Seharian semalam aku mendengar keluhan berbagai pihak tentang pembekuan oleh Kerajaan Indonesia bagi kemasukan pekerja pembantu rumah Indonesia ke Malaysia. Bermacam pendapat yang telah di suarakan oleh berbagai pihak, di sini aku coretkan sedikit pendapat sendiri:-
1. Adakah wajar pembekuan ini. Jawapan aku, wajar. Kerana secara matematiknya bilangan pembantu rumah asing yang ada di negara ini telah menjangkau satu angka yang boleh menimbulkan sesuatu gejala kepada Negara kita.
2. Namanya pembantu rumah tetapi ada majikan yang menjadikan mereka seperti hamba abdi dari menjaga anak hingga mencuci kereta di suruh buat. Malah lebih buruk ada majikan yang mengambil kesempatan melakukan serangan seksual atau menjadikan pembantu rumah mereka sebagai gundek, hasilnya bukan sedikit tuan majikan yang mempunyai anak simpan di Indonesia.
3. Ramai majikan yang tidak tahu keadaan sebenar latarbelakang pembantu rumah yang di hantar oleh agensi, walaupun ramai yang mengaku dari keluarga baik, dari tinjauan yang telah aku buat di Sumatera dan Pulau Jawa, ramai mereka yang mempunyai latarbelakang yang tidak begitu baik. Ada yang pernah terlibat dengan jenayah, pelacuran dan bermacam lagi.
4. Ramai majikan yang tertekan dengan tingkah laku pembantu rumah, tekanan ini dari berbagai sudut. Dari mutu kerja yang tidak memuaskan hingga ada yang jatuh cinta. Dari pengelaman aku pernah mempunyai pembantu rumah semasa awal perkahwinan, selepas tiga kali di tukar aku mendapat seorang pembantu yang baik dan boleh bekerja, tapi aku tidak membenarkan ia tinggal di kediaman aku, sebaliknya jam 7.00 petang dia akan balik ke rumah kongsi sendiri. Selepas 3 tahun aku menghantarnya pulang dengan simpanan yang lumayan dan aku tidak memerlukan dia datang lagi. Objektif dia mencari rezeki di bumi bertuah ini telah di penuhi untuk membuat rumah untuk keluarganya telah di sempurnakan.
5. Apakah orang Malaysia tidak suka menjadi pembantu rumah? Jawapanya ia - kerana orang Malaysia suka mebuli sesama sendiri dengan lebih teruk lagi. Lihat sahaja berapa ramai majikan Malaysia yang tidak bayar pekerja sendiri dengan bermacam alasan yang di berikan.
6. Mentaliti di jajah masih tertanam di dalam benak segelintir rakyat Malaysia, termasuklah di kalangan kaki tangan kerajaan yang membuat sesuatu keputusan - jika "orang putih atau mat saleh" yang datang belum habis taklimat dah ada yang kata semuanya baik, tetapi bila orang Malaysia sendiri yang memberi taklimat berbagai cemuhan dan komen membunuh yang di berikan. Tenguk saja lah perbandingan yang di buat tentang kereta Proton dengan kereta import.
Jadi aku ingin sarankan kepada orang Malaysia belajar buat sendiri jangan ashik bergantung pada orang luar temasuklah dalam kerja-kerja rumah. Anda suruh pembantu masak di rumah anda tapi anda tak tahu apa yang di bubuh dalam makan anda, kan dah banyak yang tejadi ada bermacam benda yang di bubuh nya.
Fikirlah sebaik mungkin buat diri anda dan keluarga anda.

No comments:
Post a Comment