Saturday, July 4, 2015

MANUSIA EXTROVERT

Berlanjutan dari artikel kelmarin, hari ini aku sambung sedikit blog ilmu ini bagi sesiapa yang mengikuti blog aku ini dapat menambah sedikit ilmu dan jika aku melakukan kekhilafan dalam coretan ku, aku harap ada mereka yang memperbaiki kelemahan aku insan kerdil ini.

Manusia EXTROVERT ini juga mempunyai tendensi untuk besifat ego yang tinggi dan tidak akan berasa takut atau segan untuk melakukan sesuatu mengikut keputusan akal mereka sendiri tanpa membuat rujukan kepada mana-mana  pautan atau dalam bahasa Inggeris dikatakan "shooting from the hip".

Mungkin ada yang berfikiran negatif atau marah bila aku mengambil TM sebagai contoh dalam memberikan penjelasan berkenaan EXTROVERT ini, berdasarkan perkara-perkara berikut, maka aku mengambil beliau sebagai sampeling:-

1.    Semasa pentadbiran beliau, banyak keputusan yang dianggap sebagai "arahan authorotatif " telah dilaksanakan tanpa banyak dipersoalkan, antaranya:-

        a.    Keseragaman waktu Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak.
        b.    Arahan penggunaan tanda nama.
        c.    Pembinaan komplek KLCC
        d.    Polisi Pandang ke Timor
        e.    Polisi "Buy British Last"
        f.    Pembelian jet pejuang MiG 29

2.    Semasa pentadbiran beliau juga UMNO telah diharamkan berikutan perbalahan beliau dengan Tengku Razalieh Hamzah, dengan sikap "autorotatif" beliau menjalankan tindakan menghidupkan semula dengan keseluruhan kuasa pentadbiran berada ditangan beliau.

3.     Semasa beliau berada dipejabat Perdana Menteri, perhatikan berapa orang Timbalan beliau yang di"sidelineKan" secara calculative authorotative. Rata-rata mereka diketepikan hanya kerana mereka tidak bersetuju dengan sesuatu yang beliau cadangkan.

4.      Semasa pentadbiran beliau, beliau telah menubuhkan syarikat yang dikenali sebagai Hatibudi Sdn Bhd dengan objektif bagi melatih orang Melayu dalam bidang pengurusan perniagaan, tapi lihat apa yang terjadi orang-orang pilihan beliau hanya memperkayakan diri mereka sendiri dan kroni mereka, namun TM tidak pernah membelasah mereka. Malah rata-rata mereka menjadi kaya raya dan bongkak.

Pasti aku sambung lagi............patah sayap aku terbang jua!

No comments:

Post a Comment