Saturday, October 3, 2009

PRK BAGAN PINANG

Beberapa minggu sudah aku terhenti dari membuat coretan di blog ini kerana asyik dengan semua raya. Dari pasar raya sampai ke cerita hantu raya dalam pilihan raya kecil yang bakal berlansung tidak berapa hari lagi.
Aku ingin menyorot kembali proses menamakan calon-calon parti yang akan bertanding hinggalah kepada hari penamaan calon kelmarin.
Sebaik sahaja kerusi DUN Bagan Pinang di isytiharkan kosong berikutan kematian wakil rakyatnya maka bermulalah proses mencari calon yang sangat beremosi yang dapat aku klasifikasikan. Bermula dengan semua cawangan mengadakan mesyuarat mereka hingga kepada Bahagian Teluk Kemang, seperti yang aku jangkakan semua mereka sebulat suara dan tekad menamakan Isa Samad sebagai calon mereka.
Sebaik sahaja kepautusan mereka di hebahkan oleh media bermula pula satu sediwara politik NS yang di orkestrakan oleh kumpulan MBN9. Selama ini maklumat yang aku terima MBN9 tidak pernah menyokong Muhyiddin semasa Muyiddin memulakan kempen bertanding Timbalan Presiden UMNO, malah di waktu itu MBN9 tidak pernah menjemput Muhyiddin untuk hadir ke N9 dan semasa mesyuarat Bahagian Rembau MBN9 terang-terang mengarahkan supaya sokongan di berikan kepada Ali Rustam. Mungkin dek takdir akhirnya Muhyiddin yang terpileh, nah! MBN9 pun mula jadi sumpah-sumpah - orang politik boleh tukar warna dengan cepat atau macam orang perempuan tukar panty. Tiba-tiba saja MBN9 terus mencari peluang untuk menghampiri Muhyiddin sampai sanggup naik kelas pelancongan ke Paris, semata-mata nak dapat di lihat rapat dengan Muhyiddin. Itu senario awal.
Balik kepada cerita proses penamaan calon, apabila Bahagian TK sebulat dan nekad maukan Isa maka MBN9 pun pergi jumpa Muhyiddin dan beri taklimat kononnya ada calon lain yang lebih di terima oleh peringkat akar umbi dan Bahagian TK tidak sepatutnya menamakan satu nama sahaja. Mungkin Muhyiddin selepas mendapat gambaran dari semua pihak yang membuat kajian nampak bersetuju dengan cadangan Bahagian, maka MBN9 pun cari jalan lain dengan mengadakan rumah terbuka di kampong sendiri dan jemputan khas ialah Mantan PM, Tun M. Sebenarnya MBN9 ada rancangan sendiri dengan memframekan beberapa pemberita supaya membuat pertanyaan provokatif kepada Tun M tentang bakal calon yang wajar untuk BP. Tun M seperti kebiasaan memberi komen yang fokus kepada tidak mencalonkan Isa, atas dasar politik wang yang di hebohkan. Tak sampai 24 jam komen Tun M bergema pula mereka-mereka yang dapat menghidu rencana MBN9 dengan komen yang lebih terbuka akan sikap MBN9 dalam menggunakan dan memperalatkan Tun M. Akhirnya atas permintaan dan desakan akar umbi Muhyiddin pun mengumumkan yang Isa adalah calon BN, muka MBN9 pun berubah menjadi ceria dalam gelabah.
Tiba hari penamaan calon sebenar terjadi pula kes tumbuk menumbuk dan berbagai andaian dan cerita siapa yang bertanggungjawab mencetuskan kerjadian itu. Pihak Polis cepat-cepat bertindak menahan beberapa individu yang di syaki dan kini menjalankan siasatan. aku harap mereka yang sebenarnya terlibat dapat di kenal pasti dan di grill bersungguh-sungguh supaya cerita sebenar akan siapakah dalang yang mengapikan hingga menjadi begitu. Walaupun aku di berikan sedikit gambaran akan dalang yang harus di pertanggungjawabkan, aku lebih selesa membiarkan pihak berwajib membuat kenyataan, kerana aku akan mencoretkan sesuatu apabila aku mendapat proof yang tidak aku sangsikan.
Kepada pengundi Bagan Pinang pilehlah siapa yang anda kira layak menjadi wakil anda. Ingat pilihan anda pasti memberikan kesan dan impak kepada masa depan anak cucu anda. Jangan sampai pepatah kita berulang kepada anak cucu anda "Itek mati kehausan di air, Ayam mati kelaparan di kepuk padi".
Selamat mengundi.
Patah sayap aku terbang jua.

No comments:

Post a Comment