Tuesday, November 19, 2013

KEJUJURAN, KEIKHLASAN & KEPURA-PURAAN

Lama aku tidak menulis atas beberapa sebab-sebab yang tidak menggalakan aku melakukan hobi yang aku minati ini.

Namun setelah aku bermuassabah diri dan melakukan beberapa kajian berkenaan dengan corak penghidupan semasa, maka aku ingin kongsikan pandangan dan pendapat aku dalam menganalisa kehidupan harian kita rakyat Malaysia.

Pada masa ini rakyat Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti berikut:-

1.      Kelompok ELITE : Ini adalah kumpulan masyarakat yang tinggal dikawasan kota metropolitan yang sentiasa sibuk sepanjang hari tanpa mengira malam dan siang. Kelompok ini biasanya terdiri dari mereka yang terpelajar dan sophiscated dalam semua bidang penghidupan.

Kelompok ini mempunyai pendedahan yang banyak kepada semua fasilitas penghidupan morden dari sistem hubungan tanpa wire hingga ke masjid dan surau yang terkini bentuk pembinaan nya.

Apabila aku mendapat peluang untuk berjemaah di masjid-masjid yang besar tersergam indah, aku lihat lain dari solat Jumaat, pengunjungnya tidak begitu menggalakan. Sebagai contoh disebuah masjid yang lengkap dengan hawa dingin syaf pertama pun tidak lengkap dipenuhi. Aku tertanya-tanya apakah penduduk Islam setempat hanya memanfaatkan masjid yang indah itu hanya pada hari Jumaat sahaja?

Atau apakah pada hari Jumaat itu terdapat ramai pekerja yang hadir dan diantara pekerja yang hadir terdapat sekumpulan besar pendatang dan pekerja asing...... persoalan yang aku kemukakan ialah apakah kumpulan Elite ini sebenarnya jujur dalam mengerjakan solah dan mengimarahkan masjid yang indah-indah itu?

2.    Kelompok Kawasan Perumahan Kelas Menengah, ini adalah kumpulan yang mendiami kawasan-kawasan taman perumahan serdahana. Kebiasaan nya aku lihat disetiap fasa akan terdapat surau atau madarasah yang didirikan. Berbagai bentuk dan keadaan surau yang aku temui, anehnya ada diantara surau yang langsung macam tiada yang mengunjunginya. Keadaan yang berselerak dan tidak teratur, maka aku tertanya-tanya "mengapa diminta surau" jika tidak dimanfaatkan atau mengapa diminta surau jika 500 meter bersebelahan sudah terdapat surau......... persoalanya "apakah ikhlas mereka yang menubuhkan surau tersebut " atau sebagai satu showpiece sahaja!

Fikirkan, nanti aku sambung lagi,

Patah sayap aku terbang jua


No comments:

Post a Comment