Aku mengambil masa yang agak panjang membaca dan mengkaji cara dan corak penulisan, pengurusan dan kaedah serta mencari objektif yang sebenarnya mengapa ramai mereka yang menulis blog. Kesemua blog yang mampu aku ikuti berjumlah 129, maka aku merumuskan perkara berikut :-
1. Ramai menulis sebagai hobi/suka-suka. Mungkin melihat kawan ada tulis blog maka mereka ikut sama.
2. 98.5% penulis blog yang aku lewati menyebarkan perkara yang tidak benar - secara jujur aku katakan sebagai fitnah.
3. 96% menulis hanya untuk melepaskan geram dan marah tanpa mengira impak yang akan di terima.
4. 98% menulis dengan hanya menceduk dari maklumat "hear say" atau sms palsu yang di sebarkan.
5. Ramai penulis tidak mempunyai pengetahun atau ilmu yang baik untuk di kongsi bersama.
6. Ramai menulis tanpa mempunyai objektif yang membangun.
7. Ramai memberikan komen tetapi hanya untuk mengutuk dan menambah fitnah bukan untuk memperbaiki atau memberikan cadangan yang membantu mencari penyelesaian dalam sesuatu isu.
8. Ramai yang tidak merasakan yang mereka bertanggungjawab dalam setiap aspek yang mereka katakan.
9. Paling malang kesemua 129 bloggers aku percaya terdiri dari gulongan MELAYU yang melaga-lagakan sesama Melayu hanya kerana mereka terlalu taksub kepada sesaorang "pemimpin" pilihan mereka, mungkinkah mereka mendapat upah untuk melakukan penulisan ini ? Wallah hu alam!
Aku ingin mencadangkan kepada bloggers supaya lebih bertanggungjawab didalam penulisan yang di pamirkan dan pilehlah objektif sendiri yang dapat di manfaatkan oleh pelawat blog kita, janganlah hanya kerana kita meluat atau benci kepada sesorang maka kita menghentam mereka sesedap jari kita mengetuk key board tanpa mengira apakah implikasi dari semua sudut seperti implikasi moral, keluarga, status dan sebagainya.
Tulislah dengan penuh ikhlas dan jujur, kalau boleh berikan input berpelajaran yang membina bukan membenci antara satu sama lain.
Menulis blog juga satu perjuangan, maka berjuanglah dengan betul dan berlandaskan hukum hakam yang di pakai manusia.
Selamat berjuang.
Patah sayap, aku terbang jua.

No comments:
Post a Comment