Monday, November 30, 2009

ANWAR IBRAHIM PASTI DIBICARAKAN ATAS TUDUHAN MELIWAT

Pagi ini mahkamah telah memerintahkan supaya tuduhan terhadap Anwar Ibrahim di bicarakan pada bulan Jan 2010. Ini adalah satu yang menarik dalam sejarah kehakiman negara apabila sekali lagi Anwar di bicarakan di atas tuduhan meliwat selepas beliau di sabitkan kes yang sama iaitu meliwat di akhir tahun 90han. Jika dulu mahkamah rayuan membebaskan Anwar selepas mahkamah tinggi mendapati beliau bersalah, apakah kali ini sejarah akan berulang lagi???


Aku ingin mengimbau kembali semasa perbicaraan yang lampau, hampir di setiap pelusuk kampung dan desa penyokong Anwar akan mengadakan "sembahyang hajat" bagi melepaskan beliau dan aku masih ingat hampir penuh stadium di Kota Baru penyokong Pas dan Anwar melakukan sembahyang hajat, malah aku juga di beri maklumat yang terdapat ramai penyokong beliau membuat solat hajat sampai ke Mekah - depan Kaabah. Tetapi beliau tetap di dapati bersalah dan di hantar ke Penjara Sungai Buloh hingga lah Tun Lah menjadi Perdana Menteri dan mahkamah rayuan membuat keputusan 2/1 membebaskan beliau.
Aku percaya Anwar dan kumpulan penyokongnya akan membuat bermacam helah bertujuan untuk menggangu dan melewatkan perbicaraan ini dan sudah pasti satu perkara yang akan dia lakukan ialah memohon untuk mendapatkan rawatan perubatan keluar Negara kerana sakit tulang belakang. Tidak kurang juga penyokong beliau akan mengadakan demonstrasi jalanan dan yang lebih dari itu ialah penggunaan media asing dan badan risikan asing untuk memberikan coverage kepada kes ini.
Aku yakin yang Anwar di pergunakan oleh badan risikan asing terutama CIA, tetapi dengan kembali rapat hubungan Malaysia -Amerika, apakah CIA akan terus memberikan sokongan kepada Anwar kini menjadi tanda tanya. Kalau dulu Tun Mahathir tidak melayan kehendak Clinton dan Bush, maka Al Gore pun mainkan peranan dengan memberikan bantuan sokongan moral kepada Anwar, lalu menampakan kononnya Anwar hebat di persada antarabangsa tetapi sebenarnya tidak seperti yang di gambarkan.
Selepas ini kita akan dapat lihat akhbar-akhbar pembangkang akan mempermainkan berbagai isu dalam era maya - cyber/internet, maklumlah ada antara akhbar dan blogger ini yang mempunyai server mereka di Amerika dan Australia. Untuk itu aku kira SKMM perlu membuat siasatan terperinci dan menyekat penyebaran fitnah yang di lakukan.
Patah sayap aku terbang jua.

Saturday, November 28, 2009

APAKAH WAJAR ORANG POLITIK DI PANGGIL "ULAMA"?

Pergolakan dalaman parti-parti politik dalam negara kita nampaknya semakin meluas. Bermula dengan UMNO yang akhirnya menyaksikan perubahan dan perpindahan kuasa kepada golongan lapisan kedua selepas era permulaannya, diikuti dengan semua parti yang majoritinya kaum India yang mana kita dapat lihat tubuhnya sebuah lagi parti pimpinan kaum India - Mikal Shakti, kini nampaknya sudah menular dalam parti Pas dan tidak lama lagi kemungkinan apa yang bergolak dalam parti PKR juga akan terbongkar.
Aku terpanggil untuk memberikan sedikit komen dan pandangan akan fenomena yang sedang berlaku dan aku percaya akan terus berlaku dari semasa ke semasa.
Izinkan aku meminjam sedikit butiran dari Kickdefella, berkaitan dengan komen dan tulisan beliau berkaitan dengan pergolakan dalaman Pas. Kickdefella ada menyatakan yang ramai bekas tentera telah menyertai Pas dan banyak membantu dalam menyusun atur dan perangsaraf parti itu hingga membawa kepada kejayaan Pas masa kini.
Aku percaya apa yang dikatakan oleh Kickdefella merujuk kepada sebilangan bekas tentera atau polis yang berasal dari Kelantan bukan majoriti, ini perlu dijelaskan agar bagi mereka yang tidak memahami mungkin berpendapat ramai bekas tentera yang menyertai Pas.
Untuk makluman semua biarlah aku katakan kebanyakan mereka yang apabila besara dari perkhidmatan tentera atau polis tiba-tiba bertukar warak dan alim, sebenarnya hipokrit atau mungkin terpengaruh dengan janji Tok Guru masuk Pas boleh pergi ke syurga. Aku mengenali ramai dari mereka yang dulunya lebih dari "Malaun" tiba-tiba apabila dah bersara dah jadi Ustaz dan berceramah kesana kemari, tapi sebenarnya di sebalik ceramah mereka ini masih lagi "memamah". Ada bekas tentera yang dulunya memang Malaun, lepas bersara jadi wakil rakyat UMNO, bila dah tak dicalonkan ramai-ramai bawa geng masuk Pas dan memakai kopiah putih dengan harapan Pas akan calonkan dia, berceramahlah diserata surau dan taman perumahan kononnya Kerajaan tak baik. Maka lahirlah ramai "Ulama" politik.
Persoalan yang ingin aku bicarakan ialah, wajarkah ULAMA berpolitik? Atau wajarkah orang politik di panggil ULAMA?
Aku berlatarbelakangkan pendidikan barat yang hebat, pernah menjadi pegawai kanan dalam Kerajaan dan aku juga mengaji pengajian agama hingga ke taraf Sarjana, malah aku juga sering diundang berceramah dalam bidang kepakaran aku - sosial, sains dan agama, tetapi aku tidak berani dipanggil ustaz, malah seringkali aku menolak dengan senyum akan panggilan sebegitu. Ini adalah di sebabkan dalam kajian dan pandangan aku Ulama adalah insan yang sepatutnya berada di tengah-tengah antara Umara dan Ummah.
Ulama sewajarnya menasihatkan Umara dan menandu Ummah bukan berpolitik dengan satu objektif untuk mendapatkan kuasa atau di kenali ramai. Aku kenal beberapa sahabat yang dulunya giat berceramah di pihak kerajaan tetapi kini setelah menjadi wakil rakyat Pas lain pula gaya ceramahnya, jadi bagi aku orang yang sebegini tidak wajar di berikan panggilan Ulama malah ustaz sekali. Aku harap Dr Asri tidak berceramah di flatform politik jika ini berlaku semua penghormatan yang aku berikan kepada beliau akan terhakis.
Maaf, jika aku katakan aku melihat mereka yang di panggil Ulama atau Ustaz sekali yang berpolitik sebagai mereka yang di sindir Allah dalam Surah As Sajadah yang maknanya "Apakah kamu ingat sama mereka yang beriman dengan mereka yang FASIK, tidak mereka tidak sama".
Jadi sama-sama lah kita fikirkan apakah wajar ULAMA berpolitik atau orang POLITIK di panggil ULAMA.
Patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, November 25, 2009

KEMELUT MCA SEBAHAGIAN DARI DRAMA POLITIK DAP/CINA

Aku melihat pergolakan yang berlaku didalam parti MCA sebagai satu episod drama yang dilakonkan, mengapa aku membuat tanggapan begini?
1. Apakah Ong Tee Kiat (OTK) berpendapat yang beliau telah terlalu kuat dan mendapat sokongan dari akar umbi lalu dengan sewenangnya menambah hukum kepada Chua Soi Lek -CSL, jelas matematik OTK salah pasti kerana geomatrik politik CSL lebih tepat. Lihat sahaja latar belakang OTK yang selama ini masih menunjukan politik satu kaum dengan terang-terang membelakangkan perjuangan baru 1Malaysia yang di warwarkan oleh PM. Persoalanya mengapa OTK berani membelakangkan PM dalam soal perpaduan MCA? Tawaran PM untok menjadi orang tengah di sambut dingin oleh OTK walaupun mereka yang lain menunjukan persetujuan dengan saranan supaya PM memainkan peranan untok mencarikan formula perdamai MCA.
2. Mengapakah Liow Tiong Lai -LTL- menawarkan diri untok mengepalai MCA dalam keadaan kecuh sekarang? Apabila CSL digugurkan OTK dengan segera melantik LTL untok menjadi Timbalan Presiden MCA, belum pun sempat LTL menandatangan satu apa pun CSL kembali dengan restu dari ROS. Lihat bagimana episod politik MCA di orkestrakan dengan begitu detail hingga kita tidak nampak apa sebenarnya yang mereka hajatkan.
3. Mengapa MCA terus menolak campur tangan PM? Pada pandangan aku message yang ingin di katakan oleh OTK sangat jelas ia itu "PM JANGAN CAMPUR HAL ORANG CINA -MCA-" Dengan kekuatan ekonomi yang mereka kuasai melalu DEWAN PERNIAGAAN CINA, para-para Political poker players Cina mengaturkan semuanya, malah jangan terkejut mereka menjadikan kemelut MCA ini sebagai satu modal perjudian dengan taruhan yang tinggi.
4. Dengan semua tekanan dalaman dan luaran MCA di bawa kepada PM, DEWAN PERNIAGAAN CINA pula akan mengenakan tekanan ekonomi dan mereka berharap PM akan tunduk kepada semua demand yang di buat oleh parti-parti CINA - termasuk GERAKAN DAN DAP. Siapakah yang bakal kerugian!!!!!!!!!!!!!!!
5. Dalam kajian aku DAP sengaja di gunakan untok memperkudakan PKR dan PAS, manakala MCA dab Gerakan pula di gunakan untok menkotak katikan UMNO dalam fatamurgana kesatuan BN.
Dengan sedikit pandangan ini aku menyeru kepada semua orang Melayu supaya bersatu dengan satu semangat kesatuan yang tulin dan jati diri yang padu demi masa depan orang Melayu tidak merempat di Tanah Air sendiri.
Nanati kita sambung lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

Sunday, November 8, 2009

SIKAP PENYOKONG PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN DI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA

Dari coretan bai'ah Pas yang aku dapati telah juga di kupas oleh Sdr Zulkifli Nordin wakil rakyat Kulim dari PKR, aku ingin beralih kepada sikap penonton - penyokong Kelantan semasa perlawanan akhir piala Malaysia di Bukit Jalil akhir minggu sudah. Tetapi sebelum itu izinkan aku mengucapkan syhabas! kepada Sdr Zulkifli Nordin kerana keberanian beliau mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Pas. Sudah pasti beliau mendapat maklumat yang lebih khusus dan tepat dari apa yang aku terima.
Tahniah aku ucapkan kepada pasukan N9 yang berjaya membawa pulang piala Malaysia sesuatu yang belum pernah di rasai oleh N9 sejak 61 tahun yang lalu. Apakah ini satu pertanda pasukan N9 akan memulakan satu langkah baru dalam arena bola sepak, sama-sama kita lihat apa akan berlaku di masa depan. Lebih dari itu apa yang perlu aku catatkan ialah kesabaran penyokong N9 terhadap provokasi yang di buat oleh penyokong Kelantan.
Apa sudah jadi dengan penyokong Kelantan? Apakah ini menunjukan kegagalan kepimpinan Tan Sri Anuar Musa dalam mengawal emosi penyokong Kelantan. Kejadian seperti ini telah berlaku dahulu di mana pasukan Kelantan telah di hukum, nampaknya pengelaman dulu tidak di jadikan pengajaran. Persoalan sekarang mengapa provokasi ini boleh terjadi?
1. Dibawah pemerintahan Pas di mana terlalu banyak ceramah politik yang berbentuk provokatif yang telah di adakan di hampir semua surau dan kawasan perumahan rakyat, maka tidak hairanlah mengapa terlalu ramai penyokong Kelantan yang bersifat provokatif dan di tambah dengan ide jihad yang di salah tafsirkan telah melahirkan ramai generasi muda yang kurang matang dengan sifat agerasif.
2. Di kampung halaman mereka di Kelantan terlalu banyak "don't" atau larangan yang membuatkan mereka (penyokong Kelantan) ingin melepaskan kemarahan dalaman mereka di tempat lain. Cuba lihat di manakah banyak berlaku sumbang mahram!!!!!!!!!!!!
3. Telah menjadi lumrah orang Kelantan, apabila mereka dalam jumlah yang ramai akan bersifat agerasif dan keras kepala jika di bandingkan apabila mereka tidak berjumlah ramai.
4. Penyokong Kelantan juga di dedahkan dengan konsep " rosakan atau boleh musnahkan" apa saja yang di buat oleh Kerajaan, ini dapat kita lihat di Kelantan sendiri di mana terlalu kurang rasa cintakan harta awam - hampir semua perhentian bas di Kelantan di rosakan oleh rakyat Kelantan sendiri. Perbuatan ini terbawa-bawa ke tempat lain.
5. Orang Kelantan juga selalu nya biasa dengan keadaan yang bersepah dan berselerak, jadi bila mereka berada di tempat yang kemas dan teratur mereka akan rasa kurang selesa dan mereka akan membuatkan bersepah - ada kerusi baik di bakar dan di musnahkan, kerana mereka rasa selesa hanya duduk di tepi tembuk. Ini aku tak nak ceritakan bab tandas di Kelantan nanti.........
Maaf, aku tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan orang Kelantan tetapi inilah budaya yang mereka bawa walau di mana mereka berada, jadi ubahlah budaya ini dan jadilah manusia yang dapat mengikuti perubahan zaman dan keadaan - jangan jadi seperti "katak dalam gelas" nampak apa yang ada di sekeliling kita tapi kita tak juga mahu berubah.
Fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua.

KEMELUT POLITIK PAS 3

Aku amat terkejut dengan pendedahan ba'aiah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi dan wakil-wakil rakyat Pas, di mana jika mereka keluar dari Pas maka akan jatuhlah talak 3 kepada isteri-isteri mereka. Katanya cara tersebut dipraktikan atas perintah pucuk pimpinan.
Pada aku cara ini yang di praktikan dengan tujuan untuk mengawal semua wakil rakyat Pas dari keluar dari parti adalah satu cara yang paling kuno dan salah sekali, kerana dalam ba'aiah yang di katakan langsung tidak menyebut apa akan terjadi jika wakil rakyat itu hanya mendiamkan diri dari menyokong apa-apa usul yang di bawakan oleh ahli mereka. Kerana takut nanti tertalak 3 isteri-isteri mereka maka mereka pun membantah dalam diam, dengan cara buat tak tahu atau sengaja tidak hadir pada hari usul di kemukakan. Dalam ertikata lain walau pun mereka ada dalam Pas tapi berkecuali hanya kerana takut nanti tertalak bini.
Akhbar Pas, Harakah pun nampaknya telah di pengaruhi dan di kuasai oleh puak-puak yang menyokong Anwar Ibrahim, walaupun apabila di sarankan oleh pucuk pimpinan Pas supaya Anwar membuat sumpah laknat seperti Saiful tidak di pedulikan oleh Anwar.
Dalam pandangan aku nyata sekali kemelut politik Pas ini akan berpanjangan selagi ada puak Anwar Ibrahim dalamnya. Seperti diketahui ramai Anwar Ibrahim merupakan seorang provocator yang pandai putaralam. Dia ibarat sumpah-sumpah bila-bila masa boleh bertukar rupa dan wajah - boleh jadi ustaz, boleh jadi penceramah, boleh nangis minta kasihan malah boleh jadi pengliwat, Harakah akan tetap mempertahankan dia. Malah Harakah sanggup membelakangkan Hadi Awang demi untuk Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim nak kawin dua tak boleh sebab dia lebih minat kat lelaki memang sejak kat MCKK lagi, jadi dia gunakan bebudak dia masuk Pas dan buat kalut, jangan terkejut tak lama lagi Anwar akan pakai serban lebih dari Tok Guru dengan tujuan untuk lebih mengusutkan kemelut dalam Pas, jadi rakan-rakan dalam Pas cuba-cuba lah jadi lebih rasional demi untuk perpaduan ummah.
Aku juga percaya kemelut dalam Pas akan hanya dapat di selesaikan jika pucuk pimpinan Pas membuat keputusan sementara dengan menggantungkan aktibiti bersama dengan Pakatan Rakyat yang di canangkan oleh Anwar Ibrahim. Pas juga harus konsisten dengan perjuangan yang di canangkan demi untuk Negara Islam Malaysia yang mana dibantah keras oleh Karpal Singh tapi kini dapat duduk minum kopi bersama - ai! janganlah kerana mabuk nak berkuasa semua dapat di bolehkan.
Saudara-saudara dalam Pas fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua!!!!!!!!!

Tuesday, October 27, 2009

KEMELUT POLITIK PAS 2

Apakah kemelut dalaman Pas baru bermula atau reformasi pemikiran dalam Pas telah berjalan? Ini lah persoalan yang bakal di perkatakan oleh ramai penganalisa politik Negara. Aku melihat apa yang berlaku secara mendadak dalam kepimpinan Pas sebagai satu pertanda yang boleh membawa kepada perpecah yang lebih besar, kemungkinan pandangan aku akn jauh berbeza dengan pakar penganalisa yang lain. Ini kerana apa yang aku kemukakan di blog ini adalah pandangan peribadi aku hasil dari perbualan dan hubungan aku dengan mereka yang sememangnya mengikuti perkembangan Pas.


Mengapa kemelut ini berlaku?
1. Ramai di kalangan ahli Pas adalah mereka yang dahulunya menyokong permikiran Anwar Ibrahim dan mereka-mereka ini sengaja di galakan oleh Anwar Ibrahim untuk menyertai Pas sebagai satu gerakan "Kolum ke 5" Anwar untuk mempersiapkan basenya apabila ia gagal menguasai UMNO. Ini jelas sejak Anwar yang lebih cenderung kepada gerakan secara mempengaruhi massa seperti yang di laksanakan oleh Mao Sze Tong di China. Gerakan Anwar dengan mengapikan massa untuk menentang Kerajaan jelas terbukti dengan adanya demonstrasi jalanan, malah Anwar dengan terang-terang menyokong gerakan HINDRAF yang menentang Islam.
2. Tali barut Anwar yang ada dalam Pas sedaang cuba untuk menguasai pucuk pimpinan parti itu dengan objektif dapat mengerakan sokongan kepada beliau sebaik masanya tiba, gerakan seperti ini telah di lakukan oleh Anwar semasa beliau cuba menggunakan massa untuk memaksa Tun Mahathir melepaskan jawatan pada tahun 1995, tetapi gerakan beliau telah di hidu oleh Tun M kerana penasihat-penasihat Tun M sangat berpengelaman dan bijak membuat perhitungan. Kini aku rasakan gerakan ini sedang di mainkan oleh Anwar di dalam Pas dan aku nasihatkan pucuk pimpinan Pas supaya lebih berhati-hati dengan mereka yang menjadi dalang dalam kemelut sekarang, dan ingat kemelut ini pasti berpanjangan!!!!!!!!!!!
3. Selain dari gerakan yang di jalankan oleh talibarut Anwar Ibrahim, Pas sebenarnya juga menghadapi keyakinan gulongan morderat dalaman mereka sendiri. Gulongan in yang terdiri dari ahli-ahli agama yang morderat yang mula meragui fatwa yang seringkali di permainkan oleh Tok Guru sendiri. Fatwa ini tidak lain dari soal SYURGA. Perkara ini akan di mainkan oleh Tok Guru setiapkali adanya pilihan raya tidak kira pilihan raya umum atau kecil. Perhatikan perkara ini, apabila sampai masa adanya pilihan raya, Tok Guru seakan bertindak sebagai pembawa tiket untuk kesyurga dengan sewenangnya menyatakan siapa bakal masuk syurga. Apakah mungkin soalan dalam kubur nanti bertambah satu - Masa hidupmu engkau menjadi ahli parti apa????????
4. Gulongan morderat ini juga merasa kurang senanag dengan kerapnya Tok Guru mengkafirkan orang Islam lain yang tidak menyokong Pas. Persoalan mereka kepada aku adakah Tok Guru seorang yang maksum??????? Bukan kah fatihah yang dibacakan sama ???? mengapa mudah menuduh mereka yang tidak menyokong Pas sebagai kafir dan bakal masuk neraka???????
5. Kebanjiran modal materialisma dalam pucuk pimpinan Pas juga merupakan satu lagi faktor yang membawa kepada perpecahan dalaman mereka. Ramai mereka yang bermaterial telah menyertai Pas dengan objektif untuk menjadi wakil rakyat dan mereka ini dengan bangga mempamerkan kereta-kereta mewah dan menaja penyokong bawahan untuk program riadah sambil memproklamirkan kempen diri sendiri, antaranya termasuk program umrah dan ziarah samapi ke Mesir dan Turki. Mungkin pucuk pimpinan Pas terlepas pandang akan aktibiti ini.
6. Ramai mereka yang dulunya pegawai Kerajaan yang dah kenyang dan perut dah boroi mula pakai ketayap dan jubah, mula dengar ceramah uzrtaz Pas dan masuk parti Pas dengan duit yang di persoalkan, mereka mula menaja aktibiti kecil-kecilan di kawasan taman mereka untuk mendapat recognition setempat, kemudian mula menyertai muktamar kawasan, off course hamblau ini akan menafikan apa yang aku katakan, tapi ini lah hakikat yang di lapurkan kepada aku. Maka tidak hairanlah kita melihat ramai mereka yang menghadiri muktamar Pas berperut boroi..................
Banyak lagi pendedahan bila aku sudah punya bukti yang terang.
Fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua.

Sunday, October 18, 2009

KEMELUT YANG MELANDA PAS

Pergolakan yang sedang berlaku dalam Pas kebelakangan ini amat ketara dan dalam sejarah politik Negara ini adalah situasi pucuk kepimpinan Pas menunjukan perpecahan secara total. Apakah punca kepada perpecahan ini?
Perpecahan ini hendaklah di lihat dari berbagai sudut.
1. Dari sudut politik, kita perlu melihat persekitaran yang ada di kalangan ahli Pas sendiri. Tidak dapat di nafikan yang pada masa ini terdapat ramai budak-budak Anwar Ibrahim yang menyertai Pas, bukan kerana keyakinan kepada perjuangan Pas tetapi kerana mereka tidak mahu menyertai Keadilan atas sebab-sebab mereka merasakan yang Anwar terlalu berlembut dan memberi muka kepada kaum India terutamanya hinggakan Anwar sanggup menyebelahi gerakan Hindraf dan menggunakan gangster kaum India.
2. Atas sebab-sebab tersebut dan beberapa sebab yang lain mereka menyertai Pas, jadi ketaat setiaan mereka sebenarnya bukan kepada Pas sebaliknya masih lagi kepada Anwar Ibrahim dan sudah pasti Anwar akan menggunakan mereka untuk "mengambil alih" kepimpinan Pas, nampaknya secara legal tetapi secara "indirect: menendangkan kepimpinan lama dengan secara halus.
3. Anwar Ibrahim telah melakukan taktik yang sama terhadap Tun Mahathir, tetapi Tun M jauh lebih bijak dari Anwar kerana penasihat Tun M lebih berpengelaman dari budak-budak Anwar, jadi gerakan tersebut gagal walaupun dengan terlibatnya sokongan dari CIA kepada Anwar.
4. Anwar sememangnya amat berhajat untuk menguasai Pas, kerana dia tahu yang pengaruh Pas lebih besar dari PKR dan Pas sememang di kuasai oleg orang Melayu sedangkan dalam PKR sendiri Anwar tidak mendapat sepenuh kepercayaan dari semua peringkat akar umbi.
5. Anwar berusaha untuk mengambilalih Pas secara indirect mula terserlah selepas beliau di cabar oleh pucuk pimpinan Pas supaya turut bersumpah atas kes liwat yang di buat oleh bekas pembantunya, Saiful. Tetapi apabila beliau hanya berdiam diri dan membuat berbagai helah agar kes tersebut di lambat-lambatkan dan kemungkinan di buang oleh mahkamah menyebabkan beberapa pemimpin senior Pas tidak lagi menunjukan sokongan kepada Anwar, maka Anwar pun mulakan gerakan coup de tar terhadap Pas. Tetapi malangnya gerakan ini telah dapat di hidu oleh pemimpin Pas, jadi kita dapat melihat bagimana Anwar teasa beliau mula di pinggirkan.
6. Dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, beberapa kumpulan samseng yang mempunyai hubungan dengan PKR berpakaian ala Pas telah membuat kecuh dan cuba memulakan pergaduhan, tetapi kecekapan pasukan Polis semua gerakan tersebut dapat di bendung dan yang mendapat terpalit hitam dari gerakan tersebut ialah Pas.
Jadi kewajaran untuk mengadakan satu mesyuarat EGM atau khas sebenarnya bukanlah kerana beberapa pemimpin yang dilihat pro untuk berkerjasama dengan UMNO, sebaliknya adalah untuk mengeluarkan mereka yang sebenarnya menjadi talibarut Anwar. Demi untuk menjaga retak yang ada dalam Pakatan Rakyat (yang sebenarnya masih tidak berpakat) jadi Tok Guru terpaksa mencari beberapa kambing hitam yang bakal menjadi korban sementara.
Petang besok aku sambung lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

KEMENANGAN BN DI BAGAN PINANG DALAM SENARIO POLITIK NS

Tahniah aku ucapkan kepada TS Isa kerana berjaya memenangi PRK DUN Bagan Pinang lebih-lebih lagi berjaya meningkatkan majoriti kemenangan tersebut. Tidak lupa juga aku ucapkan tahniah kepada jentera BN yang telah berkerja dengan begitu gigih dan penuh semangat bagi menentukan kemenangan.


Selepas kejayaan di BP diikuti pula dengan mesyuarat agong UMNO yang berlangsung di PWTC, sedang mereka sibuk di PWTC aku bersama beberapa kawan sibuk menjalankan kajian untuk mencari kepastian akan sebab-sebab bagimana Isa berjaya menambahkan majoriti memihak kepada BN. Berbagai gulungan dari semua lapisan pengundi menjadi sampling kajian yang kami lakukan tanpa mereka sedari. Semestinya dalam kajian yang kami jalankan, kami telah memberikan beberapa pertanyaan yang sengaja di ayatkan dalam bentuk provokatif dengan objektif untuk mendapatkan pandangan dalaman penduduk tempatan. Antara pertanyaan porvokatif kami adalah :-


1. Mengapakah orang BP memileh bekas ADUN yang dah tua, tak ada ke calon muda untuk di jadikan wakli rakyat?


2. Kenapakah Pakatan Rakyat tidak meletakan calon dari Keadilan tapi beri kat Pas?


3. Siapakah dalang di belakang tercetusnya pergaduhan?
Apa yang menarik ialah jawapan yang aku terima dari sampling yang di buat. Kebanyakan pengundi Melayu mengatakan Isa perlu di kembalikan ke Dewan Undangan Negeri demi untok memantau apa yang dilakukan oleh MBN9 sekarang. Rata-rata pengundi Melayu tidak berpuas hati dengan cara MBN9 sekarang mentadbirkan N9.
Bagi pengundi India dan Cina, mereka mengatakan Isa lebih boleh di percayai dari MBN9 sekarang dan bagi mereka Isa lebih mesra di dekati dari MBN9 sekarang. Jadi persoalan yang bermain di kepala aku mengapa rakyat di desa kurang mempercayai MBN9 sekarang, malah lebih membimbangkan aku apabila ada di antara pengundi mengatakan jika MBN9 tidak bersikap terbuka seperti Isa mereka akan membuat undi protes.
Pembangkang sudah pasti akan mencari punca mengapa calon Pas tidak mendapat sambutan sehangat PRU12, jawapan yang aku terima menunjukan kemeluatan rakyat kepada sediwara politik mereka sendiri. Ada diantara pengundi yang berkata mereka tidak mengundi Pas kerana mereka tidak percaya kepada Nik Aziz yang asyik nak beri tiket kesyurga.
Jauh dari itu dalam perbincangan dengan penduduk tempatan mereka boleh memberikan jaminan bahawa kerusi Parlimen Teluk Kemang akan kembali ke BN jika pada PRU 13 nanti kerusi itu di berikan kepada UMNO.
Banyak lagi cerita menarik terutam hadirnya samseng dari pantai timor terutama dari Terengganu dan Kelantan yang mecetuiskan pergaduhan.
Fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua.

Thursday, October 8, 2009

TUDUHAN LIAR PEMBANGKANG TERHADAP BEKAS TENTERA

Aku amat terkejut dengan kenyataan yang di buat oleh Salahuddin Ayub dari Pas dalam tuduhan terhadap SPR kononnya terdapat BEKAS TENTERA YANG masih menggunakan KAD PENGENALAN TENTERA dan di waktu yang sama menggunakan Mykad hanya tujuan untuk mengundi.
Sebagai seorang yang pernah berkidmat dengan Angkatan Tentera, aku berpendapat kenyataan ini adalah tuduhan liar dan mempunyai motif jahat. Selain dari itu aku berpendapat ini adalah satu penghinaan terhadap BEKAS TENTERA. Bagi aku dan rakan seperjuangan yang telah mencurahkan segala bakti dengan penuh ikhlas dan taat setia demi untuk menjamin Negara tercinta ini terus merdeka dan makmur, aku amat tersinggung dan marah sekali dengan kenyataan ini dan aku mencabar untuk SALAHUDDIN AYUB supaya berdebat dengan cara terbuka mengenai kenyataan itu.
Aku juga berpendapat yang SALAHUDDIN tidak paham akan prosedur bagimana peraturan yang perlu di jalani oleh seseorang anggota Tentera sebelum mereka menamatkan perkhidmatan. Ini menunjukan betapa ceteknya ilmu yang ada dalam diri Naib Presiden Pas ini yang hanya suka berpolitik dan mungkin juga orang politik sebegini sememang nya bodoh dan cuba menunjukan diri pandai.
Mungkinkah kumpulan muda yang akan mengambilalih kepimpinan Pas sememangnya sudah di manupulasikan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan Politik sendiri. Aku juga melihat kesombongan kepimpinan Pas dari Mursyidul nya hingga ke gulongan muda mereka. Mursyidul Pas berlagak sebagai pemegang kunci syurga dengan sewenangnya mengistiharkan kelayakan untuk masuk syurga Allah, sedangkan Allah tidak pernah melantik Nik Aziz sebagai mereka yang layak untuk menentukan siapa yang akan di masukan ke syurga. Ingatlah kita semua akan di hisabkan nanti bukan kita yang menghisabkan orang lain.
Aku ingin menarik perhatian SALAHUDDIN kepada satu insiden di mana seorang USTAZ PAS dengan sewenangnya menuduh Tun Mahathir menonton filem lucah dengan cucunya yang akhirnya mati dengan keadaan yang bagimana??????????
Kepada semua seperjuangan aku berseru bangkitlah bersama dan janganlah kita terus di hinakan oleh mereka yang hipokrat ini. Mereka ini tidak pernah berdepan dengan musuh dan jerangkapsamar yang pernah kita lalui, mereka tidak pernah berlantaikan tanah dan berbunbungkan daun hutan telah menghina akan semua nilai perjuangan yang telah kita lalui. Kita mempunyai maruah dan nilai diri bukan sekedar dijadikan objek untuk mencapai kehendak politik mereka. Sewaktu rakan kita gugur tidak pernah mereka hadir untuk memberikan penghormatan dan takziah kepada keluarga yang di tinggalkan kini mereka menghina kita dengan kononnya menipu dalam membuangkan undi.
Fikirkan dan carilah jawapan yang pasti.
Patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, October 7, 2009

ANCAMAN KUMPULAN BENDERA DARI INDONESIA

Dalam minggu ini sahaja beberapa kali media tv dan akhbar telah memaparkan kisah kumpulan Bendera yang mengancam malah telah mengistiharkan perang terhadap rakyat Malaysia. Pihak berwajib di Negara kita memainkan melodi ancaman ini secara rendah dengan tanggapan negatif dan memberikan gambaran tiada sebenarnya ancaman yang di gembar-gemburkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dari Indonesia.
Namun dalam hakikat sebenarnya Negara kita sedang menghadapi ancaman yang serious dari negara jiran itu tetapi dalam bentuk yang lebih strategik dan indirect. Cuba anda analisakan senario yang aku lurutkan ini:-
1. Kehadiran tenaga kerja haram terutama dalam sektor perladangan dan pembangunan pembinaan yang begitu ketara, kini berjumlah mungkin telah menghampiri 3,000,000 orang. Apakah kumpulan ini yang tidak kurang ramainya dari kawasan yang di pengaruhi oleh AMIEN RAIS yang berhubung terus dengan ANWAR IBRAHIM boleh di jadikan alat oleh kumpulan kajian ANWAR IBRAHIM. Ini dapat di buktikan pada setiap perhimpunan haram yang dianjurkan oleh PARTI KEADILAN ATAU PAKATAN RAKYAT ramai pekerja haram Indonesia yang hadir.
2. Penguasaan di hampir semua pasar malam oleh rakyat tanpa izin dari Indonesia tidak boleh di pandang ringan. Mereka berlindung di bawah sesuatu kumpulan yang besar atau mafia mereka semdiri.
3. Sempadan yang panjang dan mudah di cerobohi diantara negara mereka dengan Malaysia membolehkan mereka terutama kumpulan tertentu melakukan penyusupan fizikal kedalam Negara kita.
4. Perebutan budaya, mungkin tidak ketara di Malaysia tetapi di Indonesia perkara ini telah di bolak-balik kan oleh kumpulan media tertentu yang kita kenal pasti mempunyai hubungan terus dengan ANWAR IBRAHIM.
5. Tuntutan bertindih bebara pulau di sempadan yang di perbesarkan oleh pihak media Indonesia, malah pada bulan Jun yang lalu kumpulan media itu sengaja mempamerkan pergerakan Angkatan Laut Indonesia kononnya dalam menghalang pergerakan TLDM.
6. Bantuan kemanusiaan yang kita salurkan selalu sahaja di pandang sinis oleh pihak media Indonesia buka penghargaan atau rasa terima kasih yang di berikan.
7. Pembinaan perkampongan mereka sendiri dengan menerapkan budaya dan corak hidup mereka di tengah-tengah masyarakat kita tidak boleh di terima. Ini hendaklah di berhentikan dengan segera sebelum mereka menjadikan isu lain di negara mereka.
Berapa lamakah kita mampu bersabar dengan tindak tanduk provokatif yang di pamerkan oleh kumpulan tertentu di Indonesia dan di kotak-katik kan oleh ahli politik yang rakus dan tamak dari dalam Negara sendiri. Fikirkan!!!!!!!!!!!!!!!
Bangunlah rakyat MALAYSIA bersatu kita dengan teguh bersedia menghadapi apa sekali cabaran dan tentangan yang di adakan oleh mereka yang ingin melihat Negara kita porak peranda, waima mereka yang bertindak sebagai petualang atau duri dalam daging nyahkan mereka dari bumi kita. Kita tidak mengambil walau seinci milik negara asing dan kita akan membiarkan Negara kita di nodai oleh mereka.
Ayuh! bangun dan persiapkan diri dalam semua bidang bagi menghadapi kemelut ini.
Patah sayap aku terbang jua.

Tuesday, October 6, 2009

KEIKHLASAN RAKYAT MALAYSIA, KEJAHILAN SEGELINTIR RAKYAT INDONESIA

Beberapa hari kebelakangan ini media kita telah mendedahkan gambar-gambar dan cerita -cerita di mana segelintir rakyat Indonesia membuat demonstrasi dalam apa yang mereka gambarkan sepagai satu permulaan untuk mengancam dan mengganyang KEDAULATAN NEGARA KITA.
Telah aku katakan terdahulu dalam coretan yang lalu, aku amat sensitif apabila terdapatnya ugutan atau perkara yang berbau ancaman kepada KEDAULATAN NEGARA, AGAMA DAN BANGSAKU, kerana sepanjang perjalanan aku perkara ini aku jadikan sebagai satu tanggungjawab dan prinsip perjuangan. Namun beberapa insiden yang menunjukan bendera Negaraku dibakar dengan angkuh menyebabkan menyirapnya darah perjuanganku. Aku sedar perlakuan segelintir rakyat Indonesia itu sebagai sesuatu yang terpencil, namun apabila aku perhatikan tindakan yang diambil oleh pemerintah Indonesia hampir tiada - didalam jiwa aku mula bertanya, APAKAH ADA SESUATU YANG TERSELINDUNG DISEBALIK SEMUA SENDIWARA DIPLOMATIK INI?
Hari ini aku kembali mengingati akan beberapa insiden terdahulu malah hingga aku sanggup merujuk kepada sejarah lampau dalam mengkaji akan impak yang boleh berlaku hasil dari tindakan segelintir rakyat negara jiran ini. Aku ingin menyeru semua rakyat Malaysia supaya sensitif akan bakal ancaman yang akan di lahirkan dari tindakan mereka di Indonesia. Sila lihat sorotan yang aku paparkan dan buatlah andaian dan analisa sendiri akan apakah ancaman selanjutnya yang akan dibuat oleh gulongan di Indonesia ini:-
1. Bermula dengan kes PEMBANTU RUMAH - Kita akui terdapat beberapa kerat majikan yang menyalahgunakan hak mereka terhadap beberapa kerat Pembantu Rumah dari Indonesia, tetapi mereka yang terlibat semuanya telah diambil tindakan undang-undang. Bandingkan insiden ini dengan perbuatan lebih ramai kagi pembantu rumah Indonesia yang melakukan jenayah termasuk membunuh majikan yang tidak pernah di ceritakan oleh media Indonesia.
2. Berapa ramai penjenayah Indonesia yang berkeliaran dengan sewenangnya melakukan jenayah di Negara kita dan apabila tindakan undang-undang di ambil adanya media Indonesia yang menyalahkan pihak Polis kita. Bandingkan perkara ini dengan kes NORDIN MAT TOP, perhatikan betapa sinisnya ungkapan kata wakil POLIS INDONESIA dalam sidang media mereka. Apakah kita yang menghantar rakyat kita untuk menjadi pengganas atau mereka di rekrut oleh ULAMAK INDONESIA UNTUK MENJADI PEJUANG JIHAD?????
3. Berapa banyak syarikat Malaysia yang di tipu dengan pelaburan hartanah di Indonesia, mengapa tiada tindakan undang-undang yang diambil oleh pihak INDONESIA?, persoalannya - APAKAH TERDAPATNYA PEGAWAI ATASAN INDONESIA YANG BERSEKONGKOL DENGAN JENAYAH PERDAGANAGN YANG DI LAKUKAN OLEH RAKYAT INDONESIA!!!!!!
4. Berapa banyak kah skim penipuan yang di jalankan oleh rakyat Indonesia dalam mengaut wang rakyat Malaysia melalui internet????? Mengapa semua ini tidak di dedahkan oleh media Indonesia ?????????
5. Berapa banyak kah bantuan kemanusiaan yang telah di salurkan oleh Kerajaan dan Rakyat Malaysia dalam membantu meringankan kesusahan yang di tanggung oleh rakyat Indonesia, sejak kejadian tsunami 2004, tetapi lihatlah apakah cara mereka menyatakan TERIMA KASIH kepada kita.
Berpandukan fakta-fakta diatas dan beberapa maklumat sulit yang aku perolehi dari rakan karib di Jakarta, aku percaya yang terdapatnya seorang PEMIMPIN politik dari parti Pembangkang yang turut terlibat dengan menyalurkan maklumat palsu bertujuan untuk menangguk di air keruh hasil dari keretakan hubungan dua negara ini. Aku pasti akan mendedahkan petualang ini sebaik sahaja mendapat salinan gambar beliau berada di sebuah kelab Gay di Jakarta pada bulan Mei atau Julai yang lepas.
Walau bagimana pun aku berharap semua rakyat Malaysia akan lebih peka dan sensitif terhadap ancaman keselamatan yang bakal di buat oleh pihak tertentu yang cemburu terhadap keamanan dan kemajuan yang telah kita kecapi selama ini.
Ingatlah KEMERDEKAAN kita di capai dengan satu revolosi pemikiran yang penuh dengan bijaksana dan kepintaran bukan dengan mengikut sahaja telunjuk pemimpin yang tamak dan rakus dengan ide REFORMASInya yang boleh mengugat keharmonian kesatuan kita.
Mari kita ramai-ramai bersatuhati menolak ide demonstrasi jalanan yang akan menghancurkan Negara kita dan bersama-sama mengenal pasti dalang yang boleh menyebabkan Negara kita terlibat dalam konfrantasi di era milineium yang akhirnya akan memecah belahkan Bangsa dan Negara kita.
Ayuh! fikirkan dan mula kan tindakan kita, pinggirkan mereka yang nak kawin pun bawa lari anak orang ke Thailand sampaikan Pak Mentua kejar dengan pistol.
Patah sayap aku terbang jua.

Saturday, October 3, 2009

PRK BAGAN PINANG

Beberapa minggu sudah aku terhenti dari membuat coretan di blog ini kerana asyik dengan semua raya. Dari pasar raya sampai ke cerita hantu raya dalam pilihan raya kecil yang bakal berlansung tidak berapa hari lagi.
Aku ingin menyorot kembali proses menamakan calon-calon parti yang akan bertanding hinggalah kepada hari penamaan calon kelmarin.
Sebaik sahaja kerusi DUN Bagan Pinang di isytiharkan kosong berikutan kematian wakil rakyatnya maka bermulalah proses mencari calon yang sangat beremosi yang dapat aku klasifikasikan. Bermula dengan semua cawangan mengadakan mesyuarat mereka hingga kepada Bahagian Teluk Kemang, seperti yang aku jangkakan semua mereka sebulat suara dan tekad menamakan Isa Samad sebagai calon mereka.
Sebaik sahaja kepautusan mereka di hebahkan oleh media bermula pula satu sediwara politik NS yang di orkestrakan oleh kumpulan MBN9. Selama ini maklumat yang aku terima MBN9 tidak pernah menyokong Muhyiddin semasa Muyiddin memulakan kempen bertanding Timbalan Presiden UMNO, malah di waktu itu MBN9 tidak pernah menjemput Muhyiddin untuk hadir ke N9 dan semasa mesyuarat Bahagian Rembau MBN9 terang-terang mengarahkan supaya sokongan di berikan kepada Ali Rustam. Mungkin dek takdir akhirnya Muhyiddin yang terpileh, nah! MBN9 pun mula jadi sumpah-sumpah - orang politik boleh tukar warna dengan cepat atau macam orang perempuan tukar panty. Tiba-tiba saja MBN9 terus mencari peluang untuk menghampiri Muhyiddin sampai sanggup naik kelas pelancongan ke Paris, semata-mata nak dapat di lihat rapat dengan Muhyiddin. Itu senario awal.
Balik kepada cerita proses penamaan calon, apabila Bahagian TK sebulat dan nekad maukan Isa maka MBN9 pun pergi jumpa Muhyiddin dan beri taklimat kononnya ada calon lain yang lebih di terima oleh peringkat akar umbi dan Bahagian TK tidak sepatutnya menamakan satu nama sahaja. Mungkin Muhyiddin selepas mendapat gambaran dari semua pihak yang membuat kajian nampak bersetuju dengan cadangan Bahagian, maka MBN9 pun cari jalan lain dengan mengadakan rumah terbuka di kampong sendiri dan jemputan khas ialah Mantan PM, Tun M. Sebenarnya MBN9 ada rancangan sendiri dengan memframekan beberapa pemberita supaya membuat pertanyaan provokatif kepada Tun M tentang bakal calon yang wajar untuk BP. Tun M seperti kebiasaan memberi komen yang fokus kepada tidak mencalonkan Isa, atas dasar politik wang yang di hebohkan. Tak sampai 24 jam komen Tun M bergema pula mereka-mereka yang dapat menghidu rencana MBN9 dengan komen yang lebih terbuka akan sikap MBN9 dalam menggunakan dan memperalatkan Tun M. Akhirnya atas permintaan dan desakan akar umbi Muhyiddin pun mengumumkan yang Isa adalah calon BN, muka MBN9 pun berubah menjadi ceria dalam gelabah.
Tiba hari penamaan calon sebenar terjadi pula kes tumbuk menumbuk dan berbagai andaian dan cerita siapa yang bertanggungjawab mencetuskan kerjadian itu. Pihak Polis cepat-cepat bertindak menahan beberapa individu yang di syaki dan kini menjalankan siasatan. aku harap mereka yang sebenarnya terlibat dapat di kenal pasti dan di grill bersungguh-sungguh supaya cerita sebenar akan siapakah dalang yang mengapikan hingga menjadi begitu. Walaupun aku di berikan sedikit gambaran akan dalang yang harus di pertanggungjawabkan, aku lebih selesa membiarkan pihak berwajib membuat kenyataan, kerana aku akan mencoretkan sesuatu apabila aku mendapat proof yang tidak aku sangsikan.
Kepada pengundi Bagan Pinang pilehlah siapa yang anda kira layak menjadi wakil anda. Ingat pilihan anda pasti memberikan kesan dan impak kepada masa depan anak cucu anda. Jangan sampai pepatah kita berulang kepada anak cucu anda "Itek mati kehausan di air, Ayam mati kelaparan di kepuk padi".
Selamat mengundi.
Patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, September 9, 2009

ISU GANYANG RAKYAT MALAYSIA

Pada bulan Jun yang lalu aku mengepalai sekumpulan 30 orang melawat ke Indonesia. Dari pengelaman aku bersama dengan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat di tahun 70an, pasti sekali rombongan kami di berikan penghormatan dan hospitaliti yang amat aku kagumkan. Semua yang dirancang berjalan dengan begitu teatur malah hinggakan bila nak pergi shopping pun di teman dengan penuh mesra. Namun pada waktu itu media Indonesia sedang hebuh mengesahkan kes cerai paksa putera Sultan Kelantan dengan Manohara.
Tetapi di saat kami hendak balik ke Malaysia bangkit pula perkara Kepulauan Ambalat dan di media Indonesia khususnya sebuah stesen tv telah menyiarkan rakaman latihan gurella yang sedang di jalankan di kawasan Kalimantan dalam persiapan sebuah kumpulan untuk menyusup masuk ke Malaysia sekiranya Ambalat di istiharkan sebagai wilayah Malaysia, aku amat terkejut dengan pendedahan itu tetapi rakan-rakan lama TNIAD mengatakan itu cuma gimik penduduk yang tiada kerja untuk mendapatkan liputan media dan memaksa kerajaan Indonesia memberikan perhatian kepada daerah terlibat.
Pada bulan Julai yang lepas aku telah berjaya masuk ke Kalimantan dengan panduan seorang kawan lama dari sana dan aku di bawa satu perkampongan yang dikatakan oleh media Indonesia, apa yang amat membuatkan aku terkejut ialah terdengarnya lagu lama "GARAMA" masih di nyanyikan di kampung tersebut. Untuk maklumat pelawat blog ini GARAMA ertinya GANYANG RAKYAT MALAYSIA dan lagu ini sememangnya di dengangkan secara meluas semasa peristiwa konfrantasi 1963. Aku amat sensitif dalam perkara adanya mereka yang menggugat keselamatan Negara Malaysia.
Baru-baru ini timbul pula perkara terdapatnya kumpulan tertentu melakukan sekatan perjalanan bertujuan untuk menghalau rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dengan bersenjatakan buluh runcing, ini telah menambahkan sensitifviti dalam jiwa aku yang memaksa aku membuat coretan ini. Nampaknya kumpulan tertentu di Indonesia tidak putus-putus membawa pelbagai isu yang boleh merusakan hubungan baik dua Negara serumpun ini.
Di dalam mendapatkan pandangan aku sering berhubung dengan kawan rapat di Indonesia untuk mencari punca bagimana perkara ini boleh terjadi, aku terkejut apabila di berikan gambaran terdapatnya kumpulan tertentu dari Negara kita yang memberikan cerita untuk di jadikan isu di sana. Bila aku pergi dengan lebih dalam untuk mengenali mereka ini tersampai juga kepengetahuan aku akan hubungan seorang ahli politik di Malaysia dengan ketua angkatan reformasi Indonesia AMIEN RAIS - aku sedang mencari bukti yang lebih konkrit untuk di majukan kepada pihak berwajib.
Dalam pada itu timbul pula isu gaji pembantu rumah dari Indonesia yang di cadangkan hingga RM800 sebulan, ini semua berakar umbi dari kejadian penderaan beberapa kerat pekerja pembantu rumah dari Indonesia. Dari apa yang aku di pahamkan penderaan yang berlaku tidak sampai 1% dari jumlah pembantu rumah yang di ambil dari Indonesia, tetapi impak dari serangan media Indonesia amat ketara. Malangnya media Indonesia tidak pernah menyiarkan akan kisah pembantu rumah yang menipu majikan dan melakukan kebiadapan terhadap majikan di Malaysia. Ini namanya media yang kurang bijak dan tidak adil.
Aku berpendapat pemikir Malaysia boleh memikirkan bagimana hendak mengurangkan pengambilan pekerja dari Indonesia dalam semua sektor supaya mereka boleh balik ke Indonesia dan berkerja disana yang mungkin akan mendapat keistimewaan yang lebih dari media mereka.
Fikirkan. Bagimana kita boleh berdikari tanpa lambakan pekerja asing yang mana diantara mereka terdapat penjenayah dan pembawa sakit kronik ke Negara kita.
Patah sayap aku terbang jua.

SIAPA BAKAL CALON BN BAGAN PINANG

Seperti yang aku coretkan kelmarin, senarai nama-nama mereka yang bakal di majukan kepada Pusat telah pun diperkatakan umum. Sudah tentu berbagai nama yang di sebut. Memang semua nama yang di kaitkan datang nya dari Bahagian Telok Kemang, tetapi seperti yang telah aku sangsikan di awal lagi ada nama yang di selitkan oleh MBN9 - salah seorang setiausaha sulit - yang rapat dengan beliau telah juga turut di senaraikan oleh Negeri.
24 jam yang lalu MBN9 mengatakan beliau akan akur dengan semua nama yang di majukan oleh bahagian Telok Kemang, tetapi dari maklumat dalaman dan boleh aku percayai satu tangan hitam telah memasukan satu nama tambahan untuk di majukan ke Pusat. Lupakah MBN9 akan akibat membuat pernilaian yang salah kepada senarai nama-nama calon apa akibatnya pada PRU 12?????? atau beliau mempunyai rancangan sulit yang bakal menghancurkan BN di N9???
Sudah pasti dalam jangkaan aku dan atas permintaan majoriti akar umbi TSIS mungkin menjadi pilihan, tetapi yang aku dapat maklumat pihak Negeri juga memasukan nama anak TSIS, jadi aku bertanya sendiri megapa perkara ini terjadi. Mungkinkah satu muslihat MBN9 uantuk menunjukan kepada Pusat yang TSIS ingin mewariskan kedudukan ADUN di bahagian Telok Kemang itu kepada anaknya atau semamangnya satu strategi yang di atur oleh MBN9 supaya orang pilihan beliau akan terpileh.
Dari kunjungan ke kawasan Bagan Pinang 24 jam yang lalu, berbagai cerita dan isu sudah mula di perkatakan dan yang paling menarik peniaga kecil yang paling suka kerana kata mereka di mana ada ceramah pembangkang yang akan menimbulkan kontraversi pasti ramai orang akan berkumpul dan rezeki untuk mereka pasti berganda. Inilah mentaliti peniaga kecil yang hanya memikirkan keuntungan tanpa mengambil peduli akan apa yang akan menimpa anak cucu mereka di masa depan. Lihat apa yang terjadi di Selangor.
Aku juga menerima panggilan telefon dari sahabat lama dari Bahau yang memaklumkan bahawa seorang lagi ADUN N9 kini berada didalam hospital menjalani rawatan yang agak serious, nampaknya macam seakan-akan nak ada lagi PRK............. if he kick the bucket!!!!!!!!! dari apa yang aku di ceritakan ADUN terbabit nampaknya dalam keadaan kurang baik untuk mencapai kesembuhan, jadi kemungkinan sesuatu boleh berlaku.
Satu isu yang bakal di mainkan oleh pihak pembangkang sudah pasti mengenai sistem keluarga MBN9 yang menguasai seluruh pentadbiran N9 dan yang terbaru sampai ketelinga aku tentang seorang menteri dari N9 yang memberikan kontrak tertentu kepada orang-orang beliau sahaja dan yang menjadi bara hangatnya ialah tentang kelibat seorang kotraktor Cina dari Johor yang sedang menguasai menteri terbabit dalam kerja-kerja kontrak besar di bahagian selatan Semenanjung.
Seperti biasa aku hanya mampu memberikan sindirian, kerana kekuatan aku hanya ada pada pena aku, jadi yang lain fikirlah sendiri. Tapi ingat kita mesti berubah jangan sampai kita di ubah, kalau kita dah di ubah akibatnya amat parah.
Patah sayap aku terbang jua.

Tuesday, September 8, 2009

HARAPAN DI BAGAN PINANG

Kian penghujung bulan puasa ini kian tertekan mereka yang akan terlibat dalam PRK di Bagan Pinang nanti. Berbagai debaran sedang di rasakan oleh semua mereka yang terlibat, lebih-lebih lagi mereka yang mencanangkan diri untuk menjadi calon. Tidak kurang dari 6 nama yang telah di sebut-sebut oleh akar umbi bakal di calonkan, tetapi jika ada tangan-tangan hitam terlibat dalam proses menamakan calon sudah pasti akan muncul seekor "dark horse" di saat-saat akhir apabila nama yang di canangkan sampai ke pihak pembuat keputusan.
Kita telah dengar yang PAS berharap akan bertanding di PRK nanti, ini berdasarkan mereka telah bertanding di DUN Bagan Pinang pada PRU 12, walau pun mereka kalah tetapi jelas mereka mempunyai pengaruh di kawasan yang akan di pertandingkan. Kita juga mendapat gambaran yang PKR juga berminat untuk meletakan calon mereka dengan alasan mereka memenangi kerusi parlimen Telok Kemang semasa PRU 12 dan berpendapat jentera mereka lebih berkuasa dari jentera PAS dan seperti biasa semua "sumo" UMNO bahagian Telok Kemang telah membuka bilik gerakan sulit mereka untuk kerja-kerja melobi pihak Hubungan Negeri.
Itulah gambaran yang aku terima menjelang Isnin nanti apabila SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya kecil yang bakal di adakan.
Apa yang menarik pandangan aku, apakah MB N9 akan di berikan kepercayaan untuk mengepalai jentera pilihan raya UMNO nanti??? Dalam mendapatkan pandangan akar umbi di kawasan Bagan Pinang, aku berpendapat UMNO akan menghadapi risiko yang amat tinggi jika terus memberikan MB N9 untuk mengetuai PRK nanti. Rata-rata pihak akar umbi sudah meluat dengan tindak tanduk "anak saudara MB N9" dan beberapa kerabat terdekat beliau dalam pilihan raya yang lepas. Bayangkan hinggakan memasang poster pun di kontrakkan kepada suku sakat beliau. Ingin aku ingatkan MB N9, beliau sebenarnya tidak di benci oleh akar umbi tetapi kerabat beliau yang membuatkan beliau turut di meluatkan oleh akar umbi bak kata perpatah - seekor kerbau mebawa lumpur habis semua terpalit atau sebab dek nila setitik rosak susu sebelanga !!!!!!!!
Aku percaya UMNO menaruh harapan yang tinggi untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang, jadi ambil iktibar dari kekalahan Parti Kongress India di tahun 80han dan ambil tindakan drastik dalam memperbaiki imej UMNO untuk kembali di hargai oleh rakyat, jika tidak lihat apa jadi kepada Parti Libreal Demokrat Jepun.
Ingatlah berubah atau di ubah!!!!!!!! dan jangan takut untuk korbankan seorang demi keselamatan yang lain. Jangan kerana dek seorang N9 tergadai. Kekuatan sekarang ibarat setebal kulit bawang, terlalu rapuh untuk mendebik dada...................
Fikirkan sendiri.
Patah sayap aku terbang jua.

Sunday, September 6, 2009

BAGAN PINANG MASIH BAGAN PINANG

Aku mengikuti perkembangan politik Bagan Pinang. aku cuba mendapatkan setiap pandangan mereka yang begitu berpengaruh dalam bidang itu. Nyata sekali yang paling menarik ialah confident MB yang Bagan Pinang pasti dapat di pertahankan kerana tiada isu tempatan yang bakal di permainkan oleh pihak pembangkang.
Kenyataan ini mungkin betul, secara luaran memang tiada isu tempatan yang di mainkan, tetapi apa yang di perkatakan oleh peringkat akar umbi wajar di berikan perhatian dengan teliti. Dalam pilihan raya ke 12, nyata sekali rakyat telah menunjukan undi protes mereka dan tsunami perubahan berlaku, ingat tempias tsunami itu berterusan semasa pilihan raya kecil yang diadakan di Semenanjung, dan dalam pandangan aku ekor gelombang (tailend) tsunami ini masih ada. Ini wajar di berikan perhatian oleh pihak atasan.
MB N9 pasti telah mendengar akan rungutan akar umbi, mereka telah suarakan secara sinis dan penuh puitis, mungkin MB yang tidak memahami gelombang bawah arus (the under current) politik tempatan. Jika MB tidak paham, dapatkan nasihat pakar bukan dari keluarga sendiri, ini nasihat yang mereka ingin sampaikan, tetapi tidak berpeluang kerana MB di kawal rapi oleh pengiring-pegiring yang tidak di kenali dan lebih dari itu MB susah nak di temui oleh rakyat sendiri - sibuk kata nya dan perlu sedikit berehat!!!!!!!!!
Aku juga percaya dengan kata-kata orang lama yang mahu aku coretkan bahawa beberapa kereter tertentu yang kini berkedudukan supaya bertindak membisukan diri dari membuat sebarang kenyataan, malah lebih dari itu ada di antara mereka sepatutnya tidak langsung menampilkan diri mereka di Bagan Pinang nanti.
Apabila aku mendapat gambaran yang begini, aku amat bimbang kerana kebencian yang di perkatakan terlalu serious, hinggakan nampak muka sudah membuatkan mereka boleh membuang undi protes. Jadi bagi kereter-kereter yang selalu di persoalkan dan adakala di pamerkan pada surat-surat layang dan dinding-dinding bangunan, aku nasihatkan muassabah diri, apakah anda yang di perlukan atau anda sebenarnya amat di benci dan akar umbi sudah meluat melihat walaupun bayang anda.
Fikirkan, aku cuma mencoretkan, jangan sampai Bagan Pinang tinggal kenangan.
Patah sayap aku terbang jua.

Saturday, September 5, 2009

APAKAH BAGAN PINANG AKAN TINGGAL KENANGAN?

Kejatuhan pemerintahan Parti Liberal di Jepun yang telah berkuasa selama lebih dari 50 tahun dan telah membawa banyak perubahan kepada kualiti hidup rakyat Jepun sewajarnya di jadikan satu fokus kajian oleh UMNO dalam menghadapi pilihan raya kecil di Bagan Pinang yang bakal di tentukan tarikhnya oleh SPR dalam sedikit hari lagi.
Isu-isu yang selama ini di bangkitkan dan di perkatakan oleh peringkat akar umbi UMNO N9 perlu di kaji dengan lebih serious bukan sahaja di pandang hanya dengan jelingan sinis pihak atasan. Isu utama tentang kebencian akar umbi terhadap corak pemerintahan dan pentadbiran N9 wajar di kaji semula dan kedudukan orang no.1 di N9 juga mungkin perlu di fikirkan.
Langkah-langkah dan tindak tanduk ahli keluarga Ketua Bahagian Rembau dalam mesyuarat agung yang lepas, pasti akan menjadi topik hangat yang akan di permainkan oleh pihak pembangkang, di sebalik isu ladang rakyat dan konsesi balak di seluruh N9.
Dalam coretan aku yang lalu, aku telah membuat satu firasat politikal, jika perkara berbangkit tidak di ambil berat. Apa kah kali ini juga kerja-kerja pemasangan poster BN akan di kontrak kan kepada seseorang yang selalu bergaya dengan beg ekskutif dan sombong untuk memberikan kontrak kepada kontraktor kelas F di N9? Mungkin kah SU Perhubungan N9 tidak perlu turun ke Bagan Pinang ? atau mungkinkah Ketua Pemuda UMNO perlu di bisukan sepanjang kempen yang akan di lakukan?
Aku bimbang dengan isu yang di perkatakan di peringkat akar umbi yang sering di adukan kepada aku dalam berbagai bentuk, jika tidak di ambil peduli akan membawa padah kepada UMNO N9. Walaupun di akhbar Pengerusi Perhubungan mengatakan semuanya di serahkan kepada Bahagian Teluk Kemang, tapi seperti yang lalu pasti ada tangan hitam yang akan cuba memulas Tan Sri Isa, jika ini berlaku juga aku tidak akan hairan DUN Bagan Pinang mungkin bakal tinggal kenangan buat UMNO.
Fikirkan lah sebelum nasi menjadi bubur!!!!!! Ini aku belum dedahkan lagi surat hitam cubaan MB dalam sisitem beradat di N9!!!!!!!!!
Patah sayap aku terbang jua.

Friday, September 4, 2009

ANCAMAN KEPADA BN NEGERI SEMBILAN

Dengan kehendak Allah yang Maha Berkuasa maka hari ini seorang lagi wakil rakyat(ADUN) telah kembali buat selama-lama nya. Itu lah takdir yang datang kepada Aruah YB Azman di DUN Bagan Pinang. Seperti biasa Speaker pun kenalah lapurkan kepada SPR dan dengarnya lapuran itu akan di buat mungkin pada hari selasa yang akan datang. Maka SPR pun kena besidang kemudian nanti akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya kecil yang baru. Kalau aku tak silap kira ini adalah kali ke 5 plilhan raya kecil akan diadakan di Semanjung, yang lalu semuanya dah bungkus dan selosai.
Secara jujur aku mengingatkan semua yang bakal terlibat dalam pilihan raya kecil nanti, walau apa keturunan sekali pun fokuskan lah kepada satu persatuan dan perpaduan. Janganlah datang beramai-ramai tapi tidak berfungsi, bak kata orang Negeri sekali pun - menghabihkan boreh ajo!!!!! aku telah lihat di beberapa pilihan raya kecil yang lepas ramai yang datang tidak ikhlas cuma nak tunjuk muka jangan pemimpin atasan kata tak turun padang, takut nanti nama tertinggal bas dalam pilihan raya ke 13.
Aku juga berpendapat jika kepimpinan tertinggi Pusat hanya menyerahkan kepada perhubungan Negeri Sembilan, maka kemungkinan besar bahaya akan melanda Barisan Nasional di Bagan Pinang, ini cuma firasat aku, kalau tak caya cubalah.
Pasti ada yang akan bertanya kenapa aku membuat firasat seperti itu. Jawapan nya sangat mudah.........kebencian yang di tunjukan oleh akar umbi kepada kepimpinan negeri ini amat ketara dari contengan di pokok dan dinding bangunan hingga ke blog-blog terlalu banyak perkara telah di luahkan, hinggakan dalam mesyuarat sekali tidak boleh di tegur, budaya samseng di aplikasikan. Maka aku tidak akan hairan jika sesuatu yang di luar jangkaan berlaku.
Dalam pemerhatian aku di Negeri Sembilan penentang terhadap parti BN datang nya dari dalam parti itu sendiri, biasalah kalau tak kenal musah maka mereka akan cari musuh diantara mereka sendiri dan secara jujur aku katakan pada masa ini sememangnya terdapat elemen yang boleh merosakan BN dari dalam parti sendiri.
Inilah yang aku katakan ancaman kepada BN Negeri Sembilan. Fikirlah sendiri, bak kata orang sekarang "anak cina makan pengat , itu sendiri mau ingat"
Patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, August 26, 2009

USAHAWAN PENGKHIANAT BANGSA

Aku mengikuti inkues kematian Teoh Beng Hock dengan harapan aku akan mendapat gambaran yang lebih jelas di atas sebab kematian mendiang. Bukan kerana aku menyebelahi mana-mana pihak tetapi kerana aku dari awal lagi mempunyai tanggapan kemungkinan besar si mati tertekan dan mengambil tindakan membunuh diri.
Dari perkembangan inkues yang aku ikut melalui dada akhbar, aku dapati seorang peguam yang sedang mencari populariti menggunakan cara interrogation dalam inkues ini dan aku rasa cara yang di pamerkan oleh peguam tersebut seakan untuk memaksa saksi menurut apa yang dia lakarkan dalam senario beliau sendiri. Itu aku tidak peduli kerana memang kerja peguam selalu nya benda yang betul di salahkan dan orang yang salah di buat nya nampak tidak salah, kan kerja mereka nak confusekan hakim - janji bayaran mereka di jelaskan. Maka keluarlah surat misteri di saat-saat akhir.............. itu lu punya kerja.
Yang menjadikan aku terkejut apabila terdapat maklumat yang di dedahkan oleh SPRM di mana beberapa syarikat kelas F Bumiputra yang di pergunakan untuk menipu kerajaan sedangkan mereka tahu perbuatan itu salah. Aku harap SPRM akan segera mengambil tindakan kepada pengkhianat-pengkhianat bangsa ini dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Ini lah yang aku katakan bangsatnya segelintir ANAK BANGSA AKU, yang sanggup menjadi dalang dan boneka. Dalam marah aku, aku terbayang mereka pengkhianat ini turut mengikut jejak langkah kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin yang mereka sanjung yang sering menunjukan kesalahan orang lain dan sanggup bersekongkol dengan penentang program kemajuan MELAYU.
Nah! anak BANGSAKU, bangun dengan segera, jangan jadi pengkhianat bangsa, bersatu membantu memajukan bangsa kita yang sering di perlekehkan dan di katakan sebagai malas dan tidak pintar. Aku seringkali berkerjasama dengan banyak institusi pengajian tinggi, aku dapati ramai anak BANGSA ku yang pintar dan berkedudukan, mari kita bangun bersama membantu BANGSA kita dan kita PULAUKAN mereka yang menjadi PENGKHIANAT BANGSA.
Kepada mereka yang selama ini telah menjadi barua dan boneka hanya untuk kepentingan sendiri ingatlah dan kembalilah kepangkal jalan, jangan jual maruah bangsa kita, bak kata kalau nak melacur sekali biarlah untung semua untuk sendiri. Hentikan jadi PENGKHIANAT dan akhir sekali dalam kemarahan ini aku menyeru kepada semua yang mempunyai pertalian dan perwarisan SELENDANG MERAH sila hubungi aku melalui blog ini.
Teruskan perjuangan.
Patah sayap aku terbang jua.

Monday, August 24, 2009

ANCAMAN KEPADA KELUARGA

Aku di datangi oleh seorang sahabat lama yang setahun lalu mengamalkan poligami. Selama ini aku mendapat gambaran yang mereka amat bahagia dengan kedua buah keluarga sama-sama di berikan perhatian dengan saksama. Tiba-tiba sahabat ini memberitahu aku yang dia telah melepaskan isteri yang pertama. Aku amat terkejut dan dalam hati aku amat sukar untuk menerima perkara yang di beritahu ini. Namun aku percaya sahabat ini telah membuat keputusan yang amat berat selepas mempertimbangkan nya dengan begitu lama. Maklumlah usia poligami beliau telah mencecah setahun.
Dari kajian yang aku buat sebelum ini dan dari luahan hati sahabat itu aku dapat merumuskan beberapa perkara :-
1. Gagal nya sesebuah poligami biasanya berpunca dari pihak luar dari mereka yang terlibat dalam institusi poligami itu, contoh saudara mara yang kurang senang apabila melihat mereka yang terlibat dalam keadaan bahagia. Seorang ibu yang marah melihat anak nya di madukan akan sentiasa memberikan pandangan yang negatif kepada anak nya terhadap menantu yang berpoligami, begitu juga seorang kakak akan juga melakukan begitu kepada adik nya yang bermadu.
2. Poligami juga akan menjadi masaalah yang membebankan si suami jika perasaan cemburu yang terlalu meninggi dalam jiwa si isteri. Walaupun cemburu boleh menggambarkan kasih dan cintanya si isteri kepada suami, namun berlebihnya cemburu akan merusakan sebuah keluarga.
3. Kegagalan juga boleh di sebabkan oleh sikap si suami yang hanya mementingkan sebelah pihak sahaja, sedangkan orang yang berpoligami perlu menyedari yang kasih sayang perlu di agihkan secara adil.
4. Kekuatan polgami bukan sahaja terletak pada keupayaan kewangan atau kejantanan sesaorang suami terapi ianya lebih kepada keupayaan suami mengawal emosi dan mentadbirkan diri dengan baik.
Poligami adalah di benarkan oleh agama kita seperti yang kita sering didengarkan, sabda Rasullullah " Kawinlah kamu, dua, tiga atau empat, tetapi jika kamu takut tidak berlaku adil maka kawinlah satu sahaja."tetapi perkara poligami tidak pernah di sentuh dalam upacara nikah kawin, sedangkan poligami adalah satu perkara yang besar kemungkinan berlaku kepada setiap mereka yang bergelar suami dan di madukan adalah satu perkara yang boleh berlaku pada setiap perempuan yang bergelar isteri.
Maka aku berpendapat dalam upacara pernikahan adalah penting di terangkan kepada bakal isteri yang kemungkinan beliau di madukan. Jika ini berlaku beliau mestilah bersedia untuk menerima keadaan tersebut dan jangan sekali-kali menentang kebenaran Allah untuk suami berpoligami.
Mungkinkah perlu mereka yang bakal terlibat dalam polgami ini menghadiri seminar yang aku kendalikan dalam tajuk "PERSIAPAN UNTUK MENJADI MENTUA DAN MENERIMA MENANTU" Kalau berminat sila hubungi Institut Pengurusan Melaka.
Lain kali aku cerita lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

Saturday, August 22, 2009

ANCAMAN KEPADA IBADAH DI BULAN PUASA

Di bulan yang mulia ini aku ucapan selamat menjalankan ibadah puasa dan aku menyeru kepada semua ummah tidak kira apa sekali pahaman politik mereka buatlah perkara-perkara yang baik yang mendapat rahmat dari Allah dan jauhkan dari menaburkan fitnah dan membuat perkara yang boleh meletakan kita di pandangan yang di murkaii Allah. Amin!!!!!!!!!!
Di bulan ramadhan ini juga akan bertambah peluang bagi kita untuk mendapat rahmat dari Allah, sebagai contoh rahmat dari segi ekonomi - bertambahnya pasar ramadhan di seluruh Negara. Aku amat tetarik melihat keghairahan usahawan ramadhan menjalankan urusniaga mereka di merata bazar yang aku lawati semalam.
Aku cuma terfikir bagimana situasi sebegini dapat di kekalkan sepanjang tahun bagi membolehkan usahawan kecil Melayu ini terus memajukan usaha mereka. Apakah perlunya pihak tertentu mengadakan promosi bagi menempatkan usahawan kecil di satu lokasi yang strategi bagi membuka peluang untuk mereka terus berniaga di luar bulan ramadhan.
Aku juga berpendapat bahawa pihak yang terlibat dengan menjana kemajuan pengusaha Melayu dalam perniagaan perlu lebih serious dalam mendapatkan lokasi yang strategi bagi usahawan Melayu, bukan hanya di tempatkan di kawasan bawah tangga atau sudut terpencil di sesuatu komplek perniagaan.
Pihak berwajib juga perlu menentukan tiada nya kumpulan "orang tengah" dalam menempatkan kumpulan peniaga ini, seperti yang terdapat di bazar ramadhan, dimana semua mereka berniaga dengan gigih di permulaan yang sama. (They started from the same startting block).
Fikirkan akan ancaman ibadah kita yang berlaku di bulan yang mulia ini, bagi kaum wanita semasa beasakan di bazar jaga maruah diri, jangan semua dilanggar aje, di takuti nanti ada penyeluk saku dan peragut. Ingat mereka yang menjadi peragut dan penyeluk saku tidak tahu mengira bulan, pada mereka semua serupa. Bila ada peluang mereka akan menjalankan kegiatan mereka.
Begitu juga pastikan semua kediaman di kunci dengan baik sebelum anda ke masjid untuk sunat tarawikh, di takuti anda balik nanti ada orang dah tolong selongkar atau kemaskan rumah anda dan tingkatkan kasih sayang sekeluarga di bulan ini dengan berjemaaah bersama setidak-tidaknya di waktu subuh. InshaAllah semua kita akan mendapat berkat. Amin!!!!!
Patah sayap aku terbang jua.

Friday, August 21, 2009

ANCAMAN AKIDAH

Beberapa hari yang lalu aku mencoretkan bantahan aku terhadap kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan - Tok Guru. Aku juga memberikan sedikit contoh dari apa yang aku pelajari dari kitab-kitab yang selalunya menjadi rujukan dalam hal-hal agama. Aku berharap dengan kejahilan ilmu dan serba kekurangan dalam diri aku ini Allah s.w.t akan memberikan aku kekuatan dan panduan agar iman yang ada ini tidak terpesong dek ragam politik manusia yang konon nya amat arief dalam soal agama.
Aku juga melihat kebelakangan ini beberapa tokoh agama telah di pergunakan dan masih lagi di gunakan oleh mereka yang berjawatan melalui politik untuk mengadakan ceramah-ceramah khusus. Ini amat ketara di negeri Selangor, di mana foram perdana di adakan pada saban minggu di hampir semua masjid dengan objektif politik.
Kepada sahabat dan rakan yang mengenali aku secara peribadi, dan yang selalu menghubungi aku untuk mendapatkan pendapat dan pandangan atas perkara modal insan dan keagamaan, aku ingin nasihatkan supaya berhati-hati dalam mendengar ceramah-ceramah ini. Betul semasa memberikan pendapat dan penerangan tokoh-tokoh agama terlibat telah memberikan sebaik pandangan, tetapi semasa menggulung atau menganalisakan nya, selalunya di lakukan oleh orang politik. Seperti yang kita sedia maklum mereka ini akan menganalisakan nya menjurus kepada pahaman politik mereka.
Sahabat, rakan dan saudara-saudara yang melayari blog aku ini, inilah yang aku anggapkan sebagai ancaman akidah kita di zaman ini. Berbagai cara yang di lakukan, dari menyebarkan tomahan dan membuka aib orang, fitnah dan menaburkan cerita yang tidak dapat di kenali akan sumbernya hinga kepada kelas agama dan tazkirah di surau dan madrasah, aku seringkali berdepan dengan penceramah politik berserbankan ustaz. Ini amat berbahaya. Ada ketika aku sengaja membawakan beberapa persoalan kepada penceramah-penceramah ini, kebanyakan mereka lari dari menjawabnya malah seringkali menyalahkan kerajaan yang ada.
Aku terpanggil untuk mengemukakan perkara ini kepada ummah, dengan harapan nak berpolitik, berpolitik lah tetapi jangan lah sampai kita tergadai akidah. Ingatlah semua ini akan di pertanyakan kepada kita di hari yang di panggil yaumul hisab nanti.
Bagi aku di dunia ini aku lebih ingin melihatkan bangsa aku bersatu dalam mencapai objektif duniawi dan mencari ketenangan bagi bekalan akhirat nanti.
Nasihat aku kepada semua pemimpin politik Melayu, bersatulah demi keutuhan kesatuan Bangsa kita, demi peningkatan ekonomi kita, demi masa depan keturunan kita dan kesinambungan KEPIMPINAN MELAYU. Janganlah nanti terjadi perpatah lama itu kepada kita bak kata "ayam menang sabung, kampong tergadai". Sebelum ini terjadi fikirkanlah.
Teruskan perjuangan kita.
Patah sayap aku terbang jua.

Monday, August 17, 2009

ANCAMAN KESELAMATAN RAKYAT

Aku sebenarnya hendak menyambung akan coretan berkenaan dengan ancaman keselamatan kepada usahawan Melayu, dengan tujuan untuk berkongsi pendapat dan pandangan kerana aku pun mula nak menceburi bidang usahawan. Tetapi benak di kepala aku memikirkan pekara lain yang aku terpanggil untuk memberikan pendapat demi untuk Negara tercinta ini.
Semasa aku mebelek surat khabar hari ini, aku terpandang satu kenyataan yang di buat oleh Tok Guru (YAB Dato Nik Aziz), lagi Tok Guru menyebut berkenaan dengan syurga bukan untuk penyokong parti yang melawan atau menentang PAS. Aku terkejut dan bertanya sendiri apakah beliau yang menentukan siapa yang akan masuk syurga??
Tok Guru nak berpolitik, berpolitiklah tapi jangan main dengan ugama, kerana ini boleh memecahkan keimanan sesaorang. Aku terpaksa mencabar Tok Guru supaya adakan bancian di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan bandar-bandar yang terdapat kelab-kelab dang dut, perhatikan berapa ramai GRO yang berasal dari KELANTAN???? Kenapa mereka memileh menjadi GRO sedangkan mereka berasal dari sebuah negeri yang mendapat jolokan SERAMBI MEKAH!!!!!!
Kebelakangan ini juga terdapat terlalu banyak lapuran dan coretan di dada-dada akhbar akan kisah-kisah yang menyayat hati di mana anak-anak kecil di bunuh dan di buangkan sebagai bangkai binatang, cuba lihat dari manakah kejadian ini bermula.
Tok Guru, jangan cakap berkenaan syurga, aku ingin ingatkan dalam kitab Ihyak Ulumuddin Imam Ghazali ada mengisahkan berkenaan seorang ahli sufi perempuan yang bernama Rabiatul Adauwiyah, dia dalam doanya mengatakan "Syurga milik Mu Ya Allah, Neraka juga milik Mu Ya Allah, Aku juga milik Mu Ya Allah, aku beriman kepada Mu Ya Allah kerana takutkan adzab Mu Ya Allah. Maka aku pohonkan kepada Mu Ya Allah letakan aku di tempat yang Engkau akan tentukan Ya Allah"
Nah! aku katakan yang ini doa seorang ahli sufi yang di sebut oleh Imam Ghazali tapi kenapa Tok Guru sewenang-wenang dan begitu mudah menentukan syurga. Masha Allah! aku bermohon semuga Allah memberikan petunjuk kepada seluruh umat Islam di Negara ini supaya tidak menjadi fasik kerana dek politik.
Bekerjasama dengan UMNO tidak boleh, kebebasan menjual arak dan membina kuil di kawasan yang ramai penduduk Islam di benarkan, apakah ini???? Tok Guru dan mereka yang terlibat akan di tanya lebih dulu dari kami yang kurang ilmu ini. Di dunia hari ini anda boleh meyesatkan Ummah dengan objektif politik anda, ingat apabila sampai Syarakatul maut anda akan melihat apa yang menanti.
Sekali lagi aku minta janganlah ugama dijaja hanya kerana inginkan kedudukan. Kembalilah kepangkal jalan, taubatlah sebelum pintu taubat itu tertutup. Seruan ini untuk semua mereka yang menjaja ugama untuk kepentingan sendiri dan politik.
Patah sayap aku terbang jua.

Saturday, August 15, 2009

KESELAMATAN USAHAWAN MELAYU

Kelmarin aku dah bukakan sedikit coretan berkaitan dengan pengenalan kepada ancaman yang di hadapi atau bakal di hadapi oleh mereka yang bergelar atau yang menceburkan diri dalam bidang usahawan. Sengaja aku coretkan dalam bentuk ilmiah kerana aku ingin mereka yang berada dalam bidang berkaitan membaca dan memberikan komen atau pertanyaan dalam blog ini bukan melalui handphone, nanti selalu minta telefon balik kredit dah habis.
Apabila kita telah memahami apakah keadaan yang dikatakan selamat untuk berniaga atau melibatkan diri dalam sesuatu perusahaan, maka perlulah kita memahamai pula apakah ancaman atau bakal ancaman yang akan kita hadapi, izinkan aku mengambil prinsip yang di tulis oleh Sun Tzu lebih 2000 tahun lalu "Kenali diri kita, kenali musuh kita, kita tidak akan gentar menghadapi 1000 peperangan".
Nah! anggaplah medan perniagaan itu sebagai satu medan perperangan yang memerlukan banyak perancangan, persiapan, tipu helah, strategi dan bermacam lagi yang perlu di fikirkan - jika nak berjaya! dan melangkah ke era yang lebih mencabar - kalau tidak, selamanya kita akan bergaduh jual kuih udang macam orang Alor Gajah.
Untuk mereka yang ingin menceburkan diri ke medan perniagaan dan perusahaan, prinsip yang sama dengan perjuangan, seperti yang telah aku coretkan di awal blog ini perlu di fahami dan di amati dengan jelas. Kerana prinsip-prinsip itu telah aku kaji dengan begitu mendalam dan aku percaya ianya sesuai di aplikasikan dalam semua bidang.
Bagi mengenali dan memahami akan aspek-aspek ancaman keselamatan perniagaan aku akan coretkan secara berperingkat :-
1. Pengetahuan asas - walaupun perkara ini selalunya orang menganggap tidak penting, tetapi setelah aku amati dengan teliti ianya boleh menjadi advantage dan boleh jadi musuh kita dalam perniagaan. Kerana tidak mempunyai pengetahuan asas kita ibarat seorang yang bertutup mata memasuki sebuah gelanggang tinju dan terlalu masak dengan pengetahuan asas selalunya menyebabkan sesaorang itu over confiden dan terlepas pandang. Pada aku ini adalah ancaman pertama yang wajar di berikan perhatian dengan mendalam.
2. Galakan keluarga - Galakan keluraga sesuatu yang amat diperlukan oleh setiap mereka yang menceburi bidang perniagaan, jika tidak bermacam perkara kan timbul dan dari pengelaman aku ada yang sampai bercerai -berai dan tidak kurang juga yang tambah periuk.
3. Modal - selalunya aku dapati ramai mereka yang bergelar usahawan muda menghadapi masaalah modal, secara prinsipnya perkara ini berlaku kerana mereka tidak menjalankan kajian atau analisa situasi dengan betul. Modal yang banyak menjadi aset, modal yang kurang menjadi liabiliti dan tak ada modal menjadi ancaman.
Bila free aku sambung lagi..........
Patah sayap aku terbang jua.

Friday, August 14, 2009

ANCAMAN KESELAMATAN USAHAWAN

Ramai mereka yang memulakan perniagaan lalu bergelar "usahawan". Hampir kesemua mereka yang bergelar usahawan ini menceburkan diri ke bidang entrepernur dengan sukarela dan begitu enthuias sekali dan selalunya mereka akan mengatakan yang mereka sebenarnya telah bersedia. Mungkin dari sudut mental mereka berkata meraka bersedia dan redha dengan apa jua cabaran yang akan di hadapi. Tetapi di sudut hati dan emosional setiap usahawan terdapat satu ruang yang mengerikan mereka ia itu KERUGIAN.
Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah fenomena KERUGIAN ini, yang aku coretkan dalam bentuk ancaman kepada mereka yang bergelar usahawan. Walau bagimana sekali kejayaan yang di kecapi oleh seorang usahawan, percayalah di sudut hati mereka akan terselit fenomena ini, yang membezakan mereka ialah bagaimana mereka menangani fenomena ini.
Semestinya seorang usahawan itu akan merasa lega dan cofiden jika perniagaan meraka beroleh keuntungan tetapi mereka akan menjadi resah dan gelabah jika mula mendapat indekasi yang pelaburan mereka mengalami kerugian. Inilah penyakit atau virus perniagaan yang amat di geruni oleh semua usahawan.
Nah, mari aku coretkan sedikit apakah yang di katakan keselamatan usahawan - ia itu satu keadaan di mana seseorang usahawan itu dapat menjalankan perusahaan atau perniagaan nya dengan tenang tanpa sebarang gangguan sama ada secara direct atau indirect terhadap apa yang di usahakan, maka situasi begini di katakan keadaan yang selamat bagi semua yang bergelar usahawan, pasti aman dan bergaya.
Bagaiman pula datangnya ancaman kepada usahawan ?, inilah yang perlu di ketahuai oleh mereka yang bergelar usahawan atau yang bercita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sebelum aku menceritakan akan ancaman yang boleh di hadapi oleh usahawan aku akan kenalkan dahulu apakah keadaan yang perlu untuk membuka peluang kepada para usahawan :-
1. Keadaan atau situasi yang aman dan harmoni - keadaan sebegini amat di perlukan. Dimana tiada kejadian demonstrasi atau pergaduhan di dalam negara kita, maka kaum pengusaha pun akan rasa tenang dan dapat membuka gedung perniagaan mereka sama ada kecil maupun besar.
2. Terdapatnya permintaan atau demand kepada punca perusahaan mereka. Dalam suasana yang aman dan tenang pengguna akan berani keluar uantuk berbelanja, semua yang di dagangkan akan selalu mendapat permintaan.
3. Terdapatnya bekalan kepada setiap permintaan, maka urusniaga akan dapat di jalankan.
4. Terdapatnya industri kecil dan serdahana yang akan membekalkan permintaan dari gulungan peniaga, maka peluang pekerjaan bagi semua peringkat akan terbuka.
5. Untuk membolehkan industri kecil dan serdahan berfungsi, mereka memerlukan bahan mentah dan pekerja, tertumbuh dan berkembanglah industri asas yang di perlukan dan bagi mereka di kawasan pendalaman boleh mengusahakan industri asas yang di perlukan.
Aku bukan nak mengajar ekonomi tapi ramai orang yang pandai kini dah jadi kurang pandai kerana ikut emosi dan terpengaruh dengan dakyah mereka yang hendak menghancurkan negara kita.
Cukup buat kali ini, nanti aku ingat aku sambung lagi - ingat ancaman belum cerita lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

Thursday, August 13, 2009

MENGENALI ANCAMAN KESELAMATAN USAHAWAN

Aku di datangi ramai rakan dan teman lama yang rata-rata kini telah berada dalam kelompok orang makan pencen, duduk bersembang dan bercerita di anjung seri rumah aku menghadap ke pertemuan dua sungai yang sememangnya satu keindahan alam semula jadi yang tidak terdapat semasa aku tinggal di kota metropolitan dulu.
Fokus perbualan selalunya berkisar sekitar pengelaman semasa berkerja dengan corak dedakasi yang amat berbeza dengan generasi sekarang. Seringkali ada diantara kami yang akan menyuarakan betapa mudahnya generasi sekarang, semua dengan hanya menaip di keyboard masing-masing dan telefon yang sentiasa berada disisi. Sesekali kami semua akan ketawa besar apabila ada diantara kami akan membawakan cerita lucu dan perwatakan bos kami yang bermacam ragam.
Masih ternampak di mata aku apabila cerita bos kawin isteri no 2 secara sembunyi, tukang simpan rahsia besar ialah dreber. Apa tidak nya tiba-tiba bos beli set golf baru dan mula masuk kelab golf. Mula-mula bawa datin sama, bukan main serious lagi bos kami konon nya nak mengajar datin main golf. Lepas 3 kali datang ke kelab, datin dah fedup sebab pukul tak kena-kena, bini si Malek pun di minta bawak datin pergi jalan-jalan, sebenarnya ini episod yang bos rancangkan, sebab bini Malek pandai celoteh dan datin pulak suka di angkat ego nya, maklumlah masa tu datin boleh di kira dengan jari belaum melambah lagi.
Aku, Malek dan Kudin ikut bos main golf dari main kat Subang kini bos kata kat datin kena main pertandingan kat Melaka, Seremban malah sampai Kota Bharu dan kenalah bermalam 2-3 hari kat luar, baru lah aku dapat rahsia rupanya orang tua tu dah ada tilam baru. Tapi semua kami sentiasa simpan rahsia kerana kesetiaan kepada Bos.
Lepas dua tiga kali kami di percayai oleh datin yang kononya bos baik, dan hanya main golf, dan bos pun dah confiden yang datin tak cari bila dah keluar dengan kami, maka drebar tukar jadi drebar kami bukan bos lagi. Pada setiap hujung minggu bos hanya putting kat green 19 kami kena pergi merata main golf sebab nak cover jalan.
Aku sengaja bawakan episod bos lama aku yang sememangnya seorang yang baik dan penuh tanggungjawab dalam menjalankan tugasnya, tapi soal nak beritahu datin yang dia dah kawin satu lagi memang dia takut, kerana katanya takut kena kerat. The moral of the story aku nak ceritakan bagimana kita hendak mengenali akan ancaman kepada keselamatan usahawan Melayu secara berperingkat-peringkat.
Mengapa perlu aku bawakan senario ancaman keselamatan usahawan Melayu ? secara rambangnya semua orang akan merasa terancam pada sebilang masa tetapi keupayaan untuk mengenal pasti bentuk ancaman yang ada sangat kurang, kerana dalam keadaan negara yang aman mana ada orang yang akan berbincang berkaitan dengan ancaman keselamatan. Apatah lagi ancaman keselamatan kepada usahawan.
Jadi, fikirkan dulu akan ancaman keselamatan usahawan sebelum anda memberikan komen di coretan yang akan datang.
Patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, August 12, 2009

KORBAN PENGKHIANAT BANGSA

Aku mendapat tahu yang beberapa pihak perisikan luar negara terutama CIA amat berminat untuk menguasai kumpulan pemimpin negara kita. Dalam operasi CIA yang di jalankan sekitar awal 90han, melalui atau kerjasama dengan sebuah badan perisikan sebuah negara jiran mereka (CIA) telah berjaya menembusi benteng keegoan seorang bekas menteri dalam negara kita. Beliau telah di agong-agongkan dengan promosi yang begitu hebat hingga beliau dilantik ke satu jawatan terkanan didalam sebuah pertubuhan kewangan antarabangsa.
Namun aktiviti CIA ini dapat di hidu oleh badan-badan risikan negara kita yang memang terkenal cekap dalam menjalankan pengintipan. Bekas menteri ini dalam satu mesyuarat besar ada mencuba untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada pemimpin negara waktu itu, tetapi kecekapan pasukan kita semuanya diubah semasa beliau memberikan isyarat dalam mesyuarat itu. Nyata sekali pada masa itu beliau amat terkejut lantas beliau memusuhi badan-badan perisikan yang ada di Negara kita.
Dalam beberapa kes yang tersiar beliau selalu sahaja menyalahkan pihak Polis dan lain-lain pihak yang beliau katakan sebagai "anjing kerajaan" sedangkan semasa beliau menjadi menteri beliau selalu di nasihatkan yang ancaman perisikan asing yang sentiasa sahaja cuba menguasai beliau dan jangkaan kita tidak meleset apabila semua pergerakan beliau di ikuti oleh ejen-ejen CIA.
Walaupun pada masa ini beliau masih diagongkan oleh penyokong beliau, aku masih yakin yang beliau sebenarnya masih di remoutekan oleh CIA, beliau akan di berikan indirect protection oleh CIA, maka aku ingin mengatakan orang seperti ini sememangnya layak di klasifikasikan sebagai "PENGKHIANAT BANGSA".
Aku telah menjalankan amanah aku demi untuk Negara tercinta ini aku dedahkan secara sedikit demi sedikit dan aku harap rakan di luar dapat menilai sendiri apa yang sedang berlaku. Aku ingin sarankan "the survival of Malays" hendaklah kita utamakan bukan untuk menjatuhkan sesama sendiri.
Aku merasa amat malu dan confuse dengan ststement oleh Tok Guru atas perkara menghina Islam, selama ini aku recpect Tok Guru amat sangat, malah semasa aku berjumpa beliau aku sanggup cium tangan tanda hormat, tidak aku buat kepada pemimpin lain kecuali kedua ibubapa aku sahaja, tetapi dengan kenyataan Tok Guru berkaitan perkara di atas aku mula tarik hand brake. Aku bimbang dengan perubahan beliau, dulu beliau kata undi UMNO masuk neraka sebab Umno berkerjasama dengan MCA dan MIC, tapi bagimana dengan beliau sekarang hingga menghalalkan orang bukan Islam sewenang-wenangnya mentafsirkan ayat Quran.
Aku tidak sehebat Tok Guru, tapi guru-guru aku tidak kurang hebat ilmunya, jadi aku ingin Tok Guru tafsirkan terjemahaan ayat dalam surah As-syajadah "Adakah kamu fikir sama orang yang beriman dengan orang yang FASIK, tidak mereka tidak serupa" aku harap ada mereka yang dapat memberikan aku sedikit gambaran supaya Ummah tidak tersesat kerana dek politik.
Janganlah sampai aku juga menilaikan Tok Guru dah di kuasai oleh kumpulan perisikan asing.
Fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua.

Tuesday, August 11, 2009

KORBAN DURI DALAM DAGING

Perpatah duri dalam daging seakan menunjukan terdapatnya musuh dalam sesuatu kumpulan atau organisasi, tetapi bagi aku ia lebih merupakan seorang yang menjadi ahli dalam sesebuah kumpulan, dia di terima menjadi ahli walau berdaftar sekalipun, tapi dia adalah orang yang paling tidak berguna dan selalu memberikan masaalah kepada organisasi yang di anggotai nya.


Boleh juga kita persoalkan ketaatsetiaan keparat ini dalam organisasi kita. Selalunya keparat begini adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan mempunyai agenda sendiri. Bertindak sebagai lalang turut saja kemana angin bertiup, kalau masa kita kuat dia bersama kita dan kalau tak dapat apa yang di hajatnya, merajuk mulalah masuk geng lain tapi tak berani nak keluar geng atau kumpulan asal. Jadi mereka seperti ini orang tak nak pun muka masam, orang suruh pun muka mencuka - jadilah mereka sebagai "duri dalam daging".
Dalam UMNO N9 memang ada yang jadi duri dalam daging, sikit-sikit ugut nak keluar parti dan merajuk, tak dapat apa yang di sasarkan mulalah buat surat layang dengan tomahan yang keterlaluan, yang lebih dahsyat ialah, yang adik atau abang dapat tempat, habiskan sampai pembuka pintu pun mesti dari perut sendiri dah lah gitu guna pulak budaya samseng.
Dalam mesyuarat dari cawangan sampai ke negeri jangan bersuara kalau bersuara keluar mesyuarat nanti kena belasah, sebab itulah aku dah meluat nak pergi mesyuarat. Mereka tahu apa yang aku boleh lakukan tapi kalau aku cakap nampaklah mereka tu tak pandai, jadi jangan beritahu aku bila ada mesyuarat dah habis nanti buat-buat tanya kenapa tak datang mesyuarat dan lebih lagi buat andaian yang aku dah berubah haluan. Ini lah yang aku gelarkan sebagai duri dalam daging.
Aku tidak marah jika di pimpin oleh pemimpin yang kurang pandai dari segi ilmiah tapi pandai dari segi kepimpinan. Ini semuanya tak pandai dah tu tak boleh di tegur dan pilih semua pembantu juga yang bahlul. Ini semua termasuklah duri dalam daging.
Fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua.

Monday, August 10, 2009

BEZA KORBAN MUSANG BERBULU AYAM DAN MUSUH DALAM SELIMUT

Dalam mengkaji perpatah Melayu aku dapati banyak perumpamaan dan perpatah yang telah digunakan memberi kesan dan panduan yang amat berguna dalam perjalan hidup aku. Walaupun ramai yang berpendapat perumpamaan dan perpatah Melayu sudah ketinggalan waktu dan ramai pula yang cuba mengubah dengan perumpamaan yang konon nya di permordenkan atau mengikut trend. Hasil dari peubahan yang tidak mengambilkira kesesuaian dan peredaran waktu, maka mereka yang cuba mengubah itu telah selalu melakukan kesilapan.
Aku mengambil contoh perpatah "musang berbulu ayam", secara spontan semua akan menterjemahkan nya sebagai penyamaran atau musuh dikalangan kita, ini tidak sama dengan "musuh dalam selimut" dan berbeza dengan "duri dalam daging".
Dalam senario politik N9, aku katakan tiada musang, kerana ekor musang tu panjang jadi mudah kita untuk mengenalinya dan muncung musang pula dempak tak seperti muncung ayam. Musang makan mengigit ayam makan mencatuk, jadi mudah untuk membezakan. Tetapi dalam amatan aku di N9 ini "musuh dalam selimut" memang ada, kerana bila musuh dah ada dalam selimut, kita perlu lebih berwaspada. Apa taknya nanti bukan bini kita sahaja yang di sapunya tapi sampai keanak cucu nak di belasahnya. Inilah yang sedang terjadi di N9.
Lihat senario ini -1 - mula-mula nak buka "BEEF VALLEY" belanja berjuta panggil expert konon nya dan akan mulakan penghasilan dalam tempuh 24 bulan, tapi apa yang terjadi beef valley entah kat mana yang pasti padang ragut PASIR BESAR dah di ragut, sila cek siapa punya ide yang bangang tu.
Senario -2- Jualkan tanah ladang kelapa sawit MAINS di Londah, konon akan dapat untung berganda dalam masa yang singkat berbanding dengan hasil sawit yang agak lambat, siapa punya ide dan dalam dewan dah di bincangkan betapa ruginya rakyat N9 dengan penjualan itu, lihat siapa yang kembung perut dengan kamsyen.
Senario -3- Penjualan kawasan balak tanah milik MAINS, Pengerusi Mains yang dikatakan bertanggungjawab seperti yang di katakan dalam dewan di berhentikan, tapi di beri jawatan lain dalam parti memerintah N9, kenapa tak di buang terus dan di adilkan ???? takut semua cerita akan di bongkar..........siapa punya ide?????????????
Senario -4- Pembinaan jalan Seremban - Kuala Pilah, kontraktor mana yang dapat kerja-kerja pembersihan dan sapu balak sepanjang jalan. cub teka siapa???????????
Senario -5- Pembukaan ladang rakyat di kawasan Bahau dan Jelebu, cek tengok siapa kontraktor kerja pembersihan tanah dan sapu balak.......... sendiri dah tau jawapan kot.
Apa yang di kirim kepada aku terlalu banyak untuk aku coretkan naik muak. Jadi inilah yang aku maksudkan "musuh dalam selimut", musuh sekarang tidak bunuh kita tapi di sapu semua harta rakyat untuk puak sendiri, sama lah dengan penjajah yang menyapu besih hasil negara bawak balik ke negeri mereka. Yang tinggal nanti hanya tunggul-tunggul buruk.
Jadi orang N9, fikirlah sendiri, tapi jangan sampai bakar jambatan nanti kena cari pelampung nak bali ke kampung, jadi jaga jambatan dan bersihkan dedalu yang ada bubuh racun yang kau-kau baru dapat bersihkan..............Nanti aku sambung dengan cerita duri dalam daging !!!!!!!!
Patah sayap aku terbang jua.
Aku melihat PR begitu ghairah menganjurkan program politik mereka di merata kampung dan daerah di N9, tapi Mad Hassan confident habis, langsung buat tak nampak. Ashyik dengan agenda sendiri, bila nak melawat poster mesti besar, bendera mesti banyak, punggah orang dari merata tempat biar nampak gah dan kontrak mengatur semua bagi kat anak buah, dah tu belolah samseng 7kerat.
Aku dengar masa mesyuarat tak boleh kena tegur, samseng 7kerat pun bertindak, ingat nanti bila orang lain bertindak jangan nak panggil Polis pulak. Kalau awak dah ajar guna hukum rimbo, bilo berlaku kat awak jangan salahkan orang.
Aku bukan suka nak coret begini, tapi telefon aku naik habis betri hari ini doh orang marahkan apa yang terjadi pada mesyuarat Rombau. Dari apa yang aku terima nampaknya orang N9 dah sampai tahap meluat kat Mad Hassan dan puaknya, jadi aku rasa dan gaya yang berlaku sekarang orang bukan bonci kat parti tapi meluat kat Mad Hassan.
Dula abang dio tak dapet jadi calon terus sokong DAP, bila adek jadi MB konon nya dah lama berjuang dalam parti - poilah.
Kepada semua, analisa aku inilah keluarga dan puak yang ada potensi menjadi perosak parti dari dalam> Cakap tak serupa bikin.
Orang Negritos (N9), ingat kalau nak protes - protes boto-boto, bukan cakap kat telefon aku aje, nanti mesyuarat agong bawak spanduk bosar-bosar luahkan raso hati kat PWTC, janganlah kat aku saja.
Pikirlah sendiri, ado tolo
Patah sayap aku terbang jua.