Apabila dibicarakan atau diperkatakan akan keruntuhan moral dan budaya hidup orang-orang Melayu, aku mejadi amat sensitif dan seringkali cuba mencari jalan dan punca bagimana keruntuhan ini dapat diperbaiki dan dimartabatkan kembali.
Aku mengambil masa yang agak panjang untuk menjalankan kajian yang terperinci bagimana aku dapat membantu dalam apa jua cara untuk memperbaiki dan mengembalikan kegembilangan budaya persaudaraan MELAYU yang aku warisi turun temurun.
Setelah berbulan lama aku menkaji dan merantau di hampir segenap pelusuk perkampungan Melayu yang budayanya masih terpelihara, aku merumuskan yang perpaduan MELAYU boleh dipupuk dengan kembali kepada budaya membesar secara perkampungan walaupun orang-orang MELAYU berada ditengah-tengah kota Metropolitan.
Perpecahan keakraban MELAYU yang berlaku sekarang adalah kerana terdapatnya segulungan mereka yang menerapkan budaya hidup asing didalam corak hidup MELAYU, seperti membawa budaya ala barat dan keterbukaan yang melampau dalam hidup harian kita. Apabila ini berlaku maka orang-orang MELAYU akan mula dikuasai dengan nafsu EGO atau kesombongan yang tinggi dan berlakulah pemilihan DARJAT dan berpuak dikalangan kita.
Satu cara dan jalan yang aku kira akan dapat membawa kepada penyatuan kembali orang-orang MELAYU ialah dengan mengadakan kembali kumpulan-kumpulan persilatan yang pernah kita pusakai bukan yang telah diubahsuai atau dikomersialkan. Apa yang aku maksudkan ialah kembali kepada sistem perguruan yang asal dimana tiada yuran atau PENGERAS khusus sebaliknya anak-anak persilatan akan paham bagimana menghormati guru-guru mereka.
Kumpulan Persilatan Melayu memang banyak dengan bermacam nama dan gelaran, dari pengamatan yang aku lakukan terdapat beberapa kumpulan dan guru-guru tertentu telah mengambil kesempatan untuk mengkomersialkan diri mereka sedangkan anak-anak murid hanya di pergunakan untuk tujuan tertentu dan ada juga kumpulan tertentu telah berlagak, sama ada secara sedar atau tidak sebagai satu kumpulan ala "samseng", ini telah merusakan nama persilatan MELAYU jika dibandingkn dengan seni mempertahankan diri yang lain.
Persilatan MELAYU boleh dikomersialkan atau dijadikan SENI SILAT OLAHRAGA tetapi PERSILATAN KEBATINAN hendaklah sentiasa diwariskan kepada orang-orang MELAYU sahaja seperti ajaran SELENDANG MERAH dan JUBAH KUNING hendaklah kita peliharai akan kesaktian nya jangan sesekali anak-anak murid mendedahkan kepada orang bukan Islam kerana ditakuti "mereka" akan mencari jalan melemahkan persilatan kebatinan ini. Sebagai contoh menularnya bekalan makanan yang tidak HALAL dan meragukan boleh melemahkan dan melupuskan persilatan ini. Dari itu orang-orang MELAYU yang mempusakai persilatan ini hendaklah sentiasa menjaga permakanan dan adab budaya agar tidak melemahkan kita.
Fikirkan dan nanti aku bicarakan lagi.
Patah sayap aku terbang juga.

No comments:
Post a Comment