Thursday, July 2, 2015

SETELAH BERJAUHAN KIAN LAMA KINI AKU KEMBALI MENCORET

Hampir dua tahun aku menyepikan diri dari menulis, enggan aku memberikan sebab, kerana lumrah manusia akan selalu memberi alasan....atau penyebab!

Walau apa pun keadaan dan cabaran yang dihadapi...hidup perlu diteruskan. Cabaran dan ujian terutama dari Yang Maha Esa, pasti dihadapi dengan tenang dan sabar. Kita perlu melihat semua ujian hidup ini sebagai satu yang norm, kerana tanpa sebarang ujian hidup akan menjadi dull dan boring.

Apabila menghadapi cabaran dan ujian kita perlu peka....ianya ujian, maka perlulah aku memikirkan dimana punca permasalahan atau ujian itu, dari mengenalpasti itu aku akan mencari jalan penyelesaian.

Mengenalpasti masalah adalah perkara yang paling ramai manusia gagal. Rata-rata manusia lebih suka menentang atau melawan masalah yang mereka ada dan yang lebih teruk lagi apabila masalah itu hanya dibiarkan berlalu. Percayalah, jika kita hanya membiarkan masalah itu untuk berlalu sendiri, ia akan pasti kenbali atau datang kembali.

Bottomline....do not fight the problems....find the soulation...pasti ada penyelesaian!!!

No comments:

Post a Comment