Wednesday, March 17, 2010

PROPAGANDA POLITIK DAN HIPOKRASI

Semalam aku berkesempatan menyaksikan perdebatan di parlimen. Ruang legar parlimen tak ubah seperti satu kawasan lelongan ikan secara bisik-bisik, pantang ada ahli dewan yang keluar walaupun hendak ketandas pasti ada yang mengejar ramai yang berbekalkan sampul surat yang hendak di sampaikan, apa isinya aku tak tahu.


Terlihat aku YB Zulkifli Nordin yang kini menjadi wakil bebas menghulurkan tangan untuk berjabat dengan seorang wakil rakyat keturunan India tetapi aku dapat saksikan bagimana wakil rakyat keturunan India itu enggan menyambut tangan Zulkifli Nordin, aku hanya tersenyum melihat telatah wakil rakyat yang tidak bertamadun di dalam parlimen. Lalu aku bertanya sendiri apakah mereka seperti itu layak di panggil YB dan di angkat menjadi wakil rakyat?????


Aku juga mendengar Anuar Ibrahim berhujah dengan penuh dramatik dan nada suara seakan menunjukan betapa beliau memahami dan prihatin akan masalah rakyat, membandingkan sesuatu dalam jangkamasa 50 tahun, tetapi apabila Zahrin membongkar cerita berkenaan dia, bingkas dia bangun dan keluar dewan dengan diikuti dengan wakil rakyat dari kolompok nya. Ini lah hipokrasi yang tertinggi yang berlaku semalam.


Tuesday, March 9, 2010

MENGAPA SEMBUNYIKAN TANGISAN KITA?

Dalam menjalani penghidupan seharian, aku dapati ramai manusia yang lebih sanggup menyembunyikan tangisan mereka, hanya kerana mahukan orang lain melihat mereka gembira dan kononnya mereka kuat dalam menghadapi apa yang sedang berlaku dalam liku hidupan harian mereka. Ini adalah sebagian dari hipokrasi penghidupan.
Sememangnya penghidupan kita penuh dengan hipokrasi! Bermula dari kita bangun tidur hingga kita tidur kembali kita akan cuba dengan sebaik mungkin untuk mengembirakan orang di sekitar kita walaupun pada hakikatnya kita berduka. Ambil contoh, sebaik sahaja kita terjaga dari tidur perkara pertama yang selalu kita lakukan ialah melihat diri kita dalam cermin, persoalan nya mengapa kita melihat diri dalam cermin?, biasanya hati kita akan berkata kepada diri sendiri - kalau ada rakan yang ternampak tidaklah aku ini teruk sangat!!! Nah! tidak kah ini hipokrasi yang pertama kita lakukan dalam perjalanan harian kita,
Bersiap untuk kepejabat atau keluar, sudah pasti kita akan mengenakan pakaian yang menarik, adakah menarik untuk penglihatan kita - tidak, kerana kita hendak di lihat menarik dari pandangan mereka di sekitar kita, ini juga hiporasi emosi yang sering kita hadapi.
Inilah kitaran hidup kita sebagai manusia yang seringkali terlalu mengambil kira apa orang lain kata terhadap kita hinggakan kita lebih sanggup menyembunyikan tangisan kita hanya untuk mempertontonkan diri kita kepada persekitaran. Jika kita berterusan menyembuyikan kebenaran demi untuk mengembirakan orang lain maka diri kita sendiri yang akan menghadapi stress dan ini akan membahayakan kita sendiri.
Dalam aku memberikan kaunseling kepada mereka yang sering menghubungi aku, kekadang terpaksa jua aku menyembunyikan kebenarang yang aku hadapi, tapi sebagai seorang yang memahami akan stress diri selalunya aku mampu menangani apa yang bercelaru dalam benak sendiri.
Persoalan nya perlukah kita menyembunyikan kebenaran dari persekitaran? Ya! ada yang perlu di telan sendiri tetapi ada kalanya perlu kita kongsikan dengan seseorang yang kita yakinkan dalam menyimpan rahsia hati kita. Sekiranya semua permasalahan kita telan sendiri di bimbangkan akan sampai satu ketika sesuatu ilusi akn menguasai diri kita.
Lihat kebelakangan ini terdapat beberapa insiden yang di pertontonkan kepada umum seperti kejadian membunuh ahli keluarga dan pelajar terjun dari bangunan hanya dengan alasan mendengar sesuatu suara gharib menyuruh mereka melakukan sesuatu yang di luar pemikiran normal. Perkara seperti ini akan terus meningkat dari masa ke semasa dan usaha untuk mengenali bakal mangsa seharusnya diambilkira.
Fikirkan mengapa ini semua terjadi dan aku akan sambung nanti.
Patah sayap aku terbang jua.