Thursday, April 1, 2010

RAMAI REMAJA MELAYU DI BELENGGU MASAALAH KELUARGA

27 Mar 2010, aku melaksanakan satu program modal insan di utara tanah air tercinta ini. Bermula dengan modul memperkenalkan dan menterjemahkan apakah istilah kasih sayang keluarga hingga kemodul terakhir aku menerangkan kepada remaja yang turut serta apakah dia cita-cita, cinta dan harapan. Pasti sekali modul terakhir yang mendapat tumpuan remaja. Kebetulan pada tarikh yang sama terdapatnya kes pelajar pintar lari untuk berkahwin, ini adalah satu berita yang sangat mengeciwakan aku.
Di akhir program itu aku menjalankan apa yang aku kenalkan sebagai interaktif dilog atau sesi soal jawab, aku mengambil pendekatan membenarkan peserta bertanya apa sahaja yang terbuku di hati mereka. Persoalan ini di buat dalam bentuk lisan dan secara bertulis, jumlah kertas kecil yang bertulis aku terima melibihi 230 berbanding soalan lisan tidak sampai 10. Kerana waktu yang tidak mencukupi aku mengambil kesemua soalan di bawa pulang untuk di analisa. Sementara itu aku menerima sejumlah 113 sms yang bertanyakan masaalah yang mereka hadapi.
Dari semua 343 soalan yang aku terima aku pecahkan kepada 3 kelompok masaalah yang membelenggu remaja MELAYU seperti berikut:-
1. Masaalah melibatkan keluarga 60%.
2. Masaalah melibatkan emosi cinta remaja 35%.
3. Masaalah persekolahan dan pelajaran hanya 5%.
Mesej yang ingin aku ketengahkan disini ialah:-
1. Jika kita hendak memperbetulkan arahtuju remaja kita maka persoalan keluarga hendaklah di perbetulkan lebih awal. Permasaalahan keluarga seperti perceraian, sumbang mahram, perkelahian sesama keluarga, attitude keluarga, hubungan keluarga dan komunikasi keluarga perlu di berikan pengkhususan.
2. Masaalah cinta remaja atau cinta monyet sebenarnya amat serious di kalangan remaja Melayu, termasuk tidak kurang yang meluahkan yang mereka telah mengadakan hubungan yang terlarang. Aku amat terperanjat dan gugup apabila tidak kurang dari 17 pengakuan yang di buat yang mereka telah melakukan hubungan terlarang dan 2 mengatakan yang mereka pernah melakukan penguguran. Perkara ini tidak boleh di pandang sepi atau terpencil, jika di utara tanah air begitu keadaan nya bagimana pula di kota metropolitan?
3. Jika kita dapat mengurangkan permasaalahan keluarga dan cinta remaja barulah kita dapat mengambil langkah selanjutnya mengembalikan remaja kita kepada fokus terhadap pelajaran mereka.
Fikirkan, patah sayap aku terbang jua.

No comments:

Post a Comment