Topik yang agak menarik dan hangat di perkatakan sekarang hingga Oktober 2009 ialah mesyuarat agung khas Umno yang akan berjalan dengn objektif utama untuk membuat pindaan perlembagan UMNO itu sendiri, anehnya kali ini kurang orang yang melobi untuk menjadi pewakilan dan tanpa segan dan malu apabila aku tanya kepada mereka yang selalunya berhajat sangat nak jadi perwakilan, ada yang menjawab, kali ni tak banyak masuk...........
Aku amat malu dan aku merasakan mereka ini lah HAMPEH yang masih ada dalam UMNO, tapi ada ketua bahagian yang simpan orang macam ini kerana mudah untuk dijadikan kerbau tunggangan bila sampai masa.
Bagi pucuk pimpinan UMNO pun, beranilah berubah, carilah mereka yang ikhlas lagi pandai dan profesional, dan bayar mereka sebagai profesional jangan bagi kacang nanti dapat kero! Baru lah dapat nasihat dan perancangan yang baik. Ini ambil orang yang tak bijak jadi mereka pun beri nasihat yang membawa kepada kejatuhan kita.
Ada diantara ahli MT yang takut nak cari mereka yang bijak jadi kumpulan pemikir, dengan alasan nanti mereka akan di ketepikan, itu politik orang bodoh. Ahli profesional tak minat nak jadi ahli politik, tapi kita tak nak biarkan ahli politik terus buat kenyataan sebarangan yang boleh makan diri sendiri.
Kalau kat Negeri Sembilan UMNO langsung tak kisah dengan aktiviti parti lawan, terus mengasak di kampung-kampung terutama Pas dan PKR, tiap-tiap hujung minggu ada sahaja program mereka. Nanti 17 Jun pukol 9.00 malam, Nizar (Melayu jadi kuda kepang DAP) nak gunakan perkarangan masjid nak beri ceramah. Aku tak payah pergi pun dah tahu apa yang dia nak cakap. Itu pun nanti ramai Melayu yang tak sedar diri berkumpul mendengar, ingatlah sebahagian besar cakap nya nanti pasti FITNAH.
Ingatlah orang UMNO, DAP itu adalah serpihan PAP, Singapura, pandang dan telitilah apa yang dah jadi dengan orang Melayu disana, lihat pulak apa yang akan terjadi dan sedang terjadi kepada Melayu Pulau Pinang dan bakal mengikut Melayu Selangor, jika Melayu Perak tak juga sedar, nanti CHIN PENG di bawa balik dan jadikan Menteri Besar baru nak sedar, jangan sampai nasi kita di bubuh pasir.
Aku tidak akan berhenti berjuang, jika perlu SELENDANG MERAH akan aku bekungkan semula dan kumpulan ini akan mula berzikir semula dalam tempuh terdekat. Bila bidai perjuangan fizikal, di turunkan akan bertebanganlah semula pepedang pejuang dan bagi Melayu yang menjadi kadam dan pengkhianat tiada perlindungan untuk anda.
Ahli-ahli lama dan baru teruskan zikir dan tahajud kita, kita jangan memulakan sesuatu, bertindak mengikut pertimbangan dan persetujuan. Wak-ima ahli UMNO sekali jika mereka nyata pembelot dan pengamal rasuah, jangan di lindungi walau dalam dharurat sekali.
Biar patah sayap aku terbang jua.

AKU PUN NAK ZIKIR JUGA AGAR SEGALA KEKUSUTAN DALAM FIKIRAN AKAN TERHAPUS DAN DAPAT MENGISINYA DENGAN ALLAH.
ReplyDeleteORANG UMNO SEKARANG APA PEDULIK DENGAN UMNO NI..TAK MASYUK!!!!!!!!!
NAMPAKNYA PRU13 AKAN JADI MEI 13. AKU PUN NAK JUMPE AYAH DAN PAKAI SELENDANG MERAH.
DR,
ReplyDelete5 PERINGATAN RASULULLAH
1. Kerap menyebut ALLAH dari menyebut makhluk
2. Kerap menyebut AKHIRAT dari menyebut dunia
3. Kerap menyebut dan mengingati hal KEMATIAN daripada hal kehidupan
4. JANGAN selalu menyebut kebaikan diri dan keluarga
5. JANGAN selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain
Untuk Suara Hati Kecil,
ReplyDeletePeringatan Rasulullah adalah benar dan saya cuba sedaya upaya saya untuk mengikiti dan mentaati nya. Dari itu saya bersedia dan sentiasa terbuka untuk di komen, malah saya amat menyanjungi akan kritikan orang terhadap saya.
Keluarga saya pernah dikata sebagai"merempat" di kampung yang saya tinggal, kerana kami tidak datang dengan mercedes, itu menjadi sumber membina diri keluarga kami dan perkataan merempat itu sentiasa menjadi aura kami, untuk itu kami mencuba sedaya upaya untuk menampakkan sepert orang merempat.
Bagi saudara, semua kekusutan ada penyelesaiannya, asalkan kita ikhlas dan jujur kepada diri sendiri.
Jadikan kelemahan kita sebagai sumber menghasilkan kekuatan dalaman dan memperbaiki diri kita.
Biasalah orang akan melihat kelemahan orang lain tetapi menyuruk kan semua kesalahan sendiri. Cari kambing hitam namanya. Jadi jika di jadikan kambing hitam, jangan takut - jadilah kambing hitam yang kuat dan dapat melindungi kambing-kambing yang lain, kita pasti berjaya.
Teruskan perjuangan anda. Pasti ada cahaya di sudut sana, apabila cahaya ini terpancar akan ramai yang mencarinya.
Syukur dan terima kasih atas dorongan MAWARHATI.
ReplyDelete