Saturday, November 23, 2013

PERJALANAN YANG PANJANG BUAT ORANG MELAYU

Setelah sekian lama aku berdiam diri tidak mencoretkan apa-apa pun untuk diajukan kepada sahabat-sahabat diluar sana, tiba-tiba aku terpanggil untuk membuat beberapa coretan bagi tatapan mereka yang mengikut blog ini.

Ianya bermula bila ada kawan-kawan yang menalifon aku dan bertanyakan pendapat berkenaan dengan arah tuju orang Melayu dalam bidang perniagaan dan industri. Mereka meminta aku memberikan pandangan kepada apa yang telah dirangkakan oleh Perdana Menteri dalam memperkasakan ekonomi orang Melayu dan lain-lain minoriti Bumiputra.

Rancangan yang direncanakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu orang-orang Melayu maju dalam bidang perniagaan sememangnya nampak positif. sepertimana yang pernah direncanakan selepas DEB yang lalu, tetapi ketirisan yang berlaku telah menyebabkan objektif rancangan itu tidak tercapai.

Dimana berlakunya ketirisan ini?  

Ketirisan semuanya bermula sebaik sahaja peruntukan dan projek-projek yang dirancang diserahkan kepada Kementerian/Jabatan yang diberi kepercayaan. Bukan salah Kementerian/Jabatan yang terlibat ....... tetapi dari mereka yang mengendalikan peruntukan dan projek yang dirancang oleh Kerajaan. Apakah Kerajaan tidak memantau...... pantau, tetapi yang membuat lapuran pemantauan itu juga perlu diperiksa kejujuran mereka.

Bagimana ketirisan boleh berlaku?

Sebaik program yang dirancang sampai ke Kementerian/Jabatan maka maklumat berkenaan projek itu akan berterbangan dari satu fail ke fail yang lain, maka bermulalah satu operasi sulit dalaman dengan digalakan oleh satu elemen luaran yang mempunyai pengaruh......... pengaruh samada dalam bentuk kedudukan atau pun kewangan....... kewangan pun tidak semestinya berupa wang ringgit...... ia boleh menyerupai...sukan, terutama golf, merupakan tajaan sukan jabatan/kementerian...... mungkin merupakan ....wanita yang menjalankan usahaniaga ditempat-tempat yang sulit....... dan yang lebih dari itu....perbincangan didalam tempat solt/surau/mussalah............

Siapakah yang merancangkan ketirisan tersebut?

Mereka yang merancang ketirisan tersebut boleh jadi dari pembawa fail hingga ke ketua sesebuah jabatan yang terlibat........ bagimana "budak pejabat" boleh melakukan perkara ini... sekarang budak pejabat pun dah pakai kereta....... ada yang pakai Honda Civic...... apakah ini secara kebetulan atau ??????? Bila ditanya semuanya ada alasan dan jawapan yang semacam sudah dituliskan dailognya............. jalan cerita semuanya hampir serupa.... malam berniaga "pasar malam", jual insuran...... multi level,     produk kecantikan dan lain lain.......

Aku juga pernah menjadi pegawai kerajaan....... mungkin dulu tak semacam sekarang....... dulu semua pegawai dan angguta perlu memahami apa itu Perintah Am Kerajaan, apa itu Akta Rahsia Resmi dan semua peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan...... dulu juga tak ada internet atau hubungan maya............ jadi tak lah secanggih sekarang......

Persoalan nya..... Apakah dengan kecanggihan yang ada....... maka semua maklumat boleh disebarkan dengan begitu senang dan bebas??????

Atau ......... SATU SISTEM PENGAWASAN MAKLUMAT KERAJAAN SEBENARNYA TAK SECANGGIH YANG DIKATAKAN................. bagi membuktikan perkara ini aku telah membawa sekumpulan anak-anak muda berlegar-legar dikawasan masjid Putra Jaya..... SUBHANALLAH......... dalam masa tak sampai 10 minit kami telah dapat mengesan perbualan telifon yang jelas dan nyata................ aku bimbang .....apakah FIREWALL yang dihasilkan oleh syarikat yang diberi amanah itu berfungsi atau tidak???????????

Jika perkara-perkara seperti ini tidak diatasi maka berkemungkinan perjalanan orang Melayu dalam mendapatkan hak kesamarataan dalam bidang perniagaan akan terus dinafikan secara halus.............

Ambil contoh................ nak import simen dari luar Negara ......... tak boleh...... kecuali kena membayar levi kepada syarikat tertentu....................... siapakah tuan syarikat ini, nak import steel billet dari luar  ............ tak boleh ........ kena juga bayar levi tertentu...... jadi, bila kah orang Melayu nak dapat hak kesamarataan???????????????

Maka aku tidak hairan melihat orang Melayu mencari modal dengan bermacam cara yang haram..................... ambil rasuah, ............. jual Mykad palsu................ jual permit palsu...... benarkan orang asing masuk dengan hamya sedikit keuntungan peribadi????????????? jangan tanya pasal orang Melayu menjadi pelacur/GRO kerana nak hidup di bumi sendiri/// siapakah yang menjadi tauke mereka ini???????????

Maka itulah sebabnya bank-bank di Negara kita, pun kita serah kepada orang asing jaga....... bila berlaku sesuatu semua pihak menuding jari........ cari kambing hitam

Kerja-kerja maintenance............ di KLIA semuanya dibuat oleh orang asing........ jadi tak heranlah mereka bebas menjalankan aktiviti yang boleh mengancam Negara kita nanti....... jangan ingat semua Bangla dan Pakistan yang  datang bekerja disini tak pandai........ lihat berapa banyak sindikit yang telah mereka ujudkan dan berapa banyak penipuan yang telah dilakukan oleh Negero-negero dari Afrika........... berapa banyak dadah yang telah diseludupkan oleh orang dari Iran, India dan bermacam lagi............ tak tertulis dek aku......

PUNCA SEMUA INI, IALAH SIFAT JATIDIRI DAN MENGENALI DIRI...... tidak dititikberatkan dari rumah lagi............SALAHKAN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM KITA MENYALAHKAN ORANG LAIN.

fikirkan dan sama-sama kita mencari jalan penyelesaian dan kesedaran agama dan bangsa kita...............

Patah sayap..... aku terbang jua


No comments:

Post a Comment