Saturday, April 30, 2011

MENYELAMI NALURI SEORANG ISTERI YANG MENGHADAPI KECURANGAN SUAMI

Perjalanan hidup berumah tangga selalunya mengharapkan sesuatu yang indah dan penuh dengan keceriaan. Tidak pernah aku temui seorang yang bergelar isteri yang inginkan istana kaca yang dibina bersama suami digegar gempa, kerana apabila berlaku gegaran gempa sekecil mana sekali pasti keretakan akan terjadi.

Istana kaca yang dibina mungkin dapat diselamatkan jika sang suami dapat mempelajari dari kesalahan yang lalu dan tidak mengulanginya, tetapi bagimana sekali pun yang bernama isteri itu selalunya akan memendam rasa bak kata perpatah "makan hati berulamkan jantung". Ini berlaku apabila sang suami tidak tahu muhassabah diri dan sering kali memberikan alasan dengan bermacam alibi atau penyamaran. Tetapi apabila alibi sang suami dapat dibuka maka akan berlakulah apa yang aku katakan sebagai kanser dalam sesuatu perkahwinan.

Ramai wanita yang bergelar isteri diluar sana yang akan mempertahankan sang suami mereka jika apa yang diperkatakan tidak dapat dibuktikan, tetapi apabila perbuatan durjana sang suami terbongkar terutama dizaman yang serba canggih ini seperti dipaparkan dimerata media, maka adalah terlalu sukar untuk si isteri mempertahankan maruah sang suami. Ini adalah kerana jika si isteri terus-terus mempertahankan sang suami maka si isteri itu sebenarnya sedang menggadaikan keseluruhan maruah keluarganya.

Wahai, wanita yang bergelar isteri................ fahamilah erti taat kepada suami............. betul, surga bagi isteri itu bergantung kepada ketaataan kepada suami dan Allah Subhanahuwataala.... tetapi ketaatan kepada suami itu ............. hanyalah selagi si suami itu taat kepada Allah, jika suami itu seorang penzina, penipu, pemutar alam dan bermacam putar lagi.............. maka si isteri hendaklah muassabah diri demi untuk keluarga.................. jangan kerana kedudukan maka si isteri taat membuta tuli!!!!!!!!!!!!!!!!!

Maka bagi isteri yang sedang menghadapi delima kecurangan suami yang tidak pernah hendak bertaubat dan kembali kejalan Allah........................ ambil lah pendekatan yang diajarkan agama kita................. pergilah berjumpa orang-orang Alim yang benar-benar alim bukan yang menjadi "Ular dalam semak", dan dapatkan nasihat yang betul bukan nasihat berbau sesuatu fahaman dan mempunyai objektif tertentu, demi untuk menjaga maruah keluarga dan seluruh keturunan nanti.

Percayalah, tidak ada suami yang tidak melakukan kesilapan, tetapi jika dia kembali dan memohon maaf dan tidak lagi menguilangi perbuatan keji yang lalu, terima lah dia dengan hati yang terbuka.................. Insha Allah............ istana kaca anda dapat diselamatkan, jika terus memendam rasa dan menelan segala-gala hanya kerana taat membuta tuli............. maka nantikan lah kehancuran istana itu akan datang sendiri............... fikirkan.

Patah sayap, aku terbang jua
Mawar Hati

SUMPAH LAKNAT DAN ORANG MELAYU

Selepas negara kita merdeka selama 54 tahun dengan segala pembangunan yang diakui dunia sebagai salah satu yang paling terancang dan berjaya, kini segelintir masyarakat kita telah menunjukan yang mereka telah kembali menyusur kearah zaman pra kemerdekaan.

Dizaman, negara lain melihat kepada 50 tahun yang akan datang - apakah yang perlu mereka lakukan dan menjalankan semua penyelidikan kearah mempersiapkan negara mereka bagi generasi yang akan datang,di Negara kita nampaknya lain yang berlaku.

Disaat Kerajaan menyediakan satu kumpulan khusus menjalankan kajian dengan makmal ekonominya, terdapat segelintir ORANG MELAYU yang masih tak habis dengan ketaksuban untuk membela ANUAR IBRAHIM - manusia yang paling banyak mencetuskan kotraversi didalam Negara di abad ini.

Aku mengkaji sejarah dengan agak mendalam, walaupun kepakaran aku bukanlah dalam subjek sejarah, tetapi sepanjang sejarah Negara kita yang tercinta ini, aku dapati hanya satu manusia yang aku kira paling banyak menyusahkan penghidupan ORANG MELAYU, dialah ANUAR IBRAHIM.

Semasa dia menjadi Menteri Kewangan, ramai kroni yang dibangunkan, semua mereka berasal dari sekolah yang sama, tapi kini hampir semua kroni beliau dah lari dari beliau. Semakin hari semakin ramai rakan karibnya yang melarikan diri atau menyepikan dia. Aku dapat merasakan yang tidak lama lagi Wan Azizah pun mungkin menyepikan diri atau melarikan diri keluar Negara............... mungkinkah ke Australia dimana persiapan telah dibuat.

Kini timbul pula cerita sumpah laknat, ............... mari kita lihat sepanjang sejarah Negara bertuah ini berapa kalikah perkara ini dilakukan secara terbuka? dan jika ada siapakah yang menyebabkan perbuatan ini dilakukan............. bukankah ini semuanya gejala Anuar Ibrahim? dan yang aku meluat ialah sikap Angkatan Muda PKR .............. apakah mereka ini buta hati atau sudah menjadi kerbau yang dicucuk hidung oleh Anuar?

Kepada semua anak-anak muda ini aku mengajak........... fikirkan masa depan bangsa kita bukan masa depan Anuar yang sudah kian malap................... percayalah tak lama lagi akan ada lagi perkara lain yang akan dikeluarkan ................... mungkinkah isteri Azmin Ali akan membuat sesuatu pendedahan ................... yang lebih sensasi????????????????

Anuar, bertaubatlah, bangunlah dimalam hari bukan untuk melakukan maksiat atau memikirkan bagimana nak jadi Perdana Menteri............... bangunlah untuk bertahajud dan memohon keampunan dari Allah Maha Pencipta .............. yang telah menjadikan kita dan menguji kita dengan bermacam cara.................. fikirkan dan sampaikan.

Patah sayap, aku terbang jua

Mawar Hati

Friday, April 29, 2011

ANUAR IBRAHIM DENGAN PENAFIAN NYA

Sabda Rasullah "Al hayyaq minal Iman" yang membawa erti MALU ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN. Ini dengan sendirinya membei kita pemahaman yang malu itu adalah sebahagian dari kehidupan, dan kali ini aku akan bicarakan- apakah itu malu dan akan aku kisarkan istilah malu itu dalam penghidupan oran Melayu kita.

Dalam ceramah dan penyampaian yang selalu aku buat dimerata tempat dari Utara hingga ke Sabah aku seringkali membangkitkan persoalan "Malu". Mengapa perkara ini aku bangkitkan hampir dalam semua mukadimah ceramah aku ialah kerana ianya amat penting bagi kita untuk memahami dan mengamalkan budaya malu dalam diri kita, dan yang terbaik apabila kita dapat menyatakan bahawa kita sebenarnya malu kepada diri sendiri.

Malu itu satu yang tidak mempunyai bentuk, rupa atau warna untuk digambarkan. Tetapi mengapa hadirnya malu dalam penghidupan kita. Persoalan ini seringkali aku pertanyakan kepada pelajar-pelajar, dengan harapan apabila mereka memahami erti malu, mereka akan lebih berwaspada dalam semua perkara didunia ini.

Kalau boleh aku pinjamkan satu perkatan dari AlQuran, gharib.............. sesuatu yang tak pernah dapat kita lihat dengan mata kita atau secara fizikal, tetapi dapat kita rasakan kehadiran nya. Maka malu itu pada interpetasi aku ialah satu perasaan atau emosi yang timbul dari dalam jiwa manusia hasil dari tindakbalas gerakan saraf dalaman atau apa yang kita katakan "neurovibrate action" apbila kita melakukan sesuatu.

Biasanya malu itu akan hadir bila kita merasa bersalah melakukan sesuatu yang diluar jangkaan akal manusia lain terhadap diri kita.

Maka disini aku kembalikan kepada tajuk penulisan aku pada kali ini. Apakah Anuar Ibrahim dapat merasakan perkara ini selepas pengesahan bahawa beliau adalah pelaku dalam kisah video yang hangat diperkatakan? Implikasinya bukan sahaja tertanggung oleh Anuar malah turut terpalit kepada keluarga beliau.

Dimanakah pandangan masyarakat terhadap Wan Azizah dan anak-anak nya apabila kesahihan kebanyakan kes yang dihadapi oleh Anuar? dan bagimanakah keluarga beliau akan menghadapi semua situasi ini?

Cukuplah Anuar, dan kembalilah kepangkal jalan, bertaubat dan carilah ketenangan dan mendapatkan keredhaan Allah, bermohon maaflah kepada Nya yang telah memberrikan semua dugaan kepada kamu. Bermohon maaflah kepada keluarga kamu terutama Kak Wan yang begitu setia dan taat kepada kamu sedangkan kamu mempermainkan kesetiaan seorang isteri dan anak-anak kamu. Masanya belum terlambat untuk kamu kembali taubat dan muassabah diri, kerana kamu bukanlah yang terbaik untuk Malaysia.

Patah sayap aku terbang jua.

Mawar hati

Monday, April 18, 2011

PENGUNDIAN DI SARAWAK

Hampir seminggu selepas PR Sarawak berlalu banyak perkara yang diperkatakan dan dijanjikan, tetapi yang lebih penting ialah bagimana keputusan PR ini diterjemahkan oleh pihak PUSAT.

Nyata sekali politik perkauman yang diaplikasikan oleh DAP sepanjang PR itu telah memberi kesan dan memenangi hati orang-orang Cina. Persoalan yang ingin aku ketengahkan ialah - mengapakah apabila orang MELAYU bercakap atau menchampionkan nasib bangsa sendiri dikatakan PERKAUMAN? dan apabila DAP dengan terang menggunakan sentimen kaum kita hanya berdiam diri.

Dalam pandangan aku, persoalan ini perlu diberikan perhatian yang sangat mendalam dan dilihat dari semua sudut termasuk satu analisa mendalam perlu diambilkira dari semua perkara yang telah dicanangkan oleh DAP.

Orang Melayu perlu sedar terutamanya yang mengikut pembangkang, apakah implikasi yang akan kita terima selepas jatuhnya kerjaan pimpinan Melayu dimasa akan datang, lihat apa yang telah berlaku kepada Melayu Singapura hinggakan mereka hilang identiti diri sendiri dan perkara yang sama bakal berlaku kepada Melayu Pulau Pinang. Aku diberikan maklumat yang kerajaan Pulau Pinang tidak peduli lagi dengan kesalahan khalwat, malah kini telah memulakan supaya suara azan diperlahankan.

Keputusan PR Sarawak perlu dilihat dari semua sudut, jika perlu diperketatkan semua perkara yang berbau kecinaan maka kita perlu ketatkan. Pemberian kerakyatan perlu mengambilkira jika mereka tidak menyokong Kerajaan maka hentikan. Kita perlu mengambilkira akan kesan kerakyatan ini untuk 20tahun akan datang.

Begitu juga dengan skim perumahan dibandar, hendaklah dikawal sepenuhnya dan pastikan mencukupi untuk kaum Bumiputra, jika kita perlu memberikan kerakyatan kepada mereka yang seketurunan sama ada dari Thailand atau Indonesia, sila berikan. Janganlah besama mereka yang seagama dengan kita, kita amat berkira tetapi dengan mereka yang tidak seagama kita terlalu bertolak ansur.

Ingatlah, kita boleh bertolak ansur tetapi TIDAK DITOLAK BERANSUR-ANSUR.

Bangkitlah orang-orang Melayu, lupakan semua perselisihan kita demi untuk keturunan kita fikirkan, jangan sampai perpatah bebalik kepada kita "Itek mati kehausan diair dan ayam mati kelaparan dikepuk padi" dan jangan sampai nasi menjadi bubur.

Patah sayap aku terbang jua.

Thursday, April 14, 2011

PENGAKUAN RAJA PETRA

Pengakuan yang dibuat oleh Raja Petra baru-baru ini harus di beri perhatian yang serious. Ini kerana kenyatan itu mempunyai banyak implikasi sama secara direct atau indirect.

Perkara pertama yang ingin aku utarakan ialah ETIKA PEMBERITA DALAM MENYAMPAIKAN SESUATU MAKLUMAT.

Apabila kita memperkatakan soal ETIKA, ianya pasti akan membawa satu pengertian yang amat mendalam terutamanya dalam profesion pemberitaan. Penyampai berita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan, wajib terlebih dahulu memeriksa akan kesahihan berita yang hendak disampaikan. Ini kerana pengaruh pena seseorang pemberita adalah amat luas dan jika ianya disalahertikan maka ia amat susah dikawal. Dalam kes Raja Petra, beliau telah mendapat populariti yang tinggi dikalangan generasi muda dan apa yang ditulisnya telah selalu dijadikan bahan rujukan maupun ejekan, hinggalah dia dipopulaarkan dengan ringkasan RPK.

Apakah dengan pengakuan yang dibuatnya boleh membawa kepada pengertian yang beliau ingin meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang sudah TERPEDAYA dan TERTIPU dengan berita yang telah disensasikan nya? dan lebih dari itu apakah rakyat yang tertipu ini dapat memaafkan dia dan seterrusnya akan merujuk kepada apa yang bakal ditulis nanti. Bagi diri aku, sekali tertipu .................... susahlah untuk aku memberikan kepercayaan.

Penulisan penipuan yang dibuat oleh RPK, bagi aku tidak dapat dimaafkan, kerana ianya telah mengugat keharmonian Negara dan membawa kepada pecah belahnya masyarakat Malaysia. Manusia seperti ini sewajarnya disumbatkan dilubang buaya atau dilenyapkan dari membuat sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan keburukan kepada Negara................ mungkin aku agak keterlaluan dalam membuat komen ini. Tetapi demi untuk Negara dan Bangsa tercinta, aku kira RPK tidak boleh diberi kemaafan dan kerakyatan nya wajar ditarik balik, biarkan dia menjadi seorang yang tidak berNegara................ merempat dimana kononya dia boleh mendapat perlindungan.

Perkara kedua yang ingin aku kupaskan ialah penglibatan seorang pegawai perisikan dalam menyebarkan fitnah.................. ini amat serious dan dalam ertikata lain beliau adalah pengkhianat yang perlu ditangani dengan tegas dan serious. Bukan sahaja memindahkan tempat beliau ditugaskan, malah beliau perlu ditahan sertamerta dibawah Undang-undang Angkatan Tentera dan perlu diletakan disatu kurungan khusus untuk level 5 interoggation process. Ketua Setaf Perisikan Pertahanan perlu melakukan tindakan dengan segera demi untuk mengembalikan kepercayaan terhadap kesetiaan setiap pegawai perisikan yang dikendalikan.

Menjadi mole dalam badan perisikan Negara adalah satu kesalahan yang membawa kepada hukuman maksima..............mengikut Akta Angkatan Tentera 1972........ sesaorang PENGKHIANAT boleh dihukum mati dengan tembak dimedan. Aku pasti akan mengikuti kes ini dengan serious, persoalan aku ialah, jika seorang pegawai kanan perisikan boleh berrpaling tadah kepada pihak musuh atau bakal musuh, bagimana dengan orang bawahan yang diperintahnya?

Aku rasa mengenali akan pegawai ini dan aku tahu darimana asalusul beliau, maka secara terbuka aku sarankan supaya KSPP mengambil tindakan yang tegas dan pantas.

Patah sayap, aku terbang jua

Friday, April 8, 2011

PENAFIAN WAN AZIZAH TERHADAP TUDUHAN ANUAR

Dalam dua minggu ini sepanjang kempen pilihan raya Sarawak mungkin banyak perkara berkenaan dengan Anuar Ibrahim akan diperkatakan di semua peringkat, dari parlimen hinggalah keceruk pendalaman di Sarawak.

Segalanya bermula bila Wan Azizah membuat sidang akhbar menafikan yang pelakon uatma dalam video yang hangat dipasaran sekarang adalah suami beliau, anehnya kali ini Benggali tua yang ada sama tak buat sebarang komen. Ini sangat menarik buat kajian aku dan yang lebih interesting lagi bila BT itu langsung tidak melihat terus ke kamera yang dihadapan sidang akhbar itu.

Dari sudut sains kemanusian, akau dapat menterjemahkan sikap BT itu sebagai tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Wan Azizah dan keluarganya. Aku juga berpendapat yang sebenarnya BT ada disitu kerana bayaran yang dibayar oleh keluarga Anuar Ibrahin dan Wan Azizah.

Dari penafian yang dibuat oleh Wan Azizah menyebabkan Nazri Aziz mempunyai ruang untuk membawa perkara itu dalam parlimen yang mana aku percaya Nazri akan membuat usul supaya satu penyiasatan Suruhan DiRaja diadakan bagi mencari kebenaran.

Wajar bagi Nazri mengemukakan usul itu kerana beliau berada disebelah pihak Kerajaan, malah Zaid Ibrahim juga telah menyuarakan perkara yang sama. Apakah implikasi yang akan berlaku jika penyiasatan ini dilakukan?

Implikasinya amat besar sekali, terutama kepada ukuhuwah keluarga Anuar. Jika ianya terbukti benar Anuar Ibrahim sebagai pelakon utama, aku amat bimbang - bolehkah Wan Azizah dan keluarnya menelan akan kepahitan dan sinisnya pandangan masyarakat terutama orang Melayu terhadap suami beliau.

Mengenali Anuar Ibrahim untuk sekian lamanya, aku percaya beliau akan cuba membuat satu lagi tindakan manouver politiknya bagi memesongkan perhatian umum terhadap dua perkara yang sedang dihadapinya - kes Saiful dan kes video.

Kepada Wan Azizah dan keluarga aku harap kembalilah kepangkal jalan, muassabah diri dan keluarga, jika benar sekali Anuar terlibat dalam video dengan amoi Cina itu, berikan kemaafan kepadanya kerana tiada manusia yang tidak pernah melakukan dosa. Ingatlah pihak Amerika pun telah menjauhkan diri dari Anuar, ertinya "he is no longer in the safe list of CIA", its a normal thing in agent handling procedure, once the subject is no longer useable, then the discarding process will take place.

Percayalah selepas ini aku kira akan sukar bagi Anuar Ibrahim untuk mendapat visa lawatan ke Amerika, Turki juga sudah menjauhkan diri dari Anuar, panggilan Pak Sheikhnya pun sudah tidak kedengaran lagi................ertinya beliau perlu faham yang its all over!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Cukuplah Anuar Ibrahim memecah belahkan orang-orang Melayu, demi untuk orang Melayu, jika benar Anuar sayangkan orang Melayu.............buatlah pengorbanan..............tapi tak payahlah nak terjun bangunan pulak, nanti ramai lagi orang menyumpah............hidup menyusahkan orang.............mati pun nak menyusahkan orang juga.

Patah sayap, aku terbang jua.