Kenyataan terbuka Perdana Menteri supaya setiap kelompuk rakyat negara ini tidak sewenang-wenang nya membuat kenyataan dan tuntutan yang boleh menimbulkan rasa kurang senang diantara satu sama lain perlu di ambil perhatian. Begitu juga ada pihak yang hendak mengambarkan Chin Peng sebagi seorang Pejuang, janganlah melukakan hati wira-wira bangsa yang telah mempertaruhkan nyawa mereka dakam mempertahankan KEMERDEKAAN dan KEAMANAN yang ada di bumi Malaysia ini.
Bagi semua generasi muda ingatlah bahawa zaman datuk-datuk kita telah memperjuangkan untuk mendapatkan kemerdekaan dari PENJAJAH, di zaman bapa-bapa kita mereka telah berjuang untuk mempertahankan KEMERDEKAAN kita dari KOMINIS yang di pimpin oleh CHIN PENG yang rata-rata mendapat simpati dari sekelompuk penduduk terutama dari kampung-kampung baru dan kini zaman anda, pastikan sinambungan KEMERDEKAAN ini.
Ingatlah penjajahan di zaman ini berlainan dari dahulu, penjajahan kini lebih dari bentuk siber atau maya, yang lebih dahsat ialah penjajahan MINDA. Tiada guna kita tinggal di sebuah negara yang maju dan merdeka jika jiwa kita, tradisi kita dan corak hidup kita di jajah. Jika ini berlaku kita akan menjadi seperti "KATAK DALAM GELAS" - jelas kita nampak apa yang ada di luar tetapi kita tidak dapat menikmati dan bersama-sama dengan kegemilangan.
Melihat kepada perkara ini, maka aku kira tidak bersalahan aku memperkenalkan blog aku ini dengan kata hikamt PERJUANGAN. Suatu gerakan yang telah di wariskan kepada kita dari nenek moyang kita dan diteruskan oleh datuk dan bapa kita, kini kita semua perlu mempastikan keliciran sinambungan nya.
Anak-anak bangsa ku bangunlah dan satukan lah kumpulan kita bersedia dalam apa bentuk sekalipun untuk perjuangan ini, baik dari segi fizikal, moral, sosial, ekonomikal dan SPIRITUAL. Anak-anak pewaris SELENDANG MERAH dari Pontian hingga ke Sungai Manik, persiapkan kembali amalan anda pasti ianya perlu digunakan pabila sampai waktu nanti.
Ingin aku contohkan, marilah kita mengintai cara hidup kumpulan lebah. Mereka tidak menggangu orang, mereka memakan semua yang baik dari saripati bunga yang belum di ganggu atau di usik oleh mahluk lain, jika mereka hinggap di kelopak mana sekali pun kelopak bunga itu tidak tekoyak, mereka menghasilkan madu yang di perlukan oleh manusia, mereka berkumpulan dengan baik dan mereka akan bertindak jika kumpulan mereka di ganggu dan hak mereka hendak di ambil atau di curi.
Teruskan Perjuangan
Biar patah sayap aku terbang jua

No comments:
Post a Comment