Sunday, October 18, 2009

KEMELUT YANG MELANDA PAS

Pergolakan yang sedang berlaku dalam Pas kebelakangan ini amat ketara dan dalam sejarah politik Negara ini adalah situasi pucuk kepimpinan Pas menunjukan perpecahan secara total. Apakah punca kepada perpecahan ini?
Perpecahan ini hendaklah di lihat dari berbagai sudut.
1. Dari sudut politik, kita perlu melihat persekitaran yang ada di kalangan ahli Pas sendiri. Tidak dapat di nafikan yang pada masa ini terdapat ramai budak-budak Anwar Ibrahim yang menyertai Pas, bukan kerana keyakinan kepada perjuangan Pas tetapi kerana mereka tidak mahu menyertai Keadilan atas sebab-sebab mereka merasakan yang Anwar terlalu berlembut dan memberi muka kepada kaum India terutamanya hinggakan Anwar sanggup menyebelahi gerakan Hindraf dan menggunakan gangster kaum India.
2. Atas sebab-sebab tersebut dan beberapa sebab yang lain mereka menyertai Pas, jadi ketaat setiaan mereka sebenarnya bukan kepada Pas sebaliknya masih lagi kepada Anwar Ibrahim dan sudah pasti Anwar akan menggunakan mereka untuk "mengambil alih" kepimpinan Pas, nampaknya secara legal tetapi secara "indirect: menendangkan kepimpinan lama dengan secara halus.
3. Anwar Ibrahim telah melakukan taktik yang sama terhadap Tun Mahathir, tetapi Tun M jauh lebih bijak dari Anwar kerana penasihat Tun M lebih berpengelaman dari budak-budak Anwar, jadi gerakan tersebut gagal walaupun dengan terlibatnya sokongan dari CIA kepada Anwar.
4. Anwar sememangnya amat berhajat untuk menguasai Pas, kerana dia tahu yang pengaruh Pas lebih besar dari PKR dan Pas sememang di kuasai oleg orang Melayu sedangkan dalam PKR sendiri Anwar tidak mendapat sepenuh kepercayaan dari semua peringkat akar umbi.
5. Anwar berusaha untuk mengambilalih Pas secara indirect mula terserlah selepas beliau di cabar oleh pucuk pimpinan Pas supaya turut bersumpah atas kes liwat yang di buat oleh bekas pembantunya, Saiful. Tetapi apabila beliau hanya berdiam diri dan membuat berbagai helah agar kes tersebut di lambat-lambatkan dan kemungkinan di buang oleh mahkamah menyebabkan beberapa pemimpin senior Pas tidak lagi menunjukan sokongan kepada Anwar, maka Anwar pun mulakan gerakan coup de tar terhadap Pas. Tetapi malangnya gerakan ini telah dapat di hidu oleh pemimpin Pas, jadi kita dapat melihat bagimana Anwar teasa beliau mula di pinggirkan.
6. Dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, beberapa kumpulan samseng yang mempunyai hubungan dengan PKR berpakaian ala Pas telah membuat kecuh dan cuba memulakan pergaduhan, tetapi kecekapan pasukan Polis semua gerakan tersebut dapat di bendung dan yang mendapat terpalit hitam dari gerakan tersebut ialah Pas.
Jadi kewajaran untuk mengadakan satu mesyuarat EGM atau khas sebenarnya bukanlah kerana beberapa pemimpin yang dilihat pro untuk berkerjasama dengan UMNO, sebaliknya adalah untuk mengeluarkan mereka yang sebenarnya menjadi talibarut Anwar. Demi untuk menjaga retak yang ada dalam Pakatan Rakyat (yang sebenarnya masih tidak berpakat) jadi Tok Guru terpaksa mencari beberapa kambing hitam yang bakal menjadi korban sementara.
Petang besok aku sambung lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

2 comments:

  1. KEMELUT telah melanda banyak parti politik...menjadikan pengundi kucar-kacir pendiriannya.BN pun tidak ketinggalan menerima tempias ini.

    Tiada siapa tahu suatu revolusi kepada sistem ini akan berlaku hingga menyebabkan kekacauan dan ketenteraman akan tergugat.

    Kita tunggu sahaja masanya akan sampai.

    ReplyDelete
  2. Benar semua parti politik menghadapi kemelut dalaman kalau tidak tak le di namakan politik. Kan dalam politik Malaysia ni cantas mencantas sudah lumrah dan tidak kurang pula yang nak mewariskan kedudukan politik mereka kepada perut mereka sahaja, kalau tak dapat di wariskan masa memerentah habis semua di faraidkan sesama perut sendiri.

    Tapi dalam kemelut Pas ini ianya di orkestrakan oleh tangan-tangan yang tersembunyi, jadi ahli Pas mestilah mengenali manusia ini.

    Kalu tak kenal nanti kot kena jual

    ReplyDelete