Sunday, April 25, 2010

RAGAM ZAHID IBRAHIM

Zahid Ibrahim anak kelahiran Kelantan yang pada masa berada diluar negara malu mengakui dia berasal dari Kelantan diangkat menjadi calon PKR di PRK Hulu Selangor, sebelum nya di lantik oleh Tun Abdullah sebagai Menteri tapi malang bagi anak Kelantan ini ego dalam dirinya amat tinggi hinggakan dia lupa dimana bumi tempat dia berpijak.
Seringkali memberikan sesuatu yang kontraversi terutama dalam menterjemahkan perundangan Negara, maklumlah seorang peguam sememangnya pandai dalam memutarkan fakta hinggakan yang salah dikatakan betul dan yang benar di persalahkan.
Aku tertarik dengan pengakuan Zahid yang beliau memiliki seekor kuda lumba, tetapi tidak terlibat dalam perjudian.........dan ramai yang mempercayai kononya pemilik kuda lumba tidak terlibat dalam judi lumba kuda, hinggakan Nik Aziz dapat duduk sebaris dengan pemilik kuda lumba. Bayangkan Tony Fernandez beli Lotus F1 hanya untuk di tonton tanpa terlibat sama dalam perlumbaan F1. Bukankah ini satu "joke of the century"?
Itulah dasar yang dibawa oleh pemimpin PKR, bila dah buat sesuatu yang bertentangan dengan agama atau lumrah hidup tidak mengaku, contoh dah orang yang diliwat membuat pengakuan yang dia diliwat, tapi yang meliwat kata tak.....dia tak liwat........entah apa pulak yang nak di hujahkan oleh peguam nya nanti............. tunggu dan liat.
Syarikat guaman Zahid Ibrahim dapat banyak kontrak dari PETRONAS, tapi percayalah kebanyakan kes yang dikendalikanya menghabiskan beras saja. Dah sampai masanya Petronas memikirkan untuk menghadkan kontrak yang diberikan kepada pemilik kuda lumba ni.
Pelawat blog aku ni fikirlah sendiri, jangan asik putarkan fakta untuk kepentingan satu parti sahaja. Jadilah yang natural, fikirkan untuk kebaikan bangsa dan agama kita. Jangan terlalu percaya dengan fitnah yang di buat-buat........kini pemilik kuda lumba membuat pengakuan yang tidak terlibat judi.........boleh percayakah?
Patah sayap aku terbang jua

Saturday, April 24, 2010

BILA ULAMAK BERPOLITIK MENGHALALKAN SESUATU UNTUK POLITIK

Penggunaan masjid sebagai tempat kempen politik adalah tidak di benarkan seperti yang di ajarkan agama Islam kita, semua kita telah di ajar sejak mula memasuki masjid dimana disunatkan beriktiqaf dan boleh mendirikan solat Jumaat, maka kita hendaklah berhenti dari berbicara bab dunia. Tetapi malangnya - Hassan Ali dan Nik Aziz telah melakukan sebaliknya........Apa sudah jadi dengan mereka ini??????????
Aku ingin ingatkan kembali apa yang di firmankan Allah dalam surah As Sajadah "APAKAH KAMU INGAT SAMA MEREKA YANG BERIMAN DENGAN MEREKA YANG FASIK, TIDAK MEREKA TIDAK SAMA" aku selalu mengingatkan diri aku agar tidak jatuh kepada gulongan fasik yang disindirkan Allah di dalam surah ini.........Istilah fasik menggambarkan mereka yang berilmu tetapi menggunakan kepandaian ilmu mereka untuk kepentingan mereka dan kumpulan mereka sahaja.
Kepada Nik Aziz, satu masa dulu seorang Tok Guru yang sangat aku hormati, terus terang aku katakan kini hormat itu sudah pudar dan aku nasihatkan Nik Azizi supaya segera bertaubat kerana kiota dah sam di hujung senja.
Aku juga menerima beberapa aduan dari rakyat Kelantan yang sedang menuntut di IPTA, mendakwa yang mereka tidak mendapat bantuan dari Yayasan Islam Kelantan, sedangkan mereka yang menuntut di pondok Nik Azizi semua dikatakan dapat pembiayaan dari YIK. Nik Azizi di manakah keadilan yang diamalkan? apakah salah mereka yang menuntut di SMKA dari Kelantan yang tidak di berikan apa yang telah di berikan kepada yang menuntut di pondok/mahaad Nik Aziz sahaja.
Fikirkan
Patah sayap aku terbang jua

Friday, April 23, 2010

PILIHAN RAYA KECIL LAGI!!!!!!!!!!

Fenomina pilihan raya kecil (PRK) nampaknya sebagai satu yang sentiasa melanda di Negara tercinta ini dan fenomina ini sekarang ini diikuti pula oleh sindrom keluar parti, bukan lompat parti. Sindrom yang di wawarkan oleh Anuar Ibrahim seakan makan partinya sendiri.
Aku berpeluang bercakap dengan segelintir penyokong totok Anwar yang masih yakin Anwar akan menjadi Perdana Menteri pada PRU ke 13 nanti, macam biasa penyokong totok ini mempunyai andaian dan strartegi mereka bagimana hendak mengulingkan BN pada PRU 13, antara yang menarik ialah mereka mengatakan semua yang keluar menjadi bebas sebenarnya sebagai satu persediaan bila dah cukup korum mereka akan kembali ke PKR.
Penyokong totok ini juga dengan bangganya menyatakan yang sebenarnya Khalid Ibrahim - MB gagap tulah! mempunyai dana yang banyak untuk membeli semua pengundi Melayu dan India di Selangor bagi mempastikan PKR akan terus menguasai Selangor. Kata mereka pengundi Cina tak perlu di bayar kerana sememangnya mereka menyokong DAP. Amboi! banyaknya duit Khalid Ibrahim, ai! jangan-jangan dapat banyak di sidelinekan masa dulu kot................ Kalau Anwar memang aku tak heran sebab tukang pegang duit dah lama mati........N... lah! jadi duit tu memang ada, peduli apa nak di risaukan bukan duit cari sendiri semua persen dulu.
Ini timbul pula cerita MB Kedah nak bubar ADUN sebab banyak yang dah lompat keluar, tulah bukan senang nak tadbir berjuta orang, cakap masa kempen boleh tapi bila diberi mandat apa dah jadi. Aku baru pergi ke Alor Star, rumah resmi MB, Zizan tak duduk tapi apa pun acara DAP yang cuma ada satu kerusi di adakan di perkarangan rumah resmi..............inilah nasib Melayu, pepatah melayu madan diri..........ayam mati di kepuk padi, sebab DAP bagi makan dedak banyak-banyak!!!!!!!!!!!
Tak lama lagi Sarawak pula akan mengadakan PRU Negeri, tengoklah Anwar dan kuncu-kuncu akan berpindah dan berkampung di sana pula dan akan keluarlah bermacam lagi cerita dan fitnah memburukan BN, tak heran nanti turut memburukan Pehin Seri sendiri. Jadi aku nasihatkan rakan-rakan di sana hati-hati dengan anak-anak lelaki yang nampak jambu sikit, takut-takut nanti senasib dengan............ ambil perhatian, jangan sampai di perkotak katik kan oleh orang yang gila kuasa..........
Fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua

Thursday, April 1, 2010

RAMAI REMAJA MELAYU DI BELENGGU MASAALAH KELUARGA

27 Mar 2010, aku melaksanakan satu program modal insan di utara tanah air tercinta ini. Bermula dengan modul memperkenalkan dan menterjemahkan apakah istilah kasih sayang keluarga hingga kemodul terakhir aku menerangkan kepada remaja yang turut serta apakah dia cita-cita, cinta dan harapan. Pasti sekali modul terakhir yang mendapat tumpuan remaja. Kebetulan pada tarikh yang sama terdapatnya kes pelajar pintar lari untuk berkahwin, ini adalah satu berita yang sangat mengeciwakan aku.
Di akhir program itu aku menjalankan apa yang aku kenalkan sebagai interaktif dilog atau sesi soal jawab, aku mengambil pendekatan membenarkan peserta bertanya apa sahaja yang terbuku di hati mereka. Persoalan ini di buat dalam bentuk lisan dan secara bertulis, jumlah kertas kecil yang bertulis aku terima melibihi 230 berbanding soalan lisan tidak sampai 10. Kerana waktu yang tidak mencukupi aku mengambil kesemua soalan di bawa pulang untuk di analisa. Sementara itu aku menerima sejumlah 113 sms yang bertanyakan masaalah yang mereka hadapi.
Dari semua 343 soalan yang aku terima aku pecahkan kepada 3 kelompok masaalah yang membelenggu remaja MELAYU seperti berikut:-
1. Masaalah melibatkan keluarga 60%.
2. Masaalah melibatkan emosi cinta remaja 35%.
3. Masaalah persekolahan dan pelajaran hanya 5%.
Mesej yang ingin aku ketengahkan disini ialah:-
1. Jika kita hendak memperbetulkan arahtuju remaja kita maka persoalan keluarga hendaklah di perbetulkan lebih awal. Permasaalahan keluarga seperti perceraian, sumbang mahram, perkelahian sesama keluarga, attitude keluarga, hubungan keluarga dan komunikasi keluarga perlu di berikan pengkhususan.
2. Masaalah cinta remaja atau cinta monyet sebenarnya amat serious di kalangan remaja Melayu, termasuk tidak kurang yang meluahkan yang mereka telah mengadakan hubungan yang terlarang. Aku amat terperanjat dan gugup apabila tidak kurang dari 17 pengakuan yang di buat yang mereka telah melakukan hubungan terlarang dan 2 mengatakan yang mereka pernah melakukan penguguran. Perkara ini tidak boleh di pandang sepi atau terpencil, jika di utara tanah air begitu keadaan nya bagimana pula di kota metropolitan?
3. Jika kita dapat mengurangkan permasaalahan keluarga dan cinta remaja barulah kita dapat mengambil langkah selanjutnya mengembalikan remaja kita kepada fokus terhadap pelajaran mereka.
Fikirkan, patah sayap aku terbang jua.