Saturday, June 6, 2009

PERJUANGAN IKAN DI SUNGAI REMBAU

Beberapa hari lalu kabel di kawasan aku telah dicuri, jadi tak dapatlah aku meneruskan penulisan di blog ini. Dalam kekalutan kabel di curi aku mengambil peluang berjalan di beberapa kawasan dekat dengan Kampung Sungai Timun dalam daerah Rembau. Kegemaran dan hobi aku sememangnya menyusuri sungai dan melihat akan kemusnahan tebing-tebing sungai kerana kerakusan manusia nak jadi kaya.
Dalam meninjau di bebearpa kawasan itu aku terjumpa seorang yang sedang mengeluarkan pasir, aku berhenti dan bertanya, "Takue, mana boleh lu kasi keluar pasir?" jawab Tauke yang mengambil pasir "Tatak hal, wa sudah lapat lulus dari itu latok lazman." Aku bertanya lagi "sapa itu latok lazman?" Tauke jawab pendek "itu Menteli No.1, apa lu tak kena sama lia ke?""mana ada menteli No1?" tanya aku. Tauke pasir buat selamba dan teruskan kerja.
Aku masih tak faham apa yang di katakan oleh Tauke itu. Apabila aku singgah di pekan Linggi untuk berehat dan minum di sebuah gerai tepi jalan, aku ceritakan hal tadi kepada beberapa orang yang ada di kedai itu. Mereka senyum sahaja dan bertanya semula kepada aku, "abang tak tahu ke Negori ni ado DUO MB, sobab tulah Negori kito tak maju, punah ranah di kojokan dio, bersoltan di mato berojo di hati" Barulah aku dapat mesej yang dikatakan oleh Tauke pasir.
Ai, nasib kamulah ikan Sungai Rembau, habis pasir nanti naiklah kedarat, sebab tu lah buaya sungai Linggi dah sampai ke Tanjung Tuan. Mungkin tak lama lagi buaya akan sampai ke Teluk Kemang - boleh jadi tarikan pelancong yang baru.
Dalam perjuangan JANGAN MENGHABIHKAN BOREH AJO.
Selamat berjuang.

No comments:

Post a Comment