Saturday, May 30, 2009

MATLAMAT PERJUANGAN

Aku rujuk kepada apa yang aku tuliskan diawal blog ini berkenaan dengan PERJUANGAN. Kini ingin aku perkembangkan dalam bentuk lebih menjurus kepada memahami, apakah MATLAMAT PERJUANGAN.
Dalam artikel ciri-ciri perjuangan, aku telah menyatakan bahawa setiap PERJUANGAN itu perlu mempunyai MATLAMAT. Disini pokok utama yang akan aku katakan ialah bagaimana hendak mengenali dan memahami sesuatu MATLAMAT.
Dari sudut definasi bolehlah aku katakan yang matlamat itu adalah sebagai satu puncak kejayaan yang kita idamkan dan kita meletakkan semua perancangan, usaha dalam penyelaksanaan dan menyusun semua langkah-langkah perlu dalam mempastikan kita berjaya mencapai matlamat yang telah kita bina dalam teori kehidupan.
Jika hidup kita tidak mempunyai matlamat samalah dengan pokok yang tidak berbatang sepanjang hidup bergantung kepada tonggak atau pokok lain untuk melihat matahari dan pokok yang tidak berbatang sudah pasti tidak mempunyai teras untuk berdiri sendiri, apa yang lebih menyedihkan ialah kebiasaan nya pokok tidak berbatang akan mati lebih awal dari pokok berbatang. Sememangnya ada pokok "parasit" yang boleh membunuh pokok yang di tumpangnya, tapi selalu nya pokok berteras dan berbatang walaupun mati tapi ia lambat tumbang kerana perlu menanti serangan anai-anai untuk mereputkan teras nya. Tetapi rumpai merayap yang bertumpang pada pokok ini akan mati lebih awal kerana tidak lagi mendapat makan dari pokok yang mati. Nah lihat lah apa yang tersirat dari coretan aku ini.
Dalam mencari matlamat ini eloklah kita berpandukan kepada beberapa perkara :-
1. Matlamat keseluruhan hidup - lihat dahulu kemana arah yang akan kita pandukan diri kita di dalam masyarakat kita, bangsa kita, agama kita dan Negara kita. Selalulah bertanya kepada diri sendiri "Apakah sumbangan yang dapat aku berikan kepada Bangsaku, Agamaku dan Negara ku", kenapa aku menyarankan perkara ini dahulu:-
1.1. Kerana tanpa bangsa, agama dan negara - dimanakah identiti dan jati diri kita, andaikata kita di lahirkan dalam kapasiti sebagai pelarian di negara orang, walaupun kita berbangsa tapi kita tidak mendapat pengiktirafan. Nak sekolah pun susah. Selebihnya fikirkan sendiri.
1.2. Sebaik kita lahir kita di sambut oleh setidaknya keluarga, kemudian di pertontonkan kepada masyarakat dan ada diantar kita menjadi popular keseluruh negara malah tidak kurang keseluruh dunia. Kini fikirkan apakah tidak sumbangan mereka kita hargai dan hormati?
Sekedar disini, nanti aku sambungkan, teruskan perjuangan
Patah sayap aku terbang jua

KISAH PERJUANGAN

Sepanjang hari aku memikirkan bagaimana aku hendak mengisahkan hal-hal perjuangan yang lalu untuk difahami dan dimengertikan oleh generasi muda sekarang. Aku dapati anak-anak muda generasi sekarang terlalu kurang berbincang berkenaan dengan kisah-kisah perjuangan para bunga bangsa yang telah gugur demi menjadikan Negara kita sebuah Negara yang berdaulat dan MERDEKA.
Dari kisah kepewiraan Hang Tuah hingga kepada Lt Adnan Saidi dan mereka yang lain, yang gugur jarang sekali dikisahkan, malah ada anak muda yang langsung tidak mengetahui akan kisah-kisah ini.
Aku terpanggil untuk memberikan sedikit demi sedikit kisah-kisah ini dalam urutan yang aku fikirkan boleh megembalikan semula kesedaran dan semangat PATRIOTIK kepada anak-anak muda bangsa ku.
Dari masa kemasa aku juga akan mula menyalurkan urutan kisah yang sangat menyayat hatiku yang kian dilupakan iaitu bibit-bibit yang membawa kepada peristiwa 13 Mei 69. Untuk itu aku ingin anda yang membaca blog aku ini pergi ke ARKIB NEGARA dan rujuk kepada sebuah buku yang berjudul SEBELUM DAN SELEPAS 13 MEI 69. Buku ini di tulis oleh BAPA KEMERDEKAAN kita iaitu ALMARHUM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA, salah satu gambar yang jelas di paparkan di pertengahan buku itu menunjukkan seorang lelaki yang tidak memakai baju bukan dari keturunan Cina atau Melayu dengan sebatang penyapu dan sepanduk berbunyi "KITA SAPU MELAYU KELUAR DARI KUALA LUMPUR". Lihatlah sendiri dan nanti berikan komen anda agar aku perjelaskan dari masa kemasa.
Mesej yang ingin aku perkatakan ialah 13 Mei 69 sepatutnya tidak berlaku jika tidak kerana terdapatnya mereka-mereka yang menjadi batu api dalam membakar semangat perkauman. Peristiwa di Ipoh tempoh hari mempunyai ciri-ciri hampir serupa dengan dengan babak-babak awal yang membawa kepada Peristiwa 13 Mei. Syabas aku ucapkan kepada pihak Polis kerana bertindak cekap mengawal keadaan serta meletakkan situasi keselamatan dan keamanan kita dalam keadaan yang baik.
Di awal kemerdekaan kita, bermacam agensi dari luar negara menghulurkan bantuan teknikal dalam bentuk seperti AMERICAN FIELD SERVICES (AFS), JAPANESE INTERNATIONAL COOPERATION AGENCY (JICA) dan dari BRITISH COUNCIL. Pada masa itu aku amat gembira kerana mendapat seorang guru berbangsa "Mat saleh" mengajar aku dan lumrah orang Melayu kita suka menurut semua permintaan "orang asing - lebih-lebih lagi "mat saleh", tetapi selepas aku pandai belajar dan memahami selok belok perisikan aku percaya mereka sebenarnya menjalankan kegiatan "espionage" dan "subversion" terhadap Negara kita.
Apa yang menarik pada awal 1970-an di UM, terdapat seorang pemimpin pelajar yang gemar menghasut dan mencari pengaruh serta aku yakin beliau telah direkerut dan dikuasai oleh CENTERAL INTELLIGENT AGENCY (CIA). Aku masih yakin yang dia sekarang masih di kuasai oleh CIA, modas operandinya dalam kepimpinan sebuah parti politik sememangnya jelas di pengaruhi dengan propaganda ala CIA. Aku harap pihak Polis akan dapat mencari bukti tetang kegiatan political espionage yang di lakukan oleh kumpulan parti politik ini.
Kepada rakyat Malaysia yang tercinta terutama orang MELAYU, ingatlah orang Amerika yang di kuasai Yahudi boleh pandai jadi Imam sampaikan sembahyang Jumaat boleh di Imamkan oleh seorang perempuan. Inikan dah berlaku, jadi ingatlah pepatah Melayu kita "MUSANG BERBULU AYAM" ada dikalangan kita. Bagi orang PAS dalam kumpulan yang menawarkan diri nak bertanding dalam pemilihan anda ada terdapat mereka ini, jadi awas kenali mereka dan singkirkan mereka sebelum parti anda musnah di buatnya.
Selamat berjuang.
Patah sayap aku tebang jua.

Thursday, May 28, 2009

Perjuangan cinta dan cinta perjuangan.

Ramai sahabat dan kawan yang sms dan telefon memberikan pendapat pada perkara cinta dan perjuangan, mereka hampir lupa untuk memberikan pandangan akan bagimana pula dengan cita-cita? Tidak mengapa adat dan kelaziman pada zaman siber ini orang muda terperangkap dengan ungkapan cinta walaupun pada dasarnya mereka sebenarnya tidak mengenali cinta itu.
Kembali kita kepada artikel awal yang aku coretkan di mana semua PERJUANGAN mesti ada matlamat asal bagitu juga dengan cinta. Jika kita hanya berjuang atau bercinta kerana matlamat jangka pendek tanpa mengambilkira jangka seterusnya maka kita akan mendapat hasil untuk jangka pendek. Jika usaha perjuangan kita itu pendek maka hasilnya pun tak seberapa, jadi jangan kita salahkan orang lain.
Telah aku jelaskan di awal dulu tentang ciri-ciri yang perlu ada di dalam PERJUANGAN, perlu di amati dengan mendalam ciri-ciri yang telah aku katakan. Kini Perdana Menteri Dato' Seri Najib telah menyarankan satu matlamat yang indah untuk masa depan Malaysia ia itu 1MALAYSIA.
Nah, mari kita lihat pada matlamat ini, di terjemahkan untuk jangka pendek, sedarhana dan jangka panjang bukan sahaja untuk pembangunan rakyat di dalam negara kita hingga kepada perancangan strategik Negara.
Membangun Negara akan menjadi lebih mudah jika dapat membangunkan MODAL INSAN dalam konsep 1MALAYSIA, dengan objektif yang sama bagi semua ras yang ada tanpa memperkecilkan satu sama lain, jangan bangkitkan rasa benci antara satu sama lain, maka akan timbul rasa cinta akan PERJUANGAN ini.
Pada aku 1MALAYSIA adalah satu konsep percintaan semua ras dan rakyat negara ini kepada Negara dan bersedia untuk memberikan sumbangan yang ikhlas kepada perpaduan dan kemajuan Negara ini. Tidak kiralah sumbangan itu sebesar mana asalkan ianya mesasarkan kepada sebauh Negara yang aman, makmur dn berjaya.
Aku percaya, jika konsep percintaan dalam PERJUANGAN semua ras dalam Negara ini dengan mengambilkira apa yang telah di persetujui sejak mencapai kemerdekaan kita akan terus hidup dalam suasana yang harmoni.
Teruskan cinta kita kepada PERJUANGAN

Wednesday, May 27, 2009

PERJUANGAN CINTA,CITA-CITA & HARAPAN

CINTA, CITA-CITA & HARAPAN, tiga perkataan yang sering di ungkapan oleh semua gulungan tanpa mengira had usia. Istilah-istilah kata ini di pertuturkan dari anak-anak hingga ke mereka yang dah nak kembali. Tiga perkataan itu ada kekuatan mereka sendiri dan yang lebih penting adalah memahami dan menghayati semua yang tersurat dan yang tersirat dalam semua perkataan itu barulah kita akan dapat nikmat perjuangan untuk nya.
Cinta - kadang terdapat kisah-kisah cinta orang tertentu yang di paparkan dengan begitu hebat tetapi tidak kurang kisah-kisah ini berakhir dengan episod yang menghampakan malah adakalnya berakhir dengan sesuatu tragedis. aku mengambil masa yang agak panjang melebihi 14 bulan uantuk menyelami, memahami, menyedari akan semua yang ada di dalam kalimah cinta ini.
Rata-rata aku dapati ramai di kalangan mereka yang mengungkapkan kata cinta ini sebenarnya kurang malah ramai juga yang tidak memahami semua perkara berkaitan cinta. Untuk itu ingin aku nukilkan di sini isi-isi yang pernah aku kaji berkenaan dengan cinta.
Definasi cinta ia lah satu "perasaan atau berperasaan" sangat sayang, kasih, asyik, rindu dan inginkan sesuatu, - lihat ini dari kamus dewan. Maka ingin aku perjelaskan disini perkataan "perasaan atau berperasaan" dalam kajian ku ianya mengambarkan kelahiran cinta itu adalah dari pancaindera yang di anugerahkan Tuhan kepada semua mahluk. Maka pancaindera kita juga selalu memberikan gambaran yang salah atau kita yang selalu membuat tafsiran yang salah pada sesuatu yang di isyaratkan oleh pancaindera kita, maka timbul lah istilah "cinta itu buta", sememangnya cinta itu tidak bermata malah tidak berwarna, jadi sedikit demi sedikit akan aku bicarakan perkata cinta ini buat semua supaya tidak terperdaya dengan cinta.
Cinta, hampir menyerupai cita-cita dan harapan. Semuanya lahir dari pancaindera dan semuanya juga memerlukan PERJUANGAN.
Cukup sampai di sini, nanti aku bicarakan lagi.
CINTA, CITA-CITA & HARAPAN ADALH PERJUANGAN, SETIAP PERJUANGAN PERLUKAN PENGORBANAN.
Sampai jumpa lagi, SELAMAT BERJUANG.

Tuesday, May 26, 2009

CERITA PERJUANGAN

Sempena denganhari ulang tahun ke 51 TUDM yang akn berlangsung pada 01 Jun 2009, aku ucapakan selamat ulang tahun dan syabas! di atak kemajuan dan perkembangan yang telah di tempuhi oleh TUDM.

Kepada rakyat Malaysia di luar TUDM lihat lah perpaduan yang ada di dalam pasukan itu yang terdiri dari semua kaum anak watan negara ini. Ingat kembali peristiwa GUBIR (1976) di mana sebuah helikopter Nuri telah di tembak jatuh dan mengorbankan kesemua yang ada di dalam pesawat itu. Mereka semua adalah bunga negara yang terkorban demi untuk kita terus berada di sini tanpa perlu menjadi pelarian ke negara lain.
Setahu aku sewaktu bepeluang melawat dan bertemu dengan angguta TUDM di berbagai peringkat, mereka tidak pernah membincangkan soal perbezaan kaum dan bangsa malah semua yang mereka kisahkan ialah kesanggupan mereka semua berkorban demi untuk negara tercinta.
Malang nya di luar dari pasukan ini, terdapat beberapa manusia oportunis yang mengambil kesempatan untuk mencari populariti dengan membangkitkan berbagai kisah yang boleh menganggu gugat perpaduan kaum, kisah Chin Peng dan Hindraf di bangkitkan berulangkali tanpa menambilkira akn sensitibiti kepada semua. Bagi mereka yang menchampionkan kisah-kisah ini (Chin Peng & Hindraf) kalu tak selesa tinggal di Malaysia sila serahkan hak herayaatan anda dan pindahlah kenegara lain. Apa ingat jika anda pergi ke India anda akan di puja - lupakan anda tiada tempat disana malah mungkin anda akan sama tinggal di tepi jalan dan buang air merata-rata - tandas awam pun susah nak cari, atau anda ingat dengan memuji dan memuja Chin Peng anda akan mendapat undi dari kaum China di sini. Lebih ramai kaum China akan marah jika anda cuba juga nak bawa balik Chin Peng - kalau tak percaya cuba tanya waris mendiang Tan Sri Khoo Chong Kong (Ketua Polis Perak yang di bunuh PKM pimpinan Chin Peng) atau tanya Dato' Seri Yuen Yuet Lean (mantan Pengarah Cawangan Khas PDRM).

Monday, May 25, 2009

JANGAN TERLALU BERLEMBUT DALAM PERJUANGAN

HINDRAF, adalah sebuah pertubuhan haram sama seperti PARTI KOMINIS MALAYA (PKM) maka ianya hendaklah di layan seperti mana kata melawan PKM. Apa yang kita telah ketahui adanya hubungan diantara HINDRAF dengan LTTE yang telah di tewaskan oleh Angkatan Tentera Sri Langka, sama ada hubungan ini di peringkat luar negara atau di dalam negara itu tidak kita hiraukan, yang penting mereka mempunyai hubungan dengan sebuah pertubuhan yang di kenali sebagai PENGGANAS oleh PBB.
LTTE dengan pengebom berani mata telah membunuh beberapa pemimpin Negar asing seperti RAJIV GHANDI, apa kah perkara seperti itu akan di lakukan oleh HINDRAF - tidak mustahil, jadi tindakan mengekang di peringkat awal perlu di praktikan.
Tidak lama dulu satu rompakan bersenjata telah berlaku di KLIA dan sebuah mesingun telah di jumpai, dan menurut sumber yang boleh di percayai nombor pendaftaran yang ada pada senjata itu berasal dari sebuah negara luar, mungkin perlu di dedahkan dari negara mana dan bagimana senjata itu boleh di seludup ke negara kita, perlu di ambil kira.
Kebelakangan ini juga penyeludupan dadah yang begitu ketara dari India, siapakah di belakang semua aktibiti ini, mungkin juga kita perlu dengar dari pihak berwajib kerana bilangan pembawa dadah itu namapknya ramai yang berasal dari INDIA, apakah mereka dari INDIA sebenar atau apakah mereka merupakan serpihan LTTE? Apakah ini sumber kewangan yang membiayai LTTE?
Pihak Polis adalah di minta menyenaraikan semua nombor senjata yang di rampas kerana dari senarai nombor yang di dapati kita mampu mengetahui negara asal senjata itu di keluarkan, emalam terdapat tangkapan beberapa senjata di IPOH, ini amat membimbangkan. Kemana senjata - senjata itu hendak di tujukan, untuk rompakan atau percubaan untuk mengumpulkan bilangan senjata di bawah tanah, jadi jangan terlalu berlembut dalam menentang kumpulan seperti ini.
Jika terlalu banyak penyeludupan senjata dan provokasi yang di lakukan oleh minoriti tertentu ini membahayakan anak-anak watan, kita perlu mengenal pasati semua amaran awal (early warning signals) as we do not want to be caught with our pent's down, jadi nasihat ku pewaris SELENDANG MERAH kembalikanlah zikir-zikir dan jauhkan dari perkara yang di larang, jangan makan benda-benda yang haram. Persiapkan unform silat hitam dengan bekong hitam,kuning dan merah. apabila dah mulakan zikir teruskan dalam sulub dan yakin sepenuhnya dengan pertolongan ALLAH.
Nanti kita bicara lagi.
Demi Bangsa, Ugama dan Negara teruskan PERJUANGAN
JANGAN MOGOK LAPAR ITU CARA ORANG KAFIR

HIDUP PEJUANGAN

Kenyataan terbuka Perdana Menteri supaya setiap kelompuk rakyat negara ini tidak sewenang-wenang nya membuat kenyataan dan tuntutan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang diantara satu sama lain perlu di ambil perhatian. Begitu juga ada pihak yang hendak mengambarkan Chin Peng sebagi seorang Pejuang, janganlah melukakan hati wira-wira bangsa yang telah mempertaruhkan nyawa mereka dakam mempertahankan KEMERDEKAAN dan KEAMANAN yang ada di bumi Malaysia ini.
Bagi semua generasi muda ingatlah bahawa zaman datuk-datuk kita telah memperjuangkan untuk mendapatkan kemerdekaan dari PENJAJAH, di zaman bapa-bapa kita mereka telah berjuang untuk mempertahankan KEMERDEKAAN kita dari KOMINIS yang di pimpin oleh CHIN PENG yang rata-rata mendapat simpati dari sekelompuk penduduk terutama dari kampung-kampung baru dan kini zaman anda, pastikan sinambungan KEMERDEKAAN ini.
Ingatlah penjajahan di zaman ini berlainan dari dahulu, penjajahan kini lebih dari bentuk siber atau maya, yang lebih dahsat ialah penjajahan MINDA. Tiada guna kita tinggal di sebuah negara yang maju dan merdeka jika jiwa kita, tradisi kita dan corak hidup kita di jajah. Jika ini berlaku kita akan menjadi seperti "KATAK DALAM GELAS" - jelas kita nampak apa yang ada di luar tetapi kita tidak dapat menikmati dan bersama-sama dengan kegemilangan.
Melihat kepada perkara ini, maka aku kira tidak bersalahan aku memperkenalkan blog aku ini dengan kata hikamt PERJUANGAN. Suatu gerakan yang telah di wariskan kepada kita dari nenek moyang kita dan diteruskan oleh datuk dan bapa kita, kini kita semua perlu mempastikan keliciran sinambungan nya.
Anak-anak bangsa ku bangunlah dan satukan lah kumpulan kita bersedia dalam apa bentuk sekalipun untuk perjuangan ini, baik dari segi fizikal, moral, sosial, ekonomikal dan SPIRITUAL. Anak-anak pewaris SELENDANG MERAH dari Pontian hingga ke Sungai Manik, persiapkan kembali amalan anda pasti ianya perlu digunakan pabila sampai waktu nanti.
Ingin aku contohkan, marilah kita mengintai cara hidup kumpulan lebah. Mereka tidak menggangu orang, mereka memakan semua yang baik dari saripati bunga yang belum di ganggu atau di usik oleh mahluk lain, jika mereka hinggap di kelopak mana sekali pun kelopak bunga itu tidak tekoyak, mereka menghasilkan madu yang di perlukan oleh manusia, mereka berkumpulan dengan baik dan mereka akan bertindak jika kumpulan mereka di ganggu dan hak mereka hendak di ambil atau di curi.
Teruskan Perjuangan
Biar patah sayap aku terbang jua

Sunday, May 24, 2009

1 MALAYSIA, 1 PERJUANGAN

Aku tertarik dengan slogan yang di perkenalkan oleh YAB Dato Najib, 1Malaysia. Kebetulan beberapa bulan lalu aku dan beberapa sahabat yang terlalu sayang akan keamanan yang ada di Negara ini ada berbincang atas perkara keamanan tetapi tidaklah menggunakan slogan tetapi hanya sebagai PERPADUAN.
Untuk mempastikan Negara kita terus maju dan berada di dalam keadaan aman PERPADUAN di kalangan penduduk yang berbilang kaum perlu di pereratkan. Justeru itu, semua kaum perlu di hadkan dan mengawal emosi didalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama yang boleh menjadi isu.
Baru-baru ini Samyvellu mengesa Kerajaan supaya tidak menyokong resolusi Kerajaan Sri Langka di PBB dan Samyvellu di lihat sebagai menchampionkan LTTE, kalau Samyvellu tidak memahami sejarah LTTE baik jangan campur mulut. Lebih baik Samyvellu menerangkan kepada kaum India di Malaysia supaya jangan cuba nak jadi macam LTTE di takuti PERPADUAN kaum di Negara kita boleh terancam.
1Malaysia, pada aku mempunyai mesej yang sangat mendalam, aku pernah bersama dengan rombongan pelaburan ke China pada tahun 90han, dan wakil-wakil dari Negara kita yang terdiri darti berbilang kaum di sambut mesra di Beijing. Aku melihat keindahan dan penghormatan yang di berikan kepada semua tanpa mengira asal usul mereka. Mereka memanggil wakil kita yang berketurunan China sebagai "Malaysian" tidak sebagai "our comrade Chinese from Malaysia" ini jelas menunjukankan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan di iktiraf sebagai 1Malaysia.
Jadi, dalam PERJUANGAN melengkapkan konsep 1MALAYSIA, marilah kita sama-sama memikirkan kembali kesejahteraan dan keamanan yang kita nikmati di bumi bertuah ini dan yang lebih penting jangan sekali-kali kita mengungkit apa yang telah di persetujui oleh semua wakil bangsa yang ada semasa mencapai KEMERDEKAAN - OUR SOCIAL CONTRACT.
Teruskan perjuangan
Biar patah sayap aku terbang jua

Saturday, May 23, 2009

SINAMBUNGAN PERJUANGAN

Seorang sahabat lama bertanya kenapa aku menulis di blog. Sedangkan aku seringkali di undang untuk berceramah, aku katakan menulis dan membaca adalah penghidupan ku dan dari apa yang aku baca aku ceramahkan sebagai satu perjuangan berkongsi ilmu dan di blog ini aku dapat mendengar dan membaca pandangan dan komen dari pembaca yang tidak pernah aku kenal.
Pada setiap ceramah yang aku buat seringkali ada mereka yang menghampiri dan meluahkan masalah dan rasa hati, selalunya sewaktu selesai majlis dan aku di jemput untuk menjamu selera. Jadi penjelasan yang aku berikan adalah terbatas, tetapi malangnya aku tidak mempunyai waktu yang cukup untuk menerangkan bagimana mengatasi masalah mereka. Jadi dengan adanya blog ini mungkin aku mampu memberikan penjelasan yang lebih baik dan mereka mungkin dapat mengulangi apa yang aku katakan.
Bukan kah semua orang tahu yang hidup ini adalah perjuangan. Dari mula pandai merangkak hinggalah kita di usung kekubur semuanya PERJUANGAN, itulah makanya aku memulakan blog ini dengan kata mula -PERJUANGAN.
TERUSKAN PERJUANGAN

GERAKAN DENGAN CHIN PENG

Aku tertarik tulisan Awang Selamat berkaitan dengan gesaan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang supaya Chin Peng yang dah beumur 85 tahun di benarkan pulang atas dasar kemanusian.
Bagi Dr Tan, Pengerusi Gerakan PP, mungkin anda tidak pernah mengkaji dengan mendalam apa yang berlaku semasa Chin Peng mengepalai Parti Kominis Malaya (PKM), lupa kah anda akan kejadian "hartal 1968 di PP" dan tragedi 13 Mei 1969 - tragedi yang paling menyayat hati dan buruk dalam sejarah kita. Tidak payahlah aku ceritakan rentetan kejadian semasa pemerentahan "Bintang Tiga" selama 14 hari selepas Jepun menyerah, nanti aku bimbang anda akan salah tangap.
Pernahkah anda dengar Chin Peng memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala tindak tanduk yang telah di lakukan oleh PKM atas arahan dan kepimpinan beliau? Sudahkah beliau mengutus surat memohon maaf kepada waris-waris bunga negara yang gugur dalam mempertahankan kemerdekaan kita? Bagimana dengan anak-anak Mendiang Insp Chin yang di bunuh didepan keluarga mereka di Malim Nawar, Perak? Apa pula dengan waris Mendiang Kapt Chandran yang terkorban di Changkat Kinding? Begitu juga dengan waris Mendiang Kapt Hardev Singh Yang terkorban di Mong Gajah? Apatah lagi bilangan anak-anak watan yang berbangsa Melayu yang telah terkorban kerana mempertahankan kemerdekaan Negara tercinta ini.
Jadi, jika Dr Tan belum memahami sejarah dan sorotan liku-liku perjuangan untuk memastikan kedaulatan kemerdekaan ini terpelihara hingga kini baik lah jangan cuba untuk memberikan simpati kepada Chin Peng.
Walaupun kami telah lama berundur dari memikul senjata demi untuk negara, ingat andainya kedaulatan Raja-Raja dan bangsa kami di gugat kami akan tampil kemedan menghadapi apa jua ancaman kepada MALAYSIA tercinta ini.
TERUSKAN PERJUANGAN
Biar patah sayap aku terbang jua.

PILIHAN RAYA KECIL

Pilihan raya kecil akan berjalan di Penanti dan Manik Urai akan berjalan tak lama lagi. Pilihan raya juga perjuangan, ia itu perjuangan antara parti dengan parti dan antara calon dengan calon yang menawarkan diri atau pun calon yang nak jadi popular figure diatas pentas politik negara yang sedang bergelora dan berkecamuk ini.
Di Penanti sudah pasti berlaku pada 31 Mei ini dan calon yang bertanding pun sudah di namakan tempuh hari. Bagi semua calon aku ucapakan selamat bertanding tetapi bila berkempen itu jaga lah tatasusila hubungan kemanusian.
Kepada Dr Mansur yang pernah aku kenali di Jalan Dato Onn dulu, lebih mesra dengan panggilan "Chot" semasa di kantor dan waktu makan nasi kandar' kat Jalan Tuanku Abdul Rahman, aku harap perjuangan saudara bukan kerana taksub dengan baiath saudara kepada seseorang. Kerana masih aku ingat kata-kata kau semasa kita berkenalan di pejabat kau lama dulu. Ingin aku peringatkan kepada engkau, carilah perbedaan diantara setia dan taksub.
Perjalanan kita masih jauh dalam istilah perjuangan, dan antara ungkapan kata yang masih aku terdengar kau berkata "aku akan taat kepada pemimpin selagi pemimpin itu taat kepada Allah", perhatikan Chot jangan sampai ingatan ku ini makan diri kau nanti. Kau seorang yang jauh terpelajar dari pemimpin yang kau sanjung dan taksubkan, kan kita dah ceritakan dulu "adakah dia ni di kawal oleh agen asing?". Kau tahu apa itu espionage
dan kau juga faham akan subversion yang di laku kan oleh Uncle Sam terhadap dia dengan bermacam cara. Aku harap kau menang dan kembali ke perjuangan asal yang pernah kau dan aku bicarakan lama dulu.

Friday, May 22, 2009

CIRI-CIRI PERJUANGAN

Kelmarin telah aku catatkan ciri-ciri perjuangan, tetapi itu hanya sebahagian saja. Sengaja aku pecah-pecahkan kerana aku sentiasa melayan berbagai perkara yang di bangkitkan oleh sahabat dan kawan. Sering aku nasihatkan berikan tumpuan didalam sesuatu sabjek dahulu jangan ke hulu dan kehilir, di takuti nanti terjadilah apa yang di katakan oleh perpatah kita " yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran".


Untuk itu biar aku catatkan lagi ciri-ciri yang di perlukan didalam PERJUANGAN :-


7. Dalam mecapai matlamat yang telah kita pileh, sebuah perjuangan itu misti lah boleh berubah-ubah (flexibility). Ini kerana jalan menuju kejayaan pasti ada liku-liku nya dan kita perlu membuat manuvoure yang betul supaya kita tidak tersasar. Walau apa pun yang berlaku dan sebesar mana liku yang perlu di hadapi matlamat asal kita jangan berubah sehingga kita mencapainya.


8. Selepas itu misi mencari matlamat mestilah mempunyai keupayaan PENTADBIRAN yang baik dan sempurna. Ada kumpulan yang di lantik PEMIMPIN untuk memimpin perjuangan ini, pimpinlah dengan baik. Tadbirkan perjuangan ini dengan cekap, jangan tamak nanti boleh terjerumus ke arah RASUAH. Jika pemimpin sudah terlibat rasuah seluruh berjuangan akan berubah arah dan kegagalan pasti menanti di hujung jalan.


9. Setiap perjuangan itu perlu di ko-ordinasikan dengan baik, yang memimpin menjaga yang di pimpin, yang di atas melihat yang di bawah dan juga sebaliknya. Jangan letakan objektif materialisma mendahulu objektif perjuangan. Susunkan dengan baik dan penuh tanggungjawab dalam bentuk - accountability & responsibility. Pasti haruman perjuangan akan mendekati kita.


10. Setiap Perjuangan perlukan kawalan ekonomi, dana dan pembiayaan. Mereka yang diamanahkan hendaklah jujur dan ikhlas dalam mengawal sumber ekonomi dan dana yang ada. Jangan belot atau khianat, nanti matlamat perjuangan tidak jauh melencong.


Sahabat dan rakan amatilah apa yang aku catatkan ini kerana waktu sentiasa mencemburui kita ingatlah watu itu ibarat hidup bila ia pergi pasti tak akan kembali. Gunakan dan uruskan waktu dengan baik dan sempurna.


Teruskan perjuangan.

Biar patah sayap aku terbang jua.

SINAMBUNGAN PERJUANGAN

Malam tadi berbagai sms dan panggilan yang aku terima, rata-rata mereka memberikan komen yang membakar semangat untuk aku terus menulis di blog ini. Ada juga menyarankan supaya aku memberikan komen-komen yang lebih ganas bukan sahaja sindiran sinis. Kepada semua yang memberi respon aku hargai semua itu.


Kalian semua tahu cara aku berbicara, keturunan kita ada budi bahasa dan adab sopan yang di warisi, susun kata yang di didik kepada aku amat halus dan menghibur dan aku memileh untuk bersopan dengan bahasa yang terindah yang mampu aku pamerkan.


Aku tidak bersetuju dengan membahaskan sesuatu dalam nada rock atau kasar kerana mereka yang bertindak begitu sebenarnya tidak dapat mengawal diri mereka, lantas keluarlah bahasa-bahasa yang tidak indah. Kita orang "timur" dengan bahasa yang indah, bahasa kita untuk berkomunikasi bukan untuk menjajah. Bahasa kita untuk KEAMANAN bukan untuk MEMECAH BELAH.


Seorang sahabat membicarakan kepada aku tentang PPSMI, dengan nada yang tinggi dan begitu serious sahabat ini menyatakan BANTAHAN nya terhadap program PPSMI lantas aku tesenyum - aku katakan nanti aku komen di blog aku.


PPSMI


Sahabat, janganlah kita melihat sesuatu sebagai semata-mata negatif. Kalau tidak setuju sekali pun tak apa, tapi janganlah kita menjadi "soldadu catur politik" di arak kehulu kehilir konon atas nama PERJUANGAN.


Seperti yang telah aku lorekan di catatan awal ku tentang bagimana mengisi sebuah perjuangan, aku minta sahabat renungkan dan fahamkan, istilah MATLAMAT yang aku maksudkan. Perjuangan kita mengikut jalan ALLAH, jalan yang benar dan jalan yang di tunjukan oleh JUNJUNGAN BESAR MUHAMAD RASULULLAH.


Sirah yang aku pelajari tidak satu menceritakan tentang kemarahan BAGINDA sehingga BAGINDA mengeluarkan kata-kata yang kesat dan boleh melukakan hati pengikutnya, tapi di sebuah surau di kawasan RAWANG yang pernah aku singgah untuk bersolat ASAR tidak lama dulu, terdapat seorang USTAZ yang memberi tazkirah dengan janggut yang kurang teurus dan ketayap berwarna hijau putih. Ustaz yang berusia sekitar awal 40han itu memulakan tazkirah nya dengan baik, aku tertarik lantas aku terus duduk. Tetapi selepas kurang lebih 5 ayat di ungkapkan ustaz mula berceramah POLITIK dengan bahasa yang kurang senang ku dengar lalu aku mengucapkan salam dan berlalu.


Jauh lebih malang buat bangsa ku apabila percaya kepada orang bukan seagama mentafsirkan ayat-ayat ALLAH.


Amatilah perkara ini dengan hati yang tebuka, nescaya nur ALLAH akan menusuk ke jiwa kita yang kerdil ini.


Teruskan perjuangan dengan gigih dan fahamilah perjuangan ini.

Walau patah sayap aku terbang jua.

Hari esok akan aku pastikan lebih baik dari hari ini.

TERUSKAN PERJUANGAN

Bagi kelangsungan hidup PERJUANGAN adalah satu keperluan. Setiap yang hidup perlu berjuang, mahu hidup mesti berani berjuang dan kalau takut berjuang maka samapailah masa kita tidak perlu lagi hidup.


Maka marilah kita melihat apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam memacu sebuah perjuangan:-


1. Memileh satu MATLAMAT - kata lain untuk ini ialah Tujuan atau Objektif.

Dalam perjuangan perkara ini mestilah ada dan kekalkan sehingga ianya tercapai. Contoh -

Matlamat hidup ku ialah untuk melihat kejayaan anak bangsaku dalam semua bidang, walaupun pada dasarnya aku lihat kejayaan ini telah mula ada, namun pergeseran diantara mereka yang berebut kuasa telah mula menampakkan proses keciciran berlaku. Anak-anak muda telah di pesongkan pemikiran mereka dengan berbagai helah ada yang bermotifkan material, ada yang bermotifkan emosi dan bermacam lagi. Walaupun ini hanya sebagai penerangan ringkas, tapi aku ingin melihat generasi muda keturunanku terus memperkasakan contoh ini. Nanti di lain ruang akan aku bicarakan akan matlamat bangsaku.


2. Setelah memileh MATLAMAT - kita perlulah menjaga matlamat ini dengan betul supaya ianya tidak tergelincir dari landasan perjuangan yang bakal kita lalui.


3. Ofensif - kita mestilah bergerak dengan pantas dan gagah dalam mencapai matlamat perjuangan.


4. Berahsia - dalam mencapai matlamat perjuangn kita mestilah pandai berahsia dalam perkara-perkara sensitif agar setiap perkara yang kita ucapkan, rancangkan dan laksanakan tidak di salaherti atau di ketahui oleh mereka yang tidak senang dengan matlamat kita.


5. Kepantasan - dalam tugas-tugas yang dijalankan kepantasan semua aspek adalah di perlukan seperti perancangan, pergerakan dan perlaksanaan seperti kata Sun Tzu "bergerak sepantas arnab dan berwaspada seperti seorang dara"


6. Kerjasama - matlamat kita tidak akan tercapai jika kita tidak berkerjasama dalam kumpulan dan organisasi kita - nanti akan aku ceritakan bagi mana dua tangan berkerjasama.
Cukup buat sementara nanti aka kabarkan lagi, agar dapat membantu generasiku dalam meneruskan PERJUANGAN.
Salam perjuangan yang masih membara.
Walau patah sayap ku kan terbang jua.

Thursday, May 21, 2009

TERUSKAN PERJUANGAN

Selesai solat subuh aku, seperti lumrah harian ku, aku ke kamar komputer. Membaca e-mail dan sms yang di hantar, kebanyakanya adalah luahan hati rakan-rakan lama yang seakan merajuk, ibarat terasa diri mereka terpinggir.
Rakan-rakan dan kenalan sering kali mengadukan kepada aku kesempitan hidup di zaman mellinium ini dan bermacam pandangan dan nasihat yang di minta. Dari soal politik hingga ke masaalah rumah tangga, lalu ada yang mengajar aku bagimana membina blog ini dan gunakan keypad aku untuk mejawab semua persoalan yang di kemukakan atas dasar "PERJUANGAN",
Anehnya, ada yang bertanya mengapa aku memileh kata dasarku "PERJUANGAN" - Aku tersenyum, kerana aku melihat mereka sebenarnya telah mula hilang arah dalam menjalani kehidupan harian yang sentiasa memerlukan perjuangan.
Untuk ini, pagi ini aku mulakan kembali di keypad ini dengan coretan PERJUANGAN .
Lama aku tidak membuka kamus Dewan - untuk permulaan coretan ini aku semak kembali istilahkata PERJUANGAN "perihal berjuang untuk merebut, mendapatkan mau pun mempertahankan sesuatu" - nah kawan-kawan amatilah kata-kata itu. ada tiga perbuatan yang perlu kita pahamkan.
1. Rebut
2. Dapatkan
3. Pertahankan
Mungkin cukup untuk anda fikirkan buat masa ini, nanti aku sambung bila kelapangan. Jangan terlepas pandang, fahamkan kata-kata yang tiga itu dan lihat secara fizikal,emosional dan spiritual, dimana kata-kata itu dalam diri kita.
Salam perjuangan ku yang tak pernah pudar.
Biar patah sayap pasti aku terbang jua.
mawarhati

TERUSKAN PERJUANGAN

I wanted to go to bed, then this friend of mine called in, "Hey do you know that now a day you can be JUSA C at the age of 36 don't have to go through PTK?, wow! that is amazing if the news is so true. What will happened to the oldies in JPA, who has gone through so many courses even with PhD being left behind. Is it just because you are "charming" enough in the eye of KSN?

Please, eventhough I already left the PTD, don't do that. Do not practice favouritsm. The PM is showing some new direction - Senior PTD don't spoil the plans. Just because you like this pinky you must promote her bypassing 1000 over officers, officer get fed up with your decision and they punish the government.

Be sensible do thing rightly - JANGAN LAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN KSN

MENCARI ERTI PERJUANGAN

Aku berjalan di sepanjang Jalan Raja Laut berhadapan dengan DBKL, aku melihat kesibukan kota petang. Di jalanan deruman kereta dengan asap menganggu penafasan ku. Aku melihat kesibukan orang muda berlarian dan kepantasan mencari jalan pulang.
Namun, dalam kesesekan dan kesibukan itu masih ada aku lihat anak-anak muda yang tiada arah perjalanan mereka.
Anak-anak muda yang sebenarnya pewaris kepada Negara tercinta ini, masih bergelumang dengan ungkapan kosong yang mereka sendiri tidak mengerti malah adakalnya aku tersenyum sendiri kerana aku percaya anak muda itu belum mengerti apa itu perjuangan.
Bertanya aku, kenapa mereka tidak seperti generasi aku - apa kah mereka telah telalu mewah, pada aku tidak juga - mereka hanya penunggang motor kapcai, berbaju jualan bundle dan bersendal kaki yang hampir putus.
Mana maruah anak muda ini dengan rambut tak terurus, baju yang lusuh - aku bertanya kepada seorang anak muda "sudahkah kamu melalui PLKN" jawab nya "sudah -Pak cik" aku bertanya lagi, "apakah budaya ini yang kamu pelajari ?" lantas dia tersenyum "3 bulan, apa aje lah yang kami belajar"
Aku tersenyum dan terus berlalu. Aku faham anak muda ini tidak tahu dan mengerti apakah erti PERJUANGAN .
Nanti bila aku ada waku akan aku perturunkan APAKAH ERTI SEBUAH PERJUANGAN.
Salam manis - AKU MASIH HIDUP

MENCARI ERTI PERJUANGAN

AKU

AKU

Jangan di tangisi di pusara ku
Aku tiada di situ

Aku tidak perlu melelapkan mata lagi
Aku pergi bersama deruan bayu

Aku ibarat permata yang tidak pernah di gilap
Aku ibarat cahaya matari gagal menembusi awan

Diri ku sejernih titisan hujan
Jiwa ku sedigin salju
Pabila kau terbangun di ufuk pagi
Aku akan kehilangan dari mu

Aku hanyalah bintang kecil yang berkerdip di malam gelap
Tidak kau lihat pancaran cahayanya

Jangan di tangisi di pusara ku
Aku tiada di situ
Aku tidak mati

Pabila aku kembali
Pasti kau lihat sinaran baru

IBA - 1988- OXFORD UNI

Wednesday, May 20, 2009

CITA DAN HARAPAN

"JIKA KITA TIDAK BOLEH TERBANG, BERLARILAH.
JIKA KITA TIDAK BOLEH BERLARI, BERJALANLAH.
JIKA KITA TIDAK BOLEH BERJALAN, MERANGKAKLAH
TETAPI WALAU APA PUN BERLAKU, TERUSLAH BERGERAK"

"BERGERAKLAH PADA JALAN ALLAH DAN RASULNYA."