Monday, June 29, 2009

KORBAN BULI

Ramai pelajar yang menjadi mangsa buli yang aku temui selalunya mendapat trauma di peringkat awal dan 90% menyimpan dendam untuk membalas apa yang berlaku kepada mereka apabila tiba masa dan mendapat peluang. Rata-rata aku perhatikan tindakan yang diambil oleh pihak terlibat ialah buang sekolah atau di pindahkan di sekolah lain - sebenarnya tindakan ini hanya memberikan kesan jangka pendek.
Aku tahu pihak Kementerian Pelajaran telah membelanjakan jutaan RM bagi mengadakan bermacam program dalam membentuk akhlak dan attitude pelajar tetapi perbuatan buli masih ada dan sepertimana yang aku katakan dulu keadaan lebih buruk di sekolah aliran agama. Lebih membimbangkan aku ianya sering berlaku di kalangan pelajar MELAYU - persoalan aku - mengapa di kalangan pelajar ini????
Mari kita sama-sama mencari jawapan yang dapat membantu mengatasi dan menangani masalah buli agar pelajar MELAYU mempunyai jatidiri yang lebih baik. Aku harap pandangan dan saranan yang aku catatkan di sini dapat membantu Kementerian Pelajaran:-
1. Semua Guru Kaunseling/Disiplin perlukah memahamai teknik kaunseling dengan baik bukan hanya menampakan kegarangan dan ketegasan sahaja.
2. Guru-guru kaunseling perlu di lengkapkan dengan asas kepahaman "human behaverioul knowledge".
3. Tidak di nafikan yang sebahagian besar guru-guru perlu menjalani kaunseling kerana menghadapai masalah peribadi dan dalaman.
4. Guru-guru jangan menunjukan puak dan kumpulan masing-masing kerana ini akan di ikuti oleh pelajar.
5. Guru-guru tidak menceritakan perbezaan pendapat mereka kepada pelajar kecuali berkaitan mata pelajaran.
6. Galakan pelajar dengan gerakan patriotik kepada negara bukan sahaja kearah keagamaan, ingat agama adalah pegangan hidup dan politik adalah pahaman atau ideologi.
Aku harap tiada guru yang salah anggap dalam penerangan ini. Aku ikhlas dalam membuat teguran demi untuk perpaduan Negara.
Patah sayap aku terbang jua.

No comments:

Post a Comment