Tuesday, May 4, 2010

KUNTUM CINTA KU TAK PERNAH KESAMPAIAN

Di saat aku mengenali mu
Kekal terbayang kerdipan mata mu
Kerdipan yang penuh bererti
Kerdipan yang telah membakar satu rasa
Cinta kepada nusa dan bangsa
Cinta yang sentiasa membara dan tidak pernah padam

Dini hari itu, aku terjaga
Puteri mu mengkhabar berita
Gementar seluruh tubuh yang tak pernah aku rasa
Bibir aku kaku untuk berbicara
Lantas aku sujud kepada Nya
Memohon agar engkau aman di samping Nya

Biar jauh perjalanan, aku teruskan jua
Demi menatap wajah mu buat yang terakhir
Kerana, akhirnya engkau pergi jua
Aku lihat senyum mu di perkapankan
Masih serupa empat abad yang lalu
Aku gagahkan diri kerdil ini
Dalam yasin dan tahlil
Sentiasa mendoakan untuk mu aman di sana

Aku tahu kita tak mungkin berjumpa
Tapi percayalah,
Cahaya cinta kita tak pernah pudar dalam jiwa ini
Biar seabad lagi aku mengembara
Kau akan sentiasa terpahat di jiwa ini

Biarlah aku mencari bayang mu di gigian pantai
Seperti dulu di desa kita yang indah
Biar aku teruskan perjalanan ini tanpa mu disisi
Kau tetap hadir dalam ilusi
Selendang mawar bekalan mu
Untuk ku merentas belantara
Kini menjadi pengesat air mata

Selamat kau pergi kekasih ku
Biarkan aku terus mencari bayang mu
Pasti akan ku nukilkan lagi
Rasa rindu yang tak pernah pudar
Hingga kesaat aku menutup mata


Buat...........
Al-Fatihah
1952-2010

No comments:

Post a Comment