Tuesday, May 4, 2010

JANJI YANG TAK PERNAH DIMUNGKIRI

Dini pagi ini, aku masih di pinggir kali
Menyusur kegelapan, menanti terbitnya matari
Menjejaki susur jalanan yang pernah kita lalui
Mencari dan terus mencari
Masih kekal lengkok lama dan pohon beringin masih tegak disitu

Memori lama itu seakan baru berlaku
Masih terngiang luahan cinta mu
Sejernih titisan embun menyiram bumi
Makin jauh aku menungkan
Semakin terasa kerinduan terhadap mu

Walau aku pasti
Engkau tidak akan kembali lagi
Biarpun aku mengerti
Kita tidak akan bersama
Namun kalimat cinta mu masih kukuh dijiwa ini

Aku keraskan semangat diri
Aku janjikan pada diri ini
Perjuangan hidup ini perlu aku teruskan
Biar hanya bertemankan engkau dalam ilusi
Walau engkau sudah pergi
Bagi aku engkau tidak mati
Bayangmu sentiasa di sisi

Kekasihku, tenanglah engkau disana
Tahlil dan doaku buat mu
Kerana aku pasti
Semua insan akan jua pergi
Hanya Illahi yang mengetahui


Dalam kenangan.........
Sentiasa ku abadikan

KUNTUM CINTA KU TAK PERNAH KESAMPAIAN

Di saat aku mengenali mu
Kekal terbayang kerdipan mata mu
Kerdipan yang penuh bererti
Kerdipan yang telah membakar satu rasa
Cinta kepada nusa dan bangsa
Cinta yang sentiasa membara dan tidak pernah padam

Dini hari itu, aku terjaga
Puteri mu mengkhabar berita
Gementar seluruh tubuh yang tak pernah aku rasa
Bibir aku kaku untuk berbicara
Lantas aku sujud kepada Nya
Memohon agar engkau aman di samping Nya

Biar jauh perjalanan, aku teruskan jua
Demi menatap wajah mu buat yang terakhir
Kerana, akhirnya engkau pergi jua
Aku lihat senyum mu di perkapankan
Masih serupa empat abad yang lalu
Aku gagahkan diri kerdil ini
Dalam yasin dan tahlil
Sentiasa mendoakan untuk mu aman di sana

Aku tahu kita tak mungkin berjumpa
Tapi percayalah,
Cahaya cinta kita tak pernah pudar dalam jiwa ini
Biar seabad lagi aku mengembara
Kau akan sentiasa terpahat di jiwa ini

Biarlah aku mencari bayang mu di gigian pantai
Seperti dulu di desa kita yang indah
Biar aku teruskan perjalanan ini tanpa mu disisi
Kau tetap hadir dalam ilusi
Selendang mawar bekalan mu
Untuk ku merentas belantara
Kini menjadi pengesat air mata

Selamat kau pergi kekasih ku
Biarkan aku terus mencari bayang mu
Pasti akan ku nukilkan lagi
Rasa rindu yang tak pernah pudar
Hingga kesaat aku menutup mata


Buat...........
Al-Fatihah
1952-2010

Monday, May 3, 2010

KEJADIAN PELAJAR TERKENA TEMBAKAN POLIS

Kejadian yang berlaku minggu sudah di Shah Alam telah mengundang berbagai reaksi dari banyak gulongan penduduk, yang lebih selesa adalah gulongan politik pembangkang yang sudah pasti mengsensasikan kejadian malang itu.
Dalam perkara kejadian itu aku ingin menarik perhatian kepada mereka yang suka membebel di kedai kopi dan merata tempat untuk menunjukan kononnya mereka amat prihatin dengan mangsa kejadian dan keluarga yang sedang berdukacita dengan catatan berikut:-
1. Patutkah remaja yang berusia 15 tahun dibenarkan memandu pada waktu kejadian itu, kira-kira jam 2.00 pagi?
2. Adakah ini kali pertama mangsa memandu kereta samada dengan izin atau tidak dari keluarga mangsa?
3. Adakah benar keluarga mangsa tidak mengetahui yang mangsa telah mengambil kunci kereta dan keluar pada waktu awal pagi itu?
4. Apakah yang akan terjadi jika mangsa dalam cubaan untuk melarikan diri terlanggar angguta polis yang membuat sekatan jalan raya dan angguta itu terbunuh? Adakah pihak pembangkang akan mensensasikan insiden jika angguta polis yang menjadi mangsa langgar lari?
5. Apakah keluarga yang terlibat sebenarnya mempunyai masalah dalam rumah sendiri yang mendorong mangsa keluar rumah hingga ke awal pagi?
6. Apakah sebenarnya keluarga mangsa mengamalkan tolak ansur dalam kasih sayang keluarga mereka?
7. Apakah keluarga mangsa telah di hasut oleh pihak tertentu dalam cubaan untuk menegakan sesuatu bagi kepentingan mereka?
8. Apakah polis telah mengambil semua langkah mengikut prosedur yang betul dalam membuat sekatan jalan raya pada malam kejadian?
9. Apakah benar kerana takut tidak ada lesen mangsa sanggup melanggar sekatan jalan raya pada awal pagi?
10. Apakah tindakan anda jika anda bertugas sebagai angguta polis yang berada di sekatan jalanraya itu?
Aku mengemukakan semua persoalan itu supaya semua mereka yang suka buat komen perhatikan dengan jelas dan tidak berpihak. Aku juga bersimpati dengan keluarga mangsa, tetapi lihatlah dahulu kedalam diri kita, dimana silap kita, dimana salah kita hingga kita boleh kehilangan anak?
Kepada keluarga mangsa takziah aku ucapkan dan nasihat aku ialah tenangkan diri, muassabah bersama keluarga cari jalan yang terbaik bukan sengaja menjadi mangsa hasutan pihak-pihak tertentu, terutamanya untuk kepentingan politik mereka.
Terimalah hakikat yang anak kita telah melakukan kesalahan yang kita benarkan, hinggakan kita kehilangan anak itu. Pelajari dari kesalahan kita, jangan termakan hasutan hanya untuk kepentingan jangka pendek. Ingat hidup perlu diteruskan, yang pergi sudah tetap pergi, walaubagimana di perjuangkan yang pergi itu pasti tidak akan kembali lagi, usah lagi mencari jalan untuk membenarkan sikap yang salah.
Fikirkan, Patah sayap aku terbang jua.