Selsema babi atau "swine influenza" adalah pandamik terakhir yang di istiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kepanikan dari pandamik ini telah dirasai di seluruh dunia termasuk lah di Negara kita. Tapi di Negara kita ini mentaliti orang kita "tak apa" yang amat membimbangkan aku, Kementerian Kesihatan sudah melakukan segala yang terbaik untuk melindungi kesihatan rakyat Malaysia tetapi kerana mentaliti tak apalah kita kini mula melihat akan akibatnya.
1. Langkah tindakan membuat screening di lapangan terbang sebagai "first line of preventive protection" adalah langkah yang baik, dalam pengamatan yang aku lakukan di LCCT, aku dapati penumpang terlalu berpusu-pusu untuk melepasi screening point dan ini mungkin menyebabkan terdapat mereka yang bolos.
2. Semua penumpang yang masuk dan kembali ke Negara kita perlu di kenakan screening yang lebih ketat dengan mereka di perlukan berbaris dengan betul dan berhenti sejenak di depan screening camera supaya kepastian yang betul dapat di buat.
3. Kita tidak perlu menukarkan dari istilah "selsema babi" kepada AH1N1, kerana semua negara lain menggunalan istilah swine flu yang membawa erti SELSEMA BABI, tidak ada apa yang hendak di sensitifkan dengan penggunaan istilah babi. Babi tetap babi semua rakyat tahu, tapi kalau nak pakai juga istilah AH1N1, mungkin susah hendak di pahami.
4. Rakyat perlu di galakan menggunakan topeng hidung dan mulut bagi mengurangkan kemungkinan penyebaran wabak selsema babi ini.
5. Kakitangan syarikat penerbangan perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa terutama di screening point jika terdapat penumpang yang menunjukan tanda-tanda menghidapi selsema supaya tindakan yang betul dapat di ambil.
6. Hentikan sementara kedatangan pekerja asing dari negara-negara yang telah tersebarnya pandamik ini.
7. Wajibkan kawalan yang lebih ketat di pintu masuk semua sekolah di negara kita dengan mewajibkan semua pelawat menunggu di kawasan tertentu jangan sebarangan masuk terus ke sekolah.
8. Semua pelajar tadika dan sekolah yang mempunyai pelajar asing di galakan menggunakan topeng mulut dan hidung.
9. Bagi mereka yang berugama Islam aku menyarankan kita mulukan qunut dharurat pada setiap subuh dan Jumaat, kerana aku sangat yakin dengan perlindungan Allah, tetapi kita perlu berusaha dan berikhtiar baru lah bertawakal.
10. Semua orang perlu menjaga kebersihan diri dan kediaman sendiri.
Terima kasih kepada semua kaki tangan Kementerian Kesihatan dari Menterinya hingga kepada Pemandu yang berjaga malam untuk memastikan keselamatan kesihatan rakyat Malaysia. Pengorbanan anda akan mendapat rahmat dari Allah. Tak aku lupa juga kepada semua yang terlibat dalam membantu Kementerian Kesihatan menjayakan program kesihatan ini.
Teruskan perjuangan kita.
Patah sayap aku terbang jua.

No comments:
Post a Comment