Pergolakan dalaman parti-parti politik dalam negara kita nampaknya semakin meluas. Bermula dengan UMNO yang akhirnya menyaksikan perubahan dan perpindahan kuasa kepada golongan lapisan kedua selepas era permulaannya, diikuti dengan semua parti yang majoritinya kaum India yang mana kita dapat lihat tubuhnya sebuah lagi parti pimpinan kaum India - Mikal Shakti, kini nampaknya sudah menular dalam parti Pas dan tidak lama lagi kemungkinan apa yang bergolak dalam parti PKR juga akan terbongkar.
Aku terpanggil untuk memberikan sedikit komen dan pandangan akan fenomena yang sedang berlaku dan aku percaya akan terus berlaku dari semasa ke semasa.
Izinkan aku meminjam sedikit butiran dari Kickdefella, berkaitan dengan komen dan tulisan beliau berkaitan dengan pergolakan dalaman Pas. Kickdefella ada menyatakan yang ramai bekas tentera telah menyertai Pas dan banyak membantu dalam menyusun atur dan perangsaraf parti itu hingga membawa kepada kejayaan Pas masa kini.
Aku percaya apa yang dikatakan oleh Kickdefella merujuk kepada sebilangan bekas tentera atau polis yang berasal dari Kelantan bukan majoriti, ini perlu dijelaskan agar bagi mereka yang tidak memahami mungkin berpendapat ramai bekas tentera yang menyertai Pas.
Untuk makluman semua biarlah aku katakan kebanyakan mereka yang apabila besara dari perkhidmatan tentera atau polis tiba-tiba bertukar warak dan alim, sebenarnya hipokrit atau mungkin terpengaruh dengan janji Tok Guru masuk Pas boleh pergi ke syurga. Aku mengenali ramai dari mereka yang dulunya lebih dari "Malaun" tiba-tiba apabila dah bersara dah jadi Ustaz dan berceramah kesana kemari, tapi sebenarnya di sebalik ceramah mereka ini masih lagi "memamah". Ada bekas tentera yang dulunya memang Malaun, lepas bersara jadi wakil rakyat UMNO, bila dah tak dicalonkan ramai-ramai bawa geng masuk Pas dan memakai kopiah putih dengan harapan Pas akan calonkan dia, berceramahlah diserata surau dan taman perumahan kononnya Kerajaan tak baik. Maka lahirlah ramai "Ulama" politik.
Persoalan yang ingin aku bicarakan ialah, wajarkah ULAMA berpolitik? Atau wajarkah orang politik di panggil ULAMA?
Aku berlatarbelakangkan pendidikan barat yang hebat, pernah menjadi pegawai kanan dalam Kerajaan dan aku juga mengaji pengajian agama hingga ke taraf Sarjana, malah aku juga sering diundang berceramah dalam bidang kepakaran aku - sosial, sains dan agama, tetapi aku tidak berani dipanggil ustaz, malah seringkali aku menolak dengan senyum akan panggilan sebegitu. Ini adalah di sebabkan dalam kajian dan pandangan aku Ulama adalah insan yang sepatutnya berada di tengah-tengah antara Umara dan Ummah.
Ulama sewajarnya menasihatkan Umara dan menandu Ummah bukan berpolitik dengan satu objektif untuk mendapatkan kuasa atau di kenali ramai. Aku kenal beberapa sahabat yang dulunya giat berceramah di pihak kerajaan tetapi kini setelah menjadi wakil rakyat Pas lain pula gaya ceramahnya, jadi bagi aku orang yang sebegini tidak wajar di berikan panggilan Ulama malah ustaz sekali. Aku harap Dr Asri tidak berceramah di flatform politik jika ini berlaku semua penghormatan yang aku berikan kepada beliau akan terhakis.
Maaf, jika aku katakan aku melihat mereka yang di panggil Ulama atau Ustaz sekali yang berpolitik sebagai mereka yang di sindir Allah dalam Surah As Sajadah yang maknanya "Apakah kamu ingat sama mereka yang beriman dengan mereka yang FASIK, tidak mereka tidak sama".
Jadi sama-sama lah kita fikirkan apakah wajar ULAMA berpolitik atau orang POLITIK di panggil ULAMA.
Patah sayap aku terbang jua.

No comments:
Post a Comment