Perbuatan buli yang sering berlaku di asrama-asrama bukan lah perkara baru. Subjek ini telah di perkatakan sejak sekian lama namun penyelesaian nya masih jauh. Apa yang lebih membimbangkan setiap kali kejadian buli berlaku pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri akan mengeluarkan satu kenyataan standard ia itu - ianya kes terpencil dan tindakan akan di ambil atau pihak polis sedang membuat penyiasatan. Aku sering berfikir dan mencari jawapan mengapa perkara ini tidak dapat di bendung terutama di sekolah aliran agama?
Ada ibubapa yang menghantar anak mereka ke sekolah aliran agama dengan bermacam sebab, offcourse sebab utama untuk mendapatkan pendidikan agama yang formal, tetapi 4 dari 10 pelajar sekolah aliran agama mempunyai latar belakang yang amat mencurigakan dan kemasukan mereka ke sekolah agama juga berlatar belakangkan perwatakan ibubapa atau famili sendiri yang di persoalkan. Dengan penuh rasional aku perturunkan hasil kajian aku terhadap anak-anak malang yang di hantar ke sekolah agama:_
1. Ibu dan bapa mereka tidak mempunyai latarbelakang agama yang kukuh, hanya selepas merasakan diri mereka tidak beragama dengan betul mereka hendak anak mereka di besarkan dengan ajaran yang betul.
2. Ada mereka yang dulunya bergelumang dengan maksiat dan dosa hendak jangan anak mereka mengikut jejak mereka. Tapi sendiri masih belum taubat sepenuhnya.
3. Mereka di hantar ke sekolah agama bukan atas pilihan sendiri bahkan di paksa oleh keluarga.
4. Mereka mengikut pilihan kawan yang mereka percayai.
5. Pilihan terahir selepas mereka tidak menunjukan kemajuan dalam bidang lain.
Selepas mengkaji sebab-sebab mereka yang malang ini, aku melihat pula keadaan dan kondisi kebanyakan asrama sekolah-sekolah ini:-
1. Biasanya keadaan asrama mereka hanyalah sekedar cukup dengan bermacam kekurangan, lebih menyedihkan apabila aku melihat sebahagian besar kawasan tandas dan dewan makan mereka.
2. Peralatan yang di bekalkan adalah terlalu usang dan aku kata kan banyak yang "not fit" untuk di gunakan.
3. Nutrusen makanan yang aku persoalkan semasa makan di beri.
4. Budaya menjaga kebersihan yang rendah.
5. Budaya berpakaian yang selalunya mengambarkan kelusuhan dan bau yang kurang senang untuk didekati.
Fikirkan dulu, nanti aku sambung.
Patah sayap aku terbang jua.

dr,
ReplyDelete"Kun fa ya kun" oleh Allah sahaja yang mudah.Amanah Allah memang terlalu berat untuk dipikul oleh manusia. Hanya Iman dan Taqwa kepada Allah sahaja yang menjadi medium kepada kemudahan memikul amanah tersebut.
Begitulah dengan pelbagai isu yang ada di alam ini untuk kita sama-sama menguruskannya.
BERKATA ADALAH TERLALU MUDAH UNTUK
MELAKSANAKANNYA.
Tapi kita harus terus terbang walaupun patah sayapnya.
Jangan terkejut jika anda mendapati syaitan yang ada di asrama sekolah aliran agama lebih besar dari sekolah lain. Jadi selalunya % buli dan perkara yang kurang senang akan dilakukan oleh pelajar di sekolah begini. Yang berjaya juga ramai, bukan aku hendak menuding jari kepada semua sekolah aliran agama, tapi sekolah yang di kelolakan sepenuh oleh Kementerian jauh lebih baik dari yang di kelolakan oleh sesebuah badan NGO.
ReplyDelete