Wednesday, August 26, 2009

USAHAWAN PENGKHIANAT BANGSA

Aku mengikuti inkues kematian Teoh Beng Hock dengan harapan aku akan mendapat gambaran yang lebih jelas di atas sebab kematian mendiang. Bukan kerana aku menyebelahi mana-mana pihak tetapi kerana aku dari awal lagi mempunyai tanggapan kemungkinan besar si mati tertekan dan mengambil tindakan membunuh diri.
Dari perkembangan inkues yang aku ikut melalui dada akhbar, aku dapati seorang peguam yang sedang mencari populariti menggunakan cara interrogation dalam inkues ini dan aku rasa cara yang di pamerkan oleh peguam tersebut seakan untuk memaksa saksi menurut apa yang dia lakarkan dalam senario beliau sendiri. Itu aku tidak peduli kerana memang kerja peguam selalu nya benda yang betul di salahkan dan orang yang salah di buat nya nampak tidak salah, kan kerja mereka nak confusekan hakim - janji bayaran mereka di jelaskan. Maka keluarlah surat misteri di saat-saat akhir.............. itu lu punya kerja.
Yang menjadikan aku terkejut apabila terdapat maklumat yang di dedahkan oleh SPRM di mana beberapa syarikat kelas F Bumiputra yang di pergunakan untuk menipu kerajaan sedangkan mereka tahu perbuatan itu salah. Aku harap SPRM akan segera mengambil tindakan kepada pengkhianat-pengkhianat bangsa ini dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Ini lah yang aku katakan bangsatnya segelintir ANAK BANGSA AKU, yang sanggup menjadi dalang dan boneka. Dalam marah aku, aku terbayang mereka pengkhianat ini turut mengikut jejak langkah kepimpinan yang ditunjukkan oleh pemimpin yang mereka sanjung yang sering menunjukan kesalahan orang lain dan sanggup bersekongkol dengan penentang program kemajuan MELAYU.
Nah! anak BANGSAKU, bangun dengan segera, jangan jadi pengkhianat bangsa, bersatu membantu memajukan bangsa kita yang sering di perlekehkan dan di katakan sebagai malas dan tidak pintar. Aku seringkali berkerjasama dengan banyak institusi pengajian tinggi, aku dapati ramai anak BANGSA ku yang pintar dan berkedudukan, mari kita bangun bersama membantu BANGSA kita dan kita PULAUKAN mereka yang menjadi PENGKHIANAT BANGSA.
Kepada mereka yang selama ini telah menjadi barua dan boneka hanya untuk kepentingan sendiri ingatlah dan kembalilah kepangkal jalan, jangan jual maruah bangsa kita, bak kata kalau nak melacur sekali biarlah untung semua untuk sendiri. Hentikan jadi PENGKHIANAT dan akhir sekali dalam kemarahan ini aku menyeru kepada semua yang mempunyai pertalian dan perwarisan SELENDANG MERAH sila hubungi aku melalui blog ini.
Teruskan perjuangan.
Patah sayap aku terbang jua.

Monday, August 24, 2009

ANCAMAN KEPADA KELUARGA

Aku di datangi oleh seorang sahabat lama yang setahun lalu mengamalkan poligami. Selama ini aku mendapat gambaran yang mereka amat bahagia dengan kedua buah keluarga sama-sama di berikan perhatian dengan saksama. Tiba-tiba sahabat ini memberitahu aku yang dia telah melepaskan isteri yang pertama. Aku amat terkejut dan dalam hati aku amat sukar untuk menerima perkara yang di beritahu ini. Namun aku percaya sahabat ini telah membuat keputusan yang amat berat selepas mempertimbangkan nya dengan begitu lama. Maklumlah usia poligami beliau telah mencecah setahun.
Dari kajian yang aku buat sebelum ini dan dari luahan hati sahabat itu aku dapat merumuskan beberapa perkara :-
1. Gagal nya sesebuah poligami biasanya berpunca dari pihak luar dari mereka yang terlibat dalam institusi poligami itu, contoh saudara mara yang kurang senang apabila melihat mereka yang terlibat dalam keadaan bahagia. Seorang ibu yang marah melihat anak nya di madukan akan sentiasa memberikan pandangan yang negatif kepada anak nya terhadap menantu yang berpoligami, begitu juga seorang kakak akan juga melakukan begitu kepada adik nya yang bermadu.
2. Poligami juga akan menjadi masaalah yang membebankan si suami jika perasaan cemburu yang terlalu meninggi dalam jiwa si isteri. Walaupun cemburu boleh menggambarkan kasih dan cintanya si isteri kepada suami, namun berlebihnya cemburu akan merusakan sebuah keluarga.
3. Kegagalan juga boleh di sebabkan oleh sikap si suami yang hanya mementingkan sebelah pihak sahaja, sedangkan orang yang berpoligami perlu menyedari yang kasih sayang perlu di agihkan secara adil.
4. Kekuatan polgami bukan sahaja terletak pada keupayaan kewangan atau kejantanan sesaorang suami terapi ianya lebih kepada keupayaan suami mengawal emosi dan mentadbirkan diri dengan baik.
Poligami adalah di benarkan oleh agama kita seperti yang kita sering didengarkan, sabda Rasullullah " Kawinlah kamu, dua, tiga atau empat, tetapi jika kamu takut tidak berlaku adil maka kawinlah satu sahaja."tetapi perkara poligami tidak pernah di sentuh dalam upacara nikah kawin, sedangkan poligami adalah satu perkara yang besar kemungkinan berlaku kepada setiap mereka yang bergelar suami dan di madukan adalah satu perkara yang boleh berlaku pada setiap perempuan yang bergelar isteri.
Maka aku berpendapat dalam upacara pernikahan adalah penting di terangkan kepada bakal isteri yang kemungkinan beliau di madukan. Jika ini berlaku beliau mestilah bersedia untuk menerima keadaan tersebut dan jangan sekali-kali menentang kebenaran Allah untuk suami berpoligami.
Mungkinkah perlu mereka yang bakal terlibat dalam polgami ini menghadiri seminar yang aku kendalikan dalam tajuk "PERSIAPAN UNTUK MENJADI MENTUA DAN MENERIMA MENANTU" Kalau berminat sila hubungi Institut Pengurusan Melaka.
Lain kali aku cerita lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

Saturday, August 22, 2009

ANCAMAN KEPADA IBADAH DI BULAN PUASA

Di bulan yang mulia ini aku ucapan selamat menjalankan ibadah puasa dan aku menyeru kepada semua ummah tidak kira apa sekali pahaman politik mereka buatlah perkara-perkara yang baik yang mendapat rahmat dari Allah dan jauhkan dari menaburkan fitnah dan membuat perkara yang boleh meletakan kita di pandangan yang di murkaii Allah. Amin!!!!!!!!!!
Di bulan ramadhan ini juga akan bertambah peluang bagi kita untuk mendapat rahmat dari Allah, sebagai contoh rahmat dari segi ekonomi - bertambahnya pasar ramadhan di seluruh Negara. Aku amat tetarik melihat keghairahan usahawan ramadhan menjalankan urusniaga mereka di merata bazar yang aku lawati semalam.
Aku cuma terfikir bagimana situasi sebegini dapat di kekalkan sepanjang tahun bagi membolehkan usahawan kecil Melayu ini terus memajukan usaha mereka. Apakah perlunya pihak tertentu mengadakan promosi bagi menempatkan usahawan kecil di satu lokasi yang strategi bagi membuka peluang untuk mereka terus berniaga di luar bulan ramadhan.
Aku juga berpendapat bahawa pihak yang terlibat dengan menjana kemajuan pengusaha Melayu dalam perniagaan perlu lebih serious dalam mendapatkan lokasi yang strategi bagi usahawan Melayu, bukan hanya di tempatkan di kawasan bawah tangga atau sudut terpencil di sesuatu komplek perniagaan.
Pihak berwajib juga perlu menentukan tiada nya kumpulan "orang tengah" dalam menempatkan kumpulan peniaga ini, seperti yang terdapat di bazar ramadhan, dimana semua mereka berniaga dengan gigih di permulaan yang sama. (They started from the same startting block).
Fikirkan akan ancaman ibadah kita yang berlaku di bulan yang mulia ini, bagi kaum wanita semasa beasakan di bazar jaga maruah diri, jangan semua dilanggar aje, di takuti nanti ada penyeluk saku dan peragut. Ingat mereka yang menjadi peragut dan penyeluk saku tidak tahu mengira bulan, pada mereka semua serupa. Bila ada peluang mereka akan menjalankan kegiatan mereka.
Begitu juga pastikan semua kediaman di kunci dengan baik sebelum anda ke masjid untuk sunat tarawikh, di takuti anda balik nanti ada orang dah tolong selongkar atau kemaskan rumah anda dan tingkatkan kasih sayang sekeluarga di bulan ini dengan berjemaaah bersama setidak-tidaknya di waktu subuh. InshaAllah semua kita akan mendapat berkat. Amin!!!!!
Patah sayap aku terbang jua.

Friday, August 21, 2009

ANCAMAN AKIDAH

Beberapa hari yang lalu aku mencoretkan bantahan aku terhadap kenyataan YAB Menteri Besar Kelantan - Tok Guru. Aku juga memberikan sedikit contoh dari apa yang aku pelajari dari kitab-kitab yang selalunya menjadi rujukan dalam hal-hal agama. Aku berharap dengan kejahilan ilmu dan serba kekurangan dalam diri aku ini Allah s.w.t akan memberikan aku kekuatan dan panduan agar iman yang ada ini tidak terpesong dek ragam politik manusia yang konon nya amat arief dalam soal agama.
Aku juga melihat kebelakangan ini beberapa tokoh agama telah di pergunakan dan masih lagi di gunakan oleh mereka yang berjawatan melalui politik untuk mengadakan ceramah-ceramah khusus. Ini amat ketara di negeri Selangor, di mana foram perdana di adakan pada saban minggu di hampir semua masjid dengan objektif politik.
Kepada sahabat dan rakan yang mengenali aku secara peribadi, dan yang selalu menghubungi aku untuk mendapatkan pendapat dan pandangan atas perkara modal insan dan keagamaan, aku ingin nasihatkan supaya berhati-hati dalam mendengar ceramah-ceramah ini. Betul semasa memberikan pendapat dan penerangan tokoh-tokoh agama terlibat telah memberikan sebaik pandangan, tetapi semasa menggulung atau menganalisakan nya, selalunya di lakukan oleh orang politik. Seperti yang kita sedia maklum mereka ini akan menganalisakan nya menjurus kepada pahaman politik mereka.
Sahabat, rakan dan saudara-saudara yang melayari blog aku ini, inilah yang aku anggapkan sebagai ancaman akidah kita di zaman ini. Berbagai cara yang di lakukan, dari menyebarkan tomahan dan membuka aib orang, fitnah dan menaburkan cerita yang tidak dapat di kenali akan sumbernya hinga kepada kelas agama dan tazkirah di surau dan madrasah, aku seringkali berdepan dengan penceramah politik berserbankan ustaz. Ini amat berbahaya. Ada ketika aku sengaja membawakan beberapa persoalan kepada penceramah-penceramah ini, kebanyakan mereka lari dari menjawabnya malah seringkali menyalahkan kerajaan yang ada.
Aku terpanggil untuk mengemukakan perkara ini kepada ummah, dengan harapan nak berpolitik, berpolitik lah tetapi jangan lah sampai kita tergadai akidah. Ingatlah semua ini akan di pertanyakan kepada kita di hari yang di panggil yaumul hisab nanti.
Bagi aku di dunia ini aku lebih ingin melihatkan bangsa aku bersatu dalam mencapai objektif duniawi dan mencari ketenangan bagi bekalan akhirat nanti.
Nasihat aku kepada semua pemimpin politik Melayu, bersatulah demi keutuhan kesatuan Bangsa kita, demi peningkatan ekonomi kita, demi masa depan keturunan kita dan kesinambungan KEPIMPINAN MELAYU. Janganlah nanti terjadi perpatah lama itu kepada kita bak kata "ayam menang sabung, kampong tergadai". Sebelum ini terjadi fikirkanlah.
Teruskan perjuangan kita.
Patah sayap aku terbang jua.

Monday, August 17, 2009

ANCAMAN KESELAMATAN RAKYAT

Aku sebenarnya hendak menyambung akan coretan berkenaan dengan ancaman keselamatan kepada usahawan Melayu, dengan tujuan untuk berkongsi pendapat dan pandangan kerana aku pun mula nak menceburi bidang usahawan. Tetapi benak di kepala aku memikirkan pekara lain yang aku terpanggil untuk memberikan pendapat demi untuk Negara tercinta ini.
Semasa aku mebelek surat khabar hari ini, aku terpandang satu kenyataan yang di buat oleh Tok Guru (YAB Dato Nik Aziz), lagi Tok Guru menyebut berkenaan dengan syurga bukan untuk penyokong parti yang melawan atau menentang PAS. Aku terkejut dan bertanya sendiri apakah beliau yang menentukan siapa yang akan masuk syurga??
Tok Guru nak berpolitik, berpolitiklah tapi jangan main dengan ugama, kerana ini boleh memecahkan keimanan sesaorang. Aku terpaksa mencabar Tok Guru supaya adakan bancian di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan bandar-bandar yang terdapat kelab-kelab dang dut, perhatikan berapa ramai GRO yang berasal dari KELANTAN???? Kenapa mereka memileh menjadi GRO sedangkan mereka berasal dari sebuah negeri yang mendapat jolokan SERAMBI MEKAH!!!!!!
Kebelakangan ini juga terdapat terlalu banyak lapuran dan coretan di dada-dada akhbar akan kisah-kisah yang menyayat hati di mana anak-anak kecil di bunuh dan di buangkan sebagai bangkai binatang, cuba lihat dari manakah kejadian ini bermula.
Tok Guru, jangan cakap berkenaan syurga, aku ingin ingatkan dalam kitab Ihyak Ulumuddin Imam Ghazali ada mengisahkan berkenaan seorang ahli sufi perempuan yang bernama Rabiatul Adauwiyah, dia dalam doanya mengatakan "Syurga milik Mu Ya Allah, Neraka juga milik Mu Ya Allah, Aku juga milik Mu Ya Allah, aku beriman kepada Mu Ya Allah kerana takutkan adzab Mu Ya Allah. Maka aku pohonkan kepada Mu Ya Allah letakan aku di tempat yang Engkau akan tentukan Ya Allah"
Nah! aku katakan yang ini doa seorang ahli sufi yang di sebut oleh Imam Ghazali tapi kenapa Tok Guru sewenang-wenang dan begitu mudah menentukan syurga. Masha Allah! aku bermohon semuga Allah memberikan petunjuk kepada seluruh umat Islam di Negara ini supaya tidak menjadi fasik kerana dek politik.
Bekerjasama dengan UMNO tidak boleh, kebebasan menjual arak dan membina kuil di kawasan yang ramai penduduk Islam di benarkan, apakah ini???? Tok Guru dan mereka yang terlibat akan di tanya lebih dulu dari kami yang kurang ilmu ini. Di dunia hari ini anda boleh meyesatkan Ummah dengan objektif politik anda, ingat apabila sampai Syarakatul maut anda akan melihat apa yang menanti.
Sekali lagi aku minta janganlah ugama dijaja hanya kerana inginkan kedudukan. Kembalilah kepangkal jalan, taubatlah sebelum pintu taubat itu tertutup. Seruan ini untuk semua mereka yang menjaja ugama untuk kepentingan sendiri dan politik.
Patah sayap aku terbang jua.

Saturday, August 15, 2009

KESELAMATAN USAHAWAN MELAYU

Kelmarin aku dah bukakan sedikit coretan berkaitan dengan pengenalan kepada ancaman yang di hadapi atau bakal di hadapi oleh mereka yang bergelar atau yang menceburkan diri dalam bidang usahawan. Sengaja aku coretkan dalam bentuk ilmiah kerana aku ingin mereka yang berada dalam bidang berkaitan membaca dan memberikan komen atau pertanyaan dalam blog ini bukan melalui handphone, nanti selalu minta telefon balik kredit dah habis.
Apabila kita telah memahami apakah keadaan yang dikatakan selamat untuk berniaga atau melibatkan diri dalam sesuatu perusahaan, maka perlulah kita memahamai pula apakah ancaman atau bakal ancaman yang akan kita hadapi, izinkan aku mengambil prinsip yang di tulis oleh Sun Tzu lebih 2000 tahun lalu "Kenali diri kita, kenali musuh kita, kita tidak akan gentar menghadapi 1000 peperangan".
Nah! anggaplah medan perniagaan itu sebagai satu medan perperangan yang memerlukan banyak perancangan, persiapan, tipu helah, strategi dan bermacam lagi yang perlu di fikirkan - jika nak berjaya! dan melangkah ke era yang lebih mencabar - kalau tidak, selamanya kita akan bergaduh jual kuih udang macam orang Alor Gajah.
Untuk mereka yang ingin menceburkan diri ke medan perniagaan dan perusahaan, prinsip yang sama dengan perjuangan, seperti yang telah aku coretkan di awal blog ini perlu di fahami dan di amati dengan jelas. Kerana prinsip-prinsip itu telah aku kaji dengan begitu mendalam dan aku percaya ianya sesuai di aplikasikan dalam semua bidang.
Bagi mengenali dan memahami akan aspek-aspek ancaman keselamatan perniagaan aku akan coretkan secara berperingkat :-
1. Pengetahuan asas - walaupun perkara ini selalunya orang menganggap tidak penting, tetapi setelah aku amati dengan teliti ianya boleh menjadi advantage dan boleh jadi musuh kita dalam perniagaan. Kerana tidak mempunyai pengetahuan asas kita ibarat seorang yang bertutup mata memasuki sebuah gelanggang tinju dan terlalu masak dengan pengetahuan asas selalunya menyebabkan sesaorang itu over confiden dan terlepas pandang. Pada aku ini adalah ancaman pertama yang wajar di berikan perhatian dengan mendalam.
2. Galakan keluarga - Galakan keluraga sesuatu yang amat diperlukan oleh setiap mereka yang menceburi bidang perniagaan, jika tidak bermacam perkara kan timbul dan dari pengelaman aku ada yang sampai bercerai -berai dan tidak kurang juga yang tambah periuk.
3. Modal - selalunya aku dapati ramai mereka yang bergelar usahawan muda menghadapi masaalah modal, secara prinsipnya perkara ini berlaku kerana mereka tidak menjalankan kajian atau analisa situasi dengan betul. Modal yang banyak menjadi aset, modal yang kurang menjadi liabiliti dan tak ada modal menjadi ancaman.
Bila free aku sambung lagi..........
Patah sayap aku terbang jua.

Friday, August 14, 2009

ANCAMAN KESELAMATAN USAHAWAN

Ramai mereka yang memulakan perniagaan lalu bergelar "usahawan". Hampir kesemua mereka yang bergelar usahawan ini menceburkan diri ke bidang entrepernur dengan sukarela dan begitu enthuias sekali dan selalunya mereka akan mengatakan yang mereka sebenarnya telah bersedia. Mungkin dari sudut mental mereka berkata meraka bersedia dan redha dengan apa jua cabaran yang akan di hadapi. Tetapi di sudut hati dan emosional setiap usahawan terdapat satu ruang yang mengerikan mereka ia itu KERUGIAN.
Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah fenomena KERUGIAN ini, yang aku coretkan dalam bentuk ancaman kepada mereka yang bergelar usahawan. Walau bagimana sekali kejayaan yang di kecapi oleh seorang usahawan, percayalah di sudut hati mereka akan terselit fenomena ini, yang membezakan mereka ialah bagaimana mereka menangani fenomena ini.
Semestinya seorang usahawan itu akan merasa lega dan cofiden jika perniagaan meraka beroleh keuntungan tetapi mereka akan menjadi resah dan gelabah jika mula mendapat indekasi yang pelaburan mereka mengalami kerugian. Inilah penyakit atau virus perniagaan yang amat di geruni oleh semua usahawan.
Nah, mari aku coretkan sedikit apakah yang di katakan keselamatan usahawan - ia itu satu keadaan di mana seseorang usahawan itu dapat menjalankan perusahaan atau perniagaan nya dengan tenang tanpa sebarang gangguan sama ada secara direct atau indirect terhadap apa yang di usahakan, maka situasi begini di katakan keadaan yang selamat bagi semua yang bergelar usahawan, pasti aman dan bergaya.
Bagaiman pula datangnya ancaman kepada usahawan ?, inilah yang perlu di ketahuai oleh mereka yang bergelar usahawan atau yang bercita-cita untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Sebelum aku menceritakan akan ancaman yang boleh di hadapi oleh usahawan aku akan kenalkan dahulu apakah keadaan yang perlu untuk membuka peluang kepada para usahawan :-
1. Keadaan atau situasi yang aman dan harmoni - keadaan sebegini amat di perlukan. Dimana tiada kejadian demonstrasi atau pergaduhan di dalam negara kita, maka kaum pengusaha pun akan rasa tenang dan dapat membuka gedung perniagaan mereka sama ada kecil maupun besar.
2. Terdapatnya permintaan atau demand kepada punca perusahaan mereka. Dalam suasana yang aman dan tenang pengguna akan berani keluar uantuk berbelanja, semua yang di dagangkan akan selalu mendapat permintaan.
3. Terdapatnya bekalan kepada setiap permintaan, maka urusniaga akan dapat di jalankan.
4. Terdapatnya industri kecil dan serdahana yang akan membekalkan permintaan dari gulungan peniaga, maka peluang pekerjaan bagi semua peringkat akan terbuka.
5. Untuk membolehkan industri kecil dan serdahan berfungsi, mereka memerlukan bahan mentah dan pekerja, tertumbuh dan berkembanglah industri asas yang di perlukan dan bagi mereka di kawasan pendalaman boleh mengusahakan industri asas yang di perlukan.
Aku bukan nak mengajar ekonomi tapi ramai orang yang pandai kini dah jadi kurang pandai kerana ikut emosi dan terpengaruh dengan dakyah mereka yang hendak menghancurkan negara kita.
Cukup buat kali ini, nanti aku ingat aku sambung lagi - ingat ancaman belum cerita lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

Thursday, August 13, 2009

MENGENALI ANCAMAN KESELAMATAN USAHAWAN

Aku di datangi ramai rakan dan teman lama yang rata-rata kini telah berada dalam kelompok orang makan pencen, duduk bersembang dan bercerita di anjung seri rumah aku menghadap ke pertemuan dua sungai yang sememangnya satu keindahan alam semula jadi yang tidak terdapat semasa aku tinggal di kota metropolitan dulu.
Fokus perbualan selalunya berkisar sekitar pengelaman semasa berkerja dengan corak dedakasi yang amat berbeza dengan generasi sekarang. Seringkali ada diantara kami yang akan menyuarakan betapa mudahnya generasi sekarang, semua dengan hanya menaip di keyboard masing-masing dan telefon yang sentiasa berada disisi. Sesekali kami semua akan ketawa besar apabila ada diantara kami akan membawakan cerita lucu dan perwatakan bos kami yang bermacam ragam.
Masih ternampak di mata aku apabila cerita bos kawin isteri no 2 secara sembunyi, tukang simpan rahsia besar ialah dreber. Apa tidak nya tiba-tiba bos beli set golf baru dan mula masuk kelab golf. Mula-mula bawa datin sama, bukan main serious lagi bos kami konon nya nak mengajar datin main golf. Lepas 3 kali datang ke kelab, datin dah fedup sebab pukul tak kena-kena, bini si Malek pun di minta bawak datin pergi jalan-jalan, sebenarnya ini episod yang bos rancangkan, sebab bini Malek pandai celoteh dan datin pulak suka di angkat ego nya, maklumlah masa tu datin boleh di kira dengan jari belaum melambah lagi.
Aku, Malek dan Kudin ikut bos main golf dari main kat Subang kini bos kata kat datin kena main pertandingan kat Melaka, Seremban malah sampai Kota Bharu dan kenalah bermalam 2-3 hari kat luar, baru lah aku dapat rahsia rupanya orang tua tu dah ada tilam baru. Tapi semua kami sentiasa simpan rahsia kerana kesetiaan kepada Bos.
Lepas dua tiga kali kami di percayai oleh datin yang kononya bos baik, dan hanya main golf, dan bos pun dah confiden yang datin tak cari bila dah keluar dengan kami, maka drebar tukar jadi drebar kami bukan bos lagi. Pada setiap hujung minggu bos hanya putting kat green 19 kami kena pergi merata main golf sebab nak cover jalan.
Aku sengaja bawakan episod bos lama aku yang sememangnya seorang yang baik dan penuh tanggungjawab dalam menjalankan tugasnya, tapi soal nak beritahu datin yang dia dah kawin satu lagi memang dia takut, kerana katanya takut kena kerat. The moral of the story aku nak ceritakan bagimana kita hendak mengenali akan ancaman kepada keselamatan usahawan Melayu secara berperingkat-peringkat.
Mengapa perlu aku bawakan senario ancaman keselamatan usahawan Melayu ? secara rambangnya semua orang akan merasa terancam pada sebilang masa tetapi keupayaan untuk mengenal pasti bentuk ancaman yang ada sangat kurang, kerana dalam keadaan negara yang aman mana ada orang yang akan berbincang berkaitan dengan ancaman keselamatan. Apatah lagi ancaman keselamatan kepada usahawan.
Jadi, fikirkan dulu akan ancaman keselamatan usahawan sebelum anda memberikan komen di coretan yang akan datang.
Patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, August 12, 2009

KORBAN PENGKHIANAT BANGSA

Aku mendapat tahu yang beberapa pihak perisikan luar negara terutama CIA amat berminat untuk menguasai kumpulan pemimpin negara kita. Dalam operasi CIA yang di jalankan sekitar awal 90han, melalui atau kerjasama dengan sebuah badan perisikan sebuah negara jiran mereka (CIA) telah berjaya menembusi benteng keegoan seorang bekas menteri dalam negara kita. Beliau telah di agong-agongkan dengan promosi yang begitu hebat hingga beliau dilantik ke satu jawatan terkanan didalam sebuah pertubuhan kewangan antarabangsa.
Namun aktiviti CIA ini dapat di hidu oleh badan-badan risikan negara kita yang memang terkenal cekap dalam menjalankan pengintipan. Bekas menteri ini dalam satu mesyuarat besar ada mencuba untuk mengemukakan usul undi tidak percaya kepada pemimpin negara waktu itu, tetapi kecekapan pasukan kita semuanya diubah semasa beliau memberikan isyarat dalam mesyuarat itu. Nyata sekali pada masa itu beliau amat terkejut lantas beliau memusuhi badan-badan perisikan yang ada di Negara kita.
Dalam beberapa kes yang tersiar beliau selalu sahaja menyalahkan pihak Polis dan lain-lain pihak yang beliau katakan sebagai "anjing kerajaan" sedangkan semasa beliau menjadi menteri beliau selalu di nasihatkan yang ancaman perisikan asing yang sentiasa sahaja cuba menguasai beliau dan jangkaan kita tidak meleset apabila semua pergerakan beliau di ikuti oleh ejen-ejen CIA.
Walaupun pada masa ini beliau masih diagongkan oleh penyokong beliau, aku masih yakin yang beliau sebenarnya masih di remoutekan oleh CIA, beliau akan di berikan indirect protection oleh CIA, maka aku ingin mengatakan orang seperti ini sememangnya layak di klasifikasikan sebagai "PENGKHIANAT BANGSA".
Aku telah menjalankan amanah aku demi untuk Negara tercinta ini aku dedahkan secara sedikit demi sedikit dan aku harap rakan di luar dapat menilai sendiri apa yang sedang berlaku. Aku ingin sarankan "the survival of Malays" hendaklah kita utamakan bukan untuk menjatuhkan sesama sendiri.
Aku merasa amat malu dan confuse dengan ststement oleh Tok Guru atas perkara menghina Islam, selama ini aku recpect Tok Guru amat sangat, malah semasa aku berjumpa beliau aku sanggup cium tangan tanda hormat, tidak aku buat kepada pemimpin lain kecuali kedua ibubapa aku sahaja, tetapi dengan kenyataan Tok Guru berkaitan perkara di atas aku mula tarik hand brake. Aku bimbang dengan perubahan beliau, dulu beliau kata undi UMNO masuk neraka sebab Umno berkerjasama dengan MCA dan MIC, tapi bagimana dengan beliau sekarang hingga menghalalkan orang bukan Islam sewenang-wenangnya mentafsirkan ayat Quran.
Aku tidak sehebat Tok Guru, tapi guru-guru aku tidak kurang hebat ilmunya, jadi aku ingin Tok Guru tafsirkan terjemahaan ayat dalam surah As-syajadah "Adakah kamu fikir sama orang yang beriman dengan orang yang FASIK, tidak mereka tidak serupa" aku harap ada mereka yang dapat memberikan aku sedikit gambaran supaya Ummah tidak tersesat kerana dek politik.
Janganlah sampai aku juga menilaikan Tok Guru dah di kuasai oleh kumpulan perisikan asing.
Fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua.

Tuesday, August 11, 2009

KORBAN DURI DALAM DAGING

Perpatah duri dalam daging seakan menunjukan terdapatnya musuh dalam sesuatu kumpulan atau organisasi, tetapi bagi aku ia lebih merupakan seorang yang menjadi ahli dalam sesebuah kumpulan, dia di terima menjadi ahli walau berdaftar sekalipun, tapi dia adalah orang yang paling tidak berguna dan selalu memberikan masaalah kepada organisasi yang di anggotai nya.


Boleh juga kita persoalkan ketaatsetiaan keparat ini dalam organisasi kita. Selalunya keparat begini adalah orang yang mementingkan diri sendiri dan mempunyai agenda sendiri. Bertindak sebagai lalang turut saja kemana angin bertiup, kalau masa kita kuat dia bersama kita dan kalau tak dapat apa yang di hajatnya, merajuk mulalah masuk geng lain tapi tak berani nak keluar geng atau kumpulan asal. Jadi mereka seperti ini orang tak nak pun muka masam, orang suruh pun muka mencuka - jadilah mereka sebagai "duri dalam daging".
Dalam UMNO N9 memang ada yang jadi duri dalam daging, sikit-sikit ugut nak keluar parti dan merajuk, tak dapat apa yang di sasarkan mulalah buat surat layang dengan tomahan yang keterlaluan, yang lebih dahsyat ialah, yang adik atau abang dapat tempat, habiskan sampai pembuka pintu pun mesti dari perut sendiri dah lah gitu guna pulak budaya samseng.
Dalam mesyuarat dari cawangan sampai ke negeri jangan bersuara kalau bersuara keluar mesyuarat nanti kena belasah, sebab itulah aku dah meluat nak pergi mesyuarat. Mereka tahu apa yang aku boleh lakukan tapi kalau aku cakap nampaklah mereka tu tak pandai, jadi jangan beritahu aku bila ada mesyuarat dah habis nanti buat-buat tanya kenapa tak datang mesyuarat dan lebih lagi buat andaian yang aku dah berubah haluan. Ini lah yang aku gelarkan sebagai duri dalam daging.
Aku tidak marah jika di pimpin oleh pemimpin yang kurang pandai dari segi ilmiah tapi pandai dari segi kepimpinan. Ini semuanya tak pandai dah tu tak boleh di tegur dan pilih semua pembantu juga yang bahlul. Ini semua termasuklah duri dalam daging.
Fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua.

Monday, August 10, 2009

BEZA KORBAN MUSANG BERBULU AYAM DAN MUSUH DALAM SELIMUT

Dalam mengkaji perpatah Melayu aku dapati banyak perumpamaan dan perpatah yang telah digunakan memberi kesan dan panduan yang amat berguna dalam perjalan hidup aku. Walaupun ramai yang berpendapat perumpamaan dan perpatah Melayu sudah ketinggalan waktu dan ramai pula yang cuba mengubah dengan perumpamaan yang konon nya di permordenkan atau mengikut trend. Hasil dari peubahan yang tidak mengambilkira kesesuaian dan peredaran waktu, maka mereka yang cuba mengubah itu telah selalu melakukan kesilapan.
Aku mengambil contoh perpatah "musang berbulu ayam", secara spontan semua akan menterjemahkan nya sebagai penyamaran atau musuh dikalangan kita, ini tidak sama dengan "musuh dalam selimut" dan berbeza dengan "duri dalam daging".
Dalam senario politik N9, aku katakan tiada musang, kerana ekor musang tu panjang jadi mudah kita untuk mengenalinya dan muncung musang pula dempak tak seperti muncung ayam. Musang makan mengigit ayam makan mencatuk, jadi mudah untuk membezakan. Tetapi dalam amatan aku di N9 ini "musuh dalam selimut" memang ada, kerana bila musuh dah ada dalam selimut, kita perlu lebih berwaspada. Apa taknya nanti bukan bini kita sahaja yang di sapunya tapi sampai keanak cucu nak di belasahnya. Inilah yang sedang terjadi di N9.
Lihat senario ini -1 - mula-mula nak buka "BEEF VALLEY" belanja berjuta panggil expert konon nya dan akan mulakan penghasilan dalam tempuh 24 bulan, tapi apa yang terjadi beef valley entah kat mana yang pasti padang ragut PASIR BESAR dah di ragut, sila cek siapa punya ide yang bangang tu.
Senario -2- Jualkan tanah ladang kelapa sawit MAINS di Londah, konon akan dapat untung berganda dalam masa yang singkat berbanding dengan hasil sawit yang agak lambat, siapa punya ide dan dalam dewan dah di bincangkan betapa ruginya rakyat N9 dengan penjualan itu, lihat siapa yang kembung perut dengan kamsyen.
Senario -3- Penjualan kawasan balak tanah milik MAINS, Pengerusi Mains yang dikatakan bertanggungjawab seperti yang di katakan dalam dewan di berhentikan, tapi di beri jawatan lain dalam parti memerintah N9, kenapa tak di buang terus dan di adilkan ???? takut semua cerita akan di bongkar..........siapa punya ide?????????????
Senario -4- Pembinaan jalan Seremban - Kuala Pilah, kontraktor mana yang dapat kerja-kerja pembersihan dan sapu balak sepanjang jalan. cub teka siapa???????????
Senario -5- Pembukaan ladang rakyat di kawasan Bahau dan Jelebu, cek tengok siapa kontraktor kerja pembersihan tanah dan sapu balak.......... sendiri dah tau jawapan kot.
Apa yang di kirim kepada aku terlalu banyak untuk aku coretkan naik muak. Jadi inilah yang aku maksudkan "musuh dalam selimut", musuh sekarang tidak bunuh kita tapi di sapu semua harta rakyat untuk puak sendiri, sama lah dengan penjajah yang menyapu besih hasil negara bawak balik ke negeri mereka. Yang tinggal nanti hanya tunggul-tunggul buruk.
Jadi orang N9, fikirlah sendiri, tapi jangan sampai bakar jambatan nanti kena cari pelampung nak bali ke kampung, jadi jaga jambatan dan bersihkan dedalu yang ada bubuh racun yang kau-kau baru dapat bersihkan..............Nanti aku sambung dengan cerita duri dalam daging !!!!!!!!
Patah sayap aku terbang jua.
Aku melihat PR begitu ghairah menganjurkan program politik mereka di merata kampung dan daerah di N9, tapi Mad Hassan confident habis, langsung buat tak nampak. Ashyik dengan agenda sendiri, bila nak melawat poster mesti besar, bendera mesti banyak, punggah orang dari merata tempat biar nampak gah dan kontrak mengatur semua bagi kat anak buah, dah tu belolah samseng 7kerat.
Aku dengar masa mesyuarat tak boleh kena tegur, samseng 7kerat pun bertindak, ingat nanti bila orang lain bertindak jangan nak panggil Polis pulak. Kalau awak dah ajar guna hukum rimbo, bilo berlaku kat awak jangan salahkan orang.
Aku bukan suka nak coret begini, tapi telefon aku naik habis betri hari ini doh orang marahkan apa yang terjadi pada mesyuarat Rombau. Dari apa yang aku terima nampaknya orang N9 dah sampai tahap meluat kat Mad Hassan dan puaknya, jadi aku rasa dan gaya yang berlaku sekarang orang bukan bonci kat parti tapi meluat kat Mad Hassan.
Dula abang dio tak dapet jadi calon terus sokong DAP, bila adek jadi MB konon nya dah lama berjuang dalam parti - poilah.
Kepada semua, analisa aku inilah keluarga dan puak yang ada potensi menjadi perosak parti dari dalam> Cakap tak serupa bikin.
Orang Negritos (N9), ingat kalau nak protes - protes boto-boto, bukan cakap kat telefon aku aje, nanti mesyuarat agong bawak spanduk bosar-bosar luahkan raso hati kat PWTC, janganlah kat aku saja.
Pikirlah sendiri, ado tolo
Patah sayap aku terbang jua.

Saturday, August 8, 2009

KORBAN DAH BERMULA DI SELANGOR

Tak sampai pun 48 jam selepas aku menulis yang gerakan korban politik akan di mulakan di Selangor nampaknya ramalan itu akan bermula. Aku menjangkankan yang episod drama politik Selangor akan agak berpanjangan, ini kerana pada masa ini hanya pelakon tambahan yang mula berdrama dengan menolak gesaan PAS supaya penjualan arak di kawasan yang ramai penduduk Melayu/Islam di hentikan, lalu sigagap pun mengatakan tidak perlu.
Kemudian Pemuda PAS pun buatlah drama nak demo tapi tak jadi sebab ada jejerari tersembunyi yang menghalang, maka drama demo untuk JIHAD tak jadi tapi demo untuk GMI PAS dan konco-konco sanggup keluar belanja dan tipu rakyat sampai Kedah dan Kelantan. Jadi aku yang duduk di tengah-tengah ini pun akan buat andaian sendiri apakah sebenarnya nilai perjuangan mereka ini.
Dalam amatan aku tidak lama lagi Selangor akan buat rombakan kecil DUN, di mana beberapa exco akan di ubah jabatan dan Hassan Ali bakal di beri jabatan lain atau mungkin juga akan di sisihkan dan seorang wakil PAS akan di lantik mengganti tempat Hassan, tapi mulut nya dah pun di tutup. Aku juga menjangkakan Forum Perdana Hassan juga akan di pantau oleh alamak PKR (bukan ulamak) dengan tunjuk ajar dari uz-stard dari DAP sebagiman yang terjadi semasa mereka memerintah Perak, maka hasilnya berceramuklah orang-orang Islam dan Melayu di Selangor.
Dulu aku juga mendengar malah di ceramahkan yang masuk PAS bakal masuk syurga dan ikut UMNO bakal masuk neraka, masa itu aku hampir terpengaruh tapi mungkin aku agak boleh berfikir sedikit baik dari penceramah itu, aku ikut jalan aku. Kini soal masuk syurga tidak lagi di dendangkan kerana ramai orang PAS dah dengar ceramah dari uz-stard DAP bukan lagi pemimpin mereka sendiri, ini semua gara-gara terdapatnya seorang PAK SHEIKH al-juburi yang menjadi mufti mereka.
Ingatlah semua di luar sana masa depan kita kian terhimpit dengan bermacam agenda mereka yang bakal memusuhi kita secara direct atau indirect, kita perlu bermaufakat dengan baik dan penuh mesra bukan untuk kemenangan peribadi sahaja, perjuangan bangsa kita perlu di teruskan dan mestilah di letakan di landasan yang betul supaya anak cucu kita nanti tidak kencingkan kubur kita di atas kesilapan yang telah kita lakukan.
Teruskan perjuangan kita.
Patah sayap aku terbang jua.

KORBAN SAMSENG POLITIK

Semalam belansunglah mesyuarat UMNO Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Seremban. Seperti biasa Ketua Bahagiannya Mad Hassan yang juga Menteri Besar dalam ucapanya menyindir kehadiran pemimpin bahagian lain yang datang ke kawasan Rembau tanpa mengira apa sebab mereka datang ke Rembau - sama ada berasal dari Rembau atau bersemenda di Rembau. Antara lain Mad Hassan seakan mengatakan wilayah Rembau ini tertutup dari "orang luar" macam nak jadi Myanmar agaknya tak boleh di tegur atau di komen oleh orang luar, macamlah semuanya baik di bahagian Rembau.
Nak jadikan cerita bersuaralah seorang pemerhati secara beseluruh "kalau dah ketua bahagian tak turun padang orang lain turunlah" begitulah kurang lebih perkatan pemerhati tersebut. Tapi apa yang terjadi amat mengeciwakan, sekumpulan Pemuda yang di percayai di ketuai oleh ABOY anak Azman Hassan, anak saudara kepada Mad Hassan seramai tidak kurang dari 7 orang telah menarik pemerhati tersebut keluar dewan lalu membelasahnya. Nyata sekali yang maklumat sebelum ini menyatakan yang Mad Hassan dan keluarganya menggunakan budaya samseng untuk menguasai UMNO Rembau.
Pandangan yang dapat aku berikan ialah Bahagian Rembau berpotensi untuk jatuh kepada pembangkang malah seluruh Negeri Sembilan akan bakal jatuh jika Mad Hassan terus menjadi Menteri Besar - lihat ini firasat yang aku berikan 3 tahun sebelum PRU 13, dulu sebelum PRU 12 aku nasihatkan supaya Zaharuddin tidak di calunkan Mad Hassan tak peduli - apa jadi di Paroi.
Hasil kajian juga menunjukan yang PRU 12, Negeri Sembilan hampir jatuh kerana kebencian rakyat pada keseluruhan nya kepada Mad Hassan bukan pada UMNO, jadi pihak pengurusan UMNO ambil perhatian, jangan sampai selepasa PRU 13 nanti UMNO berubah kepada kerusi pembangkang pula di parlimen, jangan sampai nasi jadi bubur dan jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Aku mencadangkan supaya satu penyiasatan di adakan terhadap pentadbiran Mad Hassan di jalankan dengan segera supaya UMNO tidak mendapat masaalah di masa depan, jika perlu digantung beliau silakan, jangan peduli dengan ugutan Azman Hassan dn konco-konconya.
Teruskan perjuangan, mulakan undi tidak percaya anda untuk mengubahnya.
Patah sayap aku terbang jua.

Friday, August 7, 2009

KORBAN PERMIT IMPORT (AP)

Satu fenomena biasa bila sampai dekat dengan perayaan, tak kiralah perayaan apa sekali pun yang bakal di sambut dalam tempuh terdekat nescaya berlakulah kekurangan bahan mentah secara tiba-tiba. Bermacam alasan dan andaian yang akan di perkatakan di dada-dada akhbar yang apabila di tafsirkan seakan menunjukan kelemahan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada.
Jika fenomena ini di analisa dengan mendalam kita akan dapati ianya sebagai satu permainan dan helah pemborong dan peruncit. Ada yang dengan sengaja menyeludupkan bahan mentah dari negara kita ke negara jiran dengan tujuan untuk mendapat keuntungan jangka pendek, ada pula yang sengaja menyorokan dengan tujuan untuk menaikan harga dan apabila ini semua berlaku pengguna akan mula merasa panik, jadi berebutlah mereka untuk mendapatkan bahan mentah.
Apabila itu semua berlaku pemengang permit import pun mula tersenyum kerana poker mereka mula di mainkan.
Pada satu masa dulu ramai peniaga Melayu di berikan beberapa AP membawa masuk kereta, maka ramailah yang membuat tomahan dan berbagai tuduhan, maka dibongkar habis cerita pemegang AP kereta, tetapi tahukah kita berapa lama ROBERT KOUK telah memonopoli AP gula? dan yang hairan nya tiada seorang pun yang bersuara supaya sektor ini di leberisasikan seperti sektor lain.
Lebih dari itu, tahukah kita siapa yang memonopoli AP besi cerucuk binaan dan AP simen? kenapa tidak ada yang bersuara, kerana ianya bukan di miliki oleh MELAYU atau BUMIPUTRA jadi tidak perlu di laga-laga kan. Kalau ia milik MELAYU atau BUMIPUTRA sudah pasti menjadi isu yang bakal di porak perandakan - nah, cuba lihat siapa yang membuat angkara ini !!!!
Jadi, orang MELAYU dan BUMIPUTRA jangan di berikan AP dan sektor dimana mereka boleh di bantu untuk belajar berniaga segera di perlekehkan supaya mereka tidak berminat dalam perniagaan - agenda siapakah ini???????????
Fikir-fikir nanti aku bincang lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

BERJUANGLAH JANGAN JADI KORBAN

Kelmarin dalam coretan aku, aku membuat ramalan yang antara Hassan Ali dengan Zulkifli Nordin salah satu mungkin akan menjadi korban percaturan Anuwar Ibrahim, nampaknya ramalan itu tidak jauh dari tepat. Langkah DAP Selangor membuat gesaan supaya tindakan diambil terhadap Hassan mungkin sebagai langkah permulaan untuk mengorbankan beliau dan dalam beberapa hari lagi Anuwar akan bersuara yang mana aku jangkakan akan berpihak kepada DAP. Aku katakan begitu kerana Hassan bukanlah proksi Anuwar dalam PAS.
Aku kagum dan ingin memberikan pujian kepada Pemuda PAS Selangor kerana berani tampil membuat demonstrasi menyokong Hassan dan aku kira Pemuda PAS tidak bersendirian dalam perkara ini dan aku ingin melihat ianya perhimpunan yang lebih besar dari demonstrasi GMI yang lalu. Apa tidaknya kerana perjuangan menentang kekufuran sememangnya JIHAD tapi demonstrasi GMI adalah berbau POLITIK. Jadi aku harap Pemuda PAS dapat menilai sendiri apa agenda tersembunyi dan tujuan DAP bergabung dalam PR. Ingat aku coretkan apa pesanan Rasullah "Apabila rusak gulungan muda maka hancurlah masa depan sesebuah negara", perbuatan menggalakan pertumbuhan rumah maksiat - rumah urut, pup dan lain-lain tempat menjual arak dan sebagainya sudah pasti akan merusakan generasi muda.
Aku harap Hassan Ali akan terus lantang didalam menentang kemungkaran di bumi Selangor dan tidak gentar dengan ugutan atau desakan dari komponen PR yang sememangnya tidak sehaluan dengan PAS.
Lebih dari itu aku harap pucuk pimpinan PAS akan berdiri teguh mempertahankan Hassan dan tidak akan tunduk kepada apa-apa ugutan dan desakan yang di buat oleh DAP. Aku juga ingin menasihatkan pucuk pimpinan PAS terutama Presiden nya jangan terpengaruh dengan mainan politik Anuwar dan analisalah dengan sebaik mungkin setiap pandangan yang di berikan oleh mana-mana pihak sekalipun.
Teruskan perjuangan anda.
Patah sayap aku terbang jua.

Wednesday, August 5, 2009

POTENSI BAKAL KENA KORBAN

Beberapa hari lalu aku mencoretkan tentang orang Islam Selangor menjadi korban dan hari ini aku melihat kenyataan MB Selangor yang tidak mampu mengambil tindakan untuk memperbaiki cara hidup orang Melayu dan Islam di Selangor, mungkin kerana teguran yang di buat Hassan Ali tidak langsung di ambil kira oleh Khalid Ibrahim - takut nanti kena undi tak percaya agaknya!!!!!
Aku juga membaca tulisan Zulkifli Nordin -PKR Kulim yang menyokong Hassan Ali, tapi percayalah Khalid dosen't have the will power and balls to amend the system sebab hidung dah kena tindik.
Aku tidak mahu mengajar orang politik berfikir kerana mereka selalu sangka mereka pandai dan bijak walau pun mereka tidak begitu, cuma aku ingin ingatkan mereka jangan jadi kacang yang lupakan kulit. Bila nak dapat kedudukan semua janji manis di taburkan tetapi bila dah dapat kedudukan hanya kepentingan sendiri yang di utamakan - aku maksudkan kepada semua orang politik bukan untuk mereka yang aku catitkan sahaja.
Bagi Zulkifli Nordin dan Hassan Ali pada pandangan aku, akan mempunyai potensi menjadi korban jika anda boleh merosakan rancangan Anwar Ibrahim. Percubaan Anwar Ibrahim untuk menguasai PAS melalui proksi beliau kali ini belaum berjaya, tetapi ingat Anwar sentiasa menjalankan aktiviti nya dengan begitu licik. Dulu beliau gunakan ABIM dan bekas pelajar Yayasan Anda lihatlah selepas ini mana pula kumpulan yang bakal menjadi korban.
Bagi Azmin Ali, anda seorang yang bijak dan mempunyai potensi sebagai pemimpin pelapis tetapi anda perlu mencari identiti sendiri jangan terus menyokong perkara yang tidak betul yang di rencanakan oleh Anwar Ibrahim. Dalam pandangan aku anda juga sedang di perhatikan oleh gulungan tertentu untuk di jadikan kambing hitam, jadi pandai-pandailah jaga pergerakan anda.
Teruskan perjuangan jangan gentar dengan ugutan.
Patah sayap aku terbang jua.

KORBAN ORANG PENCEN DISAMBUNG KONTRAK

Petang ini aku di hujani dengan berberapa panggilan dari kawan-kawan yang masih berkhidmat dalam Kerajaan. Aku terkejut apabila di beritahu seramai kira-kira 33 orang pegawai kanan JUSA C, kini berada dipool JPA. aku macam tak percaya kerana selama ini tidak pernah aku dengar sebegitu ramai pegawai kanan yang diletakan dibawah pool system. Bagi mereka yang tidak tahu apa dia pool ini - itu dimana mereka yang diletakan di dalam pool ini cuma makan gaji sahaja, tiada kerja yang boleh di buat mereka kerana mereka mungkin tidak disenangi oleh bos mereka atau atas sebab-sebab yang lain.
Ramai pegawai PTD didalam kumpulan M52 dan M54 kini merasa amat tertekan kerana terdapat ramai pegawai kanan JUSA B/A yang sepatutnya telah besara kini di sambung kontrak mereka atas dasar perkhidmatan masih di perlukan atau belum ada yang layak mengganti. Ini boleh menyebabkan pegawai-pegawai yang telah layak di naik kan pangkat merasa keciwa dan apabila mereka menyuarakan perasaan mereka macam-macam boleh terjadi.
Bagi KSN fikirlah sebaik mungkin berapa banyak kesilapan yang telah di lakukan dalam mencaturkan kedudukan pegawai kanan dan berapa ramai pegawai telah teranyaia dan kini berdiam diri hanya menanti cukup masa untuk bersara. Kerana kesilapan yang begini boleh menjadi pegawai terbabit menjadi anti-kerajaan. apabila mereka bersara nanti mereka akan melepaskan dendam mereka dan yang jadi mangsa ialah kerajaan yang memerentah.
Aku juga melihat beberapa bekas atau mantan KSU dan KSN di lantik menjadi ahli Lembaga Pengarah GLC dan beberapa syarikat konglomerat dengan harapan dan amanah yang di berikan supaya menjaga kepentingan saham Kerajaan. Tetapi malangnya ramai dari mereka lebih mementingkan diri sendiri. Lihat dan kaji sendiri apa yang terjadi di IJM di mana terdapat kepentingan KWSP dan Khazanah yang sepatutnya di jaga dengan baik tetapi apa yang terjadi, aku harap SPRM dapat menjalankan penyiasatan apa yang sebenarnya berlaku.
Penyakit menyambung kontrak bagi pegawai kanan kini menular ke IPTA di mana terdapat VC yang di sambung tak habis-habis, sedangkan hakikatnya tindakan itu tidak disenangi oleh kaki tangan IPTA terbabit. Jangan sampai orang meluat kat VC nanti pelajar yang jadi mangsa.
Bagi pegawai kanan yang telah cukup masa untuk bersara ambil perhatian jangan sekat rezeki orang lain, anda pasti faham pencen nya seorang JUSA A membolehkan ramai pegawai bawahan dinaikan pangkat. Bayaran pencen pun bukan sikit jadi kenapa nak mintak sambung lagi.
Fikirlah sendiri.
Patah sayap aku terbang jua.

Tuesday, August 4, 2009

UMAT ISLAM SELANGOR BAKAL JADI KORBAN

Hari ini aku terpanggil untuk memberikan pandangan dan pendapat aku sendiri akan apa yang berlaku di negeri Selangor. Dulu bila Pakatan Rakyat -PR- menang macam-macam cerita dan sms yang aku terima terutamanya mengutuk bekas MB - Khir Toyo, selepas mendapat MB baru Khalid Ibrahim, konon nya Selangor akan di tadbir dengan lebih baik. Apa tidak nya ahli koprat yang berjaya kini mentadbirkan sebuah negeri.
Persoalan nya sekarang apakah Khalid sebenarnya yang mengemudikan negeri Selangor atau dia hanya tukang cerita seperti "Beruk Raja"? bak kata perpatah Melayu di suruh duduk, duduk disuruh pergi, pergi. Janji yang di tabur semasa pilihan raya hanya menjadi janji dan mereka yang dijanjikan masih menunggu janji. Ibu tunggal di Selangor sekarang telah menjadi IBU TINGGAL, saban hari cerita mereka terpapar di dada akhbar dan jauh dari itu ada IBU TINGGAL di Selangor terpaksa melayan "pelanggan" sebaik habis pantang.
Kini di Selangor lesen rumah urut dan pusat-pusat judi telah menjangkau ribuan dan kebanyakan tempat-tempat ini di miliki oleh kaum Cina, kerana pada mereka tiada haramnya, tapi siapakah yang bakal menjadi korban di pusat-pusat ini adalah umat ISLAM yang cetek ilmunya. Walaupun Hassan Ali setiap minggu mengadakan ceramah Perdana di merata masjid di Selangor, tetapi kesanya amat tipis. Mengapa ini terjadi, kerana nawaitu Hassan adalah POLITIK bukan jihad dan perjuangan suci dan ikhlas.
Aku juga melihat seorang ahli Angkatan Muda PKR yang membawa arahan tawarkan mengadakan seminar dengan kadar RM5000.oo hampir setiap minggu mencari peserta untuk menghadiri kursus usahawan, tetapi sebenarnya lebih kepada doktrinasi politik. Tukang cari peserta di bayar RM10.00 bagi setiap peserta yang di bawa dan peserta juga di beri wang saku untuk menghadiri seminar ini. Jadi tidak hairanlah ramai yang turut serta bila ada demonstrasi jalanan.
Kepada pemimpin Islam di Selangor aku nasihatkan luaskan pandangan dan jauhkan perhatian anda kepada masa hadapan Islam dan Melayu, jangan kerana marah kepada sesaorang yang lalu anda musnahkan seluruh masa depan masyarakat Islam di Selangor.
Kepada Khalid Ibrahim, anda tidak mampu berbuat seperti anda di PNB dulu kerana hidung anda sudah di tindik dan perlu menurut kata, kepada Hassan Ali khutbah yang anda baca anda sendiri tidak paham dalam merealisasikan nya, jika anda masih bermimpi bangunlah dari mimpi, jika anda tersilap simpang belum terlambat mencari jalan pulang dan carilah jalan pulang yang hakiki bukan lagi di buai mimpi.
Patah sayap aku terbang jua.

Saturday, August 1, 2009

KORBAN DEMONSTRASI

Aku kurang menulis pada bulan sudah kerana kesibukan kerja dan terlalu banyak berjalan dalam mencari dan melihat beberapa fakta yang di maklumkan kepad aku, sebelum aku membuat sebarang komen atau memberikan pandangan. Jadi dengan melihat dan memeriksa semua data yang ada, InshaAllah, aku mampu memberikan pandangan yang lebih jujur tanpa berat kepada mana-mana kumpulan.
Dalam menyampaikan pandangan aku berpegang kepada prinsip kebenaran, keikhlasan, kejujuran dan tidak menyinggung sesiapa pun, kerana matlamat aku adalah berkongsi pendapat dalam memerikan komen bukan untuk membuat fitnah. Kali ini aku akan memberikan beberapa komen berkaitan dengan pergolakan yang aku rasa perlu berkongsi pandangan :-
DEMONSTRASI ISA.
1.1 Apakah demonstrasi ini perlu diadakan?, jawapan yang aku berikan ialah TIDAK PERLU. Ini dalam pandangan aku sebenarnya demonstrasi ini diorganiskan oleh sekumpulan orang yang mempunyai kepentingan politik, jelas sekali kehadiran beberapa pemimpin parti politik pada demonstrasi itu adalah untuk meraih sokongan dan sengaja men"create"kan situasi yang begitu.
1.2 Apakah kemungkinan demonstrasi itu di adakan untuk mengubah pandangan diatas PERBICARAAN ANUAR IBRAHIM dengan kes liwat beliau?, jawapan aku - BESAR KEMUNGKINAN. ANUAR dan kumpulannya kemungkinan termasuk sebuah agensi PERISIKAN ASING yang selama ini telah membantu beliau. Aku harap mereka di luar sana dapat memikirkan yang mereka telah dijadikan sebagai alat oleh AGENSI PERISIKAN ASING.
1.3 Selain mengubah pandangan dari perbicaraan Anuar apakah kemungkinan ia juga untuk menarik pandangan lain dari satu inkues yang bakal di adakan bagi satu kes kematian seorang pembantu ahli politik baru-baru ini. Jawapan yang dapat aku katakan ialah berkemungkinan besar boleh.
1.4 Apakah kehadiran Hadi Awang juga mempunyai tujuan tertentu, jawapan aku juga ia. Ini kerana pilihanraya kecil Permatang Pasir akan di adakan tidak berapa lama lagi.
Apa yang akan dipaparkan kepada dunia akan terus bebentuk demonstrasi jalanan. Ini kerana Anuar Ibrahim memang pandai menggunakan massa tetapi beliau sendiri akan melarikan diri apabila situasi menjadi tidak tertentu dengan berbagai alasan termasuklah sakit lama jatuh kuda dan bermacam lagi.
Setahu aku Anuar sememangnya telah menyiapkan tempat persembunyian di luar Negara, dari sumber yang dapat aku percayai beliau mempunyai kediaman di Amerika, Australia dan sebuah lagi di Europe. Dalam ertikata lain persiapan awal telah dibuat untuk menjadi pemimpin dalam buangan jika beliau perlu melarikan diri dari Negara ini.
Kepada ahli-ahli Pas aku harap mereka tidak akan di peralatkan oleh Anuar. Fikirkanlah sendiri, lihatlah kedudukan mata Anuar yang penuh dendam dan opportunis yang akan melaga-lagakan kaum bangsa sendiri demi untuk kepentingan beliau untuk mendapatkan kedudukan. Fikirkan!!!
Patah sayap aku terbang jua.