Tuesday, September 21, 2010

PERJUANGAN EKONOMI MELAYU DALAM MENGHADAPI NKEA

Kelmarin aku berkesemptan melawat pameran hasil makmal NKEA yang sangat hangat di perkatakan dalam menghadapi masa depan Negara, berbagai cadangan dan pandangan yang dibentangkan semuanya dengan objektif untuk memacu ekonomi Negara kearah Negara berpendapatan tinggi menjelang 2010. Ini adalah objektif yang amat dialu-alukan dan diharapkan. Namun dalam kegairahan untuk menjadi Negara maju dan berpendapatan tinggi aku dapat terdapat "loop hole" yang perlu diberi perhatian, yang mana jika "loop hole" ini tidak diawasi maka perjalanan mengejar pencapaian ekonomi ini akan menemui sesuatu yang sukar aku terangkan sekarang.

Aku melihat lab MASA DEPAN KUALA LUMPUR, memangnya canggih dan mengujakan setiap pengunjung. Aku lihat satu yang dicadangkan ialah memperkenalkan pengangkutan massa menggunakan teknologi "MEGNALAV", aku telah di dedahkan kepada tekonologi ini kira-kira 20 tahun yang lalu sewaktu ianya masih lagi di peringkat "prototype" di German, dan di German seingatan aku sistem ini hanya dibina untuk 21KM sahaja sebagai "testbed".

Kepintaran orang-orang German, mereka telah berjaya menjualkan teknologi ini kepada CHINA dan dalam kajian dan analisa aku, aku percaya CHINA memilih sistem ini kerana ingin menunjukan kepada dunia yang mereka terbuka kepada teknologi baru dalam menghadapi SUKAN OLYMPIC 2008. Maka sekarang CHINA perlu mendapatkan pelanggan baru bagi MEGNALAV ini bagi mendapatkan kembali perlaburan mereka. Maka tidak hairanlah MALAYSIA menjadi sasaran jualan mereka, ini dikuatkan lagi dengan adanya syarikat atau konsortium yang telah pun menjadi "AGEN" di MALAYSIA.

Jika sistem ini diterimapakai maka MALAYSIA akan menjadi Negara kedua di dunia yang menggunakan MEGNALAV. Pengelaman pembelian 20 lokomotif terpakai dari China dengan harga jutaan RM yang kini sedang di"canabalisekan" sepatutnya menjadi satu igauan kepada Malaysia dalam memilih sesuatu untuk rakyat dengan duit rakyat, jangan sampai kesilapan hari ini mereka yang terlibat akan dikutuk selama-lamanya.

Perkara kedua yang aku perhatikan dipameran itu yang perlu diberikan perhatian ialah pembangunan sumber manusia. Sepanjang yang aku lihat dan taklimat yang aku dengan pembangunan sumber manusia hanya menekankan kepada "kepakaran" atau profesionalisma tetapi tidak kepada kemanusian itu sendiri. Jika pemangunan sumber manusia hanya dibangunkan dalam bentuk aset sahaja, maka kita akan menghadapi keruntuhan moral dan sahsiah kemanusian di masa depan. Keadaan akan bertambah serious kerana Malaysia mempunyai berbilang etenik yang sangat sensitif dengan kebudayaan dan kepercayaan sendiri.

Aku perturunkan pandangan ini kerana aku kira pemilihan mereka yang menganggotai PEMANDU adalah tidak sekata dimana cerdik pandai MELAYU hanya di dedahkan selepas jawatan kuasa induk hampir-hampir menyiapkan pelan keseluruhan NKEA. Maka ianya masih belum terlambat untuk PEMANDU mengambilkira akan rasa sensitif antara etenik dalam mencapai satu arah sebagai MALAYSIAN IN TOTAL.

Fikirkan demi untuk masa depan.
Patah sayap aku terbang jua

No comments:

Post a Comment