Dalam waktu aku mencari dan membongkar semula kotak-kotak buku dan catatan khazanah aku, yang amat aku lindungi untuk mencari puisi-puisi lama yang pernah aku tuliskan, ramai pula rakan-rakan sembang dan penulis blog yang menghubungi aku meminta aku menulis di blog ini dalam bentuk lebih kritis dan di selangi dengan puisi atau sajak yang aku catatkan. O.k bagi aku untuk menulis dalam apa bentuk sekali pun, tetapi aku dapat merasakan ramai yang tidak dapat terjun sepenuhnya dalam puisi yang aku berikan, kerana perbedaan zaman dan ketika membuat mereka tidak dapat mengupas apa yang tersirat dalam puisi aku.
Aku juga terkejut apabila tidak kurang mereka yang bertanyakan apakah aku menulis berdasarkan sesuatu kisah lalu yang sukar aku lupakan atau hanya sekedar dari kacamata pandangan dan pendapat sahaja. Secara jujur aku mengakui bahawa setiap penulisan aku adalah berlandaskan sesuatu pengelaman bukan hayalan semata. Namun ada juga aku selitkan beberapa pandangan yang aku kira sejajar dengan perubahan waktu.
Ramai yang meminta aku mengulas sesuatu berkaitan dengan cinta, mungkin ini hasil dari mereka yang pernah mengikuti program aku yang bertajuk "Mengenal cita-cita, cinta dan harapan" biasalah dalam seminar ramai yang tak hendak bertanya tapi bila dah habis barulah nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati mereka.
Untuk memenuhi permintaan ini aku mulakan mukaddimah ini dengan memahami akan kalimat cinta dahulu.
CINTA dari kacamata kajian adalah suatu perasaan atau berperasaan untuk atau ingin memiliki sesuatu yang di inginkan dalam apa bentuk sekali pun. Mungkin ianya dalam bentuk realiti atau ilusi malah sesuatu dalam apa yang di katakan sebagai fatamurgana.
Apa yang di katakan dalam bentuk realiti ianya sesuatu yang dapat di lihat dengan pancaindera dan dapat di rasakan secara fizikal, jadi di sini ianya lebih mengatakan kepada sesuatu pencarian terhadap materialisma.
Yang dikatakan sesuatu dalam bentuk ilusi pula ialah sesuatu yang tidak dapat di lihat dan dirasa. Dalam ertikata lain ianya apa yang di klassifikasikan sebagai emosi, di mana hanya mereka yang terlibat sahaja dapat merasainya dan dapat menggambarkan nya. Maka itu selalunya cinta itu akan di luahkan dalam bentuk perasaan, yang tidak salah jika aku katakan luahan cinta itu selalunya terlalu abstrak. Contoh, semasa bercinta atau semasa dalam kemarukan cinta seorang kekasih akan meluah ungkapan "lautan api sanggup ku renangi" tetapi dalam realiti jika terdapat lautan api mungkin dia yang lari dahulu............
Lebih teruk lagi semasa melayari percintaan semua nya nampak indah, mengapa - kerana dalam percintaan sepasang kekasih akan cuba menjaga hati dan perasaan, tidak salah aku katakan - apabila sudah di satukan atas dasar cinta selalunya berubah.
Jadi mungkin benar kalau aku katakan cinta itu hanyalah mainan perasaan pada dan ketika ianya di ucapkan atau pada dan ketika datangnya perasaan atau berperasaan, dalam percintaan semua akan di janjikan bak kata dalam bait sebuah lagu " kegurun pun ku ikut dan ke kutub akan ku turut" bukankah lidah kita terlalu lembut untuk berkata-kata tetapi apabila sampai ketika nanti tubuh kita terlalu keras untuk menurut apa yang di ucapkan oleh lidah kita.
Dari itu untuk bercinta perlulah kita benar-benar memahami kalimat indah itu semuga kita tidak menjadi korban dalam percintaan.
Nanti aku sambung lagi.
Patah sayap aku terbang jua.

No comments:
Post a Comment