan dan parti politik yang hampir kesemuanya cuba untuk menjadi "champion" kepada etenik tertentu. Paling ketara ia lah parti keturunan India, yang mana tidak kurang dari 6 buah parti politik yang mereka tubuhkan. Maka mereka pun berebutlah untuk menjadi yang terkuat, jadi timbul lah budaya fitnah memfitnah.

Penyakit dari kaum India ini kini melarat kepada kaum Melayu, jika sewaktu memperjuangkan kemerdekaan mereka semua berpayaung dibawah sebauh kumpulan, namun sebaik mendapat kemerdekaan mereka berpuak-puak hanya kerana tamak kan kuasa. Serupa jua mereka terlibat dengan begitu serious dalam membudayakan FITNAH.

Penyakit ini juga melarat kepada kaum Cina, modus operani yang serupa juga dialami oleh kaum Cina higgakan ramai yang menjadi "confused" dan akhirnya ramai yang tidak mahu mencampuri pergolakan budaya fitnah ini.

Baru-baru ini terjadilah kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan 3 yang lain, maka budaya fitnah ini terus menggangu penyiasatan yang dijalankan. Antara fitnah yang amat menggangu pemikiran rakyat ialah kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN. Malaun ini dengan selamba dan konon nya berani menuduh pihak Polis terlibat, tetapi apabila dipanggil untuk memberi bukti dan keterangan HAMBEJADAH ini tak muncul dan cuba mengelak. Apakah sebenarnya tujuan barua beruk ini melakukan begini?

Inilah yang aku katakan diawal penulisan aku sebagai "ahli politik tidak bertamaddun", mungkin terikut sangat dengan ikon dia yang sengaja memporak perandakan masyarakat. Ingatlah kamu akan dipertanggungjawabkan bukan sahaja di sini tetapi jangan sampai anak cucu nanti kencingkan kubur kamu. Kamu di peralatkan oleh kaum India dan Cina dan melatah lalu terus membudayakan fitnah dalam hidup kamu, tidak kah kamu malu kepada diri sendiri? jauh sekali kamu rasa malu kepada Maha Pencipta.

Aku mencabar Maalun ini untuk tampil dengan berani -"have your ball" to come forward untuk memberi keterangan dan membantu penyiasatan dan membersihkan semua yang kamu anggap korup..... bagimana dengan korupsi yang berlaku dalam keadilan?? sedarlah kamu tidak akan dapat merenangi Selat Melaka untuk mencari penempatan baru!!!!!!

Fikirkan........mungkin aku sedikit emosi kali ini!!!!!!!!
Patah sayap aku terbang jua

Tuesday, September 21, 2010

PERJUANGAN EKONOMI MELAYU DALAM MENGHADAPI NKEA

Kelmarin aku berkesemptan melawat pameran hasil makmal NKEA yang sangat hangat di perkatakan dalam menghadapi masa depan Negara, berbagai cadangan dan pandangan yang dibentangkan semuanya dengan objektif untuk memacu ekonomi Negara kearah Negara berpendapatan tinggi menjelang 2010. Ini adalah objektif yang amat dialu-alukan dan diharapkan. Namun dalam kegairahan untuk menjadi Negara maju dan berpendapatan tinggi aku dapat terdapat "loop hole" yang perlu diberi perhatian, yang mana jika "loop hole" ini tidak diawasi maka perjalanan mengejar pencapaian ekonomi ini akan menemui sesuatu yang sukar aku terangkan sekarang.

Aku melihat lab MASA DEPAN KUALA LUMPUR, memangnya canggih dan mengujakan setiap pengunjung. Aku lihat satu yang dicadangkan ialah memperkenalkan pengangkutan massa menggunakan teknologi "MEGNALAV", aku telah di dedahkan kepada tekonologi ini kira-kira 20 tahun yang lalu sewaktu ianya masih lagi di peringkat "prototype" di German, dan di German seingatan aku sistem ini hanya dibina untuk 21KM sahaja sebagai "testbed".

Kepintaran orang-orang German, mereka telah berjaya menjualkan teknologi ini kepada CHINA dan dalam kajian dan analisa aku, aku percaya CHINA memilih sistem ini kerana ingin menunjukan kepada dunia yang mereka terbuka kepada teknologi baru dalam menghadapi SUKAN OLYMPIC 2008. Maka sekarang CHINA perlu mendapatkan pelanggan baru bagi MEGNALAV ini bagi mendapatkan kembali perlaburan mereka. Maka tidak hairanlah MALAYSIA menjadi sasaran jualan mereka, ini dikuatkan lagi dengan adanya syarikat atau konsortium yang telah pun menjadi "AGEN" di MALAYSIA.

Jika sistem ini diterimapakai maka MALAYSIA akan menjadi Negara kedua di dunia yang menggunakan MEGNALAV. Pengelaman pembelian 20 lokomotif terpakai dari China dengan harga jutaan RM yang kini sedang di"canabalisekan" sepatutnya menjadi satu igauan kepada Malaysia dalam memilih sesuatu untuk rakyat dengan duit rakyat, jangan sampai kesilapan hari ini mereka yang terlibat akan dikutuk selama-lamanya.

Perkara kedua yang aku perhatikan dipameran itu yang perlu diberikan perhatian ialah pembangunan sumber manusia. Sepanjang yang aku lihat dan taklimat yang aku dengan pembangunan sumber manusia hanya menekankan kepada "kepakaran" atau profesionalisma tetapi tidak kepada kemanusian itu sendiri. Jika pemangunan sumber manusia hanya dibangunkan dalam bentuk aset sahaja, maka kita akan menghadapi keruntuhan moral dan sahsiah kemanusian di masa depan. Keadaan akan bertambah serious kerana Malaysia mempunyai berbilang etenik yang sangat sensitif dengan kebudayaan dan kepercayaan sendiri.

Aku perturunkan pandangan ini kerana aku kira pemilihan mereka yang menganggotai PEMANDU adalah tidak sekata dimana cerdik pandai MELAYU hanya di dedahkan selepas jawatan kuasa induk hampir-hampir menyiapkan pelan keseluruhan NKEA. Maka ianya masih belum terlambat untuk PEMANDU mengambilkira akan rasa sensitif antara etenik dalam mencapai satu arah sebagai MALAYSIAN IN TOTAL.

Fikirkan demi untuk masa depan.
Patah sayap aku terbang jua

Monday, September 20, 2010

PUSAKA TURUNAN PERSILATAN MELAYU

Apabila dibicarakan atau diperkatakan akan keruntuhan moral dan budaya hidup orang-orang Melayu, aku mejadi amat sensitif dan seringkali cuba mencari jalan dan punca bagimana keruntuhan ini dapat diperbaiki dan dimartabatkan kembali.
Aku mengambil masa yang agak panjang untuk menjalankan kajian yang terperinci bagimana aku dapat membantu dalam apa jua cara untuk memperbaiki dan mengembalikan kegembilangan budaya persaudaraan MELAYU yang aku warisi turun temurun.
Setelah berbulan lama aku menkaji dan merantau di hampir segenap pelusuk perkampungan Melayu yang budayanya masih terpelihara, aku merumuskan yang perpaduan MELAYU boleh dipupuk dengan kembali kepada budaya membesar secara perkampungan walaupun orang-orang MELAYU berada ditengah-tengah kota Metropolitan.
Perpecahan keakraban MELAYU yang berlaku sekarang adalah kerana terdapatnya segulungan mereka yang menerapkan budaya hidup asing didalam corak hidup MELAYU, seperti membawa budaya ala barat dan keterbukaan yang melampau dalam hidup harian kita. Apabila ini berlaku maka orang-orang MELAYU akan mula dikuasai dengan nafsu EGO atau kesombongan yang tinggi dan berlakulah pemilihan DARJAT dan berpuak dikalangan kita.
Satu cara dan jalan yang aku kira akan dapat membawa kepada penyatuan kembali orang-orang MELAYU ialah dengan mengadakan kembali kumpulan-kumpulan persilatan yang pernah kita pusakai bukan yang telah diubahsuai atau dikomersialkan. Apa yang aku maksudkan ialah kembali kepada sistem perguruan yang asal dimana tiada yuran atau PENGERAS khusus sebaliknya anak-anak persilatan akan paham bagimana menghormati guru-guru mereka.
Kumpulan Persilatan Melayu memang banyak dengan bermacam nama dan gelaran, dari pengamatan yang aku lakukan terdapat beberapa kumpulan dan guru-guru tertentu telah mengambil kesempatan untuk mengkomersialkan diri mereka sedangkan anak-anak murid hanya di pergunakan untuk tujuan tertentu dan ada juga kumpulan tertentu telah berlagak, sama ada secara sedar atau tidak sebagai satu kumpulan ala "samseng", ini telah merusakan nama persilatan MELAYU jika dibandingkn dengan seni mempertahankan diri yang lain.
Persilatan MELAYU boleh dikomersialkan atau dijadikan SENI SILAT OLAHRAGA tetapi PERSILATAN KEBATINAN hendaklah sentiasa diwariskan kepada orang-orang MELAYU sahaja seperti ajaran SELENDANG MERAH dan JUBAH KUNING hendaklah kita peliharai akan kesaktian nya jangan sesekali anak-anak murid mendedahkan kepada orang bukan Islam kerana ditakuti "mereka" akan mencari jalan melemahkan persilatan kebatinan ini. Sebagai contoh menularnya bekalan makanan yang tidak HALAL dan meragukan boleh melemahkan dan melupuskan persilatan ini. Dari itu orang-orang MELAYU yang mempusakai persilatan ini hendaklah sentiasa menjaga permakanan dan adab budaya agar tidak melemahkan kita.
Fikirkan dan nanti aku bicarakan lagi.
Patah sayap aku terbang juga.

Wednesday, September 15, 2010

ANTARA PATRIOTISMA DAN PELAMPAU

Kejadian pembunuhan kejam dan sadis yang telah dilakukan oleh penjenayah yang menjadi ahli kumpulan haram HINDRAF terhadap empat orang MELAYU telah menjadi topik hangat dalam semua akhbar tempatan termasuk oleh media elektronik.
Koronologi kerjadian amat memilukan hati setiap pembaca dan penganalisa kejadian ini. Apa yang aku kesalkan, ialah apabila sahaja orang MELAYU memperkatakan perbuatan kejam dan sadis ini, maka ramailah orang yang mengatakan jangan jadi "PELAMPAU" atau "EXTREMIST".
Persoalan aku apakah komen dan suara-suara kemarahan yang diluahkan dalam mengenangkan apa yang di lakukan secara BRUTAL DAN SADIS terhadap MEREKA YANG SEDARAH, SEAGAMA DAN SEBANGSA ini diklasifikasikan dengan "MELAMPAU", bagimana pula dengan arahan-arahan sulit yang di katakan di keluarkan oleh KUMPULAN HINDRAF kepada pengikut mereka supaya bertindak tanpa belas kasihan terhadap ORANG-ORANG MELAYU termasuk dengan melakukan pemanduan agresif dijalan raya walaupun akan berlaku kematian terhadap kaum lain. Cuba buat kajian berkaitan kemalangan yang melibatkan pemandu pengikut HINDRAF terhadap kereta-kereta kecil yang dipandu oleh ORANG MELAYU??????????? Bagi pihak berwajib sila amati dengan jelas di keenderaan berat yang melekatkan symbul HINDRAF..............janganlah buat-buat tak nampak dan bila orang MELAYU menyuarakan rasa simpati dan concern maka terus nak keluarkan kenyataan dan AMARAN PELAMPAU.
Dalam mempertahankan hak MELAYU seperti yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA, aku menyokong cetusan rasa kemarahan dan concern yang di suarakan oleh ORANG-ORANG MELAYU. Hak orang MELAYU yang diperkatakann dalam perlembagaan termasuk hak untuk HIDUP buka boleh dibunuh dengan begitu SADIS DAN KEJAM.
Aku menyeru semua orang MELAYU supaya bersatu tanpa mengira apapun pahaman politik dalam menegakan hak MELAYU dari semua sudut. Jangan takut untuk bersuara dan mempamerkan rasa yang terbuku di kalbu kita.
Kepada pelawat blog aku ini sila kemukan kemarahan dan concern anda.
Selagi shadah kita sama......... kita tetap MELAYU DAN ISLAM
LAILLAH HAIL LALAH ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!
Patah sayap aku terbang jua
Ayuh kita berjuang bersama dalam semua aspek!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, September 7, 2010

CUBAAN PIHAK TERTENTU MEMECAHBELAHKAN UMMAH

Kelmarin tersebarlah satu lagi sms yang mengatakan bahawa hari raya akan jatuh pada hari Khamis, maka bermacam pihak berwajib seperti JAKIM terpaksa mengambil berbagai langkah untuk mempastikan umat Islam di Negara ini tidak terpengaruh dengan sms yang di sebarkan.
Persoalan yang bermain dibenak kepala aku ialah kenapa ada pihak yang sengaja menjadikan perkara seperti ini sebagai satu bahan yang hendak di perkotak katik kan? Apakah perbuatan ini sengaja dilakukan oleh pihak tertentu? Apakah kah motif dan tujuan pihak tertentu ini membuat begitu? dan yang lebih aku pertanyakan ialah mengapakah terlalu lambat untuk pihak berwajib mengheret mereka yang "biadab" dan tidak bertamadun ini kemuka kehakiman dan di pamerkan kepada seluruh rakyat siapa sebenarnya mereka yang terlibat.
Penjelasan yang bakal di kemukakan ialah siasatan sedang dijalankan dan apakah hasil siasatan itu nanti "wallah hualam".
Perbuatan menggunakan kemudahan eletronik seperti laman web, internet, sms dan sebagainya bagi sesuatu tujuan yang boleh mendatangkan eresahan awam henfdaklah di tangani dengan segera, pengkhianat yang melakukan perkara ini hendaklah di dedahkan dengan segera dan tindakan punitif yang di ambil hendaklah di lihat sebagai berkesan, supaya ianya tidak di ambil sambil lewa oleh mereka yang terlibat.
Fikirkan,
Aku mungkin keluar dari perkabungan....
Patah sayap aku terbang jua

Friday, June 18, 2010

ANWAR IBRAHIM PUTAQ ALAM

Lama aku tidak membuat coretan di ruang ini kerana kebosanan dan kerja yang agak berlambakan, namu aku sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku.
Aku teruja untuk mencoret kembali selepas agak lama menyepi kerana melihat perangai Anwar Ibrahim yang cuba memperbodohkan semua rakyat dengan drama dan perwatakan yang jelas sekali menunjukan betapa belau sebenarnya cuba mencari populariti murahan dan politik tomahan, fitnah dan cerita karut mengarut.
Apakah Anwar telah melupakan apa yang berlaku semasa dia menjadi TPM? berapa banyak yang di songlap melalui kuncu-kuncu dia? sampaikan sebuah bank hampir pupus di kerjakan.........
Cukuplah menjadi pemusnah perpaduan bangsa sendiri, atau Anwar tidak lagi mengaku yang di orang Melayu kerana semua yang dia buat sekarang konon nya untuk membela bangsa lain. Apa kah orang sudah lupa pembohongan yang pernah dia lakukan, aku masih ingat semasa pameran LIMA 95, aku menjemput Anwar untuk melihat stand Malaysia yang berjaya mempamerkan sesuatu yang boleh di ketengahkan dengan selamba dia menyuruh orang kanan nya sahaja melihat ciptaan anak tempatan sedangkan dia akan terus dibawa oleh pihak orang putih. Kenapa ini berlaku sebab syarikat tempatan terutama milik Melayu tak berkemampuan untuk beri kamsyen yang tinggi.....................

Tuesday, May 4, 2010

JANJI YANG TAK PERNAH DIMUNGKIRI

Dini pagi ini, aku masih di pinggir kali
Menyusur kegelapan, menanti terbitnya matari
Menjejaki susur jalanan yang pernah kita lalui
Mencari dan terus mencari
Masih kekal lengkok lama dan pohon beringin masih tegak disitu

Memori lama itu seakan baru berlaku
Masih terngiang luahan cinta mu
Sejernih titisan embun menyiram bumi
Makin jauh aku menungkan
Semakin terasa kerinduan terhadap mu

Walau aku pasti
Engkau tidak akan kembali lagi
Biarpun aku mengerti
Kita tidak akan bersama
Namun kalimat cinta mu masih kukuh dijiwa ini

Aku keraskan semangat diri
Aku janjikan pada diri ini
Perjuangan hidup ini perlu aku teruskan
Biar hanya bertemankan engkau dalam ilusi
Walau engkau sudah pergi
Bagi aku engkau tidak mati
Bayangmu sentiasa di sisi

Kekasihku, tenanglah engkau disana
Tahlil dan doaku buat mu
Kerana aku pasti
Semua insan akan jua pergi
Hanya Illahi yang mengetahui


Dalam kenangan.........
Sentiasa ku abadikan

KUNTUM CINTA KU TAK PERNAH KESAMPAIAN

Di saat aku mengenali mu
Kekal terbayang kerdipan mata mu
Kerdipan yang penuh bererti
Kerdipan yang telah membakar satu rasa
Cinta kepada nusa dan bangsa
Cinta yang sentiasa membara dan tidak pernah padam

Dini hari itu, aku terjaga
Puteri mu mengkhabar berita
Gementar seluruh tubuh yang tak pernah aku rasa
Bibir aku kaku untuk berbicara
Lantas aku sujud kepada Nya
Memohon agar engkau aman di samping Nya

Biar jauh perjalanan, aku teruskan jua
Demi menatap wajah mu buat yang terakhir
Kerana, akhirnya engkau pergi jua
Aku lihat senyum mu di perkapankan
Masih serupa empat abad yang lalu
Aku gagahkan diri kerdil ini
Dalam yasin dan tahlil
Sentiasa mendoakan untuk mu aman di sana

Aku tahu kita tak mungkin berjumpa
Tapi percayalah,
Cahaya cinta kita tak pernah pudar dalam jiwa ini
Biar seabad lagi aku mengembara
Kau akan sentiasa terpahat di jiwa ini

Biarlah aku mencari bayang mu di gigian pantai
Seperti dulu di desa kita yang indah
Biar aku teruskan perjalanan ini tanpa mu disisi
Kau tetap hadir dalam ilusi
Selendang mawar bekalan mu
Untuk ku merentas belantara
Kini menjadi pengesat air mata

Selamat kau pergi kekasih ku
Biarkan aku terus mencari bayang mu
Pasti akan ku nukilkan lagi
Rasa rindu yang tak pernah pudar
Hingga kesaat aku menutup mata


Buat...........
Al-Fatihah
1952-2010

Monday, May 3, 2010

KEJADIAN PELAJAR TERKENA TEMBAKAN POLIS

Kejadian yang berlaku minggu sudah di Shah Alam telah mengundang berbagai reaksi dari banyak gulongan penduduk, yang lebih selesa adalah gulongan politik pembangkang yang sudah pasti mengsensasikan kejadian malang itu.
Dalam perkara kejadian itu aku ingin menarik perhatian kepada mereka yang suka membebel di kedai kopi dan merata tempat untuk menunjukan kononnya mereka amat prihatin dengan mangsa kejadian dan keluarga yang sedang berdukacita dengan catatan berikut:-
1. Patutkah remaja yang berusia 15 tahun dibenarkan memandu pada waktu kejadian itu, kira-kira jam 2.00 pagi?
2. Adakah ini kali pertama mangsa memandu kereta samada dengan izin atau tidak dari keluarga mangsa?
3. Adakah benar keluarga mangsa tidak mengetahui yang mangsa telah mengambil kunci kereta dan keluar pada waktu awal pagi itu?
4. Apakah yang akan terjadi jika mangsa dalam cubaan untuk melarikan diri terlanggar angguta polis yang membuat sekatan jalan raya dan angguta itu terbunuh? Adakah pihak pembangkang akan mensensasikan insiden jika angguta polis yang menjadi mangsa langgar lari?
5. Apakah keluarga yang terlibat sebenarnya mempunyai masalah dalam rumah sendiri yang mendorong mangsa keluar rumah hingga ke awal pagi?
6. Apakah sebenarnya keluarga mangsa mengamalkan tolak ansur dalam kasih sayang keluarga mereka?
7. Apakah keluarga mangsa telah di hasut oleh pihak tertentu dalam cubaan untuk menegakan sesuatu bagi kepentingan mereka?
8. Apakah polis telah mengambil semua langkah mengikut prosedur yang betul dalam membuat sekatan jalan raya pada malam kejadian?
9. Apakah benar kerana takut tidak ada lesen mangsa sanggup melanggar sekatan jalan raya pada awal pagi?
10. Apakah tindakan anda jika anda bertugas sebagai angguta polis yang berada di sekatan jalanraya itu?
Aku mengemukakan semua persoalan itu supaya semua mereka yang suka buat komen perhatikan dengan jelas dan tidak berpihak. Aku juga bersimpati dengan keluarga mangsa, tetapi lihatlah dahulu kedalam diri kita, dimana silap kita, dimana salah kita hingga kita boleh kehilangan anak?
Kepada keluarga mangsa takziah aku ucapkan dan nasihat aku ialah tenangkan diri, muassabah bersama keluarga cari jalan yang terbaik bukan sengaja menjadi mangsa hasutan pihak-pihak tertentu, terutamanya untuk kepentingan politik mereka.
Terimalah hakikat yang anak kita telah melakukan kesalahan yang kita benarkan, hinggakan kita kehilangan anak itu. Pelajari dari kesalahan kita, jangan termakan hasutan hanya untuk kepentingan jangka pendek. Ingat hidup perlu diteruskan, yang pergi sudah tetap pergi, walaubagimana di perjuangkan yang pergi itu pasti tidak akan kembali lagi, usah lagi mencari jalan untuk membenarkan sikap yang salah.
Fikirkan, Patah sayap aku terbang jua.

Sunday, April 25, 2010

RAGAM ZAHID IBRAHIM

Zahid Ibrahim anak kelahiran Kelantan yang pada masa berada diluar negara malu mengakui dia berasal dari Kelantan diangkat menjadi calon PKR di PRK Hulu Selangor, sebelum nya di lantik oleh Tun Abdullah sebagai Menteri tapi malang bagi anak Kelantan ini ego dalam dirinya amat tinggi hinggakan dia lupa dimana bumi tempat dia berpijak.
Seringkali memberikan sesuatu yang kontraversi terutama dalam menterjemahkan perundangan Negara, maklumlah seorang peguam sememangnya pandai dalam memutarkan fakta hinggakan yang salah dikatakan betul dan yang benar di persalahkan.
Aku tertarik dengan pengakuan Zahid yang beliau memiliki seekor kuda lumba, tetapi tidak terlibat dalam perjudian.........dan ramai yang mempercayai kononya pemilik kuda lumba tidak terlibat dalam judi lumba kuda, hinggakan Nik Aziz dapat duduk sebaris dengan pemilik kuda lumba. Bayangkan Tony Fernandez beli Lotus F1 hanya untuk di tonton tanpa terlibat sama dalam perlumbaan F1. Bukankah ini satu "joke of the century"?
Itulah dasar yang dibawa oleh pemimpin PKR, bila dah buat sesuatu yang bertentangan dengan agama atau lumrah hidup tidak mengaku, contoh dah orang yang diliwat membuat pengakuan yang dia diliwat, tapi yang meliwat kata tak.....dia tak liwat........entah apa pulak yang nak di hujahkan oleh peguam nya nanti............. tunggu dan liat.
Syarikat guaman Zahid Ibrahim dapat banyak kontrak dari PETRONAS, tapi percayalah kebanyakan kes yang dikendalikanya menghabiskan beras saja. Dah sampai masanya Petronas memikirkan untuk menghadkan kontrak yang diberikan kepada pemilik kuda lumba ni.
Pelawat blog aku ni fikirlah sendiri, jangan asik putarkan fakta untuk kepentingan satu parti sahaja. Jadilah yang natural, fikirkan untuk kebaikan bangsa dan agama kita. Jangan terlalu percaya dengan fitnah yang di buat-buat........kini pemilik kuda lumba membuat pengakuan yang tidak terlibat judi.........boleh percayakah?
Patah sayap aku terbang jua

Saturday, April 24, 2010

BILA ULAMAK BERPOLITIK MENGHALALKAN SESUATU UNTUK POLITIK

Penggunaan masjid sebagai tempat kempen politik adalah tidak di benarkan seperti yang di ajarkan agama Islam kita, semua kita telah di ajar sejak mula memasuki masjid dimana disunatkan beriktiqaf dan boleh mendirikan solat Jumaat, maka kita hendaklah berhenti dari berbicara bab dunia. Tetapi malangnya - Hassan Ali dan Nik Aziz telah melakukan sebaliknya........Apa sudah jadi dengan mereka ini??????????
Aku ingin ingatkan kembali apa yang di firmankan Allah dalam surah As Sajadah "APAKAH KAMU INGAT SAMA MEREKA YANG BERIMAN DENGAN MEREKA YANG FASIK, TIDAK MEREKA TIDAK SAMA" aku selalu mengingatkan diri aku agar tidak jatuh kepada gulongan fasik yang disindirkan Allah di dalam surah ini.........Istilah fasik menggambarkan mereka yang berilmu tetapi menggunakan kepandaian ilmu mereka untuk kepentingan mereka dan kumpulan mereka sahaja.
Kepada Nik Aziz, satu masa dulu seorang Tok Guru yang sangat aku hormati, terus terang aku katakan kini hormat itu sudah pudar dan aku nasihatkan Nik Azizi supaya segera bertaubat kerana kiota dah sam di hujung senja.
Aku juga menerima beberapa aduan dari rakyat Kelantan yang sedang menuntut di IPTA, mendakwa yang mereka tidak mendapat bantuan dari Yayasan Islam Kelantan, sedangkan mereka yang menuntut di pondok Nik Azizi semua dikatakan dapat pembiayaan dari YIK. Nik Azizi di manakah keadilan yang diamalkan? apakah salah mereka yang menuntut di SMKA dari Kelantan yang tidak di berikan apa yang telah di berikan kepada yang menuntut di pondok/mahaad Nik Aziz sahaja.
Fikirkan
Patah sayap aku terbang jua

Friday, April 23, 2010

PILIHAN RAYA KECIL LAGI!!!!!!!!!!

Fenomina pilihan raya kecil (PRK) nampaknya sebagai satu yang sentiasa melanda di Negara tercinta ini dan fenomina ini sekarang ini diikuti pula oleh sindrom keluar parti, bukan lompat parti. Sindrom yang di wawarkan oleh Anuar Ibrahim seakan makan partinya sendiri.
Aku berpeluang bercakap dengan segelintir penyokong totok Anwar yang masih yakin Anwar akan menjadi Perdana Menteri pada PRU ke 13 nanti, macam biasa penyokong totok ini mempunyai andaian dan strartegi mereka bagimana hendak mengulingkan BN pada PRU 13, antara yang menarik ialah mereka mengatakan semua yang keluar menjadi bebas sebenarnya sebagai satu persediaan bila dah cukup korum mereka akan kembali ke PKR.
Penyokong totok ini juga dengan bangganya menyatakan yang sebenarnya Khalid Ibrahim - MB gagap tulah! mempunyai dana yang banyak untuk membeli semua pengundi Melayu dan India di Selangor bagi mempastikan PKR akan terus menguasai Selangor. Kata mereka pengundi Cina tak perlu di bayar kerana sememangnya mereka menyokong DAP. Amboi! banyaknya duit Khalid Ibrahim, ai! jangan-jangan dapat banyak di sidelinekan masa dulu kot................ Kalau Anwar memang aku tak heran sebab tukang pegang duit dah lama mati........N... lah! jadi duit tu memang ada, peduli apa nak di risaukan bukan duit cari sendiri semua persen dulu.
Ini timbul pula cerita MB Kedah nak bubar ADUN sebab banyak yang dah lompat keluar, tulah bukan senang nak tadbir berjuta orang, cakap masa kempen boleh tapi bila diberi mandat apa dah jadi. Aku baru pergi ke Alor Star, rumah resmi MB, Zizan tak duduk tapi apa pun acara DAP yang cuma ada satu kerusi di adakan di perkarangan rumah resmi..............inilah nasib Melayu, pepatah melayu madan diri..........ayam mati di kepuk padi, sebab DAP bagi makan dedak banyak-banyak!!!!!!!!!!!
Tak lama lagi Sarawak pula akan mengadakan PRU Negeri, tengoklah Anwar dan kuncu-kuncu akan berpindah dan berkampung di sana pula dan akan keluarlah bermacam lagi cerita dan fitnah memburukan BN, tak heran nanti turut memburukan Pehin Seri sendiri. Jadi aku nasihatkan rakan-rakan di sana hati-hati dengan anak-anak lelaki yang nampak jambu sikit, takut-takut nanti senasib dengan............ ambil perhatian, jangan sampai di perkotak katik kan oleh orang yang gila kuasa..........
Fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua

Thursday, April 1, 2010

RAMAI REMAJA MELAYU DI BELENGGU MASAALAH KELUARGA

27 Mar 2010, aku melaksanakan satu program modal insan di utara tanah air tercinta ini. Bermula dengan modul memperkenalkan dan menterjemahkan apakah istilah kasih sayang keluarga hingga kemodul terakhir aku menerangkan kepada remaja yang turut serta apakah dia cita-cita, cinta dan harapan. Pasti sekali modul terakhir yang mendapat tumpuan remaja. Kebetulan pada tarikh yang sama terdapatnya kes pelajar pintar lari untuk berkahwin, ini adalah satu berita yang sangat mengeciwakan aku.
Di akhir program itu aku menjalankan apa yang aku kenalkan sebagai interaktif dilog atau sesi soal jawab, aku mengambil pendekatan membenarkan peserta bertanya apa sahaja yang terbuku di hati mereka. Persoalan ini di buat dalam bentuk lisan dan secara bertulis, jumlah kertas kecil yang bertulis aku terima melibihi 230 berbanding soalan lisan tidak sampai 10. Kerana waktu yang tidak mencukupi aku mengambil kesemua soalan di bawa pulang untuk di analisa. Sementara itu aku menerima sejumlah 113 sms yang bertanyakan masaalah yang mereka hadapi.
Dari semua 343 soalan yang aku terima aku pecahkan kepada 3 kelompok masaalah yang membelenggu remaja MELAYU seperti berikut:-
1. Masaalah melibatkan keluarga 60%.
2. Masaalah melibatkan emosi cinta remaja 35%.
3. Masaalah persekolahan dan pelajaran hanya 5%.
Mesej yang ingin aku ketengahkan disini ialah:-
1. Jika kita hendak memperbetulkan arahtuju remaja kita maka persoalan keluarga hendaklah di perbetulkan lebih awal. Permasaalahan keluarga seperti perceraian, sumbang mahram, perkelahian sesama keluarga, attitude keluarga, hubungan keluarga dan komunikasi keluarga perlu di berikan pengkhususan.
2. Masaalah cinta remaja atau cinta monyet sebenarnya amat serious di kalangan remaja Melayu, termasuk tidak kurang yang meluahkan yang mereka telah mengadakan hubungan yang terlarang. Aku amat terperanjat dan gugup apabila tidak kurang dari 17 pengakuan yang di buat yang mereka telah melakukan hubungan terlarang dan 2 mengatakan yang mereka pernah melakukan penguguran. Perkara ini tidak boleh di pandang sepi atau terpencil, jika di utara tanah air begitu keadaan nya bagimana pula di kota metropolitan?
3. Jika kita dapat mengurangkan permasaalahan keluarga dan cinta remaja barulah kita dapat mengambil langkah selanjutnya mengembalikan remaja kita kepada fokus terhadap pelajaran mereka.
Fikirkan, patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, March 17, 2010

PROPAGANDA POLITIK DAN HIPOKRASI

Semalam aku berkesempatan menyaksikan perdebatan di parlimen. Ruang legar parlimen tak ubah seperti satu kawasan lelongan ikan secara bisik-bisik, pantang ada ahli dewan yang keluar walaupun hendak ketandas pasti ada yang mengejar ramai yang berbekalkan sampul surat yang hendak di sampaikan, apa isinya aku tak tahu.


Terlihat aku YB Zulkifli Nordin yang kini menjadi wakil bebas menghulurkan tangan untuk berjabat dengan seorang wakil rakyat keturunan India tetapi aku dapat saksikan bagimana wakil rakyat keturunan India itu enggan menyambut tangan Zulkifli Nordin, aku hanya tersenyum melihat telatah wakil rakyat yang tidak bertamadun di dalam parlimen. Lalu aku bertanya sendiri apakah mereka seperti itu layak di panggil YB dan di angkat menjadi wakil rakyat?????


Aku juga mendengar Anuar Ibrahim berhujah dengan penuh dramatik dan nada suara seakan menunjukan betapa beliau memahami dan prihatin akan masalah rakyat, membandingkan sesuatu dalam jangkamasa 50 tahun, tetapi apabila Zahrin membongkar cerita berkenaan dia, bingkas dia bangun dan keluar dewan dengan diikuti dengan wakil rakyat dari kolompok nya. Ini lah hipokrasi yang tertinggi yang berlaku semalam.


Tuesday, March 9, 2010

MENGAPA SEMBUNYIKAN TANGISAN KITA?

Dalam menjalani penghidupan seharian, aku dapati ramai manusia yang lebih sanggup menyembunyikan tangisan mereka, hanya kerana mahukan orang lain melihat mereka gembira dan kononnya mereka kuat dalam menghadapi apa yang sedang berlaku dalam liku hidupan harian mereka. Ini adalah sebagian dari hipokrasi penghidupan.
Sememangnya penghidupan kita penuh dengan hipokrasi! Bermula dari kita bangun tidur hingga kita tidur kembali kita akan cuba dengan sebaik mungkin untuk mengembirakan orang di sekitar kita walaupun pada hakikatnya kita berduka. Ambil contoh, sebaik sahaja kita terjaga dari tidur perkara pertama yang selalu kita lakukan ialah melihat diri kita dalam cermin, persoalan nya mengapa kita melihat diri dalam cermin?, biasanya hati kita akan berkata kepada diri sendiri - kalau ada rakan yang ternampak tidaklah aku ini teruk sangat!!! Nah! tidak kah ini hipokrasi yang pertama kita lakukan dalam perjalanan harian kita,
Bersiap untuk kepejabat atau keluar, sudah pasti kita akan mengenakan pakaian yang menarik, adakah menarik untuk penglihatan kita - tidak, kerana kita hendak di lihat menarik dari pandangan mereka di sekitar kita, ini juga hiporasi emosi yang sering kita hadapi.
Inilah kitaran hidup kita sebagai manusia yang seringkali terlalu mengambil kira apa orang lain kata terhadap kita hinggakan kita lebih sanggup menyembunyikan tangisan kita hanya untuk mempertontonkan diri kita kepada persekitaran. Jika kita berterusan menyembuyikan kebenaran demi untuk mengembirakan orang lain maka diri kita sendiri yang akan menghadapi stress dan ini akan membahayakan kita sendiri.
Dalam aku memberikan kaunseling kepada mereka yang sering menghubungi aku, kekadang terpaksa jua aku menyembunyikan kebenarang yang aku hadapi, tapi sebagai seorang yang memahami akan stress diri selalunya aku mampu menangani apa yang bercelaru dalam benak sendiri.
Persoalan nya perlukah kita menyembunyikan kebenaran dari persekitaran? Ya! ada yang perlu di telan sendiri tetapi ada kalanya perlu kita kongsikan dengan seseorang yang kita yakinkan dalam menyimpan rahsia hati kita. Sekiranya semua permasalahan kita telan sendiri di bimbangkan akan sampai satu ketika sesuatu ilusi akn menguasai diri kita.
Lihat kebelakangan ini terdapat beberapa insiden yang di pertontonkan kepada umum seperti kejadian membunuh ahli keluarga dan pelajar terjun dari bangunan hanya dengan alasan mendengar sesuatu suara gharib menyuruh mereka melakukan sesuatu yang di luar pemikiran normal. Perkara seperti ini akan terus meningkat dari masa ke semasa dan usaha untuk mengenali bakal mangsa seharusnya diambilkira.
Fikirkan mengapa ini semua terjadi dan aku akan sambung nanti.
Patah sayap aku terbang jua.

Thursday, February 25, 2010

KEMALANGAN DI LEBUHRAYA

Aku kurang menulis kebelakangan ini kerana terpaksa belajar semula penulisan bahasa yang baik. Aku tidak suka menulis hanya untuk merapu dan mengeluarkan satu rasa geram atau dendam yang tidak memberikan faedah kepada mereka yang membaca blog aku, seingatan aku, aku akan menyelitkan sesuatu mesej dalam setiap yang aku coretkan dan pasti sekali aku mengambil penuh tanggungjawab atas semua komen yang di berikan.
Aku terpanggil untuk memberikan sedikit komen atau pandangan berkaitan dengan kejadian kemalangan yang sering berlaku di sepanjang lebuhraya di negara kita. Apa yang menghairankan dan menimbulkan tanda tanya kepada aku berkaitan dengan kemalangan-kemalangan ini ialah pembabitan kereta-kereta "mewah dan berjenama" seperti BMW dan Perdana.
Aku tidak akan membicarakan kisah kecuaian manusia dalam kemalangan yang berlaku, kerana semua yang berlaku di jalan raya adalah berasaskan pengendalian manusia yang sepatutnya telah terlatih dan mempunyai daya kekuatan sendiri untuk membuat sesuatu keputusan terutama semasa mengendalikan sesebuah kereta.
Aku ingin mengambil contoh kejadian di KM 259 Senawang - Simpang Empat di mana 6 sekeluarga telah terbunuh apabila kereta yang di naiki telah melanggar sebuah treler rosak yang di letakan di lorong kecemasan. Apa yang menarik perhatian aku ialah kereta yang terlibat adalah dari jenis BMW satu-satu nya jenama kereta yang berpristej dan menjadi impian ramai peminat kereta mewah. Persoalanya ialah "bagimanakah enjin sebuah kereta BMW boleh tercabut keluar dari chasis nya?", sedangkan dari maklumat yang aku baca kereta BMW mampu menerima impak hentakan hingga 260km/j dan kemungkinan enjin tercabut hampir mustahil, dan kereta jenama ini sememangnya mempunyai sistem komputer dan menggunakan chip untuk memberikan sesuatu amaran awal jika ada sesuatu yang tidak berkerja dengan baik.
Jadi kepada pemilik kereta yang berjenama dan berpristej hendaklah lebih peka dengan kereta mereka dan awasi di mana anda menghantar kereta anda untuk di selenggarakan, bukan hendak kempen selenggara kereta tapi hantarlah di tempat yang mencatatkan semua butie semasa di selenggara dan pihak forensik penyiasatan perlulah mengambil kira perkara-perkara teknikal dalam siasatan kemalangan kerana hasil siasatan yang detil dan mendalam mungkin akan dapat memberikan sebab sesuatu kemalangan itu terjadi bukan hanya mengatakan kecuaian manusia.
Mungkinkah perlu di panggil pakar dari BMW sendiri untuk menyiasat kejadi enjin tercabut dari chasis.
Fikirkan, terlalu banyak andaian yang boleh aku coretkan bukan untuk mencabar sesiapa tetapi untuk membuka mata semua yang mungkin berpotensi akan terlibat dalam kejadian seperti yang di paparkan dan bahagian sisatan forensik perlu mencari lebih banyak andaian dalam menjalankan siasatan mereka.
Patah sayap aku terbang jua.

Tuesday, January 26, 2010

SAYAP YANG PATAH SEMBUH KEMBALI

(dalam melihat arahtuju usahawan MELAYU
selepas MECD dikuburkan)


Kelmarin aku masih berjalan sendirian
di pantai yang sepi dan kegersangan
walau ombak terus memukul pantai
anak-anak kecil berkeliaran
tapi tiada lagi deraian ketawa
hanya tinggal seekor merpati putih yang kepatahan sayap


Merpati itu tidak lagi mampu terbang
merayap mencari makan
aku merapati merpati itu
aku tinjau dan perhatikan
nyata sayap itu hampir sembuh
dalam diri aku berbisik sendiri
apakah merpati ini boleh terbang semula


Biar mengheret sayap yang kian sembuh
merpati itu bisa bergerak laju
bisa mencari dan mencatuk sendiri
biar tiada lagi bijirin yang di taburkan
dia bisa mencakar bumi mencari makan


Dalam senyum dengan dada yang membara
dengan gengaman padu di kedua tangan
aku angkatkan merpati putih
aku letakan ke dahan
aku mahu merpati putih terbang semula
aku yakinkan merpati itu
dua purnama akan berlalu
kau pasti terbang jua
aku ingin kau mencari makan di angkasa
tidak hanya mencatuk di bumi gersang


IBA 2010
Putrajaya

MENGAPA MENULIS BLOG

Aku mengambil masa yang agak panjang membaca dan mengkaji cara dan corak penulisan, pengurusan dan kaedah serta mencari objektif yang sebenarnya mengapa ramai mereka yang menulis blog. Kesemua blog yang mampu aku ikuti berjumlah 129, maka aku merumuskan perkara berikut :-
1. Ramai menulis sebagai hobi/suka-suka. Mungkin melihat kawan ada tulis blog maka mereka ikut sama.
2. 98.5% penulis blog yang aku lewati menyebarkan perkara yang tidak benar - secara jujur aku katakan sebagai fitnah.
3. 96% menulis hanya untuk melepaskan geram dan marah tanpa mengira impak yang akan di terima.
4. 98% menulis dengan hanya menceduk dari maklumat "hear say" atau sms palsu yang di sebarkan.
5. Ramai penulis tidak mempunyai pengetahun atau ilmu yang baik untuk di kongsi bersama.
6. Ramai menulis tanpa mempunyai objektif yang membangun.
7. Ramai memberikan komen tetapi hanya untuk mengutuk dan menambah fitnah bukan untuk memperbaiki atau memberikan cadangan yang membantu mencari penyelesaian dalam sesuatu isu.
8. Ramai yang tidak merasakan yang mereka bertanggungjawab dalam setiap aspek yang mereka katakan.
9. Paling malang kesemua 129 bloggers aku percaya terdiri dari gulongan MELAYU yang melaga-lagakan sesama Melayu hanya kerana mereka terlalu taksub kepada sesaorang "pemimpin" pilihan mereka, mungkinkah mereka mendapat upah untuk melakukan penulisan ini ? Wallah hu alam!
Aku ingin mencadangkan kepada bloggers supaya lebih bertanggungjawab didalam penulisan yang di pamirkan dan pilehlah objektif sendiri yang dapat di manfaatkan oleh pelawat blog kita, janganlah hanya kerana kita meluat atau benci kepada sesorang maka kita menghentam mereka sesedap jari kita mengetuk key board tanpa mengira apakah implikasi dari semua sudut seperti implikasi moral, keluarga, status dan sebagainya.
Tulislah dengan penuh ikhlas dan jujur, kalau boleh berikan input berpelajaran yang membina bukan membenci antara satu sama lain.
Menulis blog juga satu perjuangan, maka berjuanglah dengan betul dan berlandaskan hukum hakam yang di pakai manusia.
Selamat berjuang.
Patah sayap, aku terbang jua.

Friday, January 22, 2010

BILA CAMAR BERARAK PULANG

BILA CAMAR BERARAK PULANG


Mega senja mula menampakan diri
jauh-jauh anak nelayan berlarian
menuju pantai menunggu kepulangan
entahkan ada, entahkan tidak
desiran angin laut kian kencang
bersama dengan rintisan hujan

anak-anak tani meninggalkan dangau
anak-anak kota masih berkeliaran
mabuk dalam limpahan neon metropolitan
hanyut dalam lautan yang tidak berpantai
Entah dimana suara azan
hanya camar yang pulang senja

bila malam mula berlabuh
anak desa pulang ke pondaok usang
anak kota pula ibarat kelawar keluar sarang
masjid besar tidak berpenghuni
surau lama tidak berlampu lagi

aku mencari anak-anak kesayangan ku
dimana mereka mengembara
mengapa tidak pulang
apakah mereka tewas dalam desiran kota
apakah mereka lupa janji sejarah
ini pusaka milik kita
jangan dibiar dirampas mereka

Anak-anak kesayangan ku
Ingatlah pusaka peninggalan orang tua kita
mereka berhempas tulang, membina membangun
mengapa kau biarkan
mengapa kau lepaskan
bangunlah,pulanglah
harta ini masih milik kita
biar bersembur darah merah
biar hangus dibakar
kita tidak akan rebah

Port Dickson
IBA 2010

Wednesday, January 20, 2010

BAGIMANA CINTA HADIR DALAM HIDUP KITA

Ramai mereka yang cuba mendapatkan pendapat aku tentang bagimana cinta boleh hadir dalam penghidupan harian. Mungkin istilah cinta telah ujud sejak zaman Adam dan Hawa, persoalannya bagimana ianya boleh hadir?. Kalau mengikut kisah nabi Adam ianya mula ujud dalam diri Adam melalui pandangan nya apabila melihat sepasang burung bedua-duaan, lalu timbul rasa ingin untuk mendapatkan pasangan. Lantas Allah menjadikan Hawa sebagai pasangan Adam.


Nah! aku ceritakan di sini akan permulaan nya cinta dalam keujudan manusia berasal dari pandangan mata lalu di salurkan keotak melalui sistem perjalanan darah langsung ke sudut hati yang menimbulkan perasaan. Maka hendaklah kita selalu menjaga mata kita agar kita tidak selalu tertipu dengan pandangan.
Dari perasaan pertama ini cinta itu perlu di semai dengan baik agar ianya dapat tumbuh dengan sihat dan memberikan kekuatan yang positif. Kerana dalam memupuk kehidupan cinta pasti banyak onak dan ranjau yang perlu kita lalui.
Belum pun aku sempat menghabiskan coretan ini sudah ada rakan yang memberikan sms bertanyakan apakah aku sudah menyimpang dari landasan perjuangan yang aku wawarkan di awal penulisan blog ini. Sebenarnya bukan begitu, pasti aku mempunyai hala tuju yang mana pasti akan menjerumuskan kepada membina cinta kepada perjuangan agama dan bangsa.
Aku melakukan begini kerana telah aku temui terlalu ramai anak bangsa aku yang tersasar dari jalan cinta kepada perjuangan dan istilah perjuangan itu terlalu luas dan panjang untuk di coretkan.
Tidak tepat kalau kita hanya membicarakan cinta itu hanya dari pandangan sahaja, telinga juga mempunyai peranan menyalurkan pendengaran yang juga boleh menimbulkan perasaan cinta lantas perasaan ini mungkin juga mempengaruhi penghidupan kita.
Pasti aku sambung lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

Friday, January 15, 2010

APABILA HATI DI USIK KEMBALI

Dalam waktu aku mencari dan membongkar semula kotak-kotak buku dan catatan khazanah aku, yang amat aku lindungi untuk mencari puisi-puisi lama yang pernah aku tuliskan, ramai pula rakan-rakan sembang dan penulis blog yang menghubungi aku meminta aku menulis di blog ini dalam bentuk lebih kritis dan di selangi dengan puisi atau sajak yang aku catatkan. O.k bagi aku untuk menulis dalam apa bentuk sekali pun, tetapi aku dapat merasakan ramai yang tidak dapat terjun sepenuhnya dalam puisi yang aku berikan, kerana perbedaan zaman dan ketika membuat mereka tidak dapat mengupas apa yang tersirat dalam puisi aku.
Aku juga terkejut apabila tidak kurang mereka yang bertanyakan apakah aku menulis berdasarkan sesuatu kisah lalu yang sukar aku lupakan atau hanya sekedar dari kacamata pandangan dan pendapat sahaja. Secara jujur aku mengakui bahawa setiap penulisan aku adalah berlandaskan sesuatu pengelaman bukan hayalan semata. Namun ada juga aku selitkan beberapa pandangan yang aku kira sejajar dengan perubahan waktu.
Ramai yang meminta aku mengulas sesuatu berkaitan dengan cinta, mungkin ini hasil dari mereka yang pernah mengikuti program aku yang bertajuk "Mengenal cita-cita, cinta dan harapan" biasalah dalam seminar ramai yang tak hendak bertanya tapi bila dah habis barulah nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka.
Untuk memenuhi permintaan ini aku mulakan mukaddimah ini dengan memahami akan kalimat cinta dahulu.
CINTA dari kacamata kajian adalah suatu perasaan atau berperasaan untuk atau ingin memiliki sesuatu yang di inginkan dalam apa bentuk sekali pun. Mungkin ianya dalam bentuk realiti atau ilusi malah sesuatu dalam apa yang di katakan sebagai fatamurgana.
Apa yang di katakan dalam bentuk realiti ianya sesuatu yang dapat di lihat dengan pancaindera dan dapat di rasakan secara fizikal, jadi di sini ianya lebih mengatakan kepada sesuatu pencarian terhadap materialisma.
Yang dikatakan sesuatu dalam bentuk ilusi pula ialah sesuatu yang tidak dapat di lihat dan dirasa. Dalam ertikata lain ianya apa yang di klassifikasikan sebagai emosi, di mana hanya mereka yang terlibat sahaja dapat merasainya dan dapat menggambarkan nya. Maka itu selalunya cinta itu akan di luahkan dalam bentuk perasaan, yang tidak salah jika aku katakan luahan cinta itu selalunya terlalu abstrak. Contoh, semasa bercinta atau semasa dalam kemarukan cinta seorang kekasih akan meluah ungkapan "lautan api sanggup ku renangi" tetapi dalam realiti jika terdapat lautan api mungkin dia yang lari dahulu............
Lebih teruk lagi semasa melayari percintaan semua nya nampak indah, mengapa - kerana dalam percintaan sepasang kekasih akan cuba menjaga hati dan perasaan, tidak salah aku katakan - apabila sudah di satukan atas dasar cinta selalunya berubah.
Jadi mungkin benar kalau aku katakan cinta itu hanyalah mainan perasaan pada dan ketika ianya di ucapkan atau pada dan ketika datangnya perasaan atau berperasaan, dalam percintaan semua akan di janjikan bak kata dalam bait sebuah lagu " kegurun pun ku ikut dan ke kutub akan ku turut" bukankah lidah kita terlalu lembut untuk berkata-kata tetapi apabila sampai ketika nanti tubuh kita terlalu keras untuk menurut apa yang di ucapkan oleh lidah kita.
Dari itu untuk bercinta perlulah kita benar-benar memahami kalimat indah itu semuga kita tidak menjadi korban dalam percintaan.
Nanti aku sambung lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

Tuesday, January 12, 2010

DALAM SENYUM ADA TANGIS

DALAM SENYUM ADA TANGIS


Kelmarin, aku bujukan anak itu
Aku keringkan airmatanya
Jelas terdampar kembali senyumnya
Aku bakarkan api jiwanya
Aku perbetulkan langkah perjalanan nya

Tapi, semalam aku temui kembali anak itu
Walau dia terus menguntum senyum
Namun aku lihat tubuhnya bergetar
Lantas, aku hampiri lagi
anak kecil cuba mengorak senyum

Tapi, kan aku jauh dewasa
Kan aku lebih mengerti
apa ada dalam senyum itu
lalu, aku bilang lagi
Nyalakan api jiwa mu
mantapkan genggaman mu
Teruskan langkah mu
jangan mundur lagi
Sekali melangkah kehadapan, teruskan

Kerana, didalam diri mu terletaknya harapan
Harapan diri mu
Harapan keluarga mu
Harapan bangsa mu
harapan Agama mu
harapan Negara mu

Itulah amanah tanggungan mu
teruskan penuh gigih
kau pasti berjaya
Yakinlah, kau akan berjaya

Port Dickson
2010

IBA

Monday, January 11, 2010

BILA JENDELA SEPI DI KETUK LAGI

BILA JENDELA SEPI DI KETUK LAGI
(Buat anak-anak bangsa ku)
Dalam kesamaran senja yang berlabuh
kekaburan mata tua ini yang kian usang
mengapai-gapai mecari tongkat
dalam menanti bila fajar akan kembali
anak kecil itu masih bertanya lagi
dimana ayah bonda kami
dimana harta warisan kami
Ku bujukan anak kecil dengan senyum dalam pertanyaan
mengapa anak ini bertanya begini
mengapa anak ini tetiba merasai sepi
mengapa anak ini meminta hak mereka
Ku gengam erat jejari kecil yang masih rapuh
ku pimpin dengan semangat kental
berjalan menuju pelabuhan penuh waspada
Aku bisikan pada anak kecil ini
perbetulkan langkah kamu
bukakan dada kamu
lapangkan minda kamu
tajamkan pandangan kamu dalam kesamaran ini
Aku ingatkan lagi
Diluar jendela sepi ini ada fatamurgana
bisa menipu kita
ada kata manis, bisa melalikan kita
ada poitreat indah, penuh berhelah
awasi langkah mu, jangan terjatuh
bila jendela sepi ini di ketuk lagi
kau perlu lebih berhati-hati
Kuala Lumpur 2010
IBA

Sunday, January 10, 2010

RUMAH KECIL DI SAMBAR API

RUMAH KECIL DI SAMBAR API
(Buat mereka yang menentang keputusan Mahkamah berkaitan penggunaan kalimah ALLAH)


Dalam tenang hening malam
dengan deruan bayu membadai
dalam khyusuk mengira tasbih
benak aku terjaga dengan perhetongan

Riuh kepuk di luaran
merobek sudut hati ku yang aman
tetingkap kamar ku di lontarkan
dedaun pintu ku di kopakan
Lantas anak-anak ku terbangun
terjaga dari ketiduran

Ku genggam erat jejari kanan
Ku bukukan dengan kegeraman
Mengapa rumah kecil aku mendapat gangguan
Mengapa rumah kecil ini perlu di bakaran
Kini semarak api ini sukar di padamkan

anak-anak ku berhimpun terus
Mengawal api kebakaran
teruskan dengan kegigihan dan kesabaran
semboyan kebakaran telah di tiupkan
kau tidak wajar hanya bertahan
bangun kini dengan langkah keperwiraan
menentang api kebakaran
pastikan rumah kecil kita terus tegap berdiri
tidak lagi di sembur dengan kebakaran


Kuala Lumpur 2010
IBA

TANGISAN ANAK KECIL

TANGISAN ANAK KECIL
(Buat mereka yang pernah menghadiri kursus di BTN)
Dalam hilai ketawa kegairahan di sudut malam
Aku melihat seorang anak kecil menyusur jalanan
Aku tanya kemana arah tujuan
Anak kecil dalam keseduan
Aku lihat lilihan airmata berjatuhan
Lantas aku bertanya lagi
Apa aku bisa menghulur bantuan
kerana kau dan aku sealiran dari serumpunan
Anak kecil membuka cerita
Ibarat burung kecil ingin terbang
Namun malang kini patah sudah sayapnya
Aku usap rerambut lurus
Dengan jemari yang penuh khudus dan keinsafan
Aku dongak kan kembali dedahi anak kecil ini
Dengan nada penuh syhadu
Aku bisikan kepada anak kecil
Pegang kuat jejari ku
Akan ku bantu kau terbang semula
Pasti satu pagi nanti
kita akan sama membentas angkasa
pasti di dini hari nya
kita akan sama membadai samudera
Ayuh! bangunlah anak kecil
kamu tidak kalah kerana tergelincir kaki mu
perbetulkan baris mu
bersama kita mencari pelangi senja
pasti kita akan bertemu jua
Hamburg 1989
IBA

Friday, January 8, 2010

Apabila ombak memukul pantai

Setelah kian lama aku tidak menulis kerana kesibukan amanah yang di pikul, kini aku kembali ke keyboard semula, tetapi dengan jalan penulisan yang berlainan. Aku memilih untuk memuatkan kompilasi puisi yang pernah aku coretkan dalam menjalani kehidupan harian. Untuk permulaan semula ini aku perturunkan puisi yang aku coretkan semasa berada di pantai Mediterranean tidak jauh dari Malaga, Sepanyol.
Apabila ombak memukul pantai
Dalam kesepian perjalanan
ada bayu menjadi teman
dalam terik matari petang
ada bayu yang mendinginkan
dalam kepedihan mata menentang sinar
ada awan yang melindungkan
Perjalan ini kian jauh
kadangkala mencari tujuan yang tak pernah nyata
kadangkala mencari pelangi yang kian melari
aku mengerti, erti sebuah perjalanan
ibarat jarum jam yang bergerak
aku merenung setiap detik itu
sering aku bertanya bila ia akan berhenti
Pabila aku renung kesan hentian itu nanti
aku menjadi cemas
aku bertanya sendiri
dimana aku berada?
aku menoleh ke kancah yang aku bawa
aduh! mengapa bekalan amat berkurangan
lalu, aku hentikan perjalanan ini
disuatu sudut pantai yang sepi
lantas aku menghitung buih-buih ombak yang memukul pantai
Dalam lamunan dini petang
aku terjaga dengan kesayupan azan
walau jauh kedengaran, namun menusuk kejiwa ini
Aku terhenti lalu bersujud
mencari bekalan untuk meneruskan perjalanan ini
Malaga 1992
IBA