Tuesday, September 7, 2010

CUBAAN PIHAK TERTENTU MEMECAHBELAHKAN UMMAH

Kelmarin tersebarlah satu lagi sms yang mengatakan bahawa hari raya akan jatuh pada hari Khamis, maka bermacam pihak berwajib seperti JAKIM terpaksa mengambil berbagai langkah untuk mempastikan umat Islam di Negara ini tidak terpengaruh dengan sms yang di sebarkan.
Persoalan yang bermain dibenak kepala aku ialah kenapa ada pihak yang sengaja menjadikan perkara seperti ini sebagai satu bahan yang hendak di perkotak katik kan? Apakah perbuatan ini sengaja dilakukan oleh pihak tertentu? Apakah kah motif dan tujuan pihak tertentu ini membuat begitu? dan yang lebih aku pertanyakan ialah mengapakah terlalu lambat untuk pihak berwajib mengheret mereka yang "biadab" dan tidak bertamadun ini kemuka kehakiman dan di pamerkan kepada seluruh rakyat siapa sebenarnya mereka yang terlibat.
Penjelasan yang bakal di kemukakan ialah siasatan sedang dijalankan dan apakah hasil siasatan itu nanti "wallah hualam".
Perbuatan menggunakan kemudahan eletronik seperti laman web, internet, sms dan sebagainya bagi sesuatu tujuan yang boleh mendatangkan eresahan awam henfdaklah di tangani dengan segera, pengkhianat yang melakukan perkara ini hendaklah di dedahkan dengan segera dan tindakan punitif yang di ambil hendaklah di lihat sebagai berkesan, supaya ianya tidak di ambil sambil lewa oleh mereka yang terlibat.
Fikirkan,
Aku mungkin keluar dari perkabungan....
Patah sayap aku terbang jua

No comments:

Post a Comment