Tuesday, June 30, 2009

KORBAN REMAJA

Aku membaca banyak artikel dan berita yang terpapar di dada-dada akhbar berkaitan dengan kejadian bunuh bayi, bunuh diri dan buang bayi. Aku terpanggil untuk memberikan sedikit pandangan, kerana rata-rata perkara ini di lakukan oleh anak-anak MELAYU yang beragama ISLAM malah lebih membimbangkan aku apabila ada diantara mereka adalah penuntut sekolah agama.
Persoalan aku, mengapa ini berlaku? Siapakah yang perlu di persalahkan? dan apakah tindakan yang perlu diambil bagi menangani perkara ini.
Mengapa perkara ini berlaku?
1. Rata-rata dari perbualan aku dengan beberapa remaja yang berada di Pusat Pemulihan, mereka mengatakan kerana tertipu dengan janji manis teman lelaki.
2. Kurangnya kawalan dari keluarga sendiri.
3. Mencari keseronokan dan ingin membuktikan cinta.
4. Di perkosa selalunya oleh ahli keluarga sendiri.
5. Dibawah pengaruh arak dan dadah.
Siapa patut di persalahkan?
1. Diri sendiri dan keluarga perlu di persalahkan sebagai pesalah utama.
2. Kawan-kawan rapat yang menyembunyikan sesuatu atas dasar kasihan atau tidak mahu campur hal orang lain.
3. Masyarakat, kerana tidak ambil peduli dan tiada rasa kejiranan dan kekeluargaan sesama manusia. Ada masyarakat lebih peka terhadap haiwan dari sesama manusia.
4. Media hiburan yang gemar melayarkan cerita berunsur cinta dan sek bebas.
5. Para ustaz dan ustazah yang lebih cenderung kepada bayaran dari memberikan tazkirah yang lebih sempurna. Maaf bukan semua ramai yang membantu tapi tak kurang yang pura-pura. Lebih dahsyat yang mempunyai political inclination.
Apakah tindakan yang perlu kita sama-sama ambil? Ingat kita semua mempunyai anak-anak yang terdedah kepada gejala ini.
1. Hukuman yang berat seperti "HUKUMAN BUNUH" kepada mana-mana lelaki yang beristeri tetapi berlaku curang hingga menyebabkan gadis membunuh diri atau membunuh bayi. Jangan takut untuk melaksanakan hukuman seperti ini. Mahkamah Tinggi Syariah mesti berani menjatuhkan hukuman sebegini.
2. Mengadakan program khusus bagi mengenal diri dari usia 10 tahun lagi. Ibubapa jangan takut untuk mengeluarkan belanja bagi mendidik anak-anak anda, jika anda tidak berupaya mendidik sendiri.
3. Ujudkan BRIGED PEMANTAU MORAL, boleh dilakukan dengan menujudkan nya dari pelatih PLKN dengan memberikan kontrak setahun bagi pelatih yang belum dapat ke IPTA/IPTS atau bekerja.
4. Berikan kuasa menahan pesalah sosial dan moral hingga kepada peringkat setiap ahli jawatan kuasa masjid setiap khairiah.
Ini pandangan aku.
Patah sayap aku terbang juga.

Monday, June 29, 2009

KORBAN BULI

Ramai pelajar yang menjadi mangsa buli yang aku temui selalunya mendapat trauma di peringkat awal dan 90% menyimpan dendam untuk membalas apa yang berlaku kepada mereka apabila tiba masa dan mendapat peluang. Rata-rata aku perhatikan tindakan yang diambil oleh pihak terlibat ialah buang sekolah atau di pindahkan di sekolah lain - sebenarnya tindakan ini hanya memberikan kesan jangka pendek.
Aku tahu pihak Kementerian Pelajaran telah membelanjakan jutaan RM bagi mengadakan bermacam program dalam membentuk akhlak dan attitude pelajar tetapi perbuatan buli masih ada dan sepertimana yang aku katakan dulu keadaan lebih buruk di sekolah aliran agama. Lebih membimbangkan aku ianya sering berlaku di kalangan pelajar MELAYU - persoalan aku - mengapa di kalangan pelajar ini????
Mari kita sama-sama mencari jawapan yang dapat membantu mengatasi dan menangani masalah buli agar pelajar MELAYU mempunyai jatidiri yang lebih baik. Aku harap pandangan dan saranan yang aku catatkan di sini dapat membantu Kementerian Pelajaran:-
1. Semua Guru Kaunseling/Disiplin perlukah memahamai teknik kaunseling dengan baik bukan hanya menampakan kegarangan dan ketegasan sahaja.
2. Guru-guru kaunseling perlu di lengkapkan dengan asas kepahaman "human behaverioul knowledge".
3. Tidak di nafikan yang sebahagian besar guru-guru perlu menjalani kaunseling kerana menghadapai masalah peribadi dan dalaman.
4. Guru-guru jangan menunjukan puak dan kumpulan masing-masing kerana ini akan di ikuti oleh pelajar.
5. Guru-guru tidak menceritakan perbezaan pendapat mereka kepada pelajar kecuali berkaitan mata pelajaran.
6. Galakan pelajar dengan gerakan patriotik kepada negara bukan sahaja kearah keagamaan, ingat agama adalah pegangan hidup dan politik adalah pahaman atau ideologi.
Aku harap tiada guru yang salah anggap dalam penerangan ini. Aku ikhlas dalam membuat teguran demi untuk perpaduan Negara.
Patah sayap aku terbang jua.

Sunday, June 28, 2009

BULI DI SEKOLAH BERASRAMA

Perbuatan buli yang sering berlaku di asrama-asrama bukan lah perkara baru. Subjek ini telah di perkatakan sejak sekian lama namun penyelesaian nya masih jauh. Apa yang lebih membimbangkan setiap kali kejadian buli berlaku pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri akan mengeluarkan satu kenyataan standard ia itu - ianya kes terpencil dan tindakan akan di ambil atau pihak polis sedang membuat penyiasatan. Aku sering berfikir dan mencari jawapan mengapa perkara ini tidak dapat di bendung terutama di sekolah aliran agama?
Ada ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah aliran agama dengan bermacam sebab, offcourse sebab utama untuk mendapatkan pendidikan agama yang formal, tetapi 4 dari 10 pelajar sekolah aliran agama mempunyai latar belakang yang amat mencurigakan dan kemasukan mereka ke sekolah agama juga berlatar belakangkan perwatakan ibubapa atau famili sendiri yang di persoalkan. Dengan penuh rasional aku perturunkan hasil kajian aku terhadap anak-anak malang yang di hantar ke sekolah agama:_
1. Ibu dan bapa mereka tidak mempunyai latarbelakang agama yang kukuh, hanya selepas merasakan diri mereka tidak beragama dengan betul mereka hendak anak mereka di besarkan dengan ajaran yang betul.
2. Ada mereka yang dulunya bergelumang dengan maksiat dan dosa hendak jangan anak mereka mengikut jejak mereka. Tapi sendiri masih belum taubat sepenuhnya.
3. Mereka di hantar ke sekolah agama bukan atas pilihan sendiri bahkan di paksa oleh keluarga.
4. Mereka mengikut pilihan kawan yang mereka percayai.
5. Pilihan terahir selepas mereka tidak menunjukan kemajuan dalam bidang lain.
Selepas mengkaji sebab-sebab mereka yang malang ini, aku melihat pula keadaan dan kondisi kebanyakan asrama sekolah-sekolah ini:-
1. Biasanya keadaan asrama mereka hanyalah sekedar cukup dengan bermacam kekurangan, lebih menyedihkan apabila aku melihat sebahagian besar kawasan tandas dan dewan makan mereka.
2. Peralatan yang di bekalkan adalah terlalu usang dan aku kata kan banyak yang "not fit" untuk di gunakan.
3. Nutrusen makanan yang aku persoalkan semasa makan di beri.
4. Budaya menjaga kebersihan yang rendah.
5. Budaya berpakaian yang selalunya mengambarkan kelusuhan dan bau yang kurang senang untuk didekati.
Fikirkan dulu, nanti aku sambung.
Patah sayap aku terbang jua.

Friday, June 26, 2009

PEMBEKUAN KEMASUKAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA

Seharian semalam aku mendengar keluhan berbagai pihak tentang pembekuan oleh Kerajaan Indonesia bagi kemasukan pekerja pembantu rumah Indonesia ke Malaysia. Bermacam pendapat yang telah di suarakan oleh berbagai pihak, di sini aku coretkan sedikit pendapat sendiri:-
1. Adakah wajar pembekuan ini. Jawapan aku, wajar. Kerana secara matematiknya bilangan pembantu rumah asing yang ada di negara ini telah menjangkau satu angka yang boleh menimbulkan sesuatu gejala kepada Negara kita.
2. Namanya pembantu rumah tetapi ada majikan yang menjadikan mereka seperti hamba abdi dari menjaga anak hingga mencuci kereta di suruh buat. Malah lebih buruk ada majikan yang mengambil kesempatan melakukan serangan seksual atau menjadikan pembantu rumah mereka sebagai gundek, hasilnya bukan sedikit tuan majikan yang mempunyai anak simpan di Indonesia.
3. Ramai majikan yang tidak tahu keadaan sebenar latarbelakang pembantu rumah yang di hantar oleh agensi, walaupun ramai yang mengaku dari keluarga baik, dari tinjauan yang telah aku buat di Sumatera dan Pulau Jawa, ramai mereka yang mempunyai latarbelakang yang tidak begitu baik. Ada yang pernah terlibat dengan jenayah, pelacuran dan bermacam lagi.
4. Ramai majikan yang tertekan dengan tingkah laku pembantu rumah, tekanan ini dari berbagai sudut. Dari mutu kerja yang tidak memuaskan hingga ada yang jatuh cinta. Dari pengelaman aku pernah mempunyai pembantu rumah semasa awal perkahwinan, selepas tiga kali di tukar aku mendapat seorang pembantu yang baik dan boleh bekerja, tapi aku tidak membenarkan ia tinggal di kediaman aku, sebaliknya jam 7.00 petang dia akan balik ke rumah kongsi sendiri. Selepas 3 tahun aku menghantarnya pulang dengan simpanan yang lumayan dan aku tidak memerlukan dia datang lagi. Objektif dia mencari rezeki di bumi bertuah ini telah di penuhi untuk membuat rumah untuk keluarganya telah di sempurnakan.
5. Apakah orang Malaysia tidak suka menjadi pembantu rumah? Jawapanya ia - kerana orang Malaysia suka mebuli sesama sendiri dengan lebih teruk lagi. Lihat sahaja berapa ramai majikan Malaysia yang tidak bayar pekerja sendiri dengan bermacam alasan yang di berikan.
6. Mentaliti di jajah masih tertanam di dalam benak segelintir rakyat Malaysia, termasuklah di kalangan kaki tangan kerajaan yang membuat sesuatu keputusan - jika "orang putih atau mat saleh" yang datang belum habis taklimat dah ada yang kata semuanya baik, tetapi bila orang Malaysia sendiri yang memberi taklimat berbagai cemuhan dan komen membunuh yang di berikan. Tenguk saja lah perbandingan yang di buat tentang kereta Proton dengan kereta import.
Jadi aku ingin sarankan kepada orang Malaysia belajar buat sendiri jangan ashik bergantung pada orang luar temasuklah dalam kerja-kerja rumah. Anda suruh pembantu masak di rumah anda tapi anda tak tahu apa yang di bubuh dalam makan anda, kan dah banyak yang tejadi ada bermacam benda yang di bubuh nya.
Fikirlah sebaik mungkin buat diri anda dan keluarga anda.

Wednesday, June 24, 2009

PERJUANGAN MENENTANG SELSEMA BABI

Selsema babi atau "swine influenza" adalah pandamik terakhir yang di istiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kepanikan dari pandamik ini telah dirasai di seluruh dunia termasuk lah di Negara kita. Tapi di Negara kita ini mentaliti orang kita "tak apa" yang amat membimbangkan aku, Kementerian Kesihatan sudah melakukan segala yang terbaik untuk melindungi kesihatan rakyat Malaysia tetapi kerana mentaliti tak apalah kita kini mula melihat akan akibatnya.
1. Langkah tindakan membuat screening di lapangan terbang sebagai "first line of preventive protection" adalah langkah yang baik, dalam pengamatan yang aku lakukan di LCCT, aku dapati penumpang terlalu berpusu-pusu untuk melepasi screening point dan ini mungkin menyebabkan terdapat mereka yang bolos.
2. Semua penumpang yang masuk dan kembali ke Negara kita perlu di kenakan screening yang lebih ketat dengan mereka di perlukan berbaris dengan betul dan berhenti sejenak di depan screening camera supaya kepastian yang betul dapat di buat.
3. Kita tidak perlu menukarkan dari istilah "selsema babi" kepada AH1N1, kerana semua negara lain menggunalan istilah swine flu yang membawa erti SELSEMA BABI, tidak ada apa yang hendak di sensitifkan dengan penggunaan istilah babi. Babi tetap babi semua rakyat tahu, tapi kalau nak pakai juga istilah AH1N1, mungkin susah hendak di pahami.
4. Rakyat perlu di galakan menggunakan topeng hidung dan mulut bagi mengurangkan kemungkinan penyebaran wabak selsema babi ini.
5. Kakitangan syarikat penerbangan perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa terutama di screening point jika terdapat penumpang yang menunjukan tanda-tanda menghidapi selsema supaya tindakan yang betul dapat di ambil.
6. Hentikan sementara kedatangan pekerja asing dari negara-negara yang telah tersebarnya pandamik ini.
7. Wajibkan kawalan yang lebih ketat di pintu masuk semua sekolah di negara kita dengan mewajibkan semua pelawat menunggu di kawasan tertentu jangan sebarangan masuk terus ke sekolah.
8. Semua pelajar tadika dan sekolah yang mempunyai pelajar asing di galakan menggunakan topeng mulut dan hidung.
9. Bagi mereka yang berugama Islam aku menyarankan kita mulukan qunut dharurat pada setiap subuh dan Jumaat, kerana aku sangat yakin dengan perlindungan Allah, tetapi kita perlu berusaha dan berikhtiar baru lah bertawakal.
10. Semua orang perlu menjaga kebersihan diri dan kediaman sendiri.
Terima kasih kepada semua kaki tangan Kementerian Kesihatan dari Menterinya hingga kepada Pemandu yang berjaga malam untuk memastikan keselamatan kesihatan rakyat Malaysia. Pengorbanan anda akan mendapat rahmat dari Allah. Tak aku lupa juga kepada semua yang terlibat dalam membantu Kementerian Kesihatan menjayakan program kesihatan ini.
Teruskan perjuangan kita.
Patah sayap aku terbang jua.

Tuesday, June 23, 2009

PERJUANGAN UMNO

Aku membuka banyak blog yang di tulis dengan bermacam gaya dan style dan aku hairan kenapa banyak blog yang menghentam UMNO, sedangkan seingatan aku sejak aku disekolahkan sekitar tahun 1956 hingga kini, aku melihat banyak transfomasi yang telah di buat untuk bangsa aku.
Baru aku dapat melihat kedalam pemikiran orang Melayu, Singapura berubah dari Tumasek gara-gara belotnya orang Melayu, Melaka di jajah juga gara-gara belot nya orang Melayu dan apakah kemungkinan jatuh nya pemerintahan dan ketuanan Melayu di melinium ini juga kerana belotnya orang Melayu.
Lihat, berapa ramai orang Melayu yang telah di bantu oleh kerajaan yang di kemudikan oleh UMNO, selepas rancangan Colombo Plan di tarik oleh British, manakah kerajaan yang menyediakan semua biasiswa kepada anak-anak Melayu, kalau bukan dengan pemerintahan UMNO, kini dah pandai dan kaya ramai yang belot dan menikam pemerintah sendiri dari belakang dan lebih buruk lagi mereka dikotak katik kan oleh orang lain yang sememangnya suka melihat kejatuhan Melayu.
Apakah yang di buat oleh Anwar Ibrahim kepada orang Melayu di Pulau Pinang, kirimkan mereka semua ke balik pulau, supaya mereka tidak lagi kelihat di bahagian bandar??, Pandang kedudukan mata Anwar, mata yang penuh dengan hasad dan dengki dengan dendam yang sentiasa untuk mencari mangsa, PERCAYALAH WAHAI ORANG-ORANG PAS DAN MELAYU PKR ANDA AKAN DI JUAL bila sampai masanya.
Apa jadi kepada arwah Dato Nasharuddin Jalil bekas SU Politik Anwar??? tanya dengan Anwar siapa yang menjadikan dia kaya dan kemana wang itu semua...........siapa yang songlup MBf, jangan buat tak tahu............
Kini bermacam cerita yang di buat terutama mereka yang sangat mempercayai Anwar, dari zaman pelajar di MCKK ........... apa hang dok buat kat junior??? sampai ke UM hanya dapat ijazah am hukum VC bila berkuasa jadi Menteri Pelajaran........jangan lupa.
Kepada orang Melayu yang belum sedar ingat jangan sampai nasi kita di bubuh pasir dan jangan samapi agenda mereka yang hendak melihat kita runtuh terus berjaya.

Saturday, June 20, 2009

PERJUANGAN SEORANG BAPA

Pagi ini aku menerima beberapa panggilan telifon yang mengucapkan Selamat Hari Bapa dan ada seorang kawan yang menceritakan kisah sedihnya sebagai seorang bapa. Sahabat ini sebenarnya dalam prosess sama ada berpisah atau kembali kepada isteri beliau, dan dia meminta aku mencoretkan sesuatu yang boleh menjadi semangat baru kepadanya dalam menghadapi gelombang rumah tangga yang di laluinya pada masa ini.
Aku mengatakan yang aku mungkin mampu memberi sedikit pandangan tetapi sama ada ianya boleh di jadikan kata-kata semangat aku pulangkan kepada sahabat ini.
1. Setiap perkahwinan itu adalah satu "perjuangan hidup" dan dalam perjuangan bukan semuanya boleh menang dan ingat dalam perjuangan perlukan pengorbanan. Adakalnya pengorbanan itu memakan diri sendiri dari itu perlu faham dengan jelas akan obkejtif pengorbanan yang akan di lakukan.
2. Aku katakan jika berlaku perpisahan sebenarnya bukan di rancang oleh mana-mana pihak tetapi itulah yang dikatakan jodoh pertemuan.
3. Jika berlaku perpisahan, janganlah menganggap salah satu pihak menang, jika menang sekali tidak akan ada yang menang semua, jadi janganlah mencari kemenangan jika ia nya terjadi.
4. Jika ada zuriat, jangan di pisahkan samaada dengan ibunya mau pun dengan bapanya, walau dengan apa cara sekali pun.
5. Jangan menabur fitnah selepas perpisahan, kerana fitnah ini lama kelamaan akan memakan diri sendiri.
6. Sebaiknya janganlah mencari simpati dengan mana-mana pihak dengan membuatkan cerita-cerita yang bukan-bukan dan seringkali menyalahkan sebelah pihak sahaja. Rahsiakan cerita anda walaupun ada orang yang bertanya. Senyuman adalah lebih baik dalam perkara ini.
7. Mulakan cermin diri kita sendiri. Bila cermin diri, tanya diri kita di mana kesilapan kita dan perbaiki kesilapan itu. Jangan ulang kesilapan yang sama.
8. Jangan memusuhi seseorang, jika kita di musuhi buat diam sahaja jangan bertindak balas sebaiknya berdiam diri sahaja.
9. Ingat, orang yang selalu menceritakan kesalahan dan kelemahan orang lain sebenarnya menutup kesalahan dan kelemahan sendiri. Orang yang begini selalunya hendak mencari perhatian.
10. Akhirnya, bunga bukan sekutum dan kumbang juga tidak seekor.
Kerpada sahabat ini sebaiknya selamatkan lah perkahwinan anda. Anda seorang bapa yang baik.
Selamat hari bapa.
Patah sayap aku terbang jua.

KEBODOHAN PENIAGA GERAI MAKANAN DI ALOR GAJAH

Melawat Melaka Bandaraya Bersejarah satu aktiviti riadah yang baik buat mereka yang berkeluarga. Secara kebetualan dalam perjalanan balik aku ternampak sebuah pasar malam berdekatanan dengan bulatan di pekan Alor Gajah. Aku singgah dengan famili untuk sengaja melihat dan berehat. Apa yang berlaku :-
1. Sebuah komplek peniaga kecil makanan di sebelah pasar di bina dengan cantik dan aku kira kebersihan nya juga boleh di terima, tetapi sikap peniaga yang jelas sekali tidak sepakat dan bermasam muka dengan satu sama lain walhal gerai mereka bersebelahan.
2. Mereka semua orang Melayu tetapi bermasam muka sesama sendiri. Aku duduk memesan kueh udang dan minta pelayan gerai memesan air dari gerai sebelah - jawab nya sebelah sana lain, duduk di sini ambil minum dari geri ini juga.
3. Betapa bodoh dan sombongnya peniaga ini, malah pihak Majlis yang empunya gerai juga patut mengambil tindakan kepada peniaga yang begini.
4. Air yang di pesan di hantar secara tidak ikhlas, pelayan tidak sekali menunjukan sedikit kemeseraan atau memberi sedikit senyuman, malah muka yang masam, dah lah awak tak cantik nak tunjuk muka masam aku ketawa sendiri dan isteri aku berkata "first and last, kita singgah sini", mereka bakal hilang satu pelanggan dan aku pasti sekali memesan kepada kawan-kawan aku supaya jangan buang masa pergi ke komplek itu.
Fenomena kesombongan yang serupa juga aku temui di merata kawasan gerai makanan, termasuk lah di tempat rihat sepanjang lebuh raya PLUS, apakah peniaga kecil Melayu ini tidak paham bagimana untuk melayan pelanggan, sedikit senyuman dan tegur sapa yang berbahasa pasti akan menarik pelanggan.
Biar aku contohkan Leman Dawi yang jual cendol dekat Seremban, keistemewaan Leman, beliau ramah biarpun ramah beliau banyak merapu tapi ia menjadi jenaka yang kami gelak kan sepanjang jalan pulang. Mungkin orang Alor Gajah kena belajar dengan Leman Dawi bagimana budi bahasa nak berniaga.
Kepada peniaga Melayu janganlah beranggapan berniaga di gerai kecil anda dah terror nak berlagak dan sombong, tanpa pelanggan gerai anda pasti tutup - jadi jaga pelanggan dengan mesra merek pasti datang lagi jika tidak nanti pergi cari bomoh nak dapat pelaris - sesungguhnya anda memang BODOH SOMBONG.
Fikirlah sendiri di mana anda berada dalam dunia perniagaan ini.
Patah sayap aku terbang jua.

Friday, June 19, 2009

PERJUANGAN UMNO DI NEGERI SEMBILAN

Minggu sudah aku telah katakan ada beberapa cawangan akan membuat kejutan dalam mesyuarat agung cawangan di beberapa bahagian tetapi sehingga hari ini kejutan yang di janjikan belum lagi berlaku. Tadi aku berjumpa dengan seorang perwakilan yang akan pergi ke mesyuarat bahagian nanti, jadi aku tanyakan apa yang cakap tak serupa bikin ni. Beliau memberi jawapan berikut :-


1. Pucuk pimpinan UMNO Negeri Sembilan sekarang ini akan menghukum seluruh kampung yang mengemukakan usul yang bertentangan dengan kehendak mereka. Jika seorang sahaja yang di hukum tak apa tapi jangan seluruh kampung nanti pembangkang ambil peluang.


2. Sebenarnya akar umbi sudah meluat dengan sikap pucuk pimpinan yang mementingkan keluarga sendiri, tanpa mengambil berat soal akar umbi.


3. Perdana Menteri sarankan supaya tidak membuat gambar pemimpin di kain rentang tapi di Negeri Sembilan akan dipapar sebesar yang boleh. Rakyat dah meluat.


4. Pengambilan tanah adat dalam projek keretapi (dual tracking). Nasib rakyat tidak di bela dan merka telah pun menggunakan khidmat wakil rakyat pembangkang.


5. Budaya samsing yang di bawa dalam UMNO Negeri Sembilan telah membuat ramai orang lama dan jujur dalam UMNO menyepikan diri.


Dari perbualan hampir satu jam akau merumuskan jika kepimpinan tidak berubah nanti di PRU 13 keseluruhan kerajaan bakal di ubah.


Letakan lah kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.


Patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, June 17, 2009

PERJUANGAN PERPADUAN

Kebelakangan ini heboh dengan perbincangan dan percakapan mengenai kerajaan perpaduan dari orang biasa hingga kepada Ulama di minta untuk memberi komen. Pasti banyak komen yang di berikan secara spontan tanpa memikirkan implikasinya positif atau negatif. Aku tertarik dengan komen Tok Guru Dato Nik Aziz, disini aku pula memberikan pandangan aku di atas komen Tok Guru.
1. Jelas Tok Guru seorang politikus yang amat matang dalam mencari jalur political advantages.
2. Saranan Tok Guru supaya semua parti politik di bawa berunding dalam mengujudkan kerajaan perpaduan hendaklah di lihat dalam usaha beliau untuk terus memancing undi kaum bukan Melayu bagi menyokong Pas.
3. Semasa Barisan Nasional di tubuhkan semua parti politik telah di jemput teapi masih ada yang tidak mahu ikut sama dengan bermacam alasan.
4. Tok Guru turut mengatakan yang politikus bukan Islam boleh menmberikan tafsiran dari terjemahan Al Quran walaupun mereka tidak memahami apakah itu iman dengan jelas.
5. Tok Guru juga sering berbeza pendapat dengan beberapa pemimpin Pas. Aku hormati Tok Guru dengan pendapat beliau tetapi aku juga sering bertanya kepada diri sendiri di manakah sebenarnya kedudukan seorang ULAMA? bukankah Ulama sepatutnya duduk di tengah-tengah diantara UMARA dan orang awam, menasihatkan UMARA diatas perkara yang baik dan menenangkan UMMAH yang menjadi rakyat biasa terutam yang kurang ilmu.
6. Apabila ULAMA berpolitik maka Agama di perdagangkan, lalu yang tidak boleh, di samar-samarkan supaya kelihatan seperti boleh, siapakah yang menjadi mangsa - UMMAH yang mempunyai fahaman yang cetek.
7. Aku ingatkan diri aku dan semua yang cuba nak bermain dengan ayat Al Quran supaya jangan menjadikan agama sebagai taruhan dalam mencapai cita-cita politik kerana balasan Allah amat dahsat. Kalau dulu kita hanyalah manusia biasa tanpa pendidikan Agama yang formal, janganlah terus menjadi ustaz instant kerana tujuan atau dorongan politik.
Cukup buat renungan pagi ini, nanti aku catatkan lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

ORANG MELAYU SUKA KHIANAT BANGSA SENDIRI

Terima kasih kepada kawan dan kenalan yang memberikan beberapa komen dan meminta aku menulis dengan lebih tajam dan berani. Selama ini bukanlah aku takut atau ingin menyembunyikann identiti aku, jika itu yang aku mahukan maka tak akan aku gunakan nama sendiri di pembukaan blog ini. Jadi, mulai papran ini aku akan lebih vokal dalam menyampaikan hasrat yang ada.


Mengapa aku memileh tajuk kali ini berkaitan dengan bangsa aku. Semalam aku bertemu dengan seorang pegawai atasan di sebuah kementerian, dalam perbualan aku, dia mengatakan yang pegawai-pegawai di bawahnya yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu kurang minat dalam membaca dan amat takut dalam menjalankan tugas. Aku kata nanti aku carikan jawapan di dalam blog aku.


1. Pegawai Melayu tidak suka ada subordinate yang lebih bijak dari dia.


2. Pegawai Melayu tidak suka di tegur oleh pegawai bawahan, mereka rata-rata hanya suka menerima pujian dalam ertikata lain mereka suka di bodek.......


3. Ramai pegawai Melayu tidak suka menerima pandangan dari pegawai bawahan, kerana mereka akan merasa seakan diri mereka nampak bodah, walau pun sebenarnya meraka agak bodoh...........


4. Ramai pegawai Melayu tidak bermotivasi, suka tunggu dan ikut cara ketua buat kerja walau pun kerja itu tidak menunjukan produktiviti yang di harapkan.


5. Ramai pegawai Melayu suka ambil jalan mudah, kalau ada peruntukan serah kepada "konsultan" tapi mesti kawan sendiri, walaupun konsultan itu dari MLM.


6. Ramai pegawai Melayu yang pentingkan kenaikan pangkat secara segera, hinggakan ada yang sanggup cari sugar daddy dalam jabatan.


7. Ramai pegawai Melayu terlibat dalam skandal dengan kerani atau pegawai bawahan, kadang-kadang dengan dreber sendiri pun terjadi.


8. Ramai pegawai wanita Melayu suka mereka di lihat anggun dan mengoda lalu mereka terjebak dalam cinta tiga segi.


9. Ramai juga yang sianghari kepejabat dengan sopan dan tertib tapi malam di kelab dengan seksi.


10. Ramai pegawai Melayu tidak taat kepada organasasi, mereka suka menunjukan yang mereka tahu semua, hasilnya mereka mendedahkan banyak rahsia kerajaan.
11. Ramai juga yang buat side busines. Sebab Pak Lah kata boleh buat business, kadang-kadang dalam kereta dah siap kerepek nak pergi ke pasar malam.
12. Ramai yang bermotivasikan materialisma, maka terjerumuslah mereka dalam gejala rasuah yang akan memakan diri mereka sendiri.
Nah, jawapan yang anda minta supaya aku berikan dengan terang dan tepat, pasti ada yang nak menampakan aku tidak betul dan kurang bijak, tak apa asalkan pembaikan akan di lakukan terutama dalam mengenal diri sendiri sebagai pegawai kerajaan tak kira di level mana sekali pun.
Patah sayap aku terbang jua.

Monday, June 15, 2009

PERJUANGAN PERADABAN

Kali ini aku hendak menceritakan kisah menurunnya peradaban dalam hidup orang Malaysia.

1. Ramai orang Malaysia dari semua keturunan adalah mempunyai sikap sombong dan suka bermegah-megah, ingat Allah sangat benci dengan mereka yang sombong. Rata-rata orang kaya lebih ramai yang sombong di bandingkan dengan orang miskin. Orang miskin juga tidak kurang yang sombong.

2. Ramai orang Malaysia tidak suka memberikan penghargaan, contoh penjual jarang yang hendak mengucapkan terima kasih apabila pelanggan telah membuat pembayaran, terutama di kedai-kesai makan.
3. Orang Malaysia kurang memberi senyuman kepada sesama Malaysia, tapi suka memberi pujian dan senyuman kepada orang Asing, terutama "mat saleh", ini menunjukan minda mereka masih di jajah.
4. Orang Malaysia masih ramai yang suka mendengar gosip, fitnah, cerita karut dan berangan-angan dari mencari kebenaran. Lalu selalunya mereka membuat hubungan jadi permusuhan tanpa memikirkan kebaikan dan perkara positif.
5. Orang kita juga kurang menjaga kebersihan diri dan tidak pandai memilih pakaian dalam menghadiri majlis, malah ramai mereka yang tidak menghormati sesuatu majlis, contohnya jika ada pemimpin bercakap di hadapan mereka bercakap di dalam barisan, jadi selalunya mereka tak faham apa yang dicakapkan.
6. Orang Malaysia juga suka mencari musuh sesama sendiri dari melihat akan ancaman dari bakal musuh atau musuh dari luar. Ini ertinya orang kita kurang semangat patriotik dan tidak dapat mengenal akan ancaman besar yang bakal di hadapi.
7. Semua peringkat rakyat kita tidak didedahkan dengan ancaman keselaman yang kita hadapi dari peringkat kampung, taman perumahan dan daerah hingga rata-rata mereka tidak menganggap mereka mempunyai tanggungjawab dalam membantu menjaga keselamatan negara.
8. Orang Malaysia terlalu manja hingga kurang daya juang dalam semua bidang, budaya subsidi dan bantuan Kerajaan atau swasta menjadikan msayarakat kita Malas dan banyak mengada-ngada, tidak aku jumpa di negara-negara yang telah aku kunjungi dimana hampir semua aktiviti rakyat di subsidi oleh kerajaan.
9. Ramai orang kita tidak sedar atau mengenal diri mereka sendiri.
10. Remaja kita mudah jatuh cinta, tapi sebenarnya tidak mengenal apakah itu cinta. Dengan itu mereka mudah di perdaya kepada ayat-ayat cinta yang diucapkan kepada mereka yang akhirnya memakan diri sendiri.
11. Orang lelaki Malaysia lebih suka bercakap tentang kekuatan ternaga batin(seksual) dari perkara lain. Dari itu bila ada cerita pasal hubungan seksual mereka mudah percaya, hinggakan di tepi jalan penjual ubat pun mendapat perhatian ramai.
12. Ramai wanita Malaysia suka bergaya walaupun terpaksa meminjam dan berhutang, tenguk saja lah bila ada majlis keramaian atau kenduri kahwin, kalung yang di pakai biar besar rantai basikal dan gelang mesti sampai kat siku, bibir mesti merah, muka mesti tampal tebal, janji nampak bergaya. Lebih dahsat kat sekolah sesama cikgu pun bertanding gaya juga.
13. Lebih teruk orang Malaysia tak pandai gunapakai tandas, tak pandai nak flush lepas guna, maka kesihatan kita semua terancam. Dekat parlimen pun tandas kotor, kadang-kadang surau dan masjid pun serupa.
Aku rumuskan semua orang Malaysia tak tahu malu.
Perjuangkan lah adab yang baik.
Patah saya aku terbang jua.

Saturday, June 13, 2009

PERJUANGAN NAK MESYUARAT AGONG UMNO

Topik yang agak menarik dan hangat di perkatakan sekarang hingga Oktober 2009 ialah mesyuarat agung khas Umno yang akan berjalan dengn objektif utama untuk membuat pindaan perlembagan UMNO itu sendiri, anehnya kali ini kurang orang yang melobi untuk menjadi pewakilan dan tanpa segan dan malu apabila aku tanya kepada mereka yang selalunya berhajat sangat nak jadi perwakilan, ada yang menjawab, kali ni tak banyak masuk...........


Aku amat malu dan aku merasakan mereka ini lah HAMPEH yang masih ada dalam UMNO, tapi ada ketua bahagian yang simpan orang macam ini kerana mudah untuk dijadikan kerbau tunggangan bila sampai masa.


Bagi pucuk pimpinan UMNO pun, beranilah berubah, carilah mereka yang ikhlas lagi pandai dan profesional, dan bayar mereka sebagai profesional jangan bagi kacang nanti dapat kero! Baru lah dapat nasihat dan perancangan yang baik. Ini ambil orang yang tak bijak jadi mereka pun beri nasihat yang membawa kepada kejatuhan kita.


Ada diantara ahli MT yang takut nak cari mereka yang bijak jadi kumpulan pemikir, dengan alasan nanti mereka akan di ketepikan, itu politik orang bodoh. Ahli profesional tak minat nak jadi ahli politik, tapi kita tak nak biarkan ahli politik terus buat kenyataan sebarangan yang boleh makan diri sendiri.


Kalau kat Negeri Sembilan UMNO langsung tak kisah dengan aktiviti parti lawan, terus mengasak di kampung-kampung terutama Pas dan PKR, tiap-tiap hujung minggu ada sahaja program mereka. Nanti 17 Jun pukol 9.00 malam, Nizar (Melayu jadi kuda kepang DAP) nak gunakan perkarangan masjid nak beri ceramah. Aku tak payah pergi pun dah tahu apa yang dia nak cakap. Itu pun nanti ramai Melayu yang tak sedar diri berkumpul mendengar, ingatlah sebahagian besar cakap nya nanti pasti FITNAH.


Ingatlah orang UMNO, DAP itu adalah serpihan PAP, Singapura, pandang dan telitilah apa yang dah jadi dengan orang Melayu disana, lihat pulak apa yang akan terjadi dan sedang terjadi kepada Melayu Pulau Pinang dan bakal mengikut Melayu Selangor, jika Melayu Perak tak juga sedar, nanti CHIN PENG di bawa balik dan jadikan Menteri Besar baru nak sedar, jangan sampai nasi kita di bubuh pasir.


Aku tidak akan berhenti berjuang, jika perlu SELENDANG MERAH akan aku bekungkan semula dan kumpulan ini akan mula berzikir semula dalam tempuh terdekat. Bila bidai perjuangan fizikal, di turunkan akan bertebanganlah semula pepedang pejuang dan bagi Melayu yang menjadi kadam dan pengkhianat tiada perlindungan untuk anda.


Ahli-ahli lama dan baru teruskan zikir dan tahajud kita, kita jangan memulakan sesuatu, bertindak mengikut pertimbangan dan persetujuan. Wak-ima ahli UMNO sekali jika mereka nyata pembelot dan pengamal rasuah, jangan di lindungi walau dalam dharurat sekali.


Biar patah sayap aku terbang jua.


FAHAMI PERJUANGAN 2

Dari kes Manohara aku ingin perjelaskan pun kes ke2. penganiayaan pembantu rumah Siti Hajar, aku amat simpati dengan pembantu rumah ini dan bersetuju dengan tindakan yang diambbil oleh pihak berwajib dengan menahan majikan yang terlibat dan tindakan ini sudah pun di ambil. Tetapi di Indonesia perkara ini masih di pertontonkan melalui saluran tv kepada rakyat dan terdapat berbagai pihak yang mengsensasikan nya.
Sebuah stesen tv tempatan (Indonesia) telah menayangkan perbualan telefon diantara Siti Hajar dengan kakaknya yang menangis teresak-esak dan seorang anak Siti Hajar yang tidak dapat mengeluarkan kata-kata dengan baik mungkin kerana di hadapan kamera. Malah Presiden SBY juga telah bercakap dengan Siti Hajar.

Maka aku bertanya bagimana dengan kes pembantu rumah yang mencuri dan lari dari majikan mereka dan ada yang mengambil kesempatan dengan menjual diri mereka, mengapa media Malaysia tidak mengsensasikan isu-isu ini, jelas pada aku pemberita media Malaysia masih cetek dalam mendapatkan maklumat yang boleh membangkitkan semangat cintakan negara, malah tidak salah aku katakan yang penulis media Malaysia lebih suka membuat cerita yang boleh memecahbelahkan perpaduan NEGARA SENDIRI.


Lihat sahaja beberapa akhbar tempatan mempamerkan cerita yang membuat suasana membenci sesama sendiri, membangkitkan rasa kebimbangan diantara kaum di dalam negara sendiri dan tidak kurang ahbar yang dengan sengaja menyebarkan FITNAH semata-mata untuk menarik perhatian pembaca.


Pada aku, pemberita begini adalah pemberita bodoh dan tidak mempunyai ide yang baik. fahamilah yang pemberita berjuang dengan pena dan mata pena itu lebih tajam dari mata pedang, tetapi jangan buat FITNAH, kerana akibat fitnah itu amat buruk.


Teruskan perjuangan anda.

Biar patah sayap aku terbang jua.

Friday, June 12, 2009

FAHAMKAN PERJUANGAN

Aku ke Indonesia selam 4 hari, bukanlah kali pertama aku menjejakakan kaki ke sana. Telah beberapa kali aku ke Indonesia atas kepentingan tugas dan pemikiran bersama dengan rakan-rakan di beberapa universiti.
Kelainan nya kali ini, ialah berkaitan dengan peranan media dan pemberita di Indonesia. Aku coretkan di sini pandangan dan saranan aku secara peribadi setelah berbincang dengan rakan-rakan dari Indonesia.
Kes Manohara - kes ini telah di mainkan di beberapa stesyen TV hampir pada setiap 2 jam dengan putaran yang di ulang dan di sensasikan dengan meminta pandangan dan pendapat penonton yang rata-rata dalam lingkungan muda. Sudah pasti berbagai komen yang pada aku sangat sensitif di berikan. Dari komen yang aku dengar, jelas dalam pandangan aku sendiri mereka yang memberikan komen terlalu emosi dan tidak dapat membezakan apakah masaalah dalam sebuah keluarga kecil perlu di bawa ke pengetahuan awam berbanding dengan kebaikan perhubungan dua negara ini.
Lebih menyedihkan aku apabila terdapat sepanduk dan kain rentang yang di pasang dan di kibarkan dengan tertulis "GANYANG MALAYSIA", pada rakan-rakan di Indonesia yang melawati blog aku ini, mari kita rasional kes ini dengan baik demi untuk kesejahteran serumpun dan rasa hurmat kita sering terjalin antara satu sama lain. Disini lihatlah rasional minda aku berkaitan dengan kes ini.
1. Manohara secara peribadi ialah seorang anak muda dengan karier sebagai seorang model yang amat memerlukan satu promosi bagi menjulang nama sendiri dalam kariernya. Semasa di Jakarta saya difahamkan yang kini ada production house yang telah menawarkan harga yang tinggi untuk Manohara dalam bidang lakunan dan juga modeling. apakah ini adalah objektif ibunya atau Manohara sendiri.
2. Manohara dari kelumpuk biasa secara tiba-tiba terpaksa mengikuti protokol istana yang jauh berbeda dengan program hidupan harian seorang model, apakah ini perbedaan ini menyebabkan Manohara berasa tertekan?.
3. Kehidupan di dalam istana tidak sebebas kehidupan di luar. Manohara tidak bebas pergi ke kelab dan disco, kerana ia berada di dalam kelumpuk elit dan setiap pergerakanya akan di perhatikan oleh masyarakat.
4. Ibu Manohara mempunyai agenda tersendiri dalam jadual harian nya. Tanpa Manohara ibunya tiada lagi satu untuk di jadikan modal.
5. Apakah wajar kes Manohara menyebabkan program GANYANG MALAYSIA di hangatkan? sedangkan rakyat Indonesia ramai di Malaysia mencari rezeki.
6. Apakah wajar rakyat Malaysia membangkitkan soal penjenayah berasal dari Indonesia yang sentiasa melakukan jenayah di besarkan.
Rakyat Malaysia siap siaga untuk berjuang.

PERJUNGAN OH PERJUANGAN

Aku baru sampai dari Indonesia atas jemputan sebuah universiti bagi membincangkan satu program khas. Ramai kawan yang cari nak cerita dan sampaikan rasa hati, ada yang kata buat apa takut-takut nak hentam seseorang dalam pekara politik. Bagi aku bukan soal takut tapi dah meluat dengan perangai "kadok naik junjung" ni.
Sampai bila kita nak begini aku tak tau, banyak cakap di luat gelangang tapi tak masuk bertanding, yang pergi mengundi di cawangan dan bahagian dapat RM20-50 dah buta mata dan hati konon nak balas budi. Dah tak dapat projek sebab Aboy tak nak bagi, bersungut di semua kedai kopi. Konon nya dah lama berjuang dalam UMNO ampeh pun tarak. Apakah perjuangan itu mesti dapat habuan? Bodohnya orang UMNO yang begini, aku masuk UMNO bukan nakkan habuan jangka pendek, aku mahu melihat anak BANGSA AKU menjadi tuan di bumi sendiri bukan jadi PEMBELOT makan hasil bumi kita hanya untuk keluarga sendiri.
Dulu pandai MENURUN konon semua ADUN tak boleh pakai mesti di sinkir, pandang cermin kat rumah sendiri siapa sebenarnya yang tak boleh pakai? Apakah dengan menurun nampak semua kelemahan orang atau sebenarnya awak yang lemah dan takut dengan bayang-bayang sendiri, sebab dah banyak tipu orang. Jangan ingat tipu helah kita orang tak tahu, kalau berani jawab dan aku berikan sedikit demi sedikit akan maklumat yang ada.

Sunday, June 7, 2009

PERJUANGAN DENGAN PENA

Aku membaca artikel yang di tulis oleh Awang Selamat dalam berita Minggu 07 Jun 2009, dengan berhati-hati, kerana aku sensitif dengan persoalan PERPADUAN KAUM. Ini mungkin kerana aku dibesarkan dan berkerja dengan semua kaum dan selalunya kami amat prihatin dengan sensitiviti perkauman. Di sekolah agama aku juga di ajar dengan baik dalam bidang agama hingga aku mampu mencapai peringkat Sarjana dalam bidang Agama, namun aku tidak akan memperjudikan diri aku dengan ilmu yang cetek untuk bebalah, malah menggunakan ilmu untuk kepentingan peribadi.
Lihat, dalan surah Al-Kafirun, jelas Allah menerangkan kepada semua umat akan berbezanya agama Islam dengan agama yang lain, tetapi Allah tidak melarang umat yang berbilang kaum ini untuk berkerjasama dalam bidang fardhu kifayah. Aku percaya diatas pemahaman inilah pemimpin awal kita yang merancang kemerdekaan telah membuat persetujuan bersama yang di panggil sebagai kontrak sosial. Tetapi malangnya kebelakangan ini Kaum aku telah banyak terhimpit dengan demand yang di buat oleh beberapa kaum lain. Aku mengambil contoh, kaum India, mereka sepatutnya berpadu dibawah sebuah parti dan janganlah membuka begitu banyak parti dan kesemua parti mereka hendak menjadi komponen Barisan Nasional, pada aku ini adalah satu "auta" yang perlu diambil kira dengan teliti.
Lihat sahaja apa yang berlaku kebelakangan ini, Samyvellu salahkan Subramaniam dan Kayveas pula bertelagah dengan Murugaiah semua masalah ini dibawa kepada kepimpinan Negara, macamlah tanpa sokongan mereka seluruh Negara akan goyah. Begitu juga dengan beberapa pemimpin Gerakan terutama di Pulau Pinang, sedikit-sedikit ugut nak keluar parti, aku kira Tan Sri Dr Khoo Soo Koon dah pening dengan ragam beberapa orang yang selalu bertindak begini, biarkan mereka keluar, keana kita akan kenal mereka dengan jelas dan dimana kedudukan mereka.
Kepada pemimpin Melayu tak kira apa parti sekali, jangan jadi proxi yang mengkhianat bangsa sendiri sampai negara boleh tergadai, fikirkan apa yang akan anda wariskan kepada keturunan kita, apakah kita akan menjadi pelarian atau pendatang di negara lain. Jangan terlalu rakus dalam mencari kekayaan, cari lah yang berpatutan dan fahamlah erti mencukupi, yang lebih sumbangkan kembali kepada bangsa kita.
Teruskan perjuangan.
Biar patah sayap aku terbang jua.

Saturday, June 6, 2009

PERJUANGAN JALAN BARU SEREMBAN K.PILAH

Setiap minggu aku pasti melalui jalan BUKIT PUTUS untuk balik ke Kuala Pilah dan setiap perjalanan itulah aku pasti melihat kesan yang sedang berlaku di kawasan lereng Gunung Angsi itu. Kesibukan kerja-kerja pembinaan dijalan yang baru sudah banyak berkurangan, mungkin dah dekat nak siap, tapi yang jelas ialah bertambahnya kesan hakisan di sepanjang laluan.
Itu adalah kerana sebelum jalan di bina, pilot tracknya dah sapu bersih balak di kirikanan jalan yang hendak dibina termasuklah jalan untuk sampai ke jalan sebenar. Pendekan cerita ada orang dah kaya dengan hasil kayu balak, jalan tak siap bukan kojo den.
Apa sudah jadi dengan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan makin hari makin parah, nampaknya semua pegawai kanan mesti datang dari bekas pelajar SEKOLAH TUNKU DURAH, apa bekas pelajar sekolah lain tak cukup pandai ke?
Kalau orang Negori cerita pasal hasil bumi Negori hampir semuanya akan sebut APO YANG TINGGA SEMUONYO DAH SELOSAI. Pinjaman dari Kerajaan Pusat berlonggok-longgok sapo jadi MB lopeh ni, LU FIKIRLAH SENDIRI!.
Jalan-jalan dalam Negori ni jauh ketinggalan jika di bandingkan dengan negeri-negeri jiran, jalan kampung yang dah 15 tahun ada yang dah naik jadi belukar tak pernah dapat di turap. Apa tidaknya, Menteri Jalan nak beri projek secara tender tebuka, kat Negori pula nak tentukan siapa sepatutnya di beri kontrak. Nasib kitolah orang Negori dapat ahli Koprat jadi nakhoda habih di kopratkan nya.
Dari apa yang aku coretkan ini dan beberapa perbualan dengan orang-orang di Kawasan Telok Kemang, Rembau, Jelebu, Tampin, Kuala Pilah dan Jempol aku tidak akan terkejut jika ada cawangan yang akan membuat USUL TIDAK PERCAYA kepada pimpinan Negeri. Kata mereka dah terlampau sangat!!! Enough is Enough.
Kepada orang Negori teruskan perjuangan tapi JANGAN BAKAR KELAMBU, BUKAN KELAMBU YANG SALAH, keluarkan orang yang tak perlu ada dalam kelambu kito, jalan nya mudah teruskan apa yang anda katakan USUL TIDAK PERCAYA. Ingat orang yang dulu menghina kita dengan melompat ke lain kapal adalah elemen yang kini ada di dalam kelambu kita untuk menghancurkan kita, dari itu singkirkan dia. Rezeki bukan datang dari dia Allah yang menentukan. Jangan dok ikut ABOY nak dapat LO.
Teruskan perjuangan.
Patah sayap aku terbang jua.

PERJUANGAN IKAN DI SUNGAI REMBAU

Beberapa hari lalu kabel di kawasan aku telah dicuri, jadi tak dapatlah aku meneruskan penulisan di blog ini. Dalam kekalutan kabel di curi aku mengambil peluang berjalan di beberapa kawasan dekat dengan Kampung Sungai Timun dalam daerah Rembau. Kegemaran dan hobi aku sememangnya menyusuri sungai dan melihat akan kemusnahan tebing-tebing sungai kerana kerakusan manusia nak jadi kaya.
Dalam meninjau di bebearpa kawasan itu aku terjumpa seorang yang sedang mengeluarkan pasir, aku berhenti dan bertanya, "Takue, mana boleh lu kasi keluar pasir?" jawab Tauke yang mengambil pasir "Tatak hal, wa sudah lapat lulus dari itu latok lazman." Aku bertanya lagi "sapa itu latok lazman?" Tauke jawab pendek "itu Menteli No.1, apa lu tak kena sama lia ke?""mana ada menteli No1?" tanya aku. Tauke pasir buat selamba dan teruskan kerja.
Aku masih tak faham apa yang di katakan oleh Tauke itu. Apabila aku singgah di pekan Linggi untuk berehat dan minum di sebuah gerai tepi jalan, aku ceritakan hal tadi kepada beberapa orang yang ada di kedai itu. Mereka senyum sahaja dan bertanya semula kepada aku, "abang tak tahu ke Negori ni ado DUO MB, sobab tulah Negori kito tak maju, punah ranah di kojokan dio, bersoltan di mato berojo di hati" Barulah aku dapat mesej yang dikatakan oleh Tauke pasir.
Ai, nasib kamulah ikan Sungai Rembau, habis pasir nanti naiklah kedarat, sebab tu lah buaya sungai Linggi dah sampai ke Tanjung Tuan. Mungkin tak lama lagi buaya akan sampai ke Teluk Kemang - boleh jadi tarikan pelancong yang baru.
Dalam perjuangan JANGAN MENGHABIHKAN BOREH AJO.
Selamat berjuang.

Monday, June 1, 2009

MATLAMAT PERJUANGAN 2

Sambungan dari apa yang telah aku coretkan.

2. Memilih matlamat jangka pendek buat kita.

Matlamat ini sewajarnya memberikan penghasilan dalam masa yang singkat dan hasil yang di dapati dari matlamat ini hendak lah di manfaatkan dengan sebaik nya bagi mencapai matlamat selanjutnya.

3. Matlamat jangka serdahana, hasilnya di guna untuk mencapai matlamat jangka panjang.

4. Matlamat jangka panjang sebagai penjana kepada matlamat utama.

5. Matlamat agong merupakan matlamat akhir yang sepatutnya kita cari.

Selain dari matlamat agong, matlamat yang lain boleh bertukar-tukar sebagai dahan-dahan pokok yang kita panjat untuk menjejaki pucuknya.

Matlamat kita adalah hendak melihat kejayaan bangsa kita, dalam mencapai matlamat ini kita tidak boleh menyemaikan perasaan benci antara sesama Melayu. Biar apa pun fahaman politik atau ideologi kita soal PERPADUAN MELAYU perlu kita utamakan.

Nampak amat memalukan apabila terdapat segelintir peguam MELAYU di KUALA LUMPUR yang telah di kotak katikkan oleh "BOS" mereka dalam menyertai satu demonstrasi tidak lama dulu. Untuk pengetahuan anda (peguam terbabit) di belakang anda BOS itu mengelakkan anda dan dengan megah berbual sesama kaum mereka yang mereka telah berjaya membuat MELAYU BERGADUH DENGAN MELAYU.

Cukuplah anda di peralatkan, fikirlah sendiri di bumi mana anda berpijak.

Jadi carilah matlamat PERJUANGAN ANDA, jangan jadi alat oleh geng-geng yang akan menipu anda.