Wednesday, July 8, 2009

PENGORBANAN USAHAWAN BUMIPUTRA

Pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi, adalah satu gerakan yang langsung tidak di sangkakan oleh usahawan Bumiputra. Ianya datang sebagai satu tamparan yang amat mengejutkan kepada orang-orang MELAYU terutamanya. Keadaan lebih menjadi bercelaru dan menyakitkan apabila hak milik ekuiti 30% BUMIPUTRA sebagai syarat kepada penglibatan asing di dalam usahasama di Malaysia juga di liberasasikan, apakah ini semua atas dasar baru 1MALAYSIA????.
Mari kita menyelami kedalam sanubari usahawan MELAYU yang baru bermula dan masih belum ada tapak yang kukuh dalan keusahawanan. Aku berpeluang berjumpa dengan sebahagian besar dari mereka yang genuin bukan PENYANGAK. antara perkara yang mereka curahkan kepada aku :-
1. Dalam sektor awam ekuiti MELAYU hanya sekitar 19%, rata-rata ekuiti ini di bolot sebahagian besar PENYANGAK TAMAK yang merompaknya semasa mereka ada kuasa, walau apa cara sekali pun. Kebanyakan mereka ini telah menyembunyikan harta samunan ini diluar Negara dan mereka pun tidak kisah langsung dengan nasib usahawan MELAYU yang masih terumbang ambing di Negara sendiri.
2. Perolehan Kerajaan di mana tidak lagi di wajibkan 30% di berikan kepada syarikat Bumiputra, kemanakah usahawan ini hendak mencari peluang, apakah pepatah Melayu menjurus kepada diri sendiri - Ayam mati kelaparan di kepuk padi-???????
3. Di sektor swasta hampir semua peluang tidak pernah di berikan kepada syarikat Bumiputra, ambil contoh PENIPUAN yang berlaku didalam syarikat gergasi pembinaan dimana terdapat pegangan ekuiti KWSP DAN KHAZANAH, tetapi kerja-kerja membimbing syarikat Bumiputra tidak di lakukan, malah syarikat gergasi ini mengambil beberapa perkerja mereka dan mendaftarkan sebuah syarikat lalu menyalurkan kontrak konon nya. Sebenarnya semua mereka sapu sendiri MELAYU PENAKUT DAN LEKA TERIMA CIPUT SAJA!!!!!!!!
4. Kumpulan MELAYU dan etinik BUMIPUTRA lain berjumlah 62% dan bukan Bumiputra 38% apakah wajar milik 62% di baham terus oleh yang 38%???????
5. Apakah wajar usahawan MELAYU DAN BUMIPUTRA lain mengadakan demonstrasi menuntut hak sendiri dalam tempuh terdekat?????????
Untuk iitu aku menyeru, orang-orang MELAYU janganlah menipu bangsa sendiri dan bangunlah dengan segera walau di sektor mana sekali perkukuhkan EKONOMI bangsa kita jangan sampai dah terlewat baru nak sedar.
Patah sayap aku terbang jua.

3 comments:

  1. KADANG2 BUKAN SALAH USAHAWAN, TAPI SALAH YB, TAK SERIUS BANTU BANGSA SENDIRI

    ReplyDelete
  2. ada juga usahawan penipu, Melayu tak akan maju kalu tak ubah sikap contoh Tak rajin, Tapi nak kaya cepat

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan komen saudara, kita kena bermula dengan ikhlas dan rajin, jangan nak cepat kaya saja.
    Ramai usahawan Melayu cepat lupa masa susah, jadi bila namapak duit banyak sikit mata dah gelap bukan gelap mata. Gelap mata senang di ubat tapi mata gelap serupa macam lembu pakai sun glas, semua nak di makan

    ReplyDelete