Wednesday, July 22, 2009

PENGORBANAN USAHAWAN NASIONAL

Sudah beberapa minggu aku tidak menulis kerana kesibukan kerja dan menyelesaikan kemelut semasa.
Pada awal bulan Julai aku di dedahkan kepada keluhan sebilangan usahawan Bumiputra dalam menghadapi tertutupnya Kementerian Pembangunan Usahawan. Berbagai rungutan dan keluhan yang aku dengar dan tidak kurang juga beberapa pendapat yang boleh di jadikan panduan bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar.
Setelah mengkaji akan butiran yang terdapat aku ingin merumuskan seperti berikut:-
1. Semua usahawan dan pengusaha di negara kita perlu bersatu dalam menghadapi kehadiran pelabur asing yang semakin ghairah dalam mengambil peluang yang ada di Negara kita. Ada pelabur yang setelah dibenar memiliki 100% ekuiti dengan membangunkan kilang mereka telah dengan sewenang-wenang nya memohon kepada Kerajaan untuk membawa 100% pekerja sendiri dari Negara mereka atau tenaga kerja murah dari negara lain ke sini. Ini akan mengucupkan peluang pekerjaan kepada semua masyarakat di Negara kita.
2. Semua pengusaha hendaklah ingat kesemua pekerja asing yang di bawa bekerja di Negara kita akan menggunakan semua kemudahan yang ada sedangkan kemudahan tersebut tidak terdapat atau di sediakan di Negara mereka, cuba lihat di hospital kerajaan berapa jumlah pesakit asing terutama pekerja asing di bandingkan dengan pesakit tempatan.
3. Ramai pekerja asing yang dibawa masuk menggunakan lapuran kesihatan yang di ragukan dan penghasilanya tersebarlah penyakit yang dulunya terkawal kini merebak semula hasil dari bawaan mereka.
4. Berapa ramaikah pekerja asing yang telah meninggalan masaalah sosial di dalam Negara kita hasil dari sama ada perkahwinan sementara semasa mereka bekerja di sini atau kes pelacuran atau rogol yang telah di lapurkan.
5. Lebih dari itu mari kita lihat bagiman mereka mengambilalih sesuatu kawasan perniagaan yang dulunya di kuasai rakyat kita, seperti kawasan pasar Chow Kit dan sekitar pasar borong Selayang.
Ini adalah sebahagian yang aku akan terangkan secara berperingkat-peringkat. Ramai orang kita tidak melihat secara mendalam apabila Perdana Menteri menjenamakan semula perpadaun kita dalam bentuk 1MALAYSIA. Ada pemimpin politik yang mencemik dan menghamburkan berbagai tomahan dan sindiran terhadap konsep 1MALAYSIA, tetapi aku mengambil masa kerana aku perlu mengkaji akan apa sebenarnya yang tersirat jauh dari apa yang tersurat.
Nanti aku sambung lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, July 8, 2009

PENGORBANAN USAHAWAN BUMIPUTRA

Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi, adalah satu gerakan yang langsung tidak di sangkakan oleh usahawan Bumiputra. Ianya datang sebagai satu tamparan yang amat mengejutkan kepada orang-orang MELAYU terutamanya. Keadaan lebih menjadi bercelaru dan menyakitkan apabila hak milik ekuiti 30% BUMIPUTRA sebagai syarat kepada penglibatan asing di dalam usahasama di Malaysia juga di liberasasikan, apakah ini semua atas dasar baru 1MALAYSIA????.
Mari kita menyelami kedalam sanubari usahawan MELAYU yang baru bermula dan masih belum ada tapak yang kukuh dalan keusahawanan. Aku berpeluang berjumpa dengan sebahagian besar dari mereka yang genuin bukan PENYANGAK. antara perkara yang mereka curahkan kepada aku :-
1. Dalam sektor awam ekuiti MELAYU hanya sekitar 19%, rata-rata ekuiti ini di bolot sebahagian besar PENYANGAK TAMAK yang merompaknya semasa mereka ada kuasa, walau apa cara sekali pun. Kebanyakan mereka ini telah menyembunyikan harta samunan ini diluar Negara dan mereka pun tidak kisah langsung dengan nasib usahawan MELAYU yang masih terumbang ambing di Negara sendiri.
2. Perolehan Kerajaan di mana tidak lagi di wajibkan 30% di berikan kepada syarikat Bumiputra, kemanakah usahawan ini hendak mencari peluang, apakah pepatah Melayu menjurus kepada diri sendiri - Ayam mati kelaparan di kepuk padi-???????
3. Di sektor swasta hampir semua peluang tidak pernah di berikan kepada syarikat Bumiputra, ambil contoh PENIPUAN yang berlaku didalam syarikat gergasi pembinaan dimana terdapat pegangan ekuiti KWSP DAN KHAZANAH, tetapi kerja-kerja membimbing syarikat Bumiputra tidak di lakukan, malah syarikat gergasi ini mengambil beberapa perkerja mereka dan mendaftarkan sebuah syarikat lalu menyalurkan kontrak konon nya. Sebenarnya semua mereka sapu sendiri MELAYU PENAKUT DAN LEKA TERIMA CIPUT SAJA!!!!!!!!
4. Kumpulan MELAYU dan etinik BUMIPUTRA lain berjumlah 62% dan bukan Bumiputra 38% apakah wajar milik 62% di baham terus oleh yang 38%???????
5. Apakah wajar usahawan MELAYU DAN BUMIPUTRA lain mengadakan demonstrasi menuntut hak sendiri dalam tempuh terdekat?????????
Untuk iitu aku menyeru, orang-orang MELAYU janganlah menipu bangsa sendiri dan bangunlah dengan segera walau di sektor mana sekali perkukuhkan EKONOMI bangsa kita jangan sampai dah terlewat baru nak sedar.
Patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, July 1, 2009

KORBAN BAHASA PENJAJAH

Sepanjang persekolahan aku dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5 aku tidak pernah belajar di dalam aliran Inggeris, walaupun pada waktu selepas merdeka bahasa Inggeris masih menjadi bahasa pengantar di hampir kesemua sekolah menengah dan bagi mereka yang belajar di sekolah aliran inggeris akan merasa yang mereka berada satu tingkat keatas dari aliran Melayu.
Tetapi pencapaian aku selepas aku menamatkan tingkatan 5 dengan MCE jauh lebih baik dari mereka yang belajar di aliran Inggeris yang mendapat dua sijil SCE dan MCE.
Aku amat cemas apabila baru-baru ini terdapat sebilangan kumpulan NGO yang menyuarakan atau mencadangkan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam pepereksaan SPM, aku ingin menimbulkan reaksi berikut:-
1. Jepun, Korea, China, Russia, India bahkan Indonesia tidak mewajibkan bahasa asing tidak sahaja Inggeris sebagai subjek wajib, tetapi mereka jauh lebih maju dalam bidang sains terutama perubatan dan teknologi dari Negara kita.
2. Manakah satu negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT di dunia ini YANG MENGAMBIL BAHASA ASING SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DALAM PEPEREKSAAN DI NEGARA SENDIRI.
3. Apakah salahnya jika mereka yang terpilih untuk belajar ke luar negara terutama negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris di persiapkan dengan kursus intensif dalam bahasa itu seperti mereka yang terpileh untuk ke Jepun dan Korea. Masa 2 tahun untuk kursus intensif bahasa asing memadai untuk pelajar membuat persiapan.
4. Mengikut ststistik yang di dapati dari LEMBAGA PEPEREKSAAN MALAYSIA, dari tahun 2005 hingga 2008, dimana purata 450,000 pelajar mengambil pepereksaan SPM setiap tahun dan dari jumlah ini kedapatan 65 - 68% pelajar yang gagal dalam subjek Bahasa Inggeris, ertinya seramai 157,000 pelajar yang gagal. Dari jumlah ini purata 72% pelajar Melayu, jumlah ini bersamaan dengan 113,040 pelajar Melayu yang gagal. Kemana kah mereka akan berada????
5. Dalam tempuh 10 tahun nanti akan terdapat 1,200,000 pelajar MELAYU yang tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.
Aku harap pihak Kementerian Pelajaran fikir dan selidik dengan sebaik mungkin akan akibat apabila mewajibkan kelulusan bahasa penjajah ini. Kita sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan MERDEKA, wajarkah kita masih berada di ruang pemikiran penjajah????
Ingatlah beribu jiwa anak watan Negara ini telah gugur dalam mendapatkan kemerdekaan dan kedaulatan ini, jangan diambil ringan pengorbanan mereka. DAULATKAN BAHASA IBUNDA KITA, DAULATKAN NEGARA YANG MERDEKA INI.
SIAPSIAGA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN BANGSA.
Patah sayap aku terbang jua.