Sunday, May 1, 2011

KENYATAAN CHUA SOI LEK SATU CABARAN KEPADA PENGUNDI CINA

Keciwa dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya Sarawak atau mungkin juga dengan pilihan raya kecil DUN Tenang, dimana kawasan peti undi lubok Presiden MCA sendiri kecundang, aku kira telah mendorong Chua Soi Lek (CSL) mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu amaran kepada pengundi Cina........... akan apakah kesannya pada masa depan kaum Cina dalam perkongsian kuasa di peringkat Pusat. Pada hemat aku mungkin kenyataan itu amat pahit sekali yang pernah dikatakan atau dikeluarkan oleh seorang pemimpin kaum Cina.

Dari sudut "leadership managment" CSL sememangnya mempunyai satu kualiti yang tersendiri, dari kes penyingkiran beliau hinggalah kembali semula ke puncak pimpinan dalam MCA, jelas menunjukan keupayaan CSL dalam"political manouverity" yang matang dan memegang tampuk kepimpinan sebauh parti yang besar dengan bermacam ragam dan gaya terutama gulongan muda dan agenda tersendiri bukanlah satu yang mudah. Di awal kepimpinan nya CSL menunjukan kepada kaum Cina bagimana beliau berjaya mendapatkan pelajar-pelajar lepasan sekolah Cina diberi pengiktirafan oleh Kerajaan, tetapi kejayaan ini telah diperkecilkan oleh DAP dalam banyak kempen mereka.

Untuk memperkecilkan kepimpinan CSL, DAP telah menggunakan konsep kempen perkauman yang keterlaluan.................... yang lebih parah ialah taktik DAP dapat diterima oleh sebilangan besar kaum Cina. Ini dapat dilihat dengan meningkatnya undian kepada DAP atau komponen pembangkang.............seperti di PRK Tenang, kawasan yang majority kaum Cina telah memberi undi kepada PAS. Ini adalah satu tamparan yang paling hebat buat CSL secara peribadi, kerana adakah itu sebagai tanda protes terhadap beliau sendiri atau terhadap Kerajaan?

Wajar bagi CSL membuat cabaran dan ingatan kepada kaum Cina supaya terus bersatu didalam MCA dan BN, demi untuk menentukan kesinambungan kerjasama erat yang telah dijalinkan sejak 1955 lagi. Masalahnya ialah kumpulan generasi pengundi sekarang bukanlah mereka yang memahami akan sejarah perjuangan asal oleh nenek moyang mereka, tetapi generasi sekarang yang lebih dikenali sebagai "generasi Y" lebih merupakan satu generasi yang suka membuat eksprimen sendiri tanpa mahu bertanya kepada gulungan "Vatren" atau orang lama. Maka itu mereka kurang mendengar nasihat dari orang lama.

Ingatan CSL kepada pengundi Cina sebenarnya tidak boleh dipandang ringan, implikasinya amat besar terutama pada PRU 13 yang bakal dihadapi tidak lama lagi, dan pemimpin MCA yang lain perlu bekerja dengan lebih gigih lagi demi untuk memikirkan kejayaan mereka. UMNO pula perlu melihat dari sudut sentimen pengundi, bagi kawasan yang majoritynya pengundi Melayu melebihi 55%, adalah kawasan yang baik untuk calon Melayu, maka satu kompromi pembahagian kerusi dalam BN terutama dengan MCA hendaklah dibuat secara baik.

Mengambil contoh, kawasan Parlimen Kuantan, dimana pada pilihan raya yang lalu dimenangi oleh PKR, dalam kajian aku ini hanyalah kerana calon PKR itu MELAYU, jadi contoh yang begini perlu diambil perhatian. Kompromi yang boleh dibuat ialah MCA menawarkan kerusi itu kepada UMNO yang mana mempunyai peluang lebih baik untuk menang, dan UMNO nanti menawarkan kerusi Senator kepada MCA...................... fikirkan.

Patah sayap, aku terbang jua

1 comment:

  1. doktor,

    azan selalu berkumandang...tapi manusia masih leka diulit dunia....imam pun begitu juge...ajk masjid dan makmum pun leka....dunia...dunia...duniaaa....ponekdendah

    ReplyDelete