Aku ke Indonesia selam 4 hari, bukanlah kali pertama aku menjejakakan kaki ke sana. Telah beberapa kali aku ke Indonesia atas kepentingan tugas dan pemikiran bersama dengan rakan-rakan di beberapa universiti.
Kelainan nya kali ini, ialah berkaitan dengan peranan media dan pemberita di Indonesia. Aku coretkan di sini pandangan dan saranan aku secara peribadi setelah berbincang dengan rakan-rakan dari Indonesia.
Kes Manohara - kes ini telah di mainkan di beberapa stesyen TV hampir pada setiap 2 jam dengan putaran yang di ulang dan di sensasikan dengan meminta pandangan dan pendapat penonton yang rata-rata dalam lingkungan muda. Sudah pasti berbagai komen yang pada aku sangat sensitif di berikan. Dari komen yang aku dengar, jelas dalam pandangan aku sendiri mereka yang memberikan komen terlalu emosi dan tidak dapat membezakan apakah masaalah dalam sebuah keluarga kecil perlu di bawa ke pengetahuan awam berbanding dengan kebaikan perhubungan dua negara ini.
Lebih menyedihkan aku apabila terdapat sepanduk dan kain rentang yang di pasang dan di kibarkan dengan tertulis "GANYANG MALAYSIA", pada rakan-rakan di Indonesia yang melawati blog aku ini, mari kita rasional kes ini dengan baik demi untuk kesejahteran serumpun dan rasa hurmat kita sering terjalin antara satu sama lain. Disini lihatlah rasional minda aku berkaitan dengan kes ini.
1. Manohara secara peribadi ialah seorang anak muda dengan karier sebagai seorang model yang amat memerlukan satu promosi bagi menjulang nama sendiri dalam kariernya. Semasa di Jakarta saya difahamkan yang kini ada production house yang telah menawarkan harga yang tinggi untuk Manohara dalam bidang lakunan dan juga modeling. apakah ini adalah objektif ibunya atau Manohara sendiri.
2. Manohara dari kelumpuk biasa secara tiba-tiba terpaksa mengikuti protokol istana yang jauh berbeda dengan program hidupan harian seorang model, apakah ini perbedaan ini menyebabkan Manohara berasa tertekan?.
3. Kehidupan di dalam istana tidak sebebas kehidupan di luar. Manohara tidak bebas pergi ke kelab dan disco, kerana ia berada di dalam kelumpuk elit dan setiap pergerakanya akan di perhatikan oleh masyarakat.
4. Ibu Manohara mempunyai agenda tersendiri dalam jadual harian nya. Tanpa Manohara ibunya tiada lagi satu untuk di jadikan modal.
5. Apakah wajar kes Manohara menyebabkan program GANYANG MALAYSIA di hangatkan? sedangkan rakyat Indonesia ramai di Malaysia mencari rezeki.
6. Apakah wajar rakyat Malaysia membangkitkan soal penjenayah berasal dari Indonesia yang sentiasa melakukan jenayah di besarkan.
Rakyat Malaysia siap siaga untuk berjuang.

No comments:
Post a Comment