Selesai solat subuh aku, seperti lumrah harian ku, aku ke kamar komputer. Membaca e-mail dan sms yang di hantar, kebanyakanya adalah luahan hati rakan-rakan lama yang seakan merajuk, ibarat terasa diri mereka terpinggir.
Rakan-rakan dan kenalan sering kali mengadukan kepada aku kesempitan hidup di zaman mellinium ini dan bermacam pandangan dan nasihat yang di minta. Dari soal politik hingga ke masaalah rumah tangga, lalu ada yang mengajar aku bagimana membina blog ini dan gunakan keypad aku untuk mejawab semua persoalan yang di kemukakan atas dasar "PERJUANGAN",
Anehnya, ada yang bertanya mengapa aku memileh kata dasarku "PERJUANGAN" - Aku tersenyum, kerana aku melihat mereka sebenarnya telah mula hilang arah dalam menjalani kehidupan harian yang sentiasa memerlukan perjuangan.
Untuk ini, pagi ini aku mulakan kembali di keypad ini dengan coretan PERJUANGAN .
Lama aku tidak membuka kamus Dewan - untuk permulaan coretan ini aku semak kembali istilahkata PERJUANGAN "perihal berjuang untuk merebut, mendapatkan mau pun mempertahankan sesuatu" - nah kawan-kawan amatilah kata-kata itu. ada tiga perbuatan yang perlu kita pahamkan.
1. Rebut
2. Dapatkan
3. Pertahankan
Mungkin cukup untuk anda fikirkan buat masa ini, nanti aku sambung bila kelapangan. Jangan terlepas pandang, fahamkan kata-kata yang tiga itu dan lihat secara fizikal,emosional dan spiritual, dimana kata-kata itu dalam diri kita.
Salam perjuangan ku yang tak pernah pudar.
Biar patah sayap pasti aku terbang jua.
mawarhati

Dr;
ReplyDeletePerjuangan memerlukan pengorbanan dan yang pasti perlulah jelas arah dan tujuannya.
Azwir Sabirin
Sdr AS Alias,
ReplyDeleteTerima kasih mengingatkan saya atas komen tuan. Hasrat saya ialah menerangankan secara berperingkat dalam suasana tenang untuk di fahami oleh generasi muda. Pasti mereka akan dapat melihat arah dan tujuan PERJUANGAN.