Aku membaca artikel yang di tulis oleh Awang Selamat dalam berita Minggu 07 Jun 2009, dengan berhati-hati, kerana aku sensitif dengan persoalan PERPADUAN KAUM. Ini mungkin kerana aku dibesarkan dan berkerja dengan semua kaum dan selalunya kami amat prihatin dengan sensitiviti perkauman. Di sekolah agama aku juga di ajar dengan baik dalam bidang agama hingga aku mampu mencapai peringkat Sarjana dalam bidang Agama, namun aku tidak akan memperjudikan diri aku dengan ilmu yang cetek untuk bebalah, malah menggunakan ilmu untuk kepentingan peribadi.
Lihat, dalan surah Al-Kafirun, jelas Allah menerangkan kepada semua umat akan berbezanya agama Islam dengan agama yang lain, tetapi Allah tidak melarang umat yang berbilang kaum ini untuk berkerjasama dalam bidang fardhu kifayah. Aku percaya diatas pemahaman inilah pemimpin awal kita yang merancang kemerdekaan telah membuat persetujuan bersama yang di panggil sebagai kontrak sosial. Tetapi malangnya kebelakangan ini Kaum aku telah banyak terhimpit dengan demand yang di buat oleh beberapa kaum lain. Aku mengambil contoh, kaum India, mereka sepatutnya berpadu dibawah sebuah parti dan janganlah membuka begitu banyak parti dan kesemua parti mereka hendak menjadi komponen Barisan Nasional, pada aku ini adalah satu "auta" yang perlu diambil kira dengan teliti.
Lihat sahaja apa yang berlaku kebelakangan ini, Samyvellu salahkan Subramaniam dan Kayveas pula bertelagah dengan Murugaiah semua masalah ini dibawa kepada kepimpinan Negara, macamlah tanpa sokongan mereka seluruh Negara akan goyah. Begitu juga dengan beberapa pemimpin Gerakan terutama di Pulau Pinang, sedikit-sedikit ugut nak keluar parti, aku kira Tan Sri Dr Khoo Soo Koon dah pening dengan ragam beberapa orang yang selalu bertindak begini, biarkan mereka keluar, keana kita akan kenal mereka dengan jelas dan dimana kedudukan mereka.
Kepada pemimpin Melayu tak kira apa parti sekali, jangan jadi proxi yang mengkhianat bangsa sendiri sampai negara boleh tergadai, fikirkan apa yang akan anda wariskan kepada keturunan kita, apakah kita akan menjadi pelarian atau pendatang di negara lain. Jangan terlalu rakus dalam mencari kekayaan, cari lah yang berpatutan dan fahamlah erti mencukupi, yang lebih sumbangkan kembali kepada bangsa kita.
Teruskan perjuangan.
Biar patah sayap aku terbang jua.

No comments:
Post a Comment