Friday, July 3, 2015

MENGAPLIKASIKAN ALQURAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Kembali dari solat subuh dan mengikuti tazkirah subuh yang amat menarik diberikan oleh Ustaz jemputan. Empat perkara utama yang dikatakan oleh Ustaz ia itu :-

1.     Al Quran adalah SYUFA'AT DIAKHIRAT
2.     Al Quran adalah jalan bagi kita mendekat diri dengan ALLAH MAHA PENCIPTA
3.     Al Quran adalah CAHAYA yang akan menerangi kita didunia dan akhirat
4.     Al Quran adalah PENUNJUK JALAN bagi penghidupan didunia  dan akhirat.

Walaupun kuliah tadi hanya memakan masa 30 minit tapi pengajaran yang perlu diambil adalah amat besar sekali.

Jika kita memahami yang setiap penghidupan akan menuju kesatu destinasi yang MESTI iaitu KEMATIAN, maka kita perlu mempersiapkan segala bekalan yang perlu dibawa bersama bila kita bertemu Allah. Perlu aku mengikatkan diri ini dan juga sesiapa yang mengikuti blog aku ini, mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakan dan keberadaan kita di ALAM BARZAH nanti berapa lama kita tidak tahu. Oleh itu, aku yang kerdil ini mengajak seluruh kawan supaya berbuat baik dengan berpandukan Al Quran dan Hadis Rasullullah yang kita anuti iaitu AHLISUNAH WALJAMAH.

Aku juga lambat mempelajari Al Quran, ini kerana kejahilan aku yang lebih mengutamakan ilmu ORIENTALIS dari mempelajari ilmu AGAMA. Walau bagimana pun aku tidak menyalahkan kedua orang tua ku yang menggalakan aku lebih menumpukan kepada bidang DUNIAWI, atas melihat akan cabaran dimasa hadapan.

Apabila aku lihat kini, telah begitu banyak dipersiapkan pusat-pusat pendidikan AGAMA ISLAM di Negara ini, aku berkeyakinan yang masa depan generasi yang akan datang akan lebih terarah, baik dari segi duniawi maupun ukhrawi.

Namun begitu, perlu diingatkan yang cabaran dimasa sekarang dan yang mendatang akan lebih besar dan penuh dengan tipu daya.

Untuk itu awasilah keluarga kita dari berbagai cabaran yang mendatang. Akan aku sambung lagi nanti.

Patah sayap aku terbang jua!



    

No comments:

Post a Comment