Tuesday, January 26, 2010

SAYAP YANG PATAH SEMBUH KEMBALI

(dalam melihat arahtuju usahawan MELAYU
selepas MECD dikuburkan)


Kelmarin aku masih berjalan sendirian
di pantai yang sepi dan kegersangan
walau ombak terus memukul pantai
anak-anak kecil berkeliaran
tapi tiada lagi deraian ketawa
hanya tinggal seekor merpati putih yang kepatahan sayap


Merpati itu tidak lagi mampu terbang
merayap mencari makan
aku merapati merpati itu
aku tinjau dan perhatikan
nyata sayap itu hampir sembuh
dalam diri aku berbisik sendiri
apakah merpati ini boleh terbang semula


Biar mengheret sayap yang kian sembuh
merpati itu bisa bergerak laju
bisa mencari dan mencatuk sendiri
biar tiada lagi bijirin yang di taburkan
dia bisa mencakar bumi mencari makan


Dalam senyum dengan dada yang membara
dengan gengaman padu di kedua tangan
aku angkatkan merpati putih
aku letakan ke dahan
aku mahu merpati putih terbang semula
aku yakinkan merpati itu
dua purnama akan berlalu
kau pasti terbang jua
aku ingin kau mencari makan di angkasa
tidak hanya mencatuk di bumi gersang


IBA 2010
Putrajaya

MENGAPA MENULIS BLOG

Aku mengambil masa yang agak panjang membaca dan mengkaji cara dan corak penulisan, pengurusan dan kaedah serta mencari objektif yang sebenarnya mengapa ramai mereka yang menulis blog. Kesemua blog yang mampu aku ikuti berjumlah 129, maka aku merumuskan perkara berikut :-
1. Ramai menulis sebagai hobi/suka-suka. Mungkin melihat kawan ada tulis blog maka mereka ikut sama.
2. 98.5% penulis blog yang aku lewati menyebarkan perkara yang tidak benar - secara jujur aku katakan sebagai fitnah.
3. 96% menulis hanya untuk melepaskan geram dan marah tanpa mengira impak yang akan di terima.
4. 98% menulis dengan hanya menceduk dari maklumat "hear say" atau sms palsu yang di sebarkan.
5. Ramai penulis tidak mempunyai pengetahun atau ilmu yang baik untuk di kongsi bersama.
6. Ramai menulis tanpa mempunyai objektif yang membangun.
7. Ramai memberikan komen tetapi hanya untuk mengutuk dan menambah fitnah bukan untuk memperbaiki atau memberikan cadangan yang membantu mencari penyelesaian dalam sesuatu isu.
8. Ramai yang tidak merasakan yang mereka bertanggungjawab dalam setiap aspek yang mereka katakan.
9. Paling malang kesemua 129 bloggers aku percaya terdiri dari gulongan MELAYU yang melaga-lagakan sesama Melayu hanya kerana mereka terlalu taksub kepada sesaorang "pemimpin" pilihan mereka, mungkinkah mereka mendapat upah untuk melakukan penulisan ini ? Wallah hu alam!
Aku ingin mencadangkan kepada bloggers supaya lebih bertanggungjawab didalam penulisan yang di pamirkan dan pilehlah objektif sendiri yang dapat di manfaatkan oleh pelawat blog kita, janganlah hanya kerana kita meluat atau benci kepada sesorang maka kita menghentam mereka sesedap jari kita mengetuk key board tanpa mengira apakah implikasi dari semua sudut seperti implikasi moral, keluarga, status dan sebagainya.
Tulislah dengan penuh ikhlas dan jujur, kalau boleh berikan input berpelajaran yang membina bukan membenci antara satu sama lain.
Menulis blog juga satu perjuangan, maka berjuanglah dengan betul dan berlandaskan hukum hakam yang di pakai manusia.
Selamat berjuang.
Patah sayap, aku terbang jua.

Friday, January 22, 2010

BILA CAMAR BERARAK PULANG

BILA CAMAR BERARAK PULANG


Mega senja mula menampakan diri
jauh-jauh anak nelayan berlarian
menuju pantai menunggu kepulangan
entahkan ada, entahkan tidak
desiran angin laut kian kencang
bersama dengan rintisan hujan

anak-anak tani meninggalkan dangau
anak-anak kota masih berkeliaran
mabuk dalam limpahan neon metropolitan
hanyut dalam lautan yang tidak berpantai
Entah dimana suara azan
hanya camar yang pulang senja

bila malam mula berlabuh
anak desa pulang ke pondaok usang
anak kota pula ibarat kelawar keluar sarang
masjid besar tidak berpenghuni
surau lama tidak berlampu lagi

aku mencari anak-anak kesayangan ku
dimana mereka mengembara
mengapa tidak pulang
apakah mereka tewas dalam desiran kota
apakah mereka lupa janji sejarah
ini pusaka milik kita
jangan dibiar dirampas mereka

Anak-anak kesayangan ku
Ingatlah pusaka peninggalan orang tua kita
mereka berhempas tulang, membina membangun
mengapa kau biarkan
mengapa kau lepaskan
bangunlah,pulanglah
harta ini masih milik kita
biar bersembur darah merah
biar hangus dibakar
kita tidak akan rebah

Port Dickson
IBA 2010

Wednesday, January 20, 2010

BAGIMANA CINTA HADIR DALAM HIDUP KITA

Ramai mereka yang cuba mendapatkan pendapat aku tentang bagimana cinta boleh hadir dalam penghidupan harian. Mungkin istilah cinta telah ujud sejak zaman Adam dan Hawa, persoalannya bagimana ianya boleh hadir?. Kalau mengikut kisah nabi Adam ianya mula ujud dalam diri Adam melalui pandangan nya apabila melihat sepasang burung bedua-duaan, lalu timbul rasa ingin untuk mendapatkan pasangan. Lantas Allah menjadikan Hawa sebagai pasangan Adam.


Nah! aku ceritakan di sini akan permulaan nya cinta dalam keujudan manusia berasal dari pandangan mata lalu di salurkan keotak melalui sistem perjalanan darah langsung ke sudut hati yang menimbulkan perasaan. Maka hendaklah kita selalu menjaga mata kita agar kita tidak selalu tertipu dengan pandangan.
Dari perasaan pertama ini cinta itu perlu di semai dengan baik agar ianya dapat tumbuh dengan sihat dan memberikan kekuatan yang positif. Kerana dalam memupuk kehidupan cinta pasti banyak onak dan ranjau yang perlu kita lalui.
Belum pun aku sempat menghabiskan coretan ini sudah ada rakan yang memberikan sms bertanyakan apakah aku sudah menyimpang dari landasan perjuangan yang aku wawarkan di awal penulisan blog ini. Sebenarnya bukan begitu, pasti aku mempunyai hala tuju yang mana pasti akan menjerumuskan kepada membina cinta kepada perjuangan agama dan bangsa.
Aku melakukan begini kerana telah aku temui terlalu ramai anak bangsa aku yang tersasar dari jalan cinta kepada perjuangan dan istilah perjuangan itu terlalu luas dan panjang untuk di coretkan.
Tidak tepat kalau kita hanya membicarakan cinta itu hanya dari pandangan sahaja, telinga juga mempunyai peranan menyalurkan pendengaran yang juga boleh menimbulkan perasaan cinta lantas perasaan ini mungkin juga mempengaruhi penghidupan kita.
Pasti aku sambung lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

Friday, January 15, 2010

APABILA HATI DI USIK KEMBALI

Dalam waktu aku mencari dan membongkar semula kotak-kotak buku dan catatan khazanah aku, yang amat aku lindungi untuk mencari puisi-puisi lama yang pernah aku tuliskan, ramai pula rakan-rakan sembang dan penulis blog yang menghubungi aku meminta aku menulis di blog ini dalam bentuk lebih kritis dan di selangi dengan puisi atau sajak yang aku catatkan. O.k bagi aku untuk menulis dalam apa bentuk sekali pun, tetapi aku dapat merasakan ramai yang tidak dapat terjun sepenuhnya dalam puisi yang aku berikan, kerana perbedaan zaman dan ketika membuat mereka tidak dapat mengupas apa yang tersirat dalam puisi aku.
Aku juga terkejut apabila tidak kurang mereka yang bertanyakan apakah aku menulis berdasarkan sesuatu kisah lalu yang sukar aku lupakan atau hanya sekedar dari kacamata pandangan dan pendapat sahaja. Secara jujur aku mengakui bahawa setiap penulisan aku adalah berlandaskan sesuatu pengelaman bukan hayalan semata. Namun ada juga aku selitkan beberapa pandangan yang aku kira sejajar dengan perubahan waktu.
Ramai yang meminta aku mengulas sesuatu berkaitan dengan cinta, mungkin ini hasil dari mereka yang pernah mengikuti program aku yang bertajuk "Mengenal cita-cita, cinta dan harapan" biasalah dalam seminar ramai yang tak hendak bertanya tapi bila dah habis barulah nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka.
Untuk memenuhi permintaan ini aku mulakan mukaddimah ini dengan memahami akan kalimat cinta dahulu.
CINTA dari kacamata kajian adalah suatu perasaan atau berperasaan untuk atau ingin memiliki sesuatu yang di inginkan dalam apa bentuk sekali pun. Mungkin ianya dalam bentuk realiti atau ilusi malah sesuatu dalam apa yang di katakan sebagai fatamurgana.
Apa yang di katakan dalam bentuk realiti ianya sesuatu yang dapat di lihat dengan pancaindera dan dapat di rasakan secara fizikal, jadi di sini ianya lebih mengatakan kepada sesuatu pencarian terhadap materialisma.
Yang dikatakan sesuatu dalam bentuk ilusi pula ialah sesuatu yang tidak dapat di lihat dan dirasa. Dalam ertikata lain ianya apa yang di klassifikasikan sebagai emosi, di mana hanya mereka yang terlibat sahaja dapat merasainya dan dapat menggambarkan nya. Maka itu selalunya cinta itu akan di luahkan dalam bentuk perasaan, yang tidak salah jika aku katakan luahan cinta itu selalunya terlalu abstrak. Contoh, semasa bercinta atau semasa dalam kemarukan cinta seorang kekasih akan meluah ungkapan "lautan api sanggup ku renangi" tetapi dalam realiti jika terdapat lautan api mungkin dia yang lari dahulu............
Lebih teruk lagi semasa melayari percintaan semua nya nampak indah, mengapa - kerana dalam percintaan sepasang kekasih akan cuba menjaga hati dan perasaan, tidak salah aku katakan - apabila sudah di satukan atas dasar cinta selalunya berubah.
Jadi mungkin benar kalau aku katakan cinta itu hanyalah mainan perasaan pada dan ketika ianya di ucapkan atau pada dan ketika datangnya perasaan atau berperasaan, dalam percintaan semua akan di janjikan bak kata dalam bait sebuah lagu " kegurun pun ku ikut dan ke kutub akan ku turut" bukankah lidah kita terlalu lembut untuk berkata-kata tetapi apabila sampai ketika nanti tubuh kita terlalu keras untuk menurut apa yang di ucapkan oleh lidah kita.
Dari itu untuk bercinta perlulah kita benar-benar memahami kalimat indah itu semuga kita tidak menjadi korban dalam percintaan.
Nanti aku sambung lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

Tuesday, January 12, 2010

DALAM SENYUM ADA TANGIS

DALAM SENYUM ADA TANGIS


Kelmarin, aku bujukan anak itu
Aku keringkan airmatanya
Jelas terdampar kembali senyumnya
Aku bakarkan api jiwanya
Aku perbetulkan langkah perjalanan nya

Tapi, semalam aku temui kembali anak itu
Walau dia terus menguntum senyum
Namun aku lihat tubuhnya bergetar
Lantas, aku hampiri lagi
anak kecil cuba mengorak senyum

Tapi, kan aku jauh dewasa
Kan aku lebih mengerti
apa ada dalam senyum itu
lalu, aku bilang lagi
Nyalakan api jiwa mu
mantapkan genggaman mu
Teruskan langkah mu
jangan mundur lagi
Sekali melangkah kehadapan, teruskan

Kerana, didalam diri mu terletaknya harapan
Harapan diri mu
Harapan keluarga mu
Harapan bangsa mu
harapan Agama mu
harapan Negara mu

Itulah amanah tanggungan mu
teruskan penuh gigih
kau pasti berjaya
Yakinlah, kau akan berjaya

Port Dickson
2010

IBA

Monday, January 11, 2010

BILA JENDELA SEPI DI KETUK LAGI

BILA JENDELA SEPI DI KETUK LAGI
(Buat anak-anak bangsa ku)
Dalam kesamaran senja yang berlabuh
kekaburan mata tua ini yang kian usang
mengapai-gapai mecari tongkat
dalam menanti bila fajar akan kembali
anak kecil itu masih bertanya lagi
dimana ayah bonda kami
dimana harta warisan kami
Ku bujukan anak kecil dengan senyum dalam pertanyaan
mengapa anak ini bertanya begini
mengapa anak ini tetiba merasai sepi
mengapa anak ini meminta hak mereka
Ku gengam erat jejari kecil yang masih rapuh
ku pimpin dengan semangat kental
berjalan menuju pelabuhan penuh waspada
Aku bisikan pada anak kecil ini
perbetulkan langkah kamu
bukakan dada kamu
lapangkan minda kamu
tajamkan pandangan kamu dalam kesamaran ini
Aku ingatkan lagi
Diluar jendela sepi ini ada fatamurgana
bisa menipu kita
ada kata manis, bisa melalikan kita
ada poitreat indah, penuh berhelah
awasi langkah mu, jangan terjatuh
bila jendela sepi ini di ketuk lagi
kau perlu lebih berhati-hati
Kuala Lumpur 2010
IBA

Sunday, January 10, 2010

RUMAH KECIL DI SAMBAR API

RUMAH KECIL DI SAMBAR API
(Buat mereka yang menentang keputusan Mahkamah berkaitan penggunaan kalimah ALLAH)


Dalam tenang hening malam
dengan deruan bayu membadai
dalam khyusuk mengira tasbih
benak aku terjaga dengan perhetongan

Riuh kepuk di luaran
merobek sudut hati ku yang aman
tetingkap kamar ku di lontarkan
dedaun pintu ku di kopakan
Lantas anak-anak ku terbangun
terjaga dari ketiduran

Ku genggam erat jejari kanan
Ku bukukan dengan kegeraman
Mengapa rumah kecil aku mendapat gangguan
Mengapa rumah kecil ini perlu di bakaran
Kini semarak api ini sukar di padamkan

anak-anak ku berhimpun terus
Mengawal api kebakaran
teruskan dengan kegigihan dan kesabaran
semboyan kebakaran telah di tiupkan
kau tidak wajar hanya bertahan
bangun kini dengan langkah keperwiraan
menentang api kebakaran
pastikan rumah kecil kita terus tegap berdiri
tidak lagi di sembur dengan kebakaran


Kuala Lumpur 2010
IBA

TANGISAN ANAK KECIL

TANGISAN ANAK KECIL
(Buat mereka yang pernah menghadiri kursus di BTN)
Dalam hilai ketawa kegairahan di sudut malam
Aku melihat seorang anak kecil menyusur jalanan
Aku tanya kemana arah tujuan
Anak kecil dalam keseduan
Aku lihat lilihan airmata berjatuhan
Lantas aku bertanya lagi
Apa aku bisa menghulur bantuan
kerana kau dan aku sealiran dari serumpunan
Anak kecil membuka cerita
Ibarat burung kecil ingin terbang
Namun malang kini patah sudah sayapnya
Aku usap rerambut lurus
Dengan jemari yang penuh khudus dan keinsafan
Aku dongak kan kembali dedahi anak kecil ini
Dengan nada penuh syhadu
Aku bisikan kepada anak kecil
Pegang kuat jejari ku
Akan ku bantu kau terbang semula
Pasti satu pagi nanti
kita akan sama membentas angkasa
pasti di dini hari nya
kita akan sama membadai samudera
Ayuh! bangunlah anak kecil
kamu tidak kalah kerana tergelincir kaki mu
perbetulkan baris mu
bersama kita mencari pelangi senja
pasti kita akan bertemu jua
Hamburg 1989
IBA

Friday, January 8, 2010

Apabila ombak memukul pantai

Setelah kian lama aku tidak menulis kerana kesibukan amanah yang di pikul, kini aku kembali ke keyboard semula, tetapi dengan jalan penulisan yang berlainan. Aku memilih untuk memuatkan kompilasi puisi yang pernah aku coretkan dalam menjalani kehidupan harian. Untuk permulaan semula ini aku perturunkan puisi yang aku coretkan semasa berada di pantai Mediterranean tidak jauh dari Malaga, Sepanyol.
Apabila ombak memukul pantai
Dalam kesepian perjalanan
ada bayu menjadi teman
dalam terik matari petang
ada bayu yang mendinginkan
dalam kepedihan mata menentang sinar
ada awan yang melindungkan
Perjalan ini kian jauh
kadangkala mencari tujuan yang tak pernah nyata
kadangkala mencari pelangi yang kian melari
aku mengerti, erti sebuah perjalanan
ibarat jarum jam yang bergerak
aku merenung setiap detik itu
sering aku bertanya bila ia akan berhenti
Pabila aku renung kesan hentian itu nanti
aku menjadi cemas
aku bertanya sendiri
dimana aku berada?
aku menoleh ke kancah yang aku bawa
aduh! mengapa bekalan amat berkurangan
lalu, aku hentikan perjalanan ini
disuatu sudut pantai yang sepi
lantas aku menghitung buih-buih ombak yang memukul pantai
Dalam lamunan dini petang
aku terjaga dengan kesayupan azan
walau jauh kedengaran, namun menusuk kejiwa ini
Aku terhenti lalu bersujud
mencari bekalan untuk meneruskan perjalanan ini
Malaga 1992
IBA