Saturday, May 23, 2009

GERAKAN DENGAN CHIN PENG

Aku tertarik tulisan Awang Selamat berkaitan dengan gesaan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang supaya Chin Peng yang dah beumur 85 tahun di benarkan pulang atas dasar kemanusian.
Bagi Dr Tan, Pengerusi Gerakan PP, mungkin anda tidak pernah mengkaji dengan mendalam apa yang berlaku semasa Chin Peng mengepalai Parti Kominis Malaya (PKM), lupa kah anda akan kejadian "hartal 1968 di PP" dan tragedi 13 Mei 1969 - tragedi yang paling menyayat hati dan buruk dalam sejarah kita. Tidak payahlah aku ceritakan rentetan kejadian semasa pemerentahan "Bintang Tiga" selama 14 hari selepas Jepun menyerah, nanti aku bimbang anda akan salah tangap.
Pernahkah anda dengar Chin Peng memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala tindak tanduk yang telah di lakukan oleh PKM atas arahan dan kepimpinan beliau? Sudahkah beliau mengutus surat memohon maaf kepada waris-waris bunga negara yang gugur dalam mempertahankan kemerdekaan kita? Bagimana dengan anak-anak Mendiang Insp Chin yang di bunuh didepan keluarga mereka di Malim Nawar, Perak? Apa pula dengan waris Mendiang Kapt Chandran yang terkorban di Changkat Kinding? Begitu juga dengan waris Mendiang Kapt Hardev Singh Yang terkorban di Mong Gajah? Apatah lagi bilangan anak-anak watan yang berbangsa Melayu yang telah terkorban kerana mempertahankan kemerdekaan Negara tercinta ini.
Jadi, jika Dr Tan belum memahami sejarah dan sorotan liku-liku perjuangan untuk memastikan kedaulatan kemerdekaan ini terpelihara hingga kini baik lah jangan cuba untuk memberikan simpati kepada Chin Peng.
Walaupun kami telah lama berundur dari memikul senjata demi untuk negara, ingat andainya kedaulatan Raja-Raja dan bangsa kami di gugat kami akan tampil kemedan menghadapi apa jua ancaman kepada MALAYSIA tercinta ini.
TERUSKAN PERJUANGAN
Biar patah sayap aku terbang jua.

No comments:

Post a Comment