Thursday, April 14, 2011

PENGAKUAN RAJA PETRA

Pengakuan yang dibuat oleh Raja Petra baru-baru ini harus di beri perhatian yang serious. Ini kerana kenyatan itu mempunyai banyak implikasi sama secara direct atau indirect.

Perkara pertama yang ingin aku utarakan ialah ETIKA PEMBERITA DALAM MENYAMPAIKAN SESUATU MAKLUMAT.

Apabila kita memperkatakan soal ETIKA, ianya pasti akan membawa satu pengertian yang amat mendalam terutamanya dalam profesion pemberitaan. Penyampai berita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan, wajib terlebih dahulu memeriksa akan kesahihan berita yang hendak disampaikan. Ini kerana pengaruh pena seseorang pemberita adalah amat luas dan jika ianya disalahertikan maka ia amat susah dikawal. Dalam kes Raja Petra, beliau telah mendapat populariti yang tinggi dikalangan generasi muda dan apa yang ditulisnya telah selalu dijadikan bahan rujukan maupun ejekan, hinggalah dia dipopulaarkan dengan ringkasan RPK.

Apakah dengan pengakuan yang dibuatnya boleh membawa kepada pengertian yang beliau ingin meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang sudah TERPEDAYA dan TERTIPU dengan berita yang telah disensasikan nya? dan lebih dari itu apakah rakyat yang tertipu ini dapat memaafkan dia dan seterrusnya akan merujuk kepada apa yang bakal ditulis nanti. Bagi diri aku, sekali tertipu .................... susahlah untuk aku memberikan kepercayaan.

Penulisan penipuan yang dibuat oleh RPK, bagi aku tidak dapat dimaafkan, kerana ianya telah mengugat keharmonian Negara dan membawa kepada pecah belahnya masyarakat Malaysia. Manusia seperti ini sewajarnya disumbatkan dilubang buaya atau dilenyapkan dari membuat sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan keburukan kepada Negara................ mungkin aku agak keterlaluan dalam membuat komen ini. Tetapi demi untuk Negara dan Bangsa tercinta, aku kira RPK tidak boleh diberi kemaafan dan kerakyatan nya wajar ditarik balik, biarkan dia menjadi seorang yang tidak berNegara................ merempat dimana kononya dia boleh mendapat perlindungan.

Perkara kedua yang ingin aku kupaskan ialah penglibatan seorang pegawai perisikan dalam menyebarkan fitnah.................. ini amat serious dan dalam ertikata lain beliau adalah pengkhianat yang perlu ditangani dengan tegas dan serious. Bukan sahaja memindahkan tempat beliau ditugaskan, malah beliau perlu ditahan sertamerta dibawah Undang-undang Angkatan Tentera dan perlu diletakan disatu kurungan khusus untuk level 5 interoggation process. Ketua Setaf Perisikan Pertahanan perlu melakukan tindakan dengan segera demi untuk mengembalikan kepercayaan terhadap kesetiaan setiap pegawai perisikan yang dikendalikan.

Menjadi mole dalam badan perisikan Negara adalah satu kesalahan yang membawa kepada hukuman maksima..............mengikut Akta Angkatan Tentera 1972........ sesaorang PENGKHIANAT boleh dihukum mati dengan tembak dimedan. Aku pasti akan mengikuti kes ini dengan serious, persoalan aku ialah, jika seorang pegawai kanan perisikan boleh berrpaling tadah kepada pihak musuh atau bakal musuh, bagimana dengan orang bawahan yang diperintahnya?

Aku rasa mengenali akan pegawai ini dan aku tahu darimana asalusul beliau, maka secara terbuka aku sarankan supaya KSPP mengambil tindakan yang tegas dan pantas.

Patah sayap, aku terbang jua

No comments:

Post a Comment