Wednesday, September 9, 2009

SIAPA BAKAL CALON BN BAGAN PINANG

Seperti yang aku coretkan kelmarin, senarai nama-nama mereka yang bakal di majukan kepada Pusat telah pun diperkatakan umum. Sudah tentu berbagai nama yang di sebut. Memang semua nama yang di kaitkan datang nya dari Bahagian Telok Kemang, tetapi seperti yang telah aku sangsikan di awal lagi ada nama yang di selitkan oleh MBN9 - salah seorang setiausaha sulit - yang rapat dengan beliau telah juga turut di senaraikan oleh Negeri.
24 jam yang lalu MBN9 mengatakan beliau akan akur dengan semua nama yang di majukan oleh bahagian Telok Kemang, tetapi dari maklumat dalaman dan boleh aku percayai satu tangan hitam telah memasukan satu nama tambahan untuk di majukan ke Pusat. Lupakah MBN9 akan akibat membuat pernilaian yang salah kepada senarai nama-nama calon apa akibatnya pada PRU 12?????? atau beliau mempunyai rancangan sulit yang bakal menghancurkan BN di N9???
Sudah pasti dalam jangkaan aku dan atas permintaan majoriti akar umbi TSIS mungkin menjadi pilihan, tetapi yang aku dapat maklumat pihak Negeri juga memasukan nama anak TSIS, jadi aku bertanya sendiri megapa perkara ini terjadi. Mungkinkah satu muslihat MBN9 uantuk menunjukan kepada Pusat yang TSIS ingin mewariskan kedudukan ADUN di bahagian Telok Kemang itu kepada anaknya atau semamangnya satu strategi yang di atur oleh MBN9 supaya orang pilihan beliau akan terpileh.
Dari kunjungan ke kawasan Bagan Pinang 24 jam yang lalu, berbagai cerita dan isu sudah mula di perkatakan dan yang paling menarik peniaga kecil yang paling suka kerana kata mereka di mana ada ceramah pembangkang yang akan menimbulkan kontraversi pasti ramai orang akan berkumpul dan rezeki untuk mereka pasti berganda. Inilah mentaliti peniaga kecil yang hanya memikirkan keuntungan tanpa mengambil peduli akan apa yang akan menimpa anak cucu mereka di masa depan. Lihat apa yang terjadi di Selangor.
Aku juga menerima panggilan telefon dari sahabat lama dari Bahau yang memaklumkan bahawa seorang lagi ADUN N9 kini berada didalam hospital menjalani rawatan yang agak serious, nampaknya macam seakan-akan nak ada lagi PRK............. if he kick the bucket!!!!!!!!! dari apa yang aku di ceritakan ADUN terbabit nampaknya dalam keadaan kurang baik untuk mencapai kesembuhan, jadi kemungkinan sesuatu boleh berlaku.
Satu isu yang bakal di mainkan oleh pihak pembangkang sudah pasti mengenai sistem keluarga MBN9 yang menguasai seluruh pentadbiran N9 dan yang terbaru sampai ketelinga aku tentang seorang menteri dari N9 yang memberikan kontrak tertentu kepada orang-orang beliau sahaja dan yang menjadi bara hangatnya ialah tentang kelibat seorang kotraktor Cina dari Johor yang sedang menguasai menteri terbabit dalam kerja-kerja kontrak besar di bahagian selatan Semenanjung.
Seperti biasa aku hanya mampu memberikan sindirian, kerana kekuatan aku hanya ada pada pena aku, jadi yang lain fikirlah sendiri. Tapi ingat kita mesti berubah jangan sampai kita di ubah, kalau kita dah di ubah akibatnya amat parah.
Patah sayap aku terbang jua.

1 comment:

  1. dr,

    politik dah jadi agenda utama negara. kita boleh lupakan hal ekonomi, sosial dan budaya.oleh itu mari kita cari makan dalam politik.

    Dah tak larat nak fikir politing sebab politik di negara ini akan menjadi medium kepada halatuju yang negatif.

    Politik ini akan menghancurkan harapan negara. Ayuh kita cuba menguruskan politik ini dengan betul agar negara kita terselamat dari kehancuran dan kemusnahan.

    Ponekdendah.....!!!!!!!

    ReplyDelete