Sunday, May 1, 2011

KEMPEN PERKAUMAN DAP MENJADI

Merenung kembali pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang lalu, aku terfikir untuk mencatatkan sesuatu pendapat berkaitan dengan corak dan teknik kempen yang digunakan oleh DAP sepanjamg tempoh berkempen.

Paling ketara ialah konsep kempen DAP yang 100% nmenampakan permainan sentimen perkauman. Isu perkauman yang dibawa DAP telah membolehkan parti itu memenangi lebih banyak kerusi dari SUPP. Isu perkauman ini hanya berjaya dimana kedapatan ramai pengundi dari keturunan Cina. Perkara ini sewajarnya diteliti supaya perkara perkauman tidak dijadikan satu isu kempen kerana impaknya nanti adalah sangat buruk.

DAP sengaja memainkan isu perkauman disebalik segala langkah yang dibuat oleh Kerajaan dalam menerapkan konsep 1Malaysia, secara sulitnya aku diberi maklum yang sejak DAP memerintah Pualu Pinang, parti itu sering mendapat kunjungan dari ahli-ahli politik dari sebuah negara jiran yang didominasi oleh orang Cina, perkara ini sewajarnya diperhatikan dengan serious oleh pihak tertentu sebelum sesuatu implikasi yang lebih besar berlaku.

Apabila ada orang Melayu bercakap berkenaan nasib bangsa Melayu dan hak-hak orang Melayu, maka akan kedengaranlah perkataan rasist, tetapi apabila DAP terang-terangan menggunakan isu perkauman mengapa tiada orang yang membangkitkan perkataan rasist. Apakah kita kini mengamalkan double standard system dalam isu ini?

Apakah akan berlaku jika isu perkauman ini dibiarkan berleluasa? Apakah DAP mengharapkan yang jika berlaku kekecohan perkauman di Negara kita, maka angkatan tentera negara jiran akan turut serta? Apakah DAP mengharapkan apabila berlaku kekecohan dengan menggunakan masses rally, maka pasukan Amerika Syarikat akan menjadikan Negara kita serupa dengan Libya? Kalau inilah yang bermain diminda DAP, maka aku katakan yang segelintir pemimpin DAP sedang menyalakan api kebencian di bumi tercinta ini. Untuk itu aku menyarankan supaya pihak berwajib menjalankan penyiasatan terperinci terhadap tindak tanduk pemimpin DAP.

Dari satu sudut menampakan kempen yang menggunakan sentimen perkauman yang digunakan oleh DAP sebagai satu kejayaan politik mereka, tetapi sebenarnya dalan analisa aku DAP telah membawa kembali Negara kita ke era 1969 dimana kebencian perkauman telah diperkotak katik kan.

Aku percaya orang Melayu telah mula sedar dengan taktik perkauman yang ditiupkan semula oleh pemimpin DAP, maka wajarlah pemimpin Melayu memulakan sesuatu sebagai tindakbalas dari apa yang dimulakan oleh DAP. Aku harap pemimpin PAS akan mula sedar bahawa perpaduan Melayu dan Islam adalah lebih penting dai kejayaan politik mereka.

Biar apapun sekali, dalam pandangan aku PAS tidak akan dapat membentuk kerajaan Pusat, kerana PAS hanya bertanding sebanyak 67 kerusi parlimen dari lebih 200 kerusi, seandainya PAS memenangi semua 67 kerusi mereka masih belum mampu untuk menjadi satu "force of simple majority" bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan dan yang lebih pastinya DAP tidak akan membenarkan PAS mengambil "leading role" didalam kerajaan bayangan mereka.

Untuk itu aku menyeru kepada kepimpinan PAS supaya muassabah diri dan memikirkan tawaran yang dibuat oleh Najib untuk keluar dari pakatan pembangkang dan sebaiknya bergabung dengan UMNO dalam satu konsep kerajaan perpaduan MELAYU.

Fikirkan..................

Patah sayap, aku terbang jua

No comments:

Post a Comment