Wednesday, July 1, 2009

KORBAN BAHASA PENJAJAH

Sepanjang persekolahan aku dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5 aku tidak pernah belajar di dalam aliran Inggeris, walaupun pada waktu selepas merdeka bahasa Inggeris masih menjadi bahasa pengantar di hampir kesemua sekolah menengah dan bagi mereka yang belajar di sekolah aliran inggeris akan merasa yang mereka berada satu tingkat keatas dari aliran Melayu.
Tetapi pencapaian aku selepas aku menamatkan tingkatan 5 dengan MCE jauh lebih baik dari mereka yang belajar di aliran Inggeris yang mendapat dua sijil SCE dan MCE.
Aku amat cemas apabila baru-baru ini terdapat sebilangan kumpulan NGO yang menyuarakan atau mencadangkan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam pepereksaan SPM, aku ingin menimbulkan reaksi berikut:-
1. Jepun, Korea, China, Russia, India bahkan Indonesia tidak mewajibkan bahasa asing tidak sahaja Inggeris sebagai subjek wajib, tetapi mereka jauh lebih maju dalam bidang sains terutama perubatan dan teknologi dari Negara kita.
2. Manakah satu negara yang MERDEKA DAN BERDAULAT di dunia ini YANG MENGAMBIL BAHASA ASING SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS DALAM PEPEREKSAAN DI NEGARA SENDIRI.
3. Apakah salahnya jika mereka yang terpilih untuk belajar ke luar negara terutama negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris di persiapkan dengan kursus intensif dalam bahasa itu seperti mereka yang terpileh untuk ke Jepun dan Korea. Masa 2 tahun untuk kursus intensif bahasa asing memadai untuk pelajar membuat persiapan.
4. Mengikut ststistik yang di dapati dari LEMBAGA PEPEREKSAAN MALAYSIA, dari tahun 2005 hingga 2008, dimana purata 450,000 pelajar mengambil pepereksaan SPM setiap tahun dan dari jumlah ini kedapatan 65 - 68% pelajar yang gagal dalam subjek Bahasa Inggeris, ertinya seramai 157,000 pelajar yang gagal. Dari jumlah ini purata 72% pelajar Melayu, jumlah ini bersamaan dengan 113,040 pelajar Melayu yang gagal. Kemana kah mereka akan berada????
5. Dalam tempuh 10 tahun nanti akan terdapat 1,200,000 pelajar MELAYU yang tidak mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.
Aku harap pihak Kementerian Pelajaran fikir dan selidik dengan sebaik mungkin akan akibat apabila mewajibkan kelulusan bahasa penjajah ini. Kita sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan MERDEKA, wajarkah kita masih berada di ruang pemikiran penjajah????
Ingatlah beribu jiwa anak watan Negara ini telah gugur dalam mendapatkan kemerdekaan dan kedaulatan ini, jangan diambil ringan pengorbanan mereka. DAULATKAN BAHASA IBUNDA KITA, DAULATKAN NEGARA YANG MERDEKA INI.
SIAPSIAGA UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN BANGSA.
Patah sayap aku terbang jua.

No comments:

Post a Comment