Tuesday, September 8, 2009

HARAPAN DI BAGAN PINANG

Kian penghujung bulan puasa ini kian tertekan mereka yang akan terlibat dalam PRK di Bagan Pinang nanti. Berbagai debaran sedang di rasakan oleh semua mereka yang terlibat, lebih-lebih lagi mereka yang mencanangkan diri untuk menjadi calon. Tidak kurang dari 6 nama yang telah di sebut-sebut oleh akar umbi bakal di calonkan, tetapi jika ada tangan-tangan hitam terlibat dalam proses menamakan calon sudah pasti akan muncul seekor "dark horse" di saat-saat akhir apabila nama yang di canangkan sampai ke pihak pembuat keputusan.
Kita telah dengar yang PAS berharap akan bertanding di PRK nanti, ini berdasarkan mereka telah bertanding di DUN Bagan Pinang pada PRU 12, walau pun mereka kalah tetapi jelas mereka mempunyai pengaruh di kawasan yang akan di pertandingkan. Kita juga mendapat gambaran yang PKR juga berminat untuk meletakan calon mereka dengan alasan mereka memenangi kerusi parlimen Telok Kemang semasa PRU 12 dan berpendapat jentera mereka lebih berkuasa dari jentera PAS dan seperti biasa semua "sumo" UMNO bahagian Telok Kemang telah membuka bilik gerakan sulit mereka untuk kerja-kerja melobi pihak Hubungan Negeri.
Itulah gambaran yang aku terima menjelang Isnin nanti apabila SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya kecil yang bakal di adakan.
Apa yang menarik pandangan aku, apakah MB N9 akan di berikan kepercayaan untuk mengepalai jentera pilihan raya UMNO nanti??? Dalam mendapatkan pandangan akar umbi di kawasan Bagan Pinang, aku berpendapat UMNO akan menghadapi risiko yang amat tinggi jika terus memberikan MB N9 untuk mengetuai PRK nanti. Rata-rata pihak akar umbi sudah meluat dengan tindak tanduk "anak saudara MB N9" dan beberapa kerabat terdekat beliau dalam pilihan raya yang lepas. Bayangkan hinggakan memasang poster pun di kontrakkan kepada suku sakat beliau. Ingin aku ingatkan MB N9, beliau sebenarnya tidak di benci oleh akar umbi tetapi kerabat beliau yang membuatkan beliau turut di meluatkan oleh akar umbi bak kata perpatah - seekor kerbau mebawa lumpur habis semua terpalit atau sebab dek nila setitik rosak susu sebelanga !!!!!!!!
Aku percaya UMNO menaruh harapan yang tinggi untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang, jadi ambil iktibar dari kekalahan Parti Kongress India di tahun 80han dan ambil tindakan drastik dalam memperbaiki imej UMNO untuk kembali di hargai oleh rakyat, jika tidak lihat apa jadi kepada Parti Libreal Demokrat Jepun.
Ingatlah berubah atau di ubah!!!!!!!! dan jangan takut untuk korbankan seorang demi keselamatan yang lain. Jangan kerana dek seorang N9 tergadai. Kekuatan sekarang ibarat setebal kulit bawang, terlalu rapuh untuk mendebik dada...................
Fikirkan sendiri.
Patah sayap aku terbang jua.

No comments:

Post a Comment