Friday, June 19, 2009

PERJUANGAN UMNO DI NEGERI SEMBILAN

Minggu sudah aku telah katakan ada beberapa cawangan akan membuat kejutan dalam mesyuarat agung cawangan di beberapa bahagian tetapi sehingga hari ini kejutan yang di janjikan belum lagi berlaku. Tadi aku berjumpa dengan seorang perwakilan yang akan pergi ke mesyuarat bahagian nanti, jadi aku tanyakan apa yang cakap tak serupa bikin ni. Beliau memberi jawapan berikut :-


1. Pucuk pimpinan UMNO Negeri Sembilan sekarang ini akan menghukum seluruh kampung yang mengemukakan usul yang bertentangan dengan kehendak mereka. Jika seorang sahaja yang di hukum tak apa tapi jangan seluruh kampung nanti pembangkang ambil peluang.


2. Sebenarnya akar umbi sudah meluat dengan sikap pucuk pimpinan yang mementingkan keluarga sendiri, tanpa mengambil berat soal akar umbi.


3. Perdana Menteri sarankan supaya tidak membuat gambar pemimpin di kain rentang tapi di Negeri Sembilan akan dipapar sebesar yang boleh. Rakyat dah meluat.


4. Pengambilan tanah adat dalam projek keretapi (dual tracking). Nasib rakyat tidak di bela dan merka telah pun menggunakan khidmat wakil rakyat pembangkang.


5. Budaya samsing yang di bawa dalam UMNO Negeri Sembilan telah membuat ramai orang lama dan jujur dalam UMNO menyepikan diri.


Dari perbualan hampir satu jam akau merumuskan jika kepimpinan tidak berubah nanti di PRU 13 keseluruhan kerajaan bakal di ubah.


Letakan lah kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi.


Patah sayap aku terbang jua.

2 comments:

  1. Bukan di Negeri 9 saja yang bersikap begitu, bersepah di tempat-tempat lain, itulah punca-puncanya orang-orang UMNO meluat.....sampai bila deme perlu berubah ?

    ReplyDelete
  2. Yang Gambi, saya setuju dengan komen anda. Saya telah ke Kelantan dan Terengganu singah juga di Pahang, mereka ada menunjukan perubahan dan dapat memahami apa yang di katakan istilah rakyat di dulukan. Tapi di Negeri 9 ni, makin menjadi mungkin sebabnya yang jadi setiausaha perhubungan itu lebih berkuasa dari pengerusi perhubungan. Nanti kita lihat episod yang akan datang

    ReplyDelete