Friday, March 25, 2011

MENJANA PERUBAHAN SIKAP MELAYU

Setiap hari pasti kita akan terbaca atau terdengar atau terpandang sesuatu yang membuatkan kita memberikan sesuatu pandangan sendiri sama ada secara sedar atau tidak. Contohnya apabila kita memandu dijalan yang sesak atau jam, tiba-tiba ada Mat Laun yang memotong que melalui lorong motor atau lorang kecemasan, pasti sesuatu akan terkata didalam hati kita seperti......ai! tak boleh sabar ke?

Contoh yang lain dapat aku berikan ialah sedang kita asyik mendengar radio dalam kereta, tiba-tiba ada pendengar yang membuat panggilan ke rangkaian radio itu dan bertanyakan sesuatu yang kita telah ketahui atau yang kita dah tahu, selalunya apakah reaksi sepontan kita........ selalunya.......... alah! Minah ni, itu pun nak tanya, dan kadang-kadang kita tambah lagi....... contohnya............. memang gedik Minah tu.

Diatas adalah beberapa contoh yang aku pertontonkan. Persoalannya mengapakah aku pertontonkan perkara ini dan apakah relevensinya dengan tajuk yang aku pileh hari ini?

Tujuan utama aku pada kali ini ialah untuk mengajak anak bangsa diluar sana sama-sama berfikir dan mencari jalan dan cara untuk memperbaiki SIKAP NEGATIF yang ada dalam diri kita atau yang telah kita warisi sejak sekian lama.

Antara sikap buruk yang telah diwariskan kepada kita sejak berzaman ialah............ MEMUSUHI DAN MENGKHIANATI BANGSA SENDIRI. Ini selalunya bermula dari pergaduhan sekampung lalu di wariskan kepada keturunan, maka permusuhan ini dibawa hingga bergenerasi. Punca perselisehan itu kadang kala tidaak masuk akal untuk kita fikirkan..... contohnya pemindahan batu sempadan boleh di perbesarkan hingga bergenerasi.

Ini menjadi lebih teruk jika di perhatikan, apabila perselisehan ini melibatkan fahaman politik, dimana ada mereka yang sanggup mempermainkan agama demi untuk memenangi kuasa dan fahaman yang sempit dan songsang ini diwariskan kepada keturunan mereka. Sikap ini perlu di ubah dengan segera jika kita hendak terus bersatu dan mencapai kejayaan.

Fikirkan.......................
Patah sayap aku terbang jua

APAKAH BENAR VIDEO ITU MILIK...............

Belum pun reda dengan kes di mahkamah, kini timbul pula satu lagi kisah yang menarik berkaitan dengan Anuar Ibrahim. Aku sebenarnya dah naik muak dengan cerita yang mengaitkan sepolan ini. Nak aku katakan dia ni pandai sangat, pada pandangsan aku taklah berapa pandai. Masa di UM pun cukup-cukup makan, tapi cakap memang handal............... maklumlah asal keturunan .a..k.

Kini lebih menarik lagi bila dah jumpa jam, jenama yang dikatakan ROLEX tu masa dekat Jalan Datuk Onn rasanya memang pernah tengok dia ada pakai tapi model yang mana aku tak berapa perasan, namun jenama itu lah..............

Apa yang aku kesalkan cara bagimana kes ini di paparkan kepada umum............ nampak seakan-akan satu plot cerita yang tidak bekesudahan dalam percakaran antara MELAYU dalam mengejar jawatan.

Nyata pada aku cara pendedahan itu dilakukan seakan sama dengan cara bagimana Rahim Tambi Chik dikenakan beberapa tahun dulu.

Sebenarnya, dari segi moral memanglah dapat banyak yang kita katakan. Dari segi agama memangnya sesalah-salah............. maklumlah zina, tapi dari segi undang-undang manusia ni susah aku nak takrifkan, pelacuran dan persundalan memang berlaku di negara kita ini. Ianya berlaku di kota metropolitan hinggalah keladang sawit yang terpencil dan jalang-jalang yang terlibat memang tak komplen pun sebab mereka katanya bukan cari kepuasan emosi tapi nak cari duit. Konon ada yang mengatakan nak support famili di kampung...............lebih-lebih lagi China doll dan Minah Indon.

Persoalanya, ialah apakah patut seorang yang terkenal dengan panggilan PAK #@$%&*, konon kerana dek ALIM dan WARAK, dan selalu bercakap bersandarkan agama pun dok pergi mencari jalang nak melempias ketagihan sex..............apa pula peranan isteri yang selalu duduk disampingnya?

Mungkin orang akan bertanggapan, ini semua kerana tindakan membalas dendam atau menyelesai hutang lama..............okaylah! Tapi bagi mereka yang terlibat dalam kes ini sama ada yang melakunkan atau yang mempamerkan atau mendedahkan semuanya perlu musaabah diri, lihatlah bagimana sebenarnya bangsa kita di tertawakan dan di persendakan. Manakah jati diri, maruah diri, bangsa dan agama....................

Bagi Anuar Ibrahim, cukuplah percubaan untuk menjadi Perdana Menteri tu.......... lihatlah kedalam diri sendiri, dan persoalkan diri jangan ashik mencari kesalahan orang lain.............kalau kamu benar-benar tidak bersalah..........berikan DNA yang di minta kenapa pula dok tanya dengan Benggali tua tu............ dan suruh pula pusingkan undang-undang.

Percayalah, Anuar Ibrahim rakyat akan menghukum kamu dan apa yang aku kasihankan ditakuti satu masa nanti KETURUNAN KAMU AKAN KENCINGKAN KUBUR KAMU.

Patah sayap aku terbang jua.

Sunday, March 20, 2011

Lama sungguh aku meninggalkan laman ini atas kehendak lain yang lebih memerlukan, namun begitu aku sentiasa merasakan yang aku perlu meneruskan perjuangan dengan jejari ini dan terus menyampaikan ide dan pendapat serta pandangan aku.

Walaupun ada segulungan pembaca diluar sana yang telah memutarbelitkan apa yang aku tulis hanya kerana ingin menjadi popular dan menyokong pihak tertentu.

Bagi memulakan kembali blog ini aku akan menulis berkenaan perkara yang sama, bermula dengan kehidupan, kemanusian, keakraban perhubungan mungkin juga aku akan menyentuh berkenaan dengan ekonomi dan juga memberi pandangan berkenaan dengan agama........jika aku kira perrlu.

Untuk hari ini aku ingin menyentuh berkenaan dengan SERANGAN PIHAK NATO KEATAS LIBYA.

Tengah malam kelmarin bermulalah satu lagi episod kehancuran manusia yang direkacipta oleh Amerika Syarikat dan sekutunya dengan menyerang Libya.

Secara logikalnya serangan itu adalah satu "act of war" yang didatangkan terhadap Libya, sebuah negara yang bebas dan merdeka, persoalan nya, "Apakah pihak Amerika tidak akan melakukan tindakan yang sama jika sesuatau pemberontakan berlaku didalam negara mereka?

Lihat apa yang terjadi apabila berlakunya serangan bom di London tidak lama dulu........ tidak sampai 24 jam pihak Scotland Yard telah melakukan pembunuhan ....... atas sikap MENGSYAKI dan kejadian itu tidak pernah dikutuk oleh sekutu nya.

Lihat apa yang terjadi kepada rakyat Palastine, apabila mereka dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusian, anjing barat (Amerika) itu langsung tidak berbunyi, jelas sekali yang Amerika adalah barua/paria Israel.

Contoh lain yang jelas, kejadian di Tian Min Square............. dimana pelajar-pelajar Cina di keroyok oleh pihak tentera paria ini langsung tak berbunyi............ nampaknya anjing-anjing ini hanya menunjukan kebiadapan mereka dikawasan dimana mereka mempunyi kepentingan.

Belum lama dulu ............. Obama melawat Cina, dimana dia telah menunjukan hormat kepada Cina dengan membongkokkan kepalanya semasa berjumpa Perdana Menteri Cina, ramai rakyat Amerika yang marah dan menyatakan yang Presdient mereka tidak perlu berbuat begitu, kerana mereka "super power", sebenarnya mereka lupa atau tak faham yang negara Amerika adalah sebuah negara yang sudah BANGKRAP, dan Obama sebenarnya merayu kepada Perdana Menteri Cina supaya melupuskan sebahagian HUTANG AMERIKA yang perlu dijelaskan kepada Cina.

Kembali kepada Negara kita yang tercinta ini, walaupun kita kecil tetapi kita mempunyai MARUAH yang lebih mulia dari Amerika, setidak-tidaknya semua hutang Negara kita dijelaskan sebelum tempuh matang. Ini adalah membuktikan yang pemimpin Negara kita dapat mentadbiruruskan Negara kita dengan baik, tambahan pula semua masyarakat Negara ini dapat hidup dengan aman.

Kepada mereka yang suka mengagungkan negara lain atau ingin menuntut lebih dari yang ada dan mengatakan negara lain lebih baik......... sila keluar dari Negara ini dan dapatkan kehidupan di negara lain........... jangan pula kutuk Negara sendiri tapi masih lagi hidup di sini.

Cukup buat renungan pagi ini, malam nanti aku coretkan lagi.
Patah sayap aku ternag jua